Klik untuk tabungan Mia dan Sarah :)

Jumaat, 29 Ogos 2014

Patin Buah, Patin Sangkar..Naluri Isteri..


Naluri isteri sesuatu yang misteri, rare dan lagend! Ikuti hasil penulisan dari Muhamad Mat Yakin dari Sinar Harian mengenai pertemuannya dengan beberapa orang yang berpengalaman mengenai 'instinct' isteri.

Jangan main - main dengan isteri... 

BEBERAPA hari lepas, saya duduk berborak dengan mereka yang sudah melimpah ruah pengalamannya mengenai hal ehwal wanita. Walaupun sudah masuk umur 43 dan sudah hampir 20 tahun berumahtangga tetapi bercampur dengan mereka, saya berasa diri seperti anak muda mentah.

Rupanya masih banyak yang saya tidak tahu mengenai wanita. Betullah seperti apa yang dikata oleh seorang kawan, wanita adalah makhluk yang dijadikan ALLAH dengan seribu satu misteri. Dan meneroka misteri wanita adalah pengembaraan hidup yang sangat menarik. Namun pengembaraan ini tidak ada destinasi muktamadnya sebagaimana misterinya wanita yang tidak pernah ada jawapan tuntas bagi setiap persoalan membabitkan mereka.

Dalam perbualan itu, berkatalah seorang daripada bijak pandai ini bahawa lelaki jangan berasa diri mereka sudah cukup pandai untuk menyembunyikan rahsia daripada isteri, terutama suami yang daripada spesis patin buah iaitu mereka yang mengamalkan cara hidup liar, bebas seperti patin yang di luar sangkar.

"Orang perempuan ni kita tak tau, instinct depa kuat. Apa yang kita buat di luar rumah, depa boleh rasa. Tinggal lagi sama ada depa nak bising atau tidak saja," katanya.

Menyusul selepas, macam-macam pandangan dikemukakan. Ada yang mengatakan dalam pada suami yang jenis patin buah itu berasa mereka sudah cukup bijak menyembunyikan kegiatan kokurikulum daripada pengetahuan isteri, keharmonian rumah tangga sebaliknya berjaya dikekalkan hanya bersebab kesabaran isteri.

"Isteri ni... depa saja tak mau buat kecoh. Selagi mana dirasa apa yang dibuat suami di luar rumah tak menjejaskan depa, selagi itulah depa bertahan. Ada juga yang fikir, kalau depa bising, keadaan akan jadi lebih haru biru. Anak-anak macam mana?

"Bagi mak-mak ni, anak-anak lebih utama. Sebab itu depa diam. Walaupun makan hati, depa tak bising sebab depa tau, kalau depa bising, akibatnya mungkin lebih buruk untuk depa." Demikian salah satu pendapat yang dikemukakan.

Menariknya, untuk mengiyakan lagi tajuk itu, seorang daripada rakan saya itu buat pengakuan. Katanya, pernah suatu ketika bekerja di luar kawasan, dia terserempak dengan kekasih lamanya sewaktu universiti dahulu.

"Nak jadi cerita, ex-girlfriend aku tu tak kahwin lagi. Bila dah terjumpa, dan aku pun tengok dia masih lawa, semangat lama pun datang balik. Kami pergi makan dan berborak agak lama. Kiranya dalam hati aku memang ada niat nak sambung balik apa yang sudah terputus."

Namun dengan tidak semena-mena kata kawan saya itu, keasyikannya menganyam impian tiba-tiba tersentap apabila isterinya telefon.

"Sebelum tu, tak pernah sekalipun dia call waktu kerja. Biasanya bila kerja outstation, malam aku yang call dia untuk tanya khabar, tahu-tahu hari tu, entah macam mana dia teringat nak call aku pulak. Dan lagi yang paling tak sedap, dia tanya aku ok ke tak? Tiba-tiba saja. Bila aku tanya dia sebab apa tanya macam tu, dia kata, entah, tiba-tiba saja rasa tak sedap hati," katanya.

Sejak itu, kata si rakan, jangankan impian jangka panjang, impian jangka pendeknya pun terus terhenti di situ juga. Taubat nasuha terus dia. Kawan saya itu bukan spesies patin buah tetapi patin sangkar!

Saya teringat satu cerita yang lain. Ini berkaitan hipnosis. Hipnosis biasanya dikaitkan dengan keadaan seseorang yang kelihatan seperti tidur tetapi tidak tidur. Adapun apa yang berlaku kepada seorang kawan seperti yang dia sendiri akui, bagi saya adalah paling 'membahayakan'.

Katanya, pernah terjadi dalam keadaan tidak sedar, dia sendiri bercerita habis apa yang dilakukan di luar rumah kepada isterinya.

"Esoknya dia bercerita balik pada aku apa yang aku ceritakan pada dia, walhal masa itu aku tidur. Rupa-rupanya time aku tak sedar (tidur) tu, dia interview aku dan aku pun ceritakan semuanya. Sejak itu, nak tidur malam pun aku takut, takut kena interview lagi," katanya disambut gelak ketawa kami semua.

Kepada suami-suami patin buah, berhati-hatilah ataupun kembalilah ke sangkar menjadi patin sangkar.

Kredit kepada Sinar Harian.

Nak jadi boboy atau nak jadi gegurl?

Elakkan mendidik anak perempuan kita menjadi terlalu independant sehingga mereka mampu buat semuanya, sehingga anak2 lelaki akhirnya menjadi begitu dependant pada orang perempuan dalam hampir segalanya, termasuklah urusan mencuci pinggan makannya yang tidak dapat lagi dilakukan dengan tangan sendiri, atau tanpa bantuan wanita dalam keluarganya.
Harus pandai ajarkan, mana kerja yang lelaki dan wanita perlu buat sama2. Dan mana kerja yang lelaki sahaja perlu buat, dan wanita sahaja perlu buat.
Apa yang terjadi pada hari ini, kita mengajar dan menyiapkan anak perempuan kita melakukan hampir segalanya, sehingga kita terlupa meninggalkan sedikit kerja untuk anak lelaki kita.
Akhirnya, anak lelaki kita menjadi lebih perempuan dari perempuan.
Sedang anak perempuan pula, menjadi lebih lelaki dari lelaki. Dari jaga rumah, jaga anak, bersalin, membesarkan anak dan menanggung majoriti atau semua perbelanjaan rumah termasuklah menyara atau melengkapkan keperluan sang suami.
Anak perempuanlah yang rajin belajar di sekolah. Yang excellent result di universiti. Yang berjawatan tinggi dan berkerjaya baik. Yang menyediakan perbelanjaan utk mak ayah di kampong dan adik2 yg bersekolah sekaligus menyara suami dan rumahtangga sendiri. Anak lelaki kita hidup macam seorang baby. Semuanya kita kena siapkan utk dia. Tak ada kita, tak jadi apa.
Samada cabaran ini terjadi atau tidak dalam hidup kita, kita memang tidak dapat menafikan bahawa cabaran ini begitu menular dalam masyarakat kita.
Kita mesti ambil tahu dan berfikir secara serius dan berusaha utk menangani masalah sebegini yg telah banyak menjadi punca perbalahan dan keretakan rumahtangga.
Semuanya bermula dari diri kita sebagai ibubapa. Elakkan membesarkan anak lelaki dalam suasana "BIAR PEREMPUAN LAKUKAN SEMUANYA" dan elakkan membesarkan anak perempuan dalam suasana "BIAR AKU LAKUKAN SEMUANYA".
Orang perempuan perlu belajar beri lelaki peluang utk laksanakan banyak peranan mereka yang telah kita 'rampas' tanpa sengaja.
Dan orang lelaki harus pandai ambil peluang buktikan bahawa mereka adalah anak jantan sejati yang layak dihormati dan ditaati isteri sepenuhnya.
Jangan diminta isteri taat, sedang kita sendiri dalam maksiat.
Maksiat kepada ALLAH kerana mengabaikan tanggungjawab dalam rumahtangga.
Kalau kita boleh tidak taatkan ALLAH, bagaimana kita expect anak2 dan isteri mentaati kita.
Ikut sunnatULLAH.
Orang perempuan jadi perempuan. Orang lelaki jadi lelaki.
Jangan disibuk2 mahu bertukar peranan. Biar saling tolong menolong, tapi ada batasnya.

Khamis, 28 Ogos 2014

Thanking Malaysians for Our Support to them!




"My daughter saying Terima Kasih ke Malaysians... "


Terkesima sebentar... komen ini sy dapat melalui page Aman Palestine yang saya print screen sebentar tadi. 
Mereka tak lupakan kita sepertimana kita tak jemu doakan mereka... Rata - rata telah mendapat komen dari rakyat Malaysia.. antaranya;

"Mashaallah... You have a very adorable daughter there, sir. May she grow up to be a good daughter an a good Muslim... Insyaallah. What we Malaysian did is nothing compare to the mujahideen who had continue to defend al-Aqsa and to reclaim Palestine... May one day we Muslim around the world be able to touch the soil of Palestine..."

****************************************

Thank you anak Palestine.. cubit paha kiri paha kanan terasa. Itulah hikmah disebalik peperangan 51 hari yg berlaku di Palestine sejak awal syawal tempoh hari. Solidariti kita dgn mereka semakin erat. Biarpun jauh di mata, tiada pertalian darah tapi terasa seperti saudara dekat. Mashaallah...


Harta....dan renungan masa tua..

"RENUNGAN MASA TUA"




1. Sisa hίduρ semakin pendek:

» yg boleh kita makan, makanlah;

» yg boleh kita pakai, pakailah;

» yg Ingin kita beli, belilah;

» kalau masih mampu memberi, berilah;

» masih mampu berbagi, berbagilah.




Kerana semua yg ada tidak boleh kita bawa ke kubur. Jangan khuatir dgn ahli waris, Allah yg akan mengatur rezeki selagi mereka berusaha.

Nikmatilah hίdυρ ini dgn pasangan kita selagi masih ada.




2. Sehari berlalu, umur berkurang sehari. Bila kita lewati hari ini dgn berbahagia, kita sangat beruntung, berbuat baiklah & selalu mengucap syukur, kerana kita tdk tahu bila kita akan dipanggil 'pergi'.




3. Waktu cepat berlalu, hidup itu sangat singkat dan susah. Dalam sekejap kita memasuki masa tua, itu PASTI !




4. Bila membandingkan ke atas, kita akan selalu merasa kurang; membandingkan ke bawah, kita merasa lebih; bila kita mampu merasa cukup dan mensyukuri apa yang kita punya, kita pasti bahagia.

Bersyukurlah dengan apa yg kita ada. Manfaatkan ia sebaiknya.




5. Harta, kekayaan, pangkat, kedudukan, kehormatan --- semua itu hanyalah sementara, hanya pinjaman.

Yang terbaik dan terpenting adalah Perilaku Yg Baik, sentiasa membantu orang, tidak berbuat hal2 tercela, mengawal diri.

Jangan menyakiti hati orang lain kerana kifarah itu ada...

dan yang terpenting melatih diri agar selalu sihat zahir dan batin.

Ini kerana KESIHATAN adalah KEKAYAAN kita dan modal utama menikmati kebahagiaan hίdυρ ini.




6. Kasih ibubapa kepada anak2 tidak ada batasnya !!!.

Kasih anak2 terhadap ibubapa jelas batasnya.

Sedarlah! tatkala anak sakit, hati ibubapa terhiris;

tapi tatkala ibubapa sakit, anak cuma menengok dan bertanya2 ala kadar...

Anak2 memakai wang orang tua sudah seperti keharusan, tetapi orang tua memakai wang anak semacam pasti tidak berlaku!!!

Oleh itu CUKUPILAH diri sendiri dan berikanlah pada anak seBIJAKSANA mungkin.




7. Rumah ibubapa adalah rumah anak, tetapi rumah anak belum tentu jadi rumah ibubapanya. Ibubapa selalu memberikan anak2 tanpa batas... tetapi tidak semua anak akan berbakti kepada ibubapa mereka.




"SELAMAT BERBAHAGIA PADA MASA TUA"




Semoga bermanfaat...

Anakku Sazali...

Pipi mia merah jatuh dari sofa.. kalau pengasuh yg jaga dah tentu pengasuh yg dipersalahkan...padahal anak sendiri buas. huhu... kenali la anak sendiri.
Kalau dah sekolah pipi merah nanti cikgu plak dipersalahkan. Nanti kata cikgu yang tampar. Jadi kenali la anak sendiri.
******************************************
Sazali : Bapak...tadi sazali jumpa org tua miskin. dia tak ada wang. sazali bg dia wang. kesian dia pak...
Bapak : Nah anak ku sazali... bapak bg kau kunci peti besi ni.. kalau ada org minta tolong kau ambil la wang yg dlm peti besi itu...
*********************************************
Bapak : kenapa kau jadi begini sazali?
Sazali: ini semua salah bapak... bapak hanya kata anakku sazali ~


Drama untuk dijadikan tauladan.. bukan dijadikan ikutan, bukan juga hiburan semata - mata malah untuk difahami moral ceritanya juga. Menonton sesebuah drama yg penuh moral, selesai ditonton terus dilupa... umpama masuk ke kelas belajar tetapi tidur.  



Dialog di atas ni 18PL ye... huhu.



Rabu, 27 Ogos 2014

Koleksi wig mia...

Ibu tak ada kerja... hihi

KENYATAAN SIDANG MEDIA GERAKAN KEBANGKITAN ISLAM (HAMAS)



{وَيَوْمَئِذٍ يَفْرَحُ الْمُؤْمِنُونَ بِنَصْرِ اللَّهِ يَنصُرُ مَن يَشَاء وَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ}

"Dan pada hari itu bergembiralah orang beriman dengan pertolongan Allah. Dia telah memenangkan sesiapa yang dikehendaki dan Dia adalah yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengasihi".

Kenyataan Kebanggaan dan Kemenangan

(Rakyat yang mencipta kemenangan mereka)

Perpaduan rakyat kami bersama para pejuang dan ketahanan mereka mempertahankan tanah air menjadikan mereka berjaya melawan musuh, menghadapi segala pertaruhan dan mencipta kemenangan ke atas tentera Zionis.

Israel yang zalim telah memaksa peperangan ke atas rakyat Gaza di bawah penglihatan seluruh dunia. Mereka telah memulakannya dengan serangan bom dari udara, darat dan laut dan mereka juga menggunakan senjata haram yang telah dilarang oleh undang-undang antarabangsa sepanjang tempoh 51 hari. Sepanjang tempoh itu, mereka telah meletupkan rumah-rumah, sekolah-sekolah, masjid-masjid, kawasan pertanian, menara, serta pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam. Mereka juga membunuh kesemua ahli keluarga, dan jumlah yang terkorban melebihi 2100 orang syahid dan lebih 11 ribu orang cedera. Kebanyakannya ialah kanak-kanak, wanita dan warga emas.

Di tengah-tengah peperangan tidak adil yang dilancarkan oleh Israel ini, dan bersama dengan mereka pertolongan daripada kuasa-kuasa besar dunia yang membenarkan jenayah yang mereka lakukan, di hadapan kelemahan dan kehinaan Liga Arab yang tidak melakukan apa-apa, di tengah-tengah semua itu, pejuang palestin telah berjaya mencapai kemenangan bersama sayap ketenteraannya, dan yang paling kuat iaitu Briged Izuddin Al-qassam dan Saraya Al-Quds. Mereka dengan izin Allah yang utamanya dan dengan keperwiraan mereka telah mampu mempertahankan rakyat dan melakukan serangan balas terhadap musuh. Tentera Zionis telah menjadi kecut dan perasaan itu telah menebal dalam diri mereka. Mereka takut nasib diri mereka samada terbunuh atau tercedera atau diculik. Sebaliknya, pejuang Gaza dan rakyatnya yang berada di belakang mereka telah berjaya mencipta perpaduan, kerjasama, ketahanan, pengorbanan dan keperwiraan. Mereka telah berjaya menghancurkan penipuan yang dilakukan tentera Zionis, menggagalkan konspirasi dan mimpi indah penceroboh rakyat Palestin. Operasi mereka ialah kebangkitan untuk mencapai kemenangan dalam peperangan "Dedaun Hancur" pada kali ini.

Wahai sekalian rakyat Palestin,

Kami dalam gerakan Hamas berdiri pada hari ini penuh pujian dan kesyukuran kepada pemberi kemenangan yang nyata iaitu Allah subhanahu wa taala, maka ini adalah hari untuk tunduk patuh kepada Allah, dan juga untuk memuliakan keupayaan rakyat kami, rakyat Palestin dalam keteguhan dalam menghadapi cabaran, dan pengepungan yang berada di sekeliling pejuang-pejuang dari dalam dan luar.

Sesungguhnya kami dalam gerakan Hamas apabila mengisytiharkan kemenangan rakyat kami dan para pejuangnya yang perkasa, kami akan menyebut dengan penuh penghormatan dan penghargaan kepada roh-roh suci yang telah pulang ke sisi tuhanNya yang terdiri daripada kanak-kanak, wanita, lelaki, dan keluarga- keluarga yang telah mempertaruhkan darah-darah mereka yang suci dengan penuh kesabaran dan pengharapan sebagai bayaran untuk mendapatkan hak-hak mereka iaitu kebebasan dan kehidupan yang mulia.

Peperangan al-Asf al-Ma'kul ini juga telah membuktikan bahawa keseluruhan rakyat kami di Gaza, Tebing Barat, Al-Quds, tanah terjajah tahun 1948, Negev, Galilee, dan Diaspora adalah satu jasad yang sama, yang hidup kerana memperjuangkan satu isu yang sama, iaitu menghapuskan penjajahan dan membebaskan bumi ini dan Jerusalem.

Sesungguhnya kami di dalam gerakan HAMAS dan pada hari kemenangan yang nyata dalam peperangan Al-‘Asful Ma’kul (Dedaun Hancur Dimakan Ulat) ini, kami ingin berdiri memberi penghormatan dan kemuliaan di hadapan rakyat Palestin atas pengorbanan jasad-jasad dan sifat keperwiraan yang ditonjolkan mereka pada kebersamaannya bersama pejuang Palestin. Kami ingin mennyatakan beberapa perkara berikut :

1. Pejuang Palestin telah menang dari sudut ketenteraan walaupun sebelum berakhirnya perang ini.
-Pada hari mereka berdiri di hadapan senjata keganasan Zionis penjajah, mereka tetap cekal mempertahankan rakyatnya dan musuh telah menderita dengan sebesar-besar kerugian yang mereka terima.
-Mereka juga telah menggagalkan objektif serta kehendak musuh mereka pada kali ini dan menjadikannya hancur berkecai.
-Kemampuan pejuang Palestin untuk menyakitkan musuh serta mengejutkan mereka dengan beberapa perkara seperti kekuatannya, ciptaannya, perkembangan senjatanya, terowong-terowongnya, keberanian tenteranya, operasi-operasinya yang menyelinap di belakang musuh.
Mereka telah menang (dengan kurniaan Allah) pada peperangan kali ini dari banyak siri-siri peperangan kami bersama penjajah dalam membebaskan tanah suci kami sebelum ini.

2. Pejuang Palestin tetap berdiri teguh dari sudut politik. Mereka mempertahankan prinsip-prinsip mereka serta menjaga kepentingan rakyat mereka dan menunaikan permintaan mereka, malah dengan kehendak merekalah berakhirnya pengepungan ini. Mereka juga semakin kuat dari sudut media. Mereka telah memalukan Israel dengan membongkar segala jenayah-jenayah mereka dan menyebarkan audio-audio dan gambar-gambar perbuatan tentera-tentera mereka. Pejuang Palestin juga telah menang dari sudut akhlak, mereka hanya mensasarkan serangan pada tentera-tentera penjajah Israel dan pegawai-pegawai tentera mereka, tidak sepertimana yang dilakukan oleh tentera mereka dengan membedil rakyat-rakyat kami yang tidak bersalah.

3. Peperangan Al-‘Asful Ma’kul yang disertai oleh pejuang-pejuang Palestin dan sayap ketenteraan mereka ini telah membuktikan bahawa pejuang-pejuang ini adalah pilihan rakyat kami di dalam dan luar negara. Mereka juga mampu membalikkan timbangan manusia dalam menilai apakah ia kekuatan dan apakah ia kelemahan, mereka mampu mengubah kaedah-kaedah permainan politik dan ketenteraan, dan pada masa yang sama mereka mampu mengumpulkan rakyat-rakyat Palestin dan seluruh ummat di muka bumi ini dan menyatukannya di atas kalimah yang satu dan bendera yang satu, dan merealisasikan harapan mereka untuk membebaskan dan mengembalikan tanah suci ini. Di atas pencapaian ini, tanggungjawab kami pada hari ini adalah membina semula tanah ini dan kami akan berusaha untuk menjaganya dan membina strategi pertahanan negara yang bersepadu yang berdiri di atas asas-asasnya.

4. Sesungguhnya semua cubaan provokasi dan pembohongan yang ditujukan kepada pejuang Palestin dan rakyat kami telah gagal sama sekali. Mereka yang melakukan pembohongan itu dan yang menyokong mereka telah menanggung kekecewaan yang amat sangat. Mereka sedang meneguk kekecewaan dari gelas kehinaan bersama dengan Israel. Mereka telah tenggelam dengan kecelakaan selepas rakyat kami bersama dengan pejuangnya yang berani telah berjaya menyerang balas terhadap Israel dan menggagalkan objektifnya.

5. Sesungguhnya bumi Gaza ini adalah bumi yang suci sama seperti keseluruhan bumi Palestin yang diberkati. Seperti mana bumi ini telah disirami dengan darah syuhada' dan terkorban disebabkannya pemuda, wanita, kanak-kanak dan orang tua, dan dipertahankan oleh para pejuang yang melindungi mereka daripada perancangan musuh, seperti itu lah kami akan mempersiapkan pembinaan semula apa yang telah dihancurkan oleh Zionis dengan kebangkitan kami. Seperti mana kita telah bersama-sama mencipta kemenangan dalam peperangan ini, seperti itu jugalah kita akan sama-sama mencipta kemenangan dalam pembinaan semula Gaza dan persediaan kelengkapan sehinggalah kami mencapai kebebasan yang sempurna dengan izin Allah.

6. Sesungguhnya kami dalam gerakan HAMAS melakukan perkiraan dan penilaian tentang pendirian negara-negara Arab dan negara-negara Islam sebenar yang berdiri bersama mendukung perjuangan rakyat Palestin dan pejuangnya yang berani serta memberikan tekanan kepada Zionis agar menghentikan serangan dan menyokong hak rakyat Palestin.

7. Kami menyeru kepada pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia supaya mempercepatkan tindakan undang-undang terhadap pemimipin-pemimipin penjajah Israel di dalam mahkamah jenayah antarabangsa. Mereka telah melakukan pembunuhan yang sangat dahsyat sehingga mencapai kepada tahap jenayah-jenayah perang dengan menyerang rakyat-rakyat yang tidak bersalah dari kalangan kanak-kanak, wanita, orang-orang tua dan ahli keluarga yang dihapuskan semuanya.

8. Kami berterima kasih kepada setiap aktivisme yang memberi sokongan sama ada dari sudut politik, media, dan gerakan- gerakan yang besar dan luas yang menyokong rakyat Palestin dan menolak keganasan yang dilakukan Zionis ke atas Gaza dari seluruh pelusuk dunia Arab dan Islam, serta negara-negara lain seluruhnya. Kami memohon supaya bertambahnya tindak balas terhadap dakwaan kami yang adil ini, serta mendedahkan jenayah-jenayah yang telah dilakukan oleh Zionis terhadap rakyat kami, bumi kami yang suci, dan tahanan-tahanan. 


Kredit Aman Palestine


DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA.... 

Palestine di Jordan





Penduduk Palestin di Kem Pelarian Baqa'a, Jordan menyambut kemenangan mereka dan saudara- saudara mereka di Gaza.

Kem pelarian Baqa'a di Jordan merupakan sebuah kem pelarian yang menjadi tempat tinggal kepada lebih kurang 100 000 orang penduduk Palestin. Telah beroperasi sejak 1968.

Sumber : Shehab News Agency



DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA...

Sambutan kemenangan Gaza di Nablus, Tabing Barat (West Bank)






Sambutan kemenangan Gaza yang diadakan di Nablus, Tebing Barat. Dari jauh mereka menyatakan sokongan mereka buat saudara- saudara mereka di Gaza.



DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA... 

HAMAS umum kemenangan bersejarah..



Kemenangan awal ini amat besar maksudnya kepada umat sejagat sebelum kemenangan yang lebih besar dengan pembukaan al-Aqsa di masa depan.
Hamas umum kemenangan bersejarah

27 Ogos – Hamas mengumumkan peperangan Al-’Asful Ma’kul (Dedaun hancur dimakan ulat) yang memakan masa selama 51 hari telah dimenangi oleh Hamas dan rakyat Gaza.

Hamas juga mengumumkan kemenangan telah berada di pihaknya dari sudut ketenteraan sebelum peperangan berakhir, manakala rejim Zionis Israel telah gagal mencapai matlamat mereka dalam peperangan ini.

Dalam satu kenyataan rasmi yang disiarkan di laman web hamasinfo.net pada petang Selasa waktu Gaza (awal pagi Rabu waktu Malaysia), dinyatakan bahawa Hamas telah menang dari aspek politik apabila tuntutannya telah dipersetujui untuk dipenuhi oleh musuh, antaranya ialah menghentikan kepungan. Kredit Aman Palestine.

KEMENANGAN BERSEJARAH
Sami Abu Zuhri juga menyifatkan kemenangan ini adalah kemenangan bersejarah yang dicapai oleh tentera Al-Qassam dan rakyat Gaza, satu kemenangan yang tidak mampu dicapai oleh mana-mana tentera Arab pada ketika ini.

Kata beliau, serangan Al-Qassam dan sayap tentera lain telah berjaya mengepung ruang udara Israel, menyerang kawasan ketenteraan dan tempat strategik, sehingga menyebabkan jutaan rakyat Israel terpaksa berlindung di pusat-pusat perlindungan.

Keadaan ini telah membuatkan kekuatan tentera Israel berada di tahap paling bawah meskipun terkenal dengan kecanggihan alat ketenteraan.

Sami Abu Zuhri juga berkata, kemenangan ini bukan sekadar akan membuka pintu-pintu sempadan, bahkan ia akan membuka pintu-pintu kemenangan untuk matlamat yang lebih besar, iaitu membebaskan Palestin dan Masjid Al-Aqsa dari penjajahan rejim Zionis Israel. Kredit Aman Palestine


Bagaimana al-Qassam mengajar umat ini ?
Kalam | Al-Qassam mengajar kita

"Al-Qassam mengajar kepada kita dan dunia seluruhnya akan erti kemerdekaan yang sebenar walaupun masih duduk dalam penjara terbuka Gaza ini.

Kemerdekaan yang bertunjangkan kepada tauhid dengan menyerahkansegala urusan kepada Allah SWT walaupun seluruh dunia bersatu untuk menghancurkan mereka.

Inilah ciri paling besar ada pada setiap jiwa-jiwa Al-Qassam, mereka telah membenarkan baiah mereka pada Allah SWT lalu Allah SWT menyempurnakan janji-janji mereka."

Prof Madya Dr Aznan Hasan
Pengerusi Majlis Ulama ISMA (MUIS) 




Bendera Malaysia turut dikibarkan di Gaza.

Subhanallah, alhamdulillah, allah akbar...
Bendera Malaysia dikibar bersama meraikan kemenangan rakyat Ghaza. Kredit Aman Palestine


Kemenangan selanjutnya adalah dengan pembebasan al-Aqsa.
Gaza menang, Zionis tumbang.

1-Hamas mengumumkan bahawa dengan keizinan Allah swt, Gaza semakin menuju kemenangan.

2-Israel dan Mesir bersetuju untuk penuhi tuntutan Hamas.

3-Penduduk Israel yang tinggal berdekatan Gaza dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. Mereka perlu mendengar arahan Hamas dan bukan Netanyahu. (Sami az-Zuhri)

4-Ini adalah kemenangan awal sebelum kita menempa kejayaan sebenar iaitu membebaskan al-Aqsa (Musyir al-Misri).

5-Al-Qassam tetap bersedia untuk ke medan sekiranya Israel melanggar perjanjian.

Subhanallah, alhamdulillah, allah akbar... 







Kegembiraan terpancar di wajah mereka... syukur alhamdulillah.. 
Tiada daya dan upaya ya Allah... hanya padaMu kami berserah dan hanya padaMu kami mohon pertolongan, petunjuk dan hidayah... aminn.. 


Manisan dari Nablus, Tebing Barat ini dihias dengan tulisan-tulisan yang menyatakan kemenangan Gaza pada hari ini :) 


Bersama menyambut kemenangan di Gaza.


Hijau : Hamas
Kuning : Fatah
Hitam : Jihad Islami



Dengan mengenapi sebarang perbezaan, umat di Palestin bersama menyambut kemenangan awal di Gaza dan terus membuat persiapan selanjutnya bersama-sama bagi membuka al-Aqsa dan pembebasan keseluruhan bumi Palestin di masa akan datang.

Kredit Dr. Zainur




BOIKOT TETAP DITERUSKAN KE ATAS BARANGAN ISRAEL!!!

LUMPUHKAN EKONOMI MEREKA!!!










Selasa, 26 Ogos 2014

Kes Denggi

Bila ada kes denggi mesti ada buat kerja2 mengasap ni dari majlis perbandaran..
Pagi tadi sy didatangi seorang pegawai kesihatan.. dia ingatkan, katanya tong sampah yg x pakai jgn bg air bertakung. Rumput2 kena potong. Sebab jiran aku selang berapa rumah je dah kena denggi. Dia kata sebelum kena denda Rm500 baik buang apa yg patut.
So saya dengan bangga nya pun buang barang2 pre loved suami yg di punggah kt luar rumah tu.. hehe. Kalau guna mesti dah pakai kan... ni x pakai mesti dah x guna. Semua masuk tong sampah tanpa kompromi dah dgn encik suami. Hahaha....
Petang ni tadi datang la encik2 MPKU utk sembur apa patut.
Memang tak dinafikan... selama setahun pindah ke sini nyamuk memang banyak sangat. Tak kira ada ubat nyamuk, penyembur nyamuk. Opkos siang malam kami sefamily kena guna kipas 24jam utk elak nyamuk dari mendekati kami sebagai racun tambahan. Alhamdullilah... setakat ni saya suami dan anak2 selalu sihat.
Kata jiran ni bukan kes baru ada denggi. Sebelum ni juga ada kes denggi hingga libatkan kematian. Maknanya bukan kesilapan kami la tu kan.... Muehehe.. kami dah sedaya upaya untuk menjaga kebersihan sejak duduk kat sini antaranya potong rumput dan bakar rumput supaya boleh halau nyamuk. Malang plak jiran sebelah ada lemah jantung. Mereka komplen x bg membakar. Jadi kita senyap je la... x bakar apa pun lepas kena komplen. 
Akan tetapi... ada byk rumah kosong dan terbiar yg rumputnya panjang2. Pun menjana pembiakan nyamuk juga kan.. huhi. 

Psstt... dengar cerita rumah perumahan ni tak ada kelulusan CF. Ye ke? 

Kehidupan itu pelajaran...

Kehidupan itu pelajaran...
Apa yang dilihat di sekeliling kita adalah pelajaran...
Apa yang berlaku adalah pelajaran...
Apa yang kita terima adalah pelajaran...
Lihat di depan...
Seorang janda mulut kepoh...
Kita jangan mulut kepoh..
Risau nanti kita jadi janda...
Lihat di sana...
Seorang janda...
Tak ada anak... tapi kena tinggal juga..
Lihat di situ...
Bukan janda...
Tapi seorang isteri pendiam...
Kurang interaksi...
Suami juga cari lain...
Alahai pelajaran...
Ini lah kehidupan dalam pelajaran...

Koleksi Qwen Filigree akan datang...

Assallamualaikum... wbt..

Buat masa ni, Qwen berhenti sekejap dari berniaga online sebab nak fokus pada bisnes offline terlebih dahulu.. Koleksi Qwen Filigree pada masa akan datang adalah koleksi kebaya kimono yang tengah hot sekarang. Selain itu, kurung mini dan kurung scallop juga akan diketengahkan.
Ini adalah antara koleksi yang bakal saya ambil dari supplier pada masa akan datang untuk jualan bisnes offline..

Untuk pengetahuan, sebelum Qwen menjual mana - mana koleksi, pemilik Qwen Filigree sendiri akan membeli terlebih dahulu untuk diri sendiri sebelum dijual kepada pelanggan. Sekiranya saya berpuas hati dengan material tersebut barulah saya akan mengambil stok yang banyak untuk jualan kepada pelanggan.
Saya puas hati, saya yakin pelanggan juga akan puas hati.
















Pada sesiapa yang berminat untuk bekerjasama dengan saya pada masa akan datang, sila tinggalkan komen agar saya boleh menghubungi anda semula. 

Kepada sesiapa yang berminat untuk lain - lain pakaian yang saya jual, sila hubungi saya di 0197407113 / whatsapp / telegram.

Sekian. 



Sabtu, 23 Ogos 2014

Innalillahwainnalilahirojiun... (25+)


Dulu tiada keberanian untuk menonton.. kini kekuatan untuk menonton itu ada.. video waktu malam ini tidak ditapis. Apa yang terlintas di fikiran moga hanya disimpan untuk diri sendiri.. tak perlu komen apa - apa. Hanya simpan dalam hati. 
Tidak sesuai ditonton oleh yang berusia 24 tahun ke bawah, yang lemah semangat dan ibu mengandung.
Al- Fatihah kepada yang beragama Islam. 





Mia yang suka bertutup kepala...

Layan Mia yang suka bertudung...


keluar pergi mana - mana kena pakai tudung...


tudung rama - rama pertama yang ayah belikan untuk dia.. RM10 sehelai kat Mydin Kulai


tudung indon..hehe.. 



telekung ibu pun dia balun pakai juga... 
Kepimpinan melalui tauladan.. 


Baju dia sendiri pun boleh jadi tudung..


Beg raket badminton ayah pun boleh jadi tudung...


Tudung ibu pun dia balun jugak... 


Shawl ibu pun nak pakai juga...


Tudung corak military tudung kedua untuk Mia ayahnya belikan...


Makan di kedai tomyam... dengan bantal busuk.


Tudung + topi


Sekejap je masa berlalu... dah setahun 10 bulan. Rasa mcm baru semalam je bersalinkan dia.. 
Semoga menjadi anak yang solehah dan menjadi orang yang berguna dalam masyarakat. Insyaallah. Amin..