Klik untuk tabungan Mia dan Sarah :)

Rabu, 19 Oktober 2016

Permata Hati ke-3 ibu dan ayah

Nama : Qaiser Danish bin Mohd Faizal Riza
DOB : 5 okt 2016
POB : Kulai
Berat : 3kg
Jam : 3.40 pagi

Fully bf. Bangga tau dpt fully bf... 😂😂
Ni la wajah yg kami suami isteri nantikan selama 9 bulan. Yg buatkan sy muntah hijau, mual2, mengidam buah delima... demam on off, batuk tak habis2, pergi hospital JB plak tiap bulan followup cyst... ni la wajah bawaannya tu 😅😅😅

Masa pregnant susah. Alhamdulillah jaga dia senang sangat. Sekarang dah 2 bulan. Berat pun naik ke 5kg sudah. Yeay!!!

Isnin, 25 Januari 2016

Temujanji pertama Pakar Sakit Puan di Poliklinik JB

Assallamualaikum...

Hari ni ada temujanji jam 11.15 pagi dgn pakar sakit puan di Hospital Jb. Konon nye la... maka awal la kami anak beranak gerak dari Kulai untuk ke JB. Takut xde parking. Hmm.. parking mmg sentiasa x cukup kt hospital ni. Memang x leh cakap apa dah. Waima datang awal pagi sebelum subuh pun tetap parking penuh.
Maka saya pun diturunkan oleh en.husband di depan hospital.
Mula2 mata ni melilau cari kaunter pertanyaan. Dah jumpa tu, en.kaunter tu kata, "kak pergi poliklinik kak.. SCOG ni kt sana. Kat sini org masuk wad je" Huhu.. apa la klinik bukit liki punya informer. Dah la kita ni pestime jejak kaki ke hospital. Kalo tempatnya kt poliklinik sebut la POLIKLINIK. jangan la mention HSA. Ngekkk... kan.. menapak la ibu dan mia ke poliklinik. Nasib baik x jauh mana pun. Lagipun perut x besar lagi maka masih gigih lagi diri ini utk melangkah. Mia pun bukan jenis pemalas nak berjalan. Sukee lagi ada dak kecik tu.
Di masa saya menaip entry ni, jam dah tunjuk kol 11.31 pagi.... dah 15 minit x masuk jumpa lagi... dah sejam tunggu ni. Bila nak panggil?
Hish... dah la tadi nurse panggil patient nama baizura. Berdiri la saya dgn sorg lagi patient. Rupanya patient tu nama Intan Baizura. Tak malu aih.. bangga apa nama baizura. Muehehe...
Uols... kalau ada temujanji kt Poliklinik Jb ni utk pregnant.. mcm biasa la.. utk tak sesat, utk sape2 yg pestime mcm saya...

1. Mula2 pergi poliklinik. Sebelah kiri uols akan jumpa KAUNTER MESRA.
2. Jalan masuk terus lebih kurang sepuluh tapak gitu, sebelah kiri ada lorong kan... masuk lorong tu dan akan jumpa signage KLINIK PERBIDANAN & GINEKOLOGI.
3. letak buku merah kat kaunter pastu tunggu org panggil.

check kencing, check berat badan tu mcm biasa la..

Okay la nanti kita sambung lagi...

Saya dah pening cium bau minyak angin. X tahan. Nak muntah rasanya.. huhu. Cina dok sebelah aku ni kot..

Okay kita sambung balik entry... 

Hampir 2 jam menanti... akhirnya penantian itu berakhir. Nama saya pun dipanggil utk masuk ke bilik nombor 4. Hmmm.... malu aihhh.. doktor lelaki la plak check. Tapi kita perasan doktor tu x la miang sangat nak meraba bagai dan mata dia pun sopan x melilau. Ramai kot dah patient pompuan dia p check tak kan la nak terliur lagi. Tapi segan la pasal kita pompuan bini org. Kesian laki aku. 

Well, check balik cyst kt scan. Alhamdulillah doktor tu kata cyst biasa dan bukan jenis yg merbahaya sampai nak kena czer bagai. Syukur sangat2. Doktor tu kabo cyst ni byk jenis. Yang cyst sy ni mmg dah ada di ovari. Tak membesar dan x juga kecut. akan sentiasa 2cm je. Doktor kata x payah risau tapi kena follow up la juga sebulan sekali. Kalau besar dalam 5cm gitu baru la cyst kena czer dan dalam masa sama dia mungkin bg ubat makan. 

Tapi, walaupun doktor kabo yg biasa2, saya tetap jaga makan. Elakkan ayam, haruan dan ikan keli..supplement berkolegen, air berkafein dan sebagainya. Bukan apa... badan x boleh  nak terima hari2 makanan mcm tu sbb akibatkan jd lesu. Sekarang sy byk amalkan buah, sayur hijau dan air kosong. Nak jaga bahagian rahim supaya x sakit2. 


Pilihan di tangan kita okay.... sama ada kita nak jadi KOREA atau JEPUN. Nak cantik ikut Korea la. Nak panjang umur, ikut JEPUN. 

Selasa, 19 Januari 2016

Cyst ketika hamil

Assallamualaikum pembuka bicara...

Dah lama saya tidak munculkan diri di ruang blog membebel saya ni.. actually beberapa minggu ni saya tidak sihat. Alahan yang teruk akibat kehadiran satu lagi insan syurga yang ketiga dalam hidup kami suami isteri. Alhamdulillah... saya gelarkan dia al-fadwa kerana menjadi penyelamat kepada saya ibunya.

Kenapa al-fadwa? Kerana, kalau bukan sebab kehadiran baby ketiga ni, tak mungkin la saya sibuk nak buat medical check up kt klinik. Allah swt hadirkan dia sebab Allah nak saya jejak kaki ke klinik Bukit Liki Kulai utk buat scan! So baby ni la penyelamat ibunya yang maksudnya al-Fadwa.

Ini adalah info kepada semua wanita di luar sana. Kepada saudara mara serta kawan2 yang mengenali saya. Tahun lepas adalah tahun di mana period saya tidak teratur. Berat badan saya maintain tapi perut buncit tak turun2 juga. Walaubagaimanapun saya tetap lakukan senaman  perut di rumah untuk menjaga bahagian abdomen. Kebiasaannya saya tahu bila tarikh saya period, tapi tahun lepas period tidak menentu. Jauh sangat tarikh tersasar. Nak merancang pun susah sebab tarikh tidak teratur. Orang pula asyik tanya bila nak tambah warga malaysia yang baru. Kami kata insyaallah... Allah yang buat, jadi ikut suka la bila nak jadi. Huhu..

Bermula bulan 7 period saya makin teruk. Tahap Kesihatan saya menurun, mata mengantuk setiap hari. Sakit kepala dan migrain datang semula secara kerap sedangkan dah 5 tahun saya tak alami migrain. Macam kurang darah. Bila period, saya tak perlukan pad sebab period keluar masa buang air je... itu yang jadi luar biasa. Luar biasa pun, saya tetap tak fikirkan apa2 masalah dalaman.

Bulan 10, saya mual2.. rasa nak muntah. Husband kata pregnant kot. Saya kata tak tau. Saya minta dia belikan asam. 2 hari kemudian saya period tapi period cuma masa buang air saja. Bulan 11 period hanya sehari. Bulan 12 langsung tak period so husband belikan pregnancy test. Positif. Alhamdulillah...

Tahun lepas saya sibuk tolong husband di site. Supaya saya kurang tidur di rumah akibat mata yang mengantuk sangat. So angkat benda2 berat mcm drill, tangga A, tools itu perkara biasa. Sebab x preggy la konon (sbb x tau) so rilek2 je la angkat, jalan ke hulu hilir. Masa buat kerja2 tu semua memang ada rasa sakit di bahagian abdomen sebelah kiri. Pada fikiran saya mungkin tanda2 nak period sbb sakit seakan senggugut. So buat x tau je la...

Dah tau preggy bulan 12, so pergi klinik buat buku merah. Saya dah tak tau nak bagi tarikh apa kat nurse untuk kira due date sebab lupa tarikh. Kalau pregnant sarah dan mia dulu saya boleh kira dan ingat sbb period stabil. Kali ini saya cek gallery dalam telefon. Tengok tarikh dalam gambar sebab saya rajin selfie di site. Kaitannya dengan selfie, sebab bila period saya tak solat di site. Masa tu saya akan selfie.

Kat nurse saya bagi tarikh 29/10 last period so due date on 4 ogos 2016. Tapi saya masih belum puas hati lagi. Walaupun mual yang teruk sampai tengok media sosial pun muntah, bau husband pun muntah, masak plak dah sebulan lebih kami makan kt kedai akibat saya x dapat cium apa2, cakap dengan orang dalam telefon pun muntah2.. sampai fb, whatsapp, telegram, instagram saya uninstall dari telefon sbb tak boleh tengok langsung!

Saya asyik tanya nurse betul ke saya pregnant. Saya tak ada rasa apa2 dalam perut ni? Biasanya masa saya pregnant sarah dan mia, memang terasa mereka di dalam perut. Baring pun kena letak bantal. Nurse kata, setiap anak lain2. Tak sama.... ok fine.
So kandungan saya sekarang lebih kurang baru 10 minggu.

So tiba hari darah utk vdrl saya diambil. Dalam masa sama, doktor scan perut saya sekali. Baru la saya percaya memang ada kehidupan dalam diri saya. Huhi... alhamdulillah... dan selain tu ada cyst juga. Allahurabbi... dugaan hebat utk saya pd tahun ini pada usia 31 tahun.

So doktor rujuk saya pada pakar puan di HSA Johor Bahru pada 25hb Januari next week. Insyallah mudah -mudahan semuanya dipermudahkan.

Untuk pengetahuan, sejak alahan saya tak boleh makan ayam. Cuma makan sayur hijau dan ikan. Belacan pun tak suka. Hari2 ikan keli. So now ikan keli pun mungkin minta2 baby tak mengidam nak keli sebab keli ada collagen yg boleh aktifkan cyst.

Tanda2 ada cyst...

1. Period tidak teratur
2. Badan lemah, kurang bermaya
3. Kadang2 ada sesetengah orang akan demam yang berulang mcm kawan saya.
4. Kerap sakit kepala dan kadang2 pening.

Siapa yang boleh kena cyst?

1. Budak usia muda. Mcm anak kawan saya di pantai timur anak dia usia 12 tahun dah ada cyst.
2. remaja dan dewasa yang belum kahwin.
3. wanita2 obesiti x kira dah kawin atau belum.
4. Pregnant women.

Info.

Saya rajin amalkan supplement kesihatan sejak tahun lepas. Dan sejak itu period saya tidak teratur, ya...mungkin saya tidak sesuai amalkan makanan tambahan yg ada di pasaran. Saya dah cukup cantik, tak payah la nak cantik lagi lepas ni... huhu. Puih...
So lepas ni nak cantik kena makan sayur, buah buahan dan air masak je... no need ubat buatan kilang. Lagipun estrogen dalam badan dah cukup. Collagen pun masih cukup. Estrogen terlebih dalam badan akibatkan benda ni semua. Please alert all women. Kecuali estrogen uols memang x cukup, collagen pun x cukup baru uols boleh amik supplement. Jangan jadi macam saya...elok sihat walafiat, nak tambah lagi.. kan jadi x sihat. Tawakal je la.. mudah mudahan x merbahaya utk diri sendiri dan baby.

============
Pengumuman
============

Saya akan berehat sehingga saya betul2 sihat dan meninggalkan Qwen Filigree perniagaan jual kain dan baju2 wanita buat seketika. Syarikat printing, kimpalan, dan design (QD Venture) akan diteruskan oleh suami. Saya tidak mahu terganggu buat masa ini. Harap maklum dan mohon maaf atas segala kesilapan.

Kepada semua lelaki dan terutama yg bergelar suami di luar sana... kalau isteri anda biasa rajin tetiba jadi pemalas lain macam dan tak sihat aje rupanya... sila la bawa dia buat check up. Jangan tau nak 'makan' je ye... kesian kat isteri.

Yang pompuan plak...bila badan rasa penat, sakit2, tak sihat..nak kata demam pun tak... rasa lenguh2.. jangan main urut2 je.. sapu minyak panas ke, makan makanan tambahan ke.. first kena buat medical check up dulu. Kalau x ada apa2 baru kita boleh hantar diri ke spa buat urutan, pijatan or whatever..