Klik untuk tabungan Mia dan Sarah :)

Sabtu, 31 Januari 2015

Berniaga - Permulaan, Dugaan, Pengakhiran

Mula - mula aku minat berniaga bukan baru. Lama dah... dari kecik. Mak buat aiskrim. Aku dan sepupu pergi jual. Kami jual kat kilang - kilang. Aiskrim Malaysia 20 sen sebatang. Aku mana reti matematik. Memang lembap giler macam siput. Tanpa kalkulator, tak hidup la matematik dalam diri aku. 
Masuk tingkatan 4 lagi haru. Cikgu masukkan aku kelas Sastera. Sastera tak ada hal lagi. Memang serasi sastera dalam jiwa aku. Aku boleh karang sesuatu yang puitis dan boleh karang sebuah novel. Cuma aku tak ada lobang nak bukukan novel macam mana. Dalam kelas Sastera, boleh plak terselit 1 subject killer. Bukan Add Math (ni dah tentu tak amik) tapi subject Ekonomi Asas. Cikgu tu dah kata, kalau benda tu logik tulis la secara logik. Tapi yang aku pelik tu, aku tulis jawapan dah logik..tapi cikgu tetap pangkah salah juga. Katanya lagi hafal fakta dalam buku ekonomi. Hafal bagaimana cara buat keluk penawaran dan permintaan. Ahh.. sudah... bab menghafal la aku failed. Serupa macam kena hafal buku sejarah plak.. 
Bila dapat keputusan SPM, Matematik dengan Ekonomi Asas tu je dapat 7. Yang lain alhamdulillah... malas aku nak kabo. 
Lepas SPM, cepat2 isi borang nak masuk kolej jadi nurse. Dapat interview failed. Tapi dapat surat pergi amik ujian. Surat tu la sampai sekarang aku masih rasa tak sampai hati. Surat tu diterima masa aku dah masuk politeknik. Kalau aku tau, aku sanggup balik kampung nak amik test meja. Tak la menyesal.... memang sedih. Sedih sangat sampai hari ni. 
Kalau korang selfie2 kat Facebook pakai baju nurse tu memang aku yg melihat sakit hati dan cemburu. Tu yg aku malas nak like. Jadi jururawat memang cita2 dari darjah 1 lagi. 
Dalam kekecawaan...terpaksa juga aku teruskan study amik jurusan perniagaan kat politeknik. Tak menyesal la jugak amik jurusan ni. Sikit - sikit rasa nak berniaga sendiri tu timbul. 
Disebabkan aku banyak pengalaman kerja, aku guna pengalaman kerja aku tu untuk berniaga. Nampak je aku ni perempuan, tapi minat berniaga, pasal perniagaan lelaki. Waduh2... memang gawat. Dah la gawat, tak pernah plak dibuat org. Aku lupakan dulu hajat besar aku tu. 
Aku bertemu jodoh dgn laki aku. Sebelum kenal tu aku ada kabo kt dia aku nak buka kedai CC. Katanya dia ada kedai CC... Oh! Poyonya laki ni. Pantang kita ada dia pun nak ada juga. 
Dah kahwin dgn dia memang betul dia ada kedai CC. Lol.... dan aku? Kedai CC yang aku nak tu hanya jadi planning je sebab jaga CC dia pun aku dah kelam kabut macam hapa. 
Dengan peredaran zaman yang semakin canggih dan maju, kedai CC kian suram. Budak - budak pun masing2 dah ada tablet sendiri hasil daripada kumpul duit jual biji sawit yang jatuh kat tepi jalan. Maka, kami laki bini amik keputusan tutup kedai CC dan beralih plak pada perniagaan lain.
Masa ni la aku mula duduk rumah. Bosan2 aku buat kerja sourcing macam aku buat kerja kat company lama aku dulu. Ada la dapat dua tiga supplier. Makin hari buat aku makin ketagih. Bila ada permintaan, aku sourcing dan aku markup RM5 je untung atas angin. Buat ada - ada je... sekarang laki aku dah tak bagi sangat buat kerja ni. dia suruh aku duduk diam - diam je.. makan minum tido jaga anak. Tu je... tapi masih juga gatal nak berniaga. Sampai aku boleh buat RP ( Racangan Perniagaan) Last - last RP tu aku jual kat member2 aku yg nak mohon pinjaman perniagaan dgn harga berbaloi sakit pinggang menaip.. haaa.. siapa tak reti nak buat ayat cinta dalam RP ni korang boleh la upah aku buat. kikikiki...
Bila masuk bulan Ramadhan, ramai la yang bertanya kek lapis dan baju raya. Kek Lapis tak ada masalah lagi. Kat Sarawak ramai dah supplier aku yg suka berurusan dgn aku pasal kek lapis. Dalam jualan baju memang banyak masalah. Banyak sangat - sangat. Allahurabbi... 
Sekarang dah ramai yang boleh berniaga tanpa perlu bayar modal hanya dengan berniaga cara dropship. Tanpa sedar kita tak tau kita penjual yang keberapa yang menjual pakaian mereka. Kita berada di tingkat kedua kah atau entah - entah anak tangga ke lima? Jaga - jaga la kalau harga barang tu kita sourcing harga standard RM80. Kalau kita nak jadi penjual, nak amik baju harga RM80. Kita nak jual berapa? 
Lepas tu baju dapat macam kain langsir. Rupanya orang yang kita harap 'penjual yg baik' tu cuma amik gambar kat google pastu dia buat sendiri baju tu ikut fesyen sama dgn material yg low quality. Aku memang selalu kena. Memang selalu sangat. Sebagai langkah berjaga - jaga, beli la dulu untuk diri sendiri. Cantik. Aku pun percaya la...sebab memang cantik. Promot kat Facebook. Bila customer aku yang order, hebat diorg hantar main sebat je hantar parcel tak guna. Bungkusan poslaju tu lagi high quality dari isi dalam.
Dalam perniagaan memang banyak dapat rugi daripada untung. Pertama sebab modal aku zero. Aku tak dapat beli apa aku nak. Jadi, dgn keuntungan yg aku dapat, aku jadikan modal balik. 
Tu belum termasuk lagi duit yang aku kena pulang balik kat customer dan sebagainya.. memang melingkup. Laki aku tak bagi aku berniaga dgn cara macam tu... nama aku entah - entah femes sebab barang tak cantik. Orang tak kabo je kat public sebab mereka takut aibkan aku. Tapi tu la kenyataannya... aku sendiri pun boleh rasa... korang ingat orang suka kalau barang kita byk laku? Tak ada... Sebab tu jarang aku jumpa peniaga yang ada brand sendiri buka untuk dropship. Sebab mereka nak jaga brand, harga dan kualiti. Kecuali kalau kuantiti dah terlampau banyak, permintaan dah susah nak handle, baru la keluarkan "Agent Drosphip Wanted" . Walaubagaimanapun, kesilapan tetap juga tak dapat dielakkan. Sebab dah kelam kabut sangat kat store. Seriusly, aku pernah menapak ke store tengok kerja2 mereka. Memang kelam kabut packing. Tak hairan la order lain dapat lain.
Banyak dugaan pun masih lagi kuat nak berniaga. Nak buat macam mana dah biasa. Tapi kali ni, untuk pakaian atau kain memang susah sikit supplier nak pujuk aku dah... dulu aku bagi chance tak nak jaga nama baik. Sekarang maaf la.. tak dapat nak tolong. Nak berniaga benda2 mcm tu, aku sanggup menanti duit tabung aku banyak.. tak sanggup dah nak buat dropship. Sakit jiwa... 
Sekarang aku kembali ke sisi laki aku. Ikut perniagaan dia je.. perniagaan orang lelaki. Dia sendiri juga cakap, "muka ayang tak sesuai nak jual tudung, jual baju memang tak kena dgn gaya ayang tu" 
Redha je la orang dah kabo macam tu... hehe.. Tapi aku tetap menabung. Menabung untuk perniagaan apa itu belum pasti lagi. 
Apa pun dugaan, semua sebab nak bagi tunjuk ajar. Anggap je sebagai latihan amali dalam hidup. Perniagaan tetap diteruskan. Kerja - kerja sourcing tetap berjalan. Benda kita tak suka boleh dipupuk. Jangan terus putus asa. Aku tetap berniaga. Hehe



Selasa, 27 Januari 2015

Story kali ni - Hukuman Rotan / Sebat / Membebel Semuanya Penting!


Beberapa hari ni viral tentang isu rotan yang dikatakan boleh jatuh jadi kesalahan jenayah terhadap ibu bapa yang merotan anak. Memang tanjat gilerr orang Malaysia terutamanya orang Islam sebab masing - masing pun sekarang tau yang merotan ni adalah salah satu cara Rasulullah SAW, Nabi kesayangan (allahumasolialasaidina muhammad ) kita dalam mendidik anak.

Rasulullah SAW bersabda. “Perintahkanlah anak-anak kamu untuk sembahyang pada usia tujuh tahun; dan pukullah mereka kerana meninggalkannya pada usia sepuluh tahun; dan pisahkanlah di antara mereka (anak-anak kamu) di dalam tempat tidur.” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
Kita tak mo la cerita bab agama kan terkurang fakta susah plak menjawab kat akhirat nanti. Cukup sekadar apa kita tau je la kan. Cuma kita tak mo terikut cara oversea macam yang terjadi pada pasangan Malaysia satu masa dahulu, memukul anak masuk penjara. Memang sadis la kalo gitu. Asyik ikut oversea je.. ingat oversea tu modern sangat ke makcik oiii.. Bak kata orang tua - tua zaman tok kaduk dulu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Nanti dah jadi buluh cer try lenturkan..boleh bengkok ke tak? Dapat buat meriam buluh je la jawabnya...

Hukuman yang paling ganas pernah saya lihat mak pak buat kat anak yang pernah saya jumpa adalah masa saya ikut mak pergi kedai. Masa tu mak jadi bibik jaga anak cina. Mummy budak cina tu cucuk atas tangan anak lelaki dia guna jarum. Cucuk berkali - kali sebab tak pandai buat kira - kira. Dah cucuk sebelah, ganti plak sebelah.

Lagi satu hukuman, masa saya mengajar jadi guru ganti kat sebuah sekolah pedalaman di Sarawak. Sekolah kat pedalaman Sarawak kebanyakkannya tidak jauh dari sungai jadi tak hairan la kami cikgu2 ni boleh melihat kejadian seumpama itu.. Mak dia lempar anak dia ke tengah sungai. Anak orang iban ni pandai berenang. Tu yang mak budak tak takut lempar anak tengah sungai. Huhu.. Budak tu darjah 2. Bila cikgu marah, dia lari keluar dari kelas sambil hempas pintu. Cikgu pun hukum la dia sekadar rotan. Mak dia dapat tau anak buat hal kat sekolah, mak dia datang ke asrama bawa dia keluar lempar anak ke tengah sungai. Sampai ke tebing lempar lagi ke sungai. Sambil menangis tercungap - cungap budak tu sebab dilempar berkali - kali ke tengah sungai. Berenang pun macam tak larat dah sebab penat. Dah beberapa kali kena lempar, budak tu lari pergi kuarters tempat saya tinggal. Saya plak yang menangis tengok dia minta tolong siap peluk saya lagi ketat2. Memang sedih tengok keadaan macam tu bila mak budak mengamuk kat sekolah. Marah kat anak ke marah kat cikgu sebenarnya? Huhi..

Okay la tak mo bebel panjang - panjang pagi - pagi buta ni. Jom cerita pasal kenangan rotan. Kita nak mengulit kenangan sikit.  No no no... kita dulu bukan rotan je tau, banyak sangat denda dan hukuman diterima. Selain hukuman dari mak pak, kita bagi bonus bacaan sikit. Kongsi pengalaman hukuman dari cikgu juga. Cikgu lagi banyak merotan berbanding mak pak sebab mak pak saya tak marah cikgu yg merotan saya.

- darjah 2 rotan tapak tangan. Setiap hari Rabu pagi ada kelas Matematik. Kami sekelas kena berdiri siapa dapat jawab boleh duduk. Siapa tak dapat jawab kena la berdiri. Pastu plak, salah jawab kena rotan tapak tangan. Dan saya adalah salah seorang yang bengap Matematik terutama sifir. Dalam tahun tu  hanya 2 kali je kita selamat bila cikgu tanya 8X8 berapa? Saya jawab 64. 6X6 berapa? 36. Cikgu tu tanya sifir lain susah nak jawab dgn pantas. Bukan bagi chance pun kita baca. Kena jawab terus! Tu yg gagap tu. Pap! Kena sedas. Dalam masa sejam tu, cikgu akan round banyak kali sampai habis masa. Sampai turn saya je mesti kena sifir yang susah. Tanya la 9X9 ke.. sifir 5 ke.. adoiiii... memang sakit la tapak tangan. Merah dan bengkak. Ada juga kawan saya yang pura - pura demam hari Rabu. Asal hari Rabu je demam tak datang sekolah sebab tak nak kena rotan. Kita tak nak datang sekolah? Heh... kalau la boleh. Masalahnya masa tu parents saya semua orang kenal dan orang hormat. Sebut je "apai abu" / "indai abu" semua orang dah tau tak kira orang rumah panjang ke atau cikgu2 sekolah. So mana saya nak lari? Nak tak nak kena gak turun sekolah sebab nak jaga air muka orang tua.

# dan korang nak tau? Masa saya balik bercuti ke Sarawak bulan lepas, cikgu kita tu datang melawat. Dia bawa satu family dia datang melawat saya dan family kat Sarawak. Cikgu korang ada buat macam tu? Kita pun malu sebab cikgu yang melawat tengok anak muridnya dah besor jadi apa. Alhamdullilah... cikgu ingat kat saya, Majorie, Awang dan Mulirah. Sebab kami dalam meja kumpulan A dalam kelas :)

- kena piat kat pinggang oleh cikgu Pendidikan Jasmani sebab lupa bawa baju PJ. Lol. Sebenarnya malas nak tukar baju sekolah. Malu nak tukar kat kelas. Nak tukar kat jamban kotor plak. Banyak ulat gendon. Geli. Nak buang air pun tunggu balik rumah.

- berdiri kat padang tengah panas sebab tak buat kerja sekolah matematik :P
- bawa plat gantung kat leher sebab tak buat kerja sekolah. Malu tau bawa plat tu... satu sekolah baca. Tapi bukan kita la yang kena. Kawan sekelas yang kena. Kongsi pengalaman je supaya korang tau betapa kejamnya cikgu zaman dulu nak bagi anak orang jadi pandai dengan gaji yang tak seberapa masa tu.  Sekarang ada ke cikgu main gantung plat kat leher anak orang? Tak ada nya... silap - silap kena serang mak ayah sebab malukan anak diorang.
- kena piat kat tepi mata. Meleleh air mata kena piat 'semut api' sebab lupa bawa buku latihan.
- sebat kat atas tangan guna pembaris kayu. Guna bahagian tepi pembaris plak tu... tangan merah pun tak berani report mak apak. Kalo report silap2 kena lagi kat rumah.
- Kena sebat dengan tali pinggang oleh mak sebab melawan (ni banyak kali kena) masa kecik umur 10 tahun ke atas.
- Kena hanger oleh mak juga sebab tak basuh pinggan. (pun banyak kali) umur 10 tahun.
- Kena cubit oleh mak sebab mak dengar cerita jiran. Jiran report katanya saya main lipstick dalam bilik rumah mereka padahal kita tak main lipstick pun. Kecik2 dah kena fitnah :3 Cakap je la tak bagi main dengan anak dia kan senang.
- kena sebat kat punggung oleh Ustaz Zul sebab tak solat Zohor kat surau masa sekolah menengah.
- berdiri kat luar makmal tepi longkang plak tu sebab nota sains tak siap. Pastu tutup muka dengan buku sebab malu, pakwe lalu masuk makmal sebelah. Boleh plak kelas mereka sama waktu dengan kelas kitaorang. Siot je...
- mengaji? siapa tak kena rotan memang tipu la kan... kikikiki

Rasanya tu je hukuman yang diterima kecik2 dulu. Ayah saya baik tak pukul anak walaupun sekali. Arwah atok pernah pesan, kalau tegur anak dan ajar anak salah seorang je kena ajar. Cukup sorang bising. Kalau mak bising ayah kena diam dan tak boleh backup. Nanti anak naik kepala. Kalau dua - dua bising dalam masa yang sama nanti anak jadi bingung. Kalau ayah tegur plak, mak kena diam. Jangan jadi 'payung'. Baru lah anak tu dengar cakap.

Lagi satu paling mujarab, ayah yang tak pernah tegur anak...sekali dia tegur seumur hidup anak tu sedar. Tu sebabnya mulut ayah ni power dalam keadaan tertentu. Seorang ayah yang diam tu bukan bermakna dia meng 'iya' kan segala perbuatan anak dia. Ok...mata pun dah masuk habuk ni. Huhu... Sebab saya anak kesayangan ayah. Dia tak pernah tegur apa saya buat. Saya pakai skirt pendek pergi kerja dia tengok je... kata orang sabar tu ada tahapnya. Sekali dia tegur selamanya saya tak buat dah. Padahal dia tak naik tangan pun. Memang sangat masin mulut seorang ayah. Dia hanya tegur bila tiba masa. Ibarat simpan satu peluru dalam sepucuk pistol. Digunakan hanya untuk perkara paling penting sahaja.  

Mak plak tok sah kira la... selain sebat dan rotan mulut pun boleh tahan. Dia punya bebel boleh menjalar - jalar dan bercabang - cabang. Ada tajuk, ada topik dan sub-topik lagi. Boleh buat ulasan lagi panjang lebar... (eh sama macam aku je)  Memandangkan kecik2 dah puas kena sebat dgn mak, dah masuk remaja mak membebel je... pedih juga tu membebel cuma kita tak sampai lari dari rumah bila orang tua ni bising.

Bukan macam mak bapak sekarang, jangankan pukul, nasihat anak pun tak berani. Diam je macam orang bodoh perhatikan anak. Bila ditanya kenapa tak tegur, dikatanya takut anak lari dari rumah. Hati anak kena jaga. Erm.. ada la manusia tu. Dah jadi buluh dah pun..

Yang macam tu la kita tak nak berlaku dalam masyarakat kita. Bukannya kita mendidik untuk bagi masuk syurga sahaja semata - mata, malah mendidik supaya dah besar nanti pandai cari makan untuk keluarga juga sebelum kita mati. Ni belum mati lagi dah nyusahkan orang. Bukankah itu tidak terdidik maknanya? Dah la sekolah tak pandai, cari makan pun tak pandai? Kerja malas. Hisap rokok, minum arak reti? Duit mak bapak supply! Pergh!!!!
Tolong la eh... jadi anak tak semestinya kena pandai sekolah. Jadi anak ni kena jadi manusia yang betul pun dah cukup memadai. Jangan nak susahkan hidup orang tua. Kita ni belum tahap jadi OKU lagi. OKU pun tak malas macam tu. Itulah akibatnya. Silap mak ayah sendiri yang lalai dalam tanggungjawab menjaga amanah yang dikurniakan oleh Allah swt. Solat, puasa tak ajar. Anak tak nak turun sekolah tak bertindak. Anak tipu sakit kepala pun percaya. Tu pun ada lagi yang nak kata merotan ni boleh jadi kesalahan jenayah.

# bersyukur la siapa mak apak yang tak ada anak. Jangan la merungut dan cemburu melihat orang lain cepat dapat anak dan anak berderet - deret. Kat sana Allah tak tanya kenapa tak ada anak. Tapi siapa yang ada anak dan yang menjadi penjaga (anak yatim) Allah swt akan tanya kenapa anak jadi macam ni dan macam tu. Kita yang kena jawab. Dalam kehidupan ni, hidup kita bukan sekadar hidup. Hidup kita ada tugasannya.

Saya nak membebel lebih panjang lagi. Tapi tak mengapalah.. selebihnya tu saya akan kongsikan bersama 2 orang anak perempuan saya pada masa akan datang.

Isnin, 26 Januari 2015

Berniaga - Cabaran dan Dugaan


kredit picture to IK si jutawan internet



Layan karenah customer dgn penuh sabar. Biarpun inbox berkali - kali org yg sama tapi belinya tidak, itu maknanya dia hanya 'aim' kita. Next time dia usha2 lagi brg kita.
Jangan ikut peniaga lain ada istilah backout buyers. Customer tanya. Order and then cancel order. Berfikiran positif dalam hal ni. Terima la kenyataan bukan rezeki kita. Jangan terus marah - marah customer sedangkan customer belum buat payment lagi. Nampak sangat kita memaksa jual beli..  Kecuali ada kes tertentu. Contohnya customer kata dah bayar barang tapi bukti tak tunjuk slip bank or whatever bukti menyatakan dia dah bayar. Itu kemungkinan kita akan diam seribu bahasa bila next time dia inbox kita lagi untuk tanya pricing.
Kita berniaga ikut cara kita dan sikap kita. Jadi la diri sendiri. Kita org yg sopan jd la org yg sopan. Kita org yg peramah jadi la org yg peramah. Customer boleh buat kawan. Kalau kita tak layan, memang sgt bertentangan dgn sikap semulajadi kita yg peramah. Lagipun, kita berniaga online. Kita tokey, kitalah kerani, kitalah cashier. Kecuali kita bekerja utk org dah tentu agak stress sbb layan 2 org yg penting. Kerenah tokey dan karenah customer.
Itu baru dalam online. Kalau berniaga offline?
Contohnya kita buka butik. Customer keluar masuk pegang - pegang. Kadang2 masuk sebab saja cuci mata atau masuk sebab sambil - sambil tunggu kawan. As tokey, jangan tanya dia nak cari apa. Senyum dan tanya say hai... Kalau customer tak jawab jgn follow dekat2. Itu makna dia saje cuci mata. Kalau ada feedback kita pun bg feedback semula terus sembang dgn dia. Dalam hati dia kata, oh peramahnya. Lain kali dia akan datang lagi. Customer yg betul2 nak beli akan masuk kedai, belek2 dan terus tanya. Gaya customer yg betul2 nak barang pun agak laju. Situ kita boleh hidu customer tu memang sungguh2 cari barang. Jangan spoilkan mood customer. Org kata rambut sama hitam tp hati org tak kenal. So, hati2 dlm menjaga hati customer. Silap2 nanti customer dendam. Masuk kedai dia akan amik beberapa barang utk test saja tapi tak beli. Kita sebagai salesgirl kena layan juga. Kalau tak layan nanti tersebar di laman sosial kedai kita begini begitu. Tersebar juga antara kawan - kawan dia kedai ni begini begitu. Nak clear nama bukan senang akibat 1 mulut manusia. Maka, sesiapa yg buka butik / kedai jadilah salesgirl / man yang sabar dan untuk tokey2 jadilah tokey yang sabar mendidik anak buah dan dalam masa sama sayang pada customer.

Tapi kalau kita ada kedai multipurpose. Hehe.. multipurpose ke? Contoh nya mcm Kedai DIY. Macam2 ada dlm kedai tu dari pinggan mangkuk sampai la ke brg hardware dan hiasan. Org masuk cuci mata pun akan bawa keluar 1 - 2 barang. Walaubagaimanapun salesgirl /man tetap kena layan baik sekiranya customer dapatkan mereka untuk tahu lebih lanjut tentang produk di situ.

Kalau buka kedai jual sayur? Perlu tak kita bagi description tentang sayur? Hehe...

Selamat berniaga kepada usahawan baru :)

Isnin, 19 Januari 2015

Cowboy - Pasaraya Idaman Kaum Hawa

Memang lama sangat nak masuk tempat yang bernama Cowboy kat tengah - tengah bandar / pekan / daerah Kulaijaya ni.. sebenarnya aku pon tak tau nak cakap apa, Kulai ni dah jadi bandar ke belum ek? Maklum la orang duduk menumpang.
Selalunya aku dan dia memilih untuk ke Mydin sahaja setiap kali shopping barang dapur. Kali ni, husband nak ke Cowboy katanya. Itupun sebab dia nak cari spring untuk buat tempat print baju silkscreen. Aku apa lagi...memang dah lama ajak, dia tak pernah nak bersetuju. Kali ni cepat je aku cakap "Jom!" Mia pun sambung. " Let's Go!"

Usai saja shopping barang dapur di Mydin, kami pun menuju ke Cowboy yang jauhnya hanya 5 minit sahaja dari Pasaraya Mydin Kulaijaya. Tolak trafik jam dan parking bagai ada la dlm 15 minit. Boleh plak gitu ek..

Bangunan Cowboy berwarna merah hitam. Di belakang bangunan adalah stesen keretapi Kulai, (depan) pula dekat dengan balai polis kulai, bersebelahan pejabat pos kulai dan deretan kedai. Tidak jauh juga dari RTC Kulaijaya. Jalan agak sempit dan perlu berhati - hati. Pemandu area sini memang rock2 semua. Tidak dinafikan. Huhu...

Dari tepi jalan aku dah berangan nak pergi ke tingkat 3 mall Cowboy ni.. dulu firstime masuk, tempat ni memang sempit sangat. Jadi sangat bosan. Kali ni mereka luaskan sedikit space. Konpem tak bosan.

Tingkat pertama barang biasa - biasa je.. ada periuk, kuali, belanga dan macam - macam lagi.. Siapa yang baru mendirikan rumah tangga tu memang elok sangat la beli barang keperluan rumah kat sini. Dijamin semua barang cukup. Bukan tu saja, barangan nak buat majlis kahwin2 pun ado juga...

Aku naik dari satu tingkat ke satu tingkat.. tempat yang memang dah lama sangat aku 'aim'. Hehe... giler kan..orang pompuan kan pantang tengok benda cantik. Sambil - sambil tu sebenarnya nak tengok harga. Dapat la nanti aku menabung semata - mata nak membeli hobi. Hahahha...


Orang lelaki paling takut masuk tempat - tempat macam ni... takut duit kena rompak alias kena kopak dengan bini.. kan. hahahah... berjalan pun nak laju je. 


Haaa.. ni lama sangat aku perhatikan.. hehe.. vantage dgn english style memang jadi idaman. Listed! Warna putih plak tu...awwww!



Alas berbunga - bunga lagi... kikikiki..


Kali ni aku follow je.. next time aku jalan sorang - sorang. Hahahah... 


Jam besar ni aku lupa harga berapa.. kalau beli nanti aku tak tau nak letak bahagian mana kat dalam rumah yg kecik dan sempit ni..


Tempat kunci.. Harganya ikut saiz.... RM18 - RM25. Listed! 

Next time insyaallah aku ajak dia cuci mata kat sini lagi. Pasu bunga, bunga - bunga, beg kertas dan macam - macam lagi tak sempat nak terjah. Dia pun mesti ada nak beli barang2 lelaki juga kan terutama barangan hardware.. Hikhik... bagi racun sikit :P

Ni baru kita jalan - jalan cowboy. Ada masa nanti kita ke JB plak untuk ke pasaraya yang memang jual barangan Vantage. Standby panadol supaya husband tak demam. 




Cinnamon Doughtnut

Eh! Sesusah nak sebut cinnamon doughnut.. kan senang kalo cakap je buat kuih tayar perisa kayu manis.
Ni projek 2 minggu lepas.. baru ada masa nak masukkan dalam blog. Semua orang pun tahu kan macam mana cara nak buat kuih donut ni. Masukkan air, tambah yis, garam sikit, susu sikit. Siap.. uli - uli kemudian terap, terap terap dah siap. Goreng.. letak gula halus. Siap untuk minum petang. Haaa gitu la caranya.

Tapi kali ni spesel sikit bahannya.. memandangkan kita ni suka mengadap telebisen channel AFC dan TLC kita ikut style mereka plak buat donut.

Bahannya :

3 1/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan gula
3 sudu teh yis mauripan
secubit garam
250 ml susu segar ( suamkan)
100 gram butter (cairkan)
3 biji kuning telur

2 sudu teh cinnamon + gula extra (utk hiasan)

minyak secukupnya utk menggoreng

Buat macam biasa sehingga selesai...


Ada orang tu dah standby awal... 


Dan dia juga turut serta nak mem'baking' juga...


Suka melihat doh yang kembang sebesen macam ni :)


Doh cepat naik semula sebab ada gula yang tugasnya adalah mengaktifkan yis. Kerana itu, sekiranya uols nak buat doh untuk buat pizza makesura gula kurangkan sedikit. Tak la pizza korang nanti macam muka Shin Chan.. 




Sedap di makan panas - panas.. 





Isnin, 5 Januari 2015

Sajak - Dunia Ini

Dunia ini,
Terlalu hina untuk membuatkan kita menangis,
Terlalu murah untuk membuatkan kita bersedih,
Dan terlalu lemah untuk membuatkan kita putus asa.
Allah tidak menjanjikan,
Langit itu selalu biru,
Bunga itu selalu mekar,
Mentari itu selalu bersinar.
Namun Allah selalu memberikan kita,
Pelangi disetiap badai,
Senyuman di setiap air mata,
Barakah di setiap musibah,
Jawapan di setiap doa.

Kredit to Kain Sulam Mall 

TERIMA KASIH

Kalau sy kata sy ada abg polis, mesti orang tak percaya kan?
Pakcik polis pun org tak percaya..
Abang sepupu polis pun orang tetap tak percaya...
Kalau sy kata sy ada abg ipar askar, mesti orang tak percaya juga...
Kalau sy kata sy ada kawan askar wataniah pun mesti orang tak percaya..
Kalau saya kata saudara saya ramai masuk RELA pun orang tetap tak percaya..
Yang org percaya, saya tak ada siapa2.
Hanya kamu je orang besar kat dunia ni.
Orang hanya takut kamu saja...
Orang kena respect kamu...
Orang kena tabik kamu...
Orang wajib junjung kamu...
Hanya kata - kata kamu saja yg betul...
Yang orang tahu, kita mengaku kesilapan kita pun orang tetap nak mendongak ke langit juga...berkata - kata dengan tinggi sekali...
Ye betul tu.. saya memang tak ada siapa2 kat dunia ni melainkan Allah SWT.
Terima kasih ya Allah kerana kebahagian ini.
Terima kasih ya Allah... kerana sy berjaya mengawal amarah saya...
Terima kasih juga kepada askar2, badan2 kerajaan, NGO dan juga sukarelawan yg turut membantu dalam menggembleng tenaga dalam usaha membantu mangsa - mangsa banjir..
Ucapan terima kasih ini menyeluruh kepada 1 Malaysia ye tak kira kaum. Jangan ada yg sentap tetiba kata saya ni pilih kasih..
Ya..terima kasih betulkan saya..
Terima kasih ancam saya...
Terima kasih atas pelajaran itu..
Saya hargainya...
nak tau kisahhnya? kisah ini tidak akan disiarkan di blog. sesuatu ancaman boleh dibawa ke mahkamah. jadi akan disimpan sebagai bukti.

Belon Acep!


Anak saya yang sulong memang suka sangat dengan kapal terbang dan helikopter. Bila dengar helikopter lalu berdekatan dengan rumah, nanti dia lari - lari. Lepas tu dia lambai - lambai. Dia menjerit, " Bye adik...bye ibu..." Bila dengar mak cerita kat telefon memang sedih sangat rasa hati ni tinggalkan dia kat sana. Tapi apakan daya. Saya bukan kulikan mak dan apak. Mereka suka sangat kat dia. Ramai orang suka dia. Ada nya dia umpama adanya saya juga di sana. Melihat muka dia, umpama mereka di sana melihat muka saya. 

Hari tu makngah whatsapp. 19hb beberapa minggu sebelum nahas QZ8501. Agaknya sebab kebetulan atau satu petanda. Anak sulong saya nampak kapal terbang lalu. Lepas tu dia kata "bilun acep!" dalam bahasa Melayu kapal terbang jatuh terpacak (acep maknanya jatuh lalu terpacak)  Memang agak kelakar sebab dia pun baru pandai nak menyusun ayat. Budak lagi umur 3 tahun. Tak sangka plak apa dia kata jadi sungguh. 

Sekarang atoknya pesan, kalau main kapal terbang mainan atau nampak kapal terbang jangan cakap bukan - bukan. Tak elok... 

Subhanallah anak aku... macam - macam perangai. Semoga menjadi anak yang solehah dan berjaya. Amin..

Kisah Ular dan Gergaji

Pernah dengar kisah ular dan gergaji?

Mari saya ceritakan...semoga kita sama - sama menjadi orang yang berfikir...

Satu hari bengkel apak tempat di mana apak saya bertukang kayu dimasuki oleh seekor ular. Ular tersebut sudah pun mati di atas mata gergaji. Apak kehairanan. Lalu dia berfikir...

Allahuakbar...

Ular itu mati akibat perutnya luka akibat tusukan dari mata gergaji tersebut. Kelihatan juga mulut ular tersebut juga luka. Mungkin ular tersebut marah lalu mematuk dan menyerang gergaji tersebut berkali - kali. Apabila terasa perutnya tidak juga kurang sakitnya, lalu ular itu membelit gergaji tersebut hingga ular itu sendiri mati dibunuh oleh dirinya sendiri yang menyangka gergaji melawan dia.

Itu lah dia...

Pengajaran kepada kita yang suka marah - marah. Di saat kita marah, kita selalunya rasa berdendam. Ingin membalasnya semula. Kita juga rasa ingin melukai orang yang menyakiti kita. Tapi sedarlah bahawa perbuatan itu sebenarnya adalah sia - sia sahaja. Tanpa disedari yang dilukai adalah diri kita sendiri. Sepertimana perbuatan si ular yang marah pada si gergaji.

Perbuatan marah adalah perbuatan yang bakal kita sesali dikemudian hari. Jadilah orang yang hebat, iaitu orang yang dapat mengalahkan dirinya sendiri dan bukannya mengalahkan orang lain.

Rasulullah Shalallahu'alaihi Wasallam bersabda : Barang siapa meredam amarah padahal dia mampu melampiaskannya (kerana mampu/berkuasa), maka ALLAH memanggilnya dihadapan para makhluk di hari kiamat, Dia menyuruhnya memilih dari pada bidadari apa yg dia kehendaki..(HR Abu Daud)

******************************

Bukanlah orang yang kuat itu orang yang menang bertumbuk, tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal diri daripada sifat marah. (HR. Bukhari & Muslim) 



Ahad, 4 Januari 2015

Entry Zero

Entry Zero. Tu la tajuk entry kali ni.. bukan tak ada isi. Tapi tak tau nak letak tajuk apa untuk entry kali ni... Dah lama tinggalkan dunia blog, dulu rajin sangat baca tutorial. Sekarang ada masa cuma di tengah malam je. Itu pun kalau husband tak guna komputer 'sedap' ni untuk buat design baju. Siang - siang plak anak aku si Mia tu nombor satu nak nyendeng kalau aku on komputer. Tak boleh nak hadap selalu cari info - info penting. Bila Mia dah tido baru la ada masa untuk online guna benda 'sedap' ni. Komputer la tu... semua orang pun tahu kan online guna komputer ni lebih selesa dan mudah berbanding guna gadget. Keyboard pun nak belasah okay je. Menaip tengah marah pun keyboard ni dgn rela hati je menyerah segalanya. Daripada guna gadget, tengah marah silap2 ke dinding tempatnya.
Bukan senang nak naik seperti dulu dalam dunia blogging ni. Kalau kita jarang nak blogwalking blog orang lain, blogger lain pun jarang nak singgah tempat kita. Bila aku stalk some blogger yg lama dulu, dah ramai blogger yg followers mereka cecah 20k. Ada website sendiri dah pun. Ada website tu makna pendapatan mereka dari dunia maya ni pun mereka dpt goyang kaki petik jari je... Petuanya, mereka semua bukan macam aku. Ada haters, mereka ketepikan. Malas nak amik tau. Macam aku ni, haters tu 1 je.. aku plak rasa semak dan tak tahan. Rasa macam nak pergi bersemuka je tumbuk muka dia. Lagi 1 hal tu haters tu plak bini kepada bekas pakwe aku. Memang pening setiap kali kita post entry baru dia sibuk komen benda yg tak patut. Menyampahhh masuk sampah!
Last - last entah berapa kali aku buat blog baru. Terpaksa merangkak semula untuk naik kembali. Nak dapat RM50 dari nuffnang amik masa berbulan berbanding dulu ~ sigh ~


Semua blogger rasanya tau kan gambar atas ni merujuk pada apa.. kalau tak tau tu la dia 'ais batu' kat kutub utara. Mencacak - cacak je.. mcm stalaktit & stalagmit.. hehe. Ni la akibatnya kalau kita suka buat blog baru memanjang. Sibuk dgn manusia yg penyibuk last2 kita pun tenggelam sekali. Nak naik semula bukan senang. 


Malas la nak sembang panjang berjela - jela. Kesimpulannya, adanya haters sebab mereka tak senang melihat kita senang. Kali ni jangan layan haters. Buang masa. Sembur dgn ridsect je..