Klik untuk tabungan Mia dan Sarah :)

Jumaat, 31 Oktober 2014

Mudah Menuduh Orang Kafir, Yahudi... jawapan dari Dr. MAZA



MUDAH MENUDUH ORANG KAFIR

Dr MAZA, sekarang di zaman media sosial ramai orang suka tuduh orang lain kafir, kristian, yahudi dan macam-macam bila berbeza pendapat. Mudah buat kesimpulan tuduh orang lain keluar Islam hanya kerana tidak sama pendapat dengan pihak tertentu. Apa komen Dr MAZA?


Jawapan Dr MAZA: 

Semoga Allah memelihara lidah kita semua dari kecenderungan cepat mengkafirkan atau menghukum sesat orang lain tanpa alasan yang kukuh. Persoalan kafir dan sesat bukanlah persoalan kecil, ia membabitkan hukuman terhadap akidah seseorang. Walaupun sesat, bukan semestinya menjadi kafir, tetapi itu pun tetap berat di sisi Allah. Berikut beberapa ulasan saya dalam hal ini;

1. Seseorang yang zahirnya muslim hendaklah dianggap kekal atas keislamannya sehingga terbukti secara yakin bahawa telah terbatal akidahnya. Ini atas kaedah syarak ‘Perkara yang yakin tidak boleh dihilangkan oleh syak’. Dalam ertikata lain, syak tidak boleh menghapuskan yakin. Oleh kerana pada keyakinan asal kita seseorang itu muslim, maka dia dianggap muslim dan tidak boleh keislamannya dibatalkan disebabkan hanya sesuatu perkara yang tidak pasti atau syak.

2. Menuduh orang lain dengan tuduhan kafir atau sesat adalah dosa yang besar. Jika kita tahu bahawa seseorang tidak kafir atau sesat atau fasik, tetapi kita sengaja menuduh imannya yang sah itu sebagai kafir atau sesat, atau menuduh dirinya yang tidak fasik itu sebagai fasik, maka tuduhan itu kembali kepada yang menuduh. Sabda Nabi s.a.w:
وَمَنْ دَعَا رَجُلًا بِالْكُفْرِ، أَوْ قَالَ: عَدُوُّ اللهِ وَلَيْسَ كَذَلِكَ إِلَّا حَارَ عَلَيْهِ
“Sesiapa yang memanggil orang lain dengan ‘kafir’ atau ‘musuh Allah’ sedang dia tidak begitu, maka tuduhan itu kembali kepadanya (penuduh)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

3. Namun begitu, kita juga hendaklah sedar, di sana ada batas-batas iman dan kufur. Ini seperti sesiapa yang dengan jelas tanpa sebarang andaian lagi menghina Allah dan RasulNya, maka dia terkeluar dari Islam. Demikian juga jika dia menentang secara jelas tanpa sebarang andaian lagi apa yang ditetapkan oleh Allah dengan jelasnya seperti pegharaman arak, judi, zina dan seumpamanya. Sesiapa yang menghalalkan perkara-perkara tersebut atau menentang pengharaman perkara-perkara tersebut dari segi hukum agama, dalam keadaan sedar dan faham maka dia terkeluar dari Islam.

4. Namun, kita hendaklah berhati-hati apabila menghukum seseorang dengan hukuman murtad atau kufur atau sesat atau seumpamanya. Ini kerana, hukuman umum tidak sama dengan hukuman khusus. Hukum umum menghina hukum Islam yang jelas seperti azan membawa murtad, tetapi individu tertentu yang menghina tidak boleh terus dihukum murtad. Hendaklah dilihat keadaannya, maksud ucapannya, kefahamannya dan berbagai latar yang lain. Mungkin dia tidak bermaksud, mungkin dia tersasul, mungkin dia jahil dan seumpamanya. Kata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H) “Sesungguhnya ucapan yang menjadikan seseorang itu kufur ialah seperti mengingkari kewajipan solat, zakat, puasa dan haji. Namun, pengucapan itu mungkin kerana khitab (ajaran yang betul dalam perkara tersebut) tidak sampai kepadanya. Jika perkara itu berlaku, dia tidak dianggap kafir. Contohnya, golongan yang baru menganut Islam dan hidup di daerah pedalaman yang jauh sehinggakan syariat Islam tidak sampai kepadanya.” (Majmu’at al-Fatawa, jil: 2, ms: 220.)

5. Maka, tidak boleh dikafirkan seseorang melainkan setengah berlakunya iqamah al-Hujjah iaitu penegakan hujah atau dalil. Setelah didapati dia melanggar batasan Iman dan Islam, hendaklah dijelaskan hakikat ilmu yang sebenarnya dan ditegakkan dalil-dalil yang kukuh kepadanya sehingga dia jelas. Selepas itu, jika dia masih berdegil, dan perkataan atau perbuatan tidak boleh ditafsirkan lagi melainkan membawa kekufuran barulah hukum tersebut boleh dijatuhkan kepadanya. Kata Dr Yusuf al-Qaradawi: “Hendaklah diberikan perhatian pada apa yang telah diputuskan oleh para ulama muhaqqiqun (penganalisa) mengenai kewajipan membezakan antara peribadi dan jenis dalam isu takfir (kafir mengkafir sesama muslim). Ini bermaksud, sebagai contoh, kita mengatakan golongan komunis kafir, para pemerintah sekular yang membantah hukum syarak atau sesiapa yang menyatakan begini atau menyeru kepada ini, maka dia kafir. Ini semua termasuk hukuman pada jenis. Adapun berhubung dengan perkara yang berkaitan dengan peribadi seseorang yang dituduh dengan sesuatu, wajib mengambil masa untuk membuat kepastian dan kesabitan tentang hakikat sebenar pendiriannya. Hal ini dilakukan dengan cara menyoal atau berbincang dengannya sehingga ditegakkan hujah, tiada lagi unsur syubhat (keraguan) dan tiada lagi keuzuran untuknya. Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah pernah menyebut bahawa perkataan juga boleh menyebabkan kekufuran. Secara umum, orang yang mengucapkannya dihukum kafir. Dengan berkata, sesiapa yang mengucap sekian (sesuatu ucapan yang membawa kepada kufur), maka dia kafir. Tetapi, individu yang mengucapkannya tidak dikafirkan sehingga dibuktikan kekufurannya”. (Al-Qaradawi, Zahirah al-Ghulu fi al-Takfir, ms: 26-27).

7. Dalam hadis Saidina ‘Ali menceritakan:

“Rasulullah telah mengutuskan aku, al-Zubair bin al-‘Awwam dan Abu Marthad al-Ghanawi (kami semua adalah penunggang kuda). Baginda bersabda: Pergilah kamu semua sehingga sampai ke Raudah Khakh. Sesungguhnya di sana ada seorang wanita dari kalangan musyrikin. Dia membawa bersamanya surat daripada Hatib bin Abi Balta`ah kepada musyrikin. Maka kami pun mengejarnya. Dia menaiki unta seperti yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w. Kami berkata kepadanya: Manakah surat yang bersama engkau!. Dia menjawab: Kami tidak membawa sebarang surat. Maka kami pun mendudukkan dan memeriksa wanita itu. Namun, kami tidak jumpa sebarang surat. Kami berkata: Rasulullah tidak pernah berdusta, sama ada engkau keluarkan surat tersebut atau kami akan telanjangkan engkau! Apabila dia melihat kesungguhan kami maka dia pun terus mendapatkan simpulan kainnya. Dia pun mengeluarkan surat tersebut, lalu kami terus membawa surat itu kepada Rasulullah s.a.w. Baginda bersabda (kepada Hatib): Apa yang mendorong tindakanmu? Kata Hatib: “Demi ALLAH, bukan aku tidak beriman kepada ALLAH dan Rasul-NYA s.a.w. Aku tidak menukar dan mengubahnya. Tetapi aku ingin mendapatkan bantuan daripada kaum (Quraisy). Dengannya ALLAH akan menyelamatkan keluarga dan hartaku. Tidak ada seorang pun di kalangan sahabatmu yang tidak mempunyai kaum kerabat di sana di mana dengannya ALLAH selamatkan keluarga dan hartanya. Sabda baginda: Dia benar! Janganlah kamu berkata kepadanya melainkan yang baik. Umar berkata: Sesungguhnya dia telah mengkhianati ALLAH, Rasul-NYA dan orang-orang mukmin, biar aku pancung kepalanya. Baginda bersabda: Bukankah dia di kalangan anggota Perang Badar? Sabdanya lagi: Mudah-mudahan ALLAH melihat pada ahli Perang Badar dan berfirman buatlah apa yang kamu suka. Sesungguhnya telah dijamin untuk kamu syurga. Maka menangislah Umar seraya berkata: ALLAH dan Rasul-NYA lebih mengetahui”. (Riwayat al-Bukhari).
Lihatlah bagaimana baginda masih bertoleransi dengan keadaan terdesak yang dihadapi oleh Hatib. Baginda tidak terus menghukum sebelum mengetahui keadaannya. Sikap umpama itulah yang dilakukan oleh baginda dalam kes-kes lain.

6. Kita hendaklah warak dalam masalah ini. Jangan terpengaruh dengan golongan yang fanatik yang suka menghukum orang lain dengan hukuman kafir dan sesat atas kepentingan tertentu.

Kredit kepada Dr. MAZA

Khamis, 30 Oktober 2014

Ex aku dah mati !!!

Sejak Ex dah mati, ibu teman Mia duduk hadap youtube sama - sama kat komputer...
Sebulan dua pakai ok lagi masa tu dak kecik tu tak mencari sangat... bila dah biasa dia plak over lebih dari ibu pakai gadget. Sudahnya sehari dua tiga kali juga kena charge telefon sebab cepat habis bateri. Aku cakap habis la telefon mesti kondem jap lagi... masin juga mulut aku.
Mula - mula tanda telefon tu nak kondem telefon tu pandai sesat memori. Tengah charge dia pandai amik gambar sendiri klik klik. Pastu pandai on wifi sendiri, pandai on data roaming sendiri. Macam ada masuk virus. Dah banyak kali Mr. Perfect reset semula. Bila dah ok aku mula la masukkan semula macam2 aplikasi. Pastu nanti dia mereng balik. Hihi...

Baru 6 bulan guna. Harga asal RM900 tapi masa beli tu harga diskaun la konon jadi RM400. Aku apa lagi rembat je la sementara kumpul duit nak beli laptop acer touch screen. Masa tu ada 2 warna. Merah saga dan putih. Aku pilih yang putih. Brand ExMobile. Hebat la konon sebab besar sikit dari telefon Mr. Perfect yang jenama Ninetology. hahaha...

Sejak adik Mia dah pandai touch screen ni dia pun ikut suka la juga nak main. Aku mana la nak larang yang penting jangan kacau ibu buat kerja. Bila ibu hadap komputer, dia hadap telefon. Bila ibu hadap telefon dia hadap komputer. Sekarang komputer juga yang dihadap memandangkan dua - dua tak boleh main telefon. Hahaha...

Dua minggu yang lepas, skrin telefon tu retak. Retaknya dah macam sungai sarawak plak aku tengok garisannya. Tapi masih boleh touch lagi. Adik Mia punya kerja la main game Toms emosi sangat kot.. wakak..
Mula - mula aku buat tak tau je.. dia plak senyap je main macam biasa. Sekali petang tu aku nak check telefon, sekali tengok skrin dah retak.. hurm.. nak marah pun silap sendiri sapa suruh izinkan anak buat main. Hahaha...

Malam semalam plak aku uninstall FB dari telefon tu. Konon nak puasa dari berfacebook. Sekali dia suruh puasa semua sekali. Sebab aku update blog, jenguk Instagram guna telefon. So now, berpuasa la kesemua sekali termasuk Call, SMS dan Whatsapp. Amik kau... kihkihkih...

Sebelum mati tadi malam, jatuh atas lantai 3 kali. Tengah malam tadi baru la aku merasa nak pegang telefon sebab dak kecik tu dah tido. Bila nak edit video bateri dah nak kong. Aku try cas. Tak boleh. Dah agak ada yg tak kena. Bateri dah low sgt aku padam je terus. Konon nak cas dalam keadaan off la kan. Bila cas, icon bateri tak muncul - muncul. Try cas telefon Mr. Perfect boleh plak.. Maknanya aku punya telefon la tu problem. Cuba hidupkan semula, langsung ler tak hidup. Terus mampus. Tinggal nak kebumi je lagi. lol.

Sekarang semua harap komputer. Komputer yang mcm transformers ni juga la yang ditimang - timang kembali. Yang orang zaman sekarang tak berkenan konon nak yg lebih hebat kan... hikhik.

Dah guna komputer ni adik Mia nak main kasar mcm mana pun, kasar la... main game tunggang terbalik pun no hal. Tekan keyboard guna kaki pun tak apa. Dah memang komputer lama jenis tahan lasak.

Kesimpulannya.... jangan biar anak main gadjet. Biasakan anak dengan buku buku buku....

Kepada semua kawan - kawan, supplier, dealer dan pelanggan, whatsapp aku tak aktif buat masa ni sampai aku cari yang lain buat ganti. Tadi dah call mak bagitau awal - awal telefon dah rosak. Sedara mara kalau nak contact FB atau call Faizal je.. Sekarang aku tengah godek - godek stor semula cari handphone untuk buat ganti sementara ni.


Kesian.. dah mati ExMobile aku ni.. 
Ada sorang member ni tanya aku pakai telefon brand apa? Sebab brand kat cover belakang telefon dah tercabut. Aku kata ExMobile. Tanjat dia sebab tak pernah dengar jenama ExMobile. Hahaha... aku pun :3 



Halal kan diri

Sedang mengemas almari baju...aku suka buat benda2 mcm ni kat rumah. Sambil melayan perasaan. Bukan berangan. Tapi salah satu terapi minda dan proses muhasabah diri. Serupa macam tengok cermin. Bukan saja2 kita nak tengok cermin..

Kali ni aku fikirkan tentang halal. Jangan tau haram pegang anjing dan babi je atau haram pegang laki pompuan.

Pakaian pun ada haram. Pakaian halal yg macam mana..
Makanan apa la lagi dah tentu kena cari yg halal.
Tempat tinggal plak yg mcm mana halalnya.
Pekerjaan juga kena cari yg halal selagi tak terdesak. Setakat duduk kat Malaysia ni xde la terdesak sgt cari pekerjaan yg halal.

Astaghfirullah.. banyak lagi yg kita tak tau... banyak lagi yg wajib diambil berat tentang halal.

Maka, sambil lipat baju...kemas almari tiap hari mcm tu la kita kena kemas diri sendiri setiap masa.

Rabu, 29 Oktober 2014

Blogwalking terjumpa contest give away MEGA! XOXO

Dah lama tak blogwalking...

Dah lama juga aku tak follow mana2 blogger sejak tinggalkan dunia blogging dua tahun yg lepas. Follower dah ramai aku tinggalkan... dah tentu menjajau juga friend blogger cari aku kan. Datang ke blog aku yg lama tak berbalas - balas. Pasai blog tu serabut berat. Huhu :( Tak mampu nak buat apa melainkan tutup je terus.

Lepas maghrib aku saje blogwalking terjumpa la contest giveaway mega ni.. memang betul - betul mega kali ni mereka buat. Mana tak nya.. ada 153 pemenang yg bakal mendapat habuan dari 61 orang blogger dan online shop yg owesome.. Give away ni berlangsung selama sebulan dan aku mungkin org last yang tau kot sbb lagi beberapa hari dah nak close. Hehe.. 

Syaratnya insyaallah aku dah tepati. Antara syaratnya adalah Follow 53 blog yg telah disenaraikan. Tolak 1 blog sebab blog tu aku singgah tadi ketuk2 pintu nya dah tak ada org. Mungkin dah pindah kot. Ekeke..

Syarat berikutnya kena like fan page FB yg tersenarai. Mana mungkin la manusia macam aku ni tak ada facebook. Benda senang je. Lain la twitter yang sampai skrg aku tak berapa nak paham kegunaannya. Hahaha... 
Pastu follow instagram mereka plak... ni aku suka :) 

Well... ada lagi tinggal dua hari lagi contest ini berlangsung sapa nak join sila la klik gambar banner pada entry sebelum ni kat SINI... Sila la gigihkan diri utk join mcm saya. Menang ke tak tu cerita lain... yang penting kita nak cari kawan, nak cari info dan nak kukuhkan ikatan silaturahim. 

Senarai hadiah : 

  • Cash RM50 X 7
  • Topup 30 X 1
  • Topup RM20 X 3
  • Topup RM10 X 11
  • Topup RM5 X 14
  • Cash RM 50
  • Tudung Ruffle X 2
  • Keychain X 2, Eyemask X 1
  • Keychain Sabah X 3
  • Set Tasbih Persona + Digital X 2
  • Tasbih X 3, Shawl X 2, Free membership Shaklee X 1
  • Sticker Keyboard X 2
  • 5 Botol Crispy Bubble X 5
  • Plain Wide Shawl X 3
  • Shawl X 1
  • Bloglist 1 year X 4, Bloglist 2 year X 3, Topup RM5 X 1
  • Tudung Aidijuma White Label New Release X 3
  • 1 Kotak Cellmaxx + 1 Kotak Serum X 2
  • Crumble Glitter Wideshawl X 1 , Review Blog X 3
  • Tudung Bawal Ribbon X 2, 1 Hadiah Misteri
  • Dress Labuh Vintage X 1
  • Keychain + T-Shirt Langkawi X 3
  • Monopod X 1
  • Custom Made T-Shirt X 1, Topup RM5 X 2, Review blog X 3
  • Celak Arab D’Herbs X 1
  • Baju X 1
  • Beg Duit X 1
  • Novel + Autograph [karya sendiri] X 1
  • Keychain Langkawi X 4
  • Novel X 1
  • Blouse + Wide Shawl X 1
  • Thermos Bottle, 1 Sticker Paper, Bloglist Sebulan X 3
  • Sophie magic pink cream X 1
  • Perfume Sample Grade 5A (2-3ml) X 2, Homemade perfume (2-5ml) X 5, voucher discount X 5
  • Tablet PC Backrest Mounting X 1, 5000 visitors ke blog dari seluruh dunia X 1
  • Baju X 1
  • Jam Loceng X 2, Wakil Mini GA personal blog X 5
  • 3 Buku Sabun Arbutin + Beg Handmade + embroid nama pemenang X 1
  • E-Book X 10
  • Trial Pack Argan Oil X 3, Handcraft Keychain from Rare Icewhite Seaglass X 2
  • Charm Bracelets X 2
  • Cash RM50 X 1, Topup RM10 X 1, Produk business X 1
  • Qurratul Jubah X 1
  • Kain Sulam X 3
  • Inner Bawal + Shiseido Mask X 3 
  • Chiffon Glitter Shawl- Wardrobe Hanger X 1
Banyakkan hadiah!!! Aku copy dari blog Cik Itah salah seorang admin yang menjayakan giveaway ni... 

Jom..lagi tinggal 2 hari...  :)



Blogger Area Mega GiveAway


Klik banner untuk join give away!
Tamat pada 31 Oktober 2014





Magnet Facebook

Mulai semalam lagi aku dah uninstall aplikasi Facebook dari handphone aku...makin hari aku makin menyampah sebab nampak gaya makin 'kotor' dengan mcm2 jenis pengaruh yg ada dalam Facebook. Lebih baik jadi manusia 'sombong' dari jadi orang peramah. Semakin kita kenal ramai manusia, semakin itu la pengaruh semakin menular. Yang baik2 sikit je... yg tak baik tu ramai. Pengaruh buruk umpama kanser. Laju je menular dalam diri tambah plak diri tak install antivirus yang kebal. Mudah sangat tercemar dengan Trojan.

Kalau dulu aku cuba nak boikot Facebook ni. Pastu aku teringat kat orang2 kat Palestine. Apa cerita la org2 kat sana? Rupanya aku masih perlukan Facebook utk ketahui berita luar. Aku terjebak semula.
Tak boleh jadi ni... sikap membaca buku dah hilang ke mana. Blogger pun hampir ditinggalkan kembali sebab kembali aktif mengarut kat Facebook. Kemudian, aku amik keputusan untuk 'berpuasa' je dari Facebook. Tu la jalan sebaiknya agar tidak kembali terjebak ke kancah facebookers.
Facebook ni bukan la haramjadah. Tapi byk sgt buat kita lalai. Macam aku cakap tadi la...tak install antivirus dalam diri habis la kita rosak. Korang tak la rosak kan... yg rosak dan hampir kondem ni aku! Haha....
Tiap hari komputer on utk YouTube. Ada masa aku jenguk la Facebook. Tu pun sekejap je sebab YouTube lebih menarik berbanding Facebook. Waktu siang lebih mencabar. Lagi2 waktu pagi pegang handphone mesti nak klik kat Facebook. Tu yg kena uninstall. Ringan sikit beban. Skrg cuma tinggalkan instagram je. Dalam IG yg buat aku leka tu sbb aku ramai follow artis dgn online seller. Boleh cuci mata window shopping dan tgk apa yg baru. Tak rugi sgt la tinggalkan Facebook walaupun tarikan kuat macam magnet.
Nampak gaya mcm ni la cara hilangkan ketagihan Facebook.
Nanti ketagih IG plak apa citer? Owh... IG ni x mungkin akan ketagih sbb follower tak busybody. Mereka rajin love2 kan je picture kita.
Anyway... hanya diri sendiri saja boleh merubah diri sendiri. Kalau dulu ramai nya org alim jadi sahabat kita. Bila dh ramai yg add kita, yg alim2 tu hilang entah ke mana. Ada yg buat FB baru dan tak add kita pun. Tu makna, Allah nak uji kita sama ada kita ni berubah sbb Allah ke atau sebab ada kawan alim macam mereka.
Keputusan ada di tangan sendiri. Kita bukan nak jauhkan diri dari kawan yg baik2. Tapi nak jauhkan diri dari sesuatu yg melalaikan. Benda addicted ni x elok utk jiwa.
Tadi petang sempat jenguk Facebook. Banyaknya inbox tak buka orang order barang. He he... sorry for late reply. Nanti tak pasal2 org kata aku bawa lari duit. Kikiki...

Ahad, 26 Oktober 2014

Resepi Kerabu sambal mangga menangis versi anak Vaee

Kerabu mangga menangis pasti menangis pada sesiapa yg merasainya...

Mula2 kita wat sambal dulu.

Sediakan:
Bawang merah kecil 1 bj
Gula 2 sudu
Cili padi or whatever cili beberapa tangkai. Saya tahan sampai 6 tangkai je.
Belacan Bintulu 1 kiub
Ikan bilis secukupnya
Kicap kalau suka
Mangga muda

Mula2 racik dulu mangga muda kita dgn pisau atau nak senang parut dgn parut lubang besar tu. Ketepikan.
Bahan2 atas tu kecuali kicap tumbuk semua dlm lesung batu.
Gaul bahan bersama mangga yg telah diracik tadi.
Campur dgn kicap. Ikut citarasa masing2. Simpan dlm peti ais pun boleh, makan terus pun boleh.
Di makan bersama nasi. Kalau suami sy dia suka makan bersama TV. Lol.

Layan gambar kerabu sambal menangis...

Aeon Jusco utk kedua kali.

Lepas makan tengahari sepatutnya Mr. Perfect kena pasang signboard kat Klinik Kulai Besar. Tunggu org incharge makan tengahari punya lama...last2 amik keputusan jalan2 ke Aeon Jusco Kulai utk kedua kalinya pada tahun ini. Nak cari kedai Mr. DIY tapi x jumpa.
Layan budak kecik nak cari tempat sejuk.
Amik gambar kepala mesti nak senget. Hikhik...