Klik untuk tabungan Mia dan Sarah :)

Jumaat, 19 Disember 2014

Best Moment Sarawak - KLIA2

Okay kita sambung lagi....

Penerbangan dari Senai International Airport ke KLIA2 mengambil masa lebih kurang 40 minit. Penerbangan di waktu siang makanya bila di atas tu kita masih boleh nampak lagi daratan. Sayunya kena tinggalkan Johor. Wah....rindu terus bertandang di jiwa. Setiap hari saya nampak flight turun dan naik. Memang flight akan lalu di atas laluan udara kawasan Felda Taib Andak Jadi boleh agak kat mana rumah kami berada memandangkan FTA berdekatan dengan area Senai.
Dulu Mia kecik lagi naik flight ni. Dia tak tau apa - apa lagi. Yang dia tau dia merangkak atas meja yang berada kt depan tempat duduk. Tu la kerja dia... Kali ni dia dah tau ikut arahan. Bila dia pandang ke luar jendela dia kata "wah....cantiknya..." tu je yang dia tau... hehe.
Ini adalah pengalaman pertama kali saya menjejakkan kaki ke KLIA2. Baru 6 bulan kot operasi tempat baru ni. Kalau dulu jalan kaki kat padang berpanas, kali ni masuk ikut laluan terowong macam servis kat MAS. Perjalanan menuju kat tempat bagasi pun hampir sama jauhnya macam kat MAS. Last saya naik MAS tahun 2003.
Penerbangan transit menggunakan Air Asia tak sama macam MAS. Kalau naik MAS, bagasi yang masuk kargo tu tak perlu la kita amik semula dan timbang semula kat kaunter... nanti pandai la abang2 airport masukkan kat dalam flight lagi satu. Berlainan dengan Air Asia, kita kena amik beg di bahagian bagasi dan timbang semula di kaunter dan pihak Air Asia akan masukkan beg kita ke penerbangan lagi satu.
Masa 2 jam yang tinggal memang sangat terhad. Konon boleh la kot isi perut kat airport sementara tunggu penerbangan ke Bintulu jam 4 petang. Rupanya tak sempat.
Turun dari flight Senai tadi amik masa 30 minit. Sebab ada bawa Mia. Dia berjalan macam ayam terlepas dari reban. Orang nak cepat, dia plak main - main.
Mata melilau tengok atas cari signage mana letaknya bahagian pengambilan bagasi. Okay... dah jumpa pun. Belok ke kanan. Bagasi tak sampai2 lagi... mesin pun belum mula berputar. Lama plak kena tunggu. Bila kira- kira semula, maknanya waktu tu tak sempat nak makan. Lebih kurang 15 minit baru dapat beg.

Iklan tengok gambar...

* JANGAN LETAK ANAK ANDA DALAM TROLI *


Sedang menunggu ketibaan beg di bahagian bagasi. Sambil - sambil tengok mana arah keluar.


Okay...dah nampak signage menunjukkan arah keluar. 


Tabiat dah penat dan mengantuk Mia. Korang jgn cuba letak anak korang kt troli ye.. berat Mia cuma 9kg lebih ringan dari beg dan troli. Perangai Mia ni kalo lepas kat bawah dia nak dekat dengan mesin. Kalo boleh atas mesin tu dia nak duduk jadi beg berpusing - pusing. Tak pun nanti dia lari sana sini. Tu yang ibu masukkan kat situ. 

*****
Dah dapat beg, saya keluar melalui pintu tersebut. Baru lagi kat sini kan... selok belok tak hafal lagi. Sampai pintu tu tanya plak kat Abam Polis Bantuan (PB) mana tempat check in. Dia kata kat tingkat 3. What? Okay thanks. Lupa plak nak tanya mana lift nak naik atas. Lol. 
Sampai je kat luar, tak payah susah - susah cari kaunter pertanyaan. Aku tanya terus kat auntie cleaner berbangsa India yang tengah mengemop lantai. Ada aku kesah? Semua orang baik apa. Kalo orang jahat dah tentu dia duduk penjara. Auntie tu tunjukkan arah lift. Thank you lagi sekali. 
Naik atas tingkat 3. Tanjat gegirl... banyaknya kaunter.. mana satu ni nak pergi? 
Saya pergi arah kaunter pertanyaan. Tanya adik kat situ. Adik manis situ kata, " Puan pergi kiosk amik boarding pass kat sana. Kiosk jalan terus belok kiri." 
"Tapi cik saya dah ada boarding pass"
" Puan kena ke kiosk juga. Kalau tak nanti kalau pergi kaunter terus Puan kena charge beg ni sekali lagi"

Okay saya turut perintah. Jauh jalan ke kiosk. Kejar masa plak tu... Sampai kiosk orang kat kiosk tu plak cakap, tak perlu dah sbb ada boarding pass yg dah siap2 print dari rumah. Haiyaaa... penat saya jalan! Mereka arahkan saya terus ke kaunter check - in. Awek tadi silap info. 

Kat KLIA2 ni tak ada mesin scan. Selalunya sebelum check -in kaunter kena lalu kat tempat scan dulu kat airport lain. Kat sini tak perlu. Terus masuk kaunter. Macam nak naik bas plak. Masa nak masuk gate nanti baru la kena scan bagai. 

Perjalanan masuk ke dalam gate ambil masa lebih kurang 20 - 30 minit. Mula - mula ingat sesat sebab jalan berdua dengan Mia. Rupanya jaraknya sangat la jauh. Turun escalator saja entah mungkin dalam 3 ke 4 kali kalo tak silap. Lupa dah... Nasib baik jumpa kawan sama satu sekolah. Berjalan la dengan dia sambil sembang - sembang. Gate K20 adalah gate paling hujung sekali. Gate utk penerbangan ke Bintulu pada hari itu. Penat berjalan... fuh! Sampai gate baru la jumpa ramai orang. Kat sini la Mia mula tidur tak hirau orang. Dah penat sangat rupanya. 

*****


Dah masuk dalam ruang Gate K20




Sedang menunggu ready to fly...

Okay..to be continued..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan