Klik untuk tabungan Mia dan Sarah :)

Selasa, 27 Januari 2015

Story kali ni - Hukuman Rotan / Sebat / Membebel Semuanya Penting!


Beberapa hari ni viral tentang isu rotan yang dikatakan boleh jatuh jadi kesalahan jenayah terhadap ibu bapa yang merotan anak. Memang tanjat gilerr orang Malaysia terutamanya orang Islam sebab masing - masing pun sekarang tau yang merotan ni adalah salah satu cara Rasulullah SAW, Nabi kesayangan (allahumasolialasaidina muhammad ) kita dalam mendidik anak.

Rasulullah SAW bersabda. “Perintahkanlah anak-anak kamu untuk sembahyang pada usia tujuh tahun; dan pukullah mereka kerana meninggalkannya pada usia sepuluh tahun; dan pisahkanlah di antara mereka (anak-anak kamu) di dalam tempat tidur.” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
Kita tak mo la cerita bab agama kan terkurang fakta susah plak menjawab kat akhirat nanti. Cukup sekadar apa kita tau je la kan. Cuma kita tak mo terikut cara oversea macam yang terjadi pada pasangan Malaysia satu masa dahulu, memukul anak masuk penjara. Memang sadis la kalo gitu. Asyik ikut oversea je.. ingat oversea tu modern sangat ke makcik oiii.. Bak kata orang tua - tua zaman tok kaduk dulu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Nanti dah jadi buluh cer try lenturkan..boleh bengkok ke tak? Dapat buat meriam buluh je la jawabnya...

Hukuman yang paling ganas pernah saya lihat mak pak buat kat anak yang pernah saya jumpa adalah masa saya ikut mak pergi kedai. Masa tu mak jadi bibik jaga anak cina. Mummy budak cina tu cucuk atas tangan anak lelaki dia guna jarum. Cucuk berkali - kali sebab tak pandai buat kira - kira. Dah cucuk sebelah, ganti plak sebelah.

Lagi satu hukuman, masa saya mengajar jadi guru ganti kat sebuah sekolah pedalaman di Sarawak. Sekolah kat pedalaman Sarawak kebanyakkannya tidak jauh dari sungai jadi tak hairan la kami cikgu2 ni boleh melihat kejadian seumpama itu.. Mak dia lempar anak dia ke tengah sungai. Anak orang iban ni pandai berenang. Tu yang mak budak tak takut lempar anak tengah sungai. Huhu.. Budak tu darjah 2. Bila cikgu marah, dia lari keluar dari kelas sambil hempas pintu. Cikgu pun hukum la dia sekadar rotan. Mak dia dapat tau anak buat hal kat sekolah, mak dia datang ke asrama bawa dia keluar lempar anak ke tengah sungai. Sampai ke tebing lempar lagi ke sungai. Sambil menangis tercungap - cungap budak tu sebab dilempar berkali - kali ke tengah sungai. Berenang pun macam tak larat dah sebab penat. Dah beberapa kali kena lempar, budak tu lari pergi kuarters tempat saya tinggal. Saya plak yang menangis tengok dia minta tolong siap peluk saya lagi ketat2. Memang sedih tengok keadaan macam tu bila mak budak mengamuk kat sekolah. Marah kat anak ke marah kat cikgu sebenarnya? Huhi..

Okay la tak mo bebel panjang - panjang pagi - pagi buta ni. Jom cerita pasal kenangan rotan. Kita nak mengulit kenangan sikit.  No no no... kita dulu bukan rotan je tau, banyak sangat denda dan hukuman diterima. Selain hukuman dari mak pak, kita bagi bonus bacaan sikit. Kongsi pengalaman hukuman dari cikgu juga. Cikgu lagi banyak merotan berbanding mak pak sebab mak pak saya tak marah cikgu yg merotan saya.

- darjah 2 rotan tapak tangan. Setiap hari Rabu pagi ada kelas Matematik. Kami sekelas kena berdiri siapa dapat jawab boleh duduk. Siapa tak dapat jawab kena la berdiri. Pastu plak, salah jawab kena rotan tapak tangan. Dan saya adalah salah seorang yang bengap Matematik terutama sifir. Dalam tahun tu  hanya 2 kali je kita selamat bila cikgu tanya 8X8 berapa? Saya jawab 64. 6X6 berapa? 36. Cikgu tu tanya sifir lain susah nak jawab dgn pantas. Bukan bagi chance pun kita baca. Kena jawab terus! Tu yg gagap tu. Pap! Kena sedas. Dalam masa sejam tu, cikgu akan round banyak kali sampai habis masa. Sampai turn saya je mesti kena sifir yang susah. Tanya la 9X9 ke.. sifir 5 ke.. adoiiii... memang sakit la tapak tangan. Merah dan bengkak. Ada juga kawan saya yang pura - pura demam hari Rabu. Asal hari Rabu je demam tak datang sekolah sebab tak nak kena rotan. Kita tak nak datang sekolah? Heh... kalau la boleh. Masalahnya masa tu parents saya semua orang kenal dan orang hormat. Sebut je "apai abu" / "indai abu" semua orang dah tau tak kira orang rumah panjang ke atau cikgu2 sekolah. So mana saya nak lari? Nak tak nak kena gak turun sekolah sebab nak jaga air muka orang tua.

# dan korang nak tau? Masa saya balik bercuti ke Sarawak bulan lepas, cikgu kita tu datang melawat. Dia bawa satu family dia datang melawat saya dan family kat Sarawak. Cikgu korang ada buat macam tu? Kita pun malu sebab cikgu yang melawat tengok anak muridnya dah besor jadi apa. Alhamdullilah... cikgu ingat kat saya, Majorie, Awang dan Mulirah. Sebab kami dalam meja kumpulan A dalam kelas :)

- kena piat kat pinggang oleh cikgu Pendidikan Jasmani sebab lupa bawa baju PJ. Lol. Sebenarnya malas nak tukar baju sekolah. Malu nak tukar kat kelas. Nak tukar kat jamban kotor plak. Banyak ulat gendon. Geli. Nak buang air pun tunggu balik rumah.

- berdiri kat padang tengah panas sebab tak buat kerja sekolah matematik :P
- bawa plat gantung kat leher sebab tak buat kerja sekolah. Malu tau bawa plat tu... satu sekolah baca. Tapi bukan kita la yang kena. Kawan sekelas yang kena. Kongsi pengalaman je supaya korang tau betapa kejamnya cikgu zaman dulu nak bagi anak orang jadi pandai dengan gaji yang tak seberapa masa tu.  Sekarang ada ke cikgu main gantung plat kat leher anak orang? Tak ada nya... silap - silap kena serang mak ayah sebab malukan anak diorang.
- kena piat kat tepi mata. Meleleh air mata kena piat 'semut api' sebab lupa bawa buku latihan.
- sebat kat atas tangan guna pembaris kayu. Guna bahagian tepi pembaris plak tu... tangan merah pun tak berani report mak apak. Kalo report silap2 kena lagi kat rumah.
- Kena sebat dengan tali pinggang oleh mak sebab melawan (ni banyak kali kena) masa kecik umur 10 tahun ke atas.
- Kena hanger oleh mak juga sebab tak basuh pinggan. (pun banyak kali) umur 10 tahun.
- Kena cubit oleh mak sebab mak dengar cerita jiran. Jiran report katanya saya main lipstick dalam bilik rumah mereka padahal kita tak main lipstick pun. Kecik2 dah kena fitnah :3 Cakap je la tak bagi main dengan anak dia kan senang.
- kena sebat kat punggung oleh Ustaz Zul sebab tak solat Zohor kat surau masa sekolah menengah.
- berdiri kat luar makmal tepi longkang plak tu sebab nota sains tak siap. Pastu tutup muka dengan buku sebab malu, pakwe lalu masuk makmal sebelah. Boleh plak kelas mereka sama waktu dengan kelas kitaorang. Siot je...
- mengaji? siapa tak kena rotan memang tipu la kan... kikikiki

Rasanya tu je hukuman yang diterima kecik2 dulu. Ayah saya baik tak pukul anak walaupun sekali. Arwah atok pernah pesan, kalau tegur anak dan ajar anak salah seorang je kena ajar. Cukup sorang bising. Kalau mak bising ayah kena diam dan tak boleh backup. Nanti anak naik kepala. Kalau dua - dua bising dalam masa yang sama nanti anak jadi bingung. Kalau ayah tegur plak, mak kena diam. Jangan jadi 'payung'. Baru lah anak tu dengar cakap.

Lagi satu paling mujarab, ayah yang tak pernah tegur anak...sekali dia tegur seumur hidup anak tu sedar. Tu sebabnya mulut ayah ni power dalam keadaan tertentu. Seorang ayah yang diam tu bukan bermakna dia meng 'iya' kan segala perbuatan anak dia. Ok...mata pun dah masuk habuk ni. Huhu... Sebab saya anak kesayangan ayah. Dia tak pernah tegur apa saya buat. Saya pakai skirt pendek pergi kerja dia tengok je... kata orang sabar tu ada tahapnya. Sekali dia tegur selamanya saya tak buat dah. Padahal dia tak naik tangan pun. Memang sangat masin mulut seorang ayah. Dia hanya tegur bila tiba masa. Ibarat simpan satu peluru dalam sepucuk pistol. Digunakan hanya untuk perkara paling penting sahaja.  

Mak plak tok sah kira la... selain sebat dan rotan mulut pun boleh tahan. Dia punya bebel boleh menjalar - jalar dan bercabang - cabang. Ada tajuk, ada topik dan sub-topik lagi. Boleh buat ulasan lagi panjang lebar... (eh sama macam aku je)  Memandangkan kecik2 dah puas kena sebat dgn mak, dah masuk remaja mak membebel je... pedih juga tu membebel cuma kita tak sampai lari dari rumah bila orang tua ni bising.

Bukan macam mak bapak sekarang, jangankan pukul, nasihat anak pun tak berani. Diam je macam orang bodoh perhatikan anak. Bila ditanya kenapa tak tegur, dikatanya takut anak lari dari rumah. Hati anak kena jaga. Erm.. ada la manusia tu. Dah jadi buluh dah pun..

Yang macam tu la kita tak nak berlaku dalam masyarakat kita. Bukannya kita mendidik untuk bagi masuk syurga sahaja semata - mata, malah mendidik supaya dah besar nanti pandai cari makan untuk keluarga juga sebelum kita mati. Ni belum mati lagi dah nyusahkan orang. Bukankah itu tidak terdidik maknanya? Dah la sekolah tak pandai, cari makan pun tak pandai? Kerja malas. Hisap rokok, minum arak reti? Duit mak bapak supply! Pergh!!!!
Tolong la eh... jadi anak tak semestinya kena pandai sekolah. Jadi anak ni kena jadi manusia yang betul pun dah cukup memadai. Jangan nak susahkan hidup orang tua. Kita ni belum tahap jadi OKU lagi. OKU pun tak malas macam tu. Itulah akibatnya. Silap mak ayah sendiri yang lalai dalam tanggungjawab menjaga amanah yang dikurniakan oleh Allah swt. Solat, puasa tak ajar. Anak tak nak turun sekolah tak bertindak. Anak tipu sakit kepala pun percaya. Tu pun ada lagi yang nak kata merotan ni boleh jadi kesalahan jenayah.

# bersyukur la siapa mak apak yang tak ada anak. Jangan la merungut dan cemburu melihat orang lain cepat dapat anak dan anak berderet - deret. Kat sana Allah tak tanya kenapa tak ada anak. Tapi siapa yang ada anak dan yang menjadi penjaga (anak yatim) Allah swt akan tanya kenapa anak jadi macam ni dan macam tu. Kita yang kena jawab. Dalam kehidupan ni, hidup kita bukan sekadar hidup. Hidup kita ada tugasannya.

Saya nak membebel lebih panjang lagi. Tapi tak mengapalah.. selebihnya tu saya akan kongsikan bersama 2 orang anak perempuan saya pada masa akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan