Klik untuk tabungan Mia dan Sarah :)

Isnin, 15 September 2014

Resepi Nasi Lemon Mamak.. saya suka!

Kuantiti Bahan:

300 gm Beras Basmathi
Secukupnya Air
2 gm Serbuk Kunyit
5 gm Serbuk Santan
10 gm Susu Cair
2 gm Daun Kari
2 gm Biji Sawi
15 gm Cili Hijau
30 gm Minyak sapi
100 gm(1biji) Lemon
50 gm Badam

Cara Penyediaan:
Beras dicuci bersih. Masak beras dengan serbuk kunyit dan air secukupnya hingga kering.
Panaskan minyak sapi dalam kuali. Tumiskan daun kari, biji sawi, cili hijau dan badam hingga naik bau wangi.
Tuangkan bahan tumisan, santan dan jus lemon atas nasi. Kacau rata dan masak lagi dengan api kecil hingga kering selama 5 minit.



Nak buat next time sebab saya suka makan makanan mamak tapi masalahnya Mr. Perfect ni ajak ke kedai mamak dia tak nak :( 

Nasi ni nak makan dengan apa ek? Satu hal lagi nak cari lauk mamak.. hehe. Cepat share resepi kat saya.. 

1 ulasan: