Klik untuk tabungan Mia dan Sarah :)

Jumaat, 22 Ogos 2014

22 Ogos 2014, gloomy day...




Hari ni pada tarikh tersebut tercipta dalam satu lipatan sejarah Malaysia menerima jenazah mangsa MH17. Sesungguhnya.... kita yang hidup pasti akan mati.. Kematian itu sudah ditetapkan. Bezanya adalah cara kematian boleh jadi dengan cara lain. Ya Allah... mudah - mudahan mereka yang beragama Islam khasnya akan ditempatkan di kalangan orang - orang yang beriman. Aminn...

Ibn Juraij memberitahu bahawa Rasulullulah pernah bersabda kepada Aishah ra, "Apabila seorang mukmin itu melihat para malaikat, mereka akan bertanya, "Inginkah engkau kiranya kami kembalikan engkau ke dunia?" Orang yang beriman itu bertanya: Ke negeri sedih dan dukacita. Kerana itu segeralah bawa kami kembali kepada Allah subhanahu wa taala"

Mati bukan penghujung kehidupan seseorang yang sebenar, kerana selain daripada hidup di dunia, manusia akan dibangkitkan di akhirat yang kekal lagi abadi. Allah menjanjikan kebahagiaan mereka yang beriman kepada-Nya di dunia dan di akhirat, termasuk ketika menghadapi saat genting sakaratul maut.

Berdukacita, merintih rindu tidak berupaya mengubah keadaan biar sedikit pun. Allah mengasihi orang - orang yang telah pergi dan mengambilnya lebih awal dalam dakapan kasih-Nya. Allah lebih mengetahui untuk membalas hamba yang dikasihi-Nya, lebih daripada apa yang kita boleh lakukan untuknya, kerana Allah itu Maha Pengasih Lagi Penyayang yang tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang manusia.

Mereka (orang - orang yg beriman) tidak keseorangan didakap rindu kerana meninggalkan dunia yang penuh dengan pelbagai dukacita. Zaid bin Aslam pernah memberitahu, "apabila seorang mukmin itu didatangi waktu hampir mati, akan diucapkan kepadanya, jangan kamu takut terhadap peristiwa yang akan berlaku, di mana ketakutan pasti terhapus"

"Jangan dukacita terhadap dunia dan penghuninya, iaitu keluargamu. Gembirakan dengan nikmat syurga, di mana segala kebimbangan akan lenyap. Jangan berdukacita, kamu pasti akan meninggalkannya, padahal ketika itu, iaitu sebelum meninggal, Allah telah pun menenangkan hatinya.''

Ad-Dhaaak menjelaskan bahawa kegembiraan itu diketahui oleh mereka yang beriman sebelum roh berpisah dari badan dan mereka telah mengetahui di mana mereka akan berada, iaitu di syurga.

Tidak mudah mengikis rasa rindu kehilangan orang yang dikasihi. Demikianlah di antara tanda-tanda kasih sayang. Tidak mudah memujuk kesunyian hilang teman, hilang tempat bergurau senda dan mengadu kasih, tempat harapan. Berapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Walaupun demikian, kalau setiap orang itu berupaya memikirkan tentang ketetapan Ilahi, qadak dan qadar ketentuan Allah, kesedaran akan timbul, bahawa tidak ada manusia yang berupaya mengubah ketentuan-Nya. Allah Maha Mengetahui rahsia yang tidak terungkai oleh pemikiran manusia di atas ketetapan-Nya.

Sesungguhnya di sebalik rindu dan rasa hampa, tenaga, masa dan pelbagai usaha tetap diperlukan untuk menghadapi sisa-sisa hidup yang masih tidak menentu. Kerana itu usaha memperoleh tenaga dan rintihan terhadap orang yang telah pergi adalah sesuatu yang sia-sia .





Pelestine bersedih sudah terlalu lama... 
Ribuan sanak saudara pergi meninggalkan mereka...
dan mereka tidak pernah berkabung walaupun sehari...
Mereka tahu, kehidupan perlu diteruskan..
bukan di tangisi...
bukan diratapi... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan