Klik untuk tabungan Mia dan Sarah :)

Rabu, 31 Disember 2014

Bun Gebu






RESEPI BUAT BUN :

500 gram tepung roti / tepung high protein (nak pakai tepung gandum biasa pun boleh)
1 biji telur
3/4 cawan gula kastor 
1 sudu besar tepung susu (sy guna susu adik / Lactogen - muehehe)
2 sudu besar susu pekat manis
marjerine ADELA 4 sudu makan
vegetable shortening 2 sudu makan
yis mauripan 1 peket / 11gram

Hiasan : Bijan / gula / cheese parut 

Inti :
Sambal ikan bilis / coklat / apa - apa yg munasabah!

Bahan utk sapuan di atas bun :
1 kuning telur + susu cair (sy bancuh susu adik lagi sekali) kikiki

Cara buat :

Mula - mula, bancuh yis + susu manis + telur + air jadikan 300ml bancuh bahan ini dan ketepikan.. 
Di adunan lain plak...masukkan tepung, susu tepung, marjerine, shortening dan gula gaul guna tangan. Pastu masukkan adunan 300ml tadi dan uols boleh mula menguli sehingga doh jadi elastik. Biarkan sejam dua gitu. 


Setengah jam...


2 jam dah naik lagi.. cepat naik kan sebab ada gula.. kalau nak buat doh pizza no need gula banyak. Next time kita buat pizza plak kalau ada rezeki... 

Bila dah kembang semangkuk mcm ni boleh la uols ingat muka org yg rasa mcm nak tumbuk, uols tumbuk2 la kat doh ni tadi ye... tumbuk - tumbuk bagi angin dia keluar. 
Then bulat - bulatkan doh kalau nak buat bun 'najwa latip' iaitu bun kosong.
Kalau nak pelbagaikan bentuk pun boleh juga. Ikut suka la nak buat apa pun. 

Gambar bawah ni amik masa ajar mak buat bun di kampung saya tu hari di Sarawak.




Sapu loyang dgn marjerin terlebih dahulu then simpan doh dalam loyang tu yer...
Siapa nak masukkan inti masa ni la boleh sumbat inti. 
Biarkan kembang sekali lagi dalam loyang tu dalam masa sejam. Makesure jarakkan sikit doh tu jgn bagi rapat2 dulu. 
Dah kembang sapu lah bahan sapuan tadi di atas doh dan hias dengan bijan atau gula atau cheese. 
Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama setengah jam. Depend on masing - masing punya oven ye.. 

Cara buat doh macam ulat gendon. LOL :


Leperkan doh di atas papan, potong guna pisau bahagian atas (jgn potong habis), bahagian bawah biarkan. Bahagian bawah boleh letak apa2 bahan. Pastu gulung. Jadi la mcm ulat gendon!


Okay..selamat mencuba!!!



Entry Penamat Bagi Tahun 2014 - Hapus BLog Lama

Tadi pagi call mak, sembang2 pasal kacang tanah. Dia kata apak ke pasar tadi pesan beli kacang tanah wat standby malam ni nak sambut tahun baru. Tanjat gegurl sekejap! Baru la perasan. Hari ni dah 31hb Disember 2014. Penghujung tahun... esok dah masuk tahun 2015. Tengah malam ni makan kacang. LOL. 
Dan tengah malam ni juga jangan ada sapa - sapa masuk dalam jamban. Dikhuatiri akan keluar pada tahun hadapan. Sedikit cerita lucu yang sering di 'sms' setiap kali menjelang hujung tahun. 

Apa yang paling seronok tahun ni, rezeki saya dapat balik ke kampung untuk berjumpa anak saya Qaisarah Dahiyah yg semakin bijak, pandai dan cantik... penat layan sebab dia dah banyak bercakap. Macam ibu dia juga. Nanti dah besar boleh jadi DJ radio, bak kata neneknya dulu pada saya sebab saya banyak sangat bercakap. Ada saja yang menerjah masuk ke dalam kepala. Ada saja isu yang selagi boleh kupas, selagi tu la bercakap. Kecuali isu yang saya tak tau, saya pun confem ler juga buat bodoh. 

Macam biasa.. konon hari ni nak buat entry blog pasal roti yang dibuat semalam. Tapi delay dulu. Entry kali ni adalah tentang PENGHAPUSAN blog2 lama. Blog2? Banyaknyerr... ya memang banyak. Bila baca balik, memang rasa malu sendiri baca penulisan macam budak2...hahhaha. 
Yang sedihnya...terpaksa tutup semua blog2 tu atas sebab ada seekor langau yang datang mengacau. Sebab dia, semua blog umpama kena VIRUS! Tak kuasa betul aku dengan spesis langau ni.. haish...

Dulu rajin sangat blogwalking. Walaupun tak sefemes blogger lain follower aku dapat la cecah 144 SAHAJA. LOL. Sekarang, terpaksa cuba untuk naik semula untuk menjadi blogger seperti dahulu. Dikenali itu tak, tapi rasa dihargai oleh blogger lain sbb mereka akan cari kalau saya tak hadir ke blog mereka dalam seminggu. 

Berblogging kali ni bukan mengejar ramai follower, bukan juga nak banyak untung, tapi kali ni buat blog sebab saja nak share story memandangkan tangan saya suka menaip dan mengarang. ANYTHING! Semua org pun tahu blogger ni macam mana.. menaip dan terus menaip.. 


Antara blogger yang pernah hadir ke blog saya satu masa dulu.. nanti saya blogwalking anda semua ye.. dah lama sangat tak singgah.


Walaupun jarang sekali orang meninggalkan komen, ada komen yg dipadam sebab komen mengarut  punya la happy bila entry kita ramai yg datang baca... pon boleh...


144 followers.. ok la tu. kahkahkah
Kalau tak silap kat sini la sy kenal blogger yg bernama Ashraf pelajar dari Moscow. Dari dia study sampai dia balik Malaysia layan blog dia. 


1766 views dari pembaca paling ramai... suka sangat entry ni walaupun macam budak2 punya entry. 

Blog Mrs. FaizalRiza
Blog Purnama Merindu

2 blog yang paling top top la sangat

Semua blog di atas di delete secara rasminya hari ni 31/12/2014 blog dari tahun 2010 hingga 2013. 
Kita buka lembaran baru di tahun baru... :) 


Ahad, 21 Disember 2014

Best Moment Sarawak - Balik Johor!!!


Sebenarnya tak suka nak amik gambar time2 nak balik macam ni... bukan setakat kesian kat anak, malah kesian juga kat orang - orang yang ditinggalkan. 


Bila dah biasa depan kamera, tak muat ibu kat tengah - tengah.


Lokasi di Airport Bintulu.


Lokasi di Airport Kuching


Pertama kali transit di Kuching. 


Adik nampak anak cina amik gambar kt sini, dia pun nak juga.. okay la. Amik la dulu wat kenangan. 



Ready to fly...


Sampai JDT 20 minit lebih awal. Penerbangan malam agak membosankan sebab gelap. Langit pun tak nampak. Sampai Senai ayahnya jemput. Terus lekat dengan ayah plak. Makan dulu di Indahpura sebelum balik rumah. 


Esoknya... hehe...


Nak ikut ayah plak pergi kerja...kikikiki


Memandangkan ayah tak sibuk pasang signboard hari ni, maka kami dua beranak escort la ayah ke Senai hantar rubberstamp. 


Kat mana ni? Airport Senai. Opis pegawai - pegawai yang jaga radar pesawat. 

Dah habis... 

Best Moment Sarawak - Dah pandai plesing dak bijak ni...

Hadap gambar sampai muntah hijau kali ni.. hehe... 

Kali pertama amik gambar.. muka salember tak ada perasaan.. 



Hari kedua..adik Mia tu memang pantang jumpa kamera,. Terus senyum. 


Adik tengok kakak tak senyum - senyum bila ibu amik gambar..


Belajar dari adik plesing depan kamera..


Kakak dah mula tunjuk peace. Adik plak wat muka pelik..


Hari ketiga dah ada kemajuan tapi masih malu - malu..



Tu pun ibu yang suruh sengetkan kepala...





Masih lagi kontrol depan kamera.. hehe







Lama - lama dia belajar dari adik Mia cara berdepan kamera. 


Ibu suruh buat muka macam muka ayah... hahaha... tu jadi nya!




















Kali ni amik gambar di Beaufort baru - baru ni.. kredit to makngah amikkan gambar dan whatsapp kat ibu di JDT.
Tanpa ibu pun dia dah pandai senyum..


See....sweet smile. From Beaufort juga.


Big smile dari Beaufort juga..


Selfie with makngah di Beaufort juga...


Lagi dengan makngah di beaufort juga...


Walimatulurus sebelah pihak lelaki di Beaufort, Sabah hari ini... good girl.