Klik untuk tabungan Mia dan Sarah :)

Isnin, 25 Januari 2016

Temujanji pertama Pakar Sakit Puan di Poliklinik JB

Assallamualaikum...

Hari ni ada temujanji jam 11.15 pagi dgn pakar sakit puan di Hospital Jb. Konon nye la... maka awal la kami anak beranak gerak dari Kulai untuk ke JB. Takut xde parking. Hmm.. parking mmg sentiasa x cukup kt hospital ni. Memang x leh cakap apa dah. Waima datang awal pagi sebelum subuh pun tetap parking penuh.
Maka saya pun diturunkan oleh en.husband di depan hospital.
Mula2 mata ni melilau cari kaunter pertanyaan. Dah jumpa tu, en.kaunter tu kata, "kak pergi poliklinik kak.. SCOG ni kt sana. Kat sini org masuk wad je" Huhu.. apa la klinik bukit liki punya informer. Dah la kita ni pestime jejak kaki ke hospital. Kalo tempatnya kt poliklinik sebut la POLIKLINIK. jangan la mention HSA. Ngekkk... kan.. menapak la ibu dan mia ke poliklinik. Nasib baik x jauh mana pun. Lagipun perut x besar lagi maka masih gigih lagi diri ini utk melangkah. Mia pun bukan jenis pemalas nak berjalan. Sukee lagi ada dak kecik tu.
Di masa saya menaip entry ni, jam dah tunjuk kol 11.31 pagi.... dah 15 minit x masuk jumpa lagi... dah sejam tunggu ni. Bila nak panggil?
Hish... dah la tadi nurse panggil patient nama baizura. Berdiri la saya dgn sorg lagi patient. Rupanya patient tu nama Intan Baizura. Tak malu aih.. bangga apa nama baizura. Muehehe...
Uols... kalau ada temujanji kt Poliklinik Jb ni utk pregnant.. mcm biasa la.. utk tak sesat, utk sape2 yg pestime mcm saya...

1. Mula2 pergi poliklinik. Sebelah kiri uols akan jumpa KAUNTER MESRA.
2. Jalan masuk terus lebih kurang sepuluh tapak gitu, sebelah kiri ada lorong kan... masuk lorong tu dan akan jumpa signage KLINIK PERBIDANAN & GINEKOLOGI.
3. letak buku merah kat kaunter pastu tunggu org panggil.

check kencing, check berat badan tu mcm biasa la..

Okay la nanti kita sambung lagi...

Saya dah pening cium bau minyak angin. X tahan. Nak muntah rasanya.. huhu. Cina dok sebelah aku ni kot..

Okay kita sambung balik entry... 

Hampir 2 jam menanti... akhirnya penantian itu berakhir. Nama saya pun dipanggil utk masuk ke bilik nombor 4. Hmmm.... malu aihhh.. doktor lelaki la plak check. Tapi kita perasan doktor tu x la miang sangat nak meraba bagai dan mata dia pun sopan x melilau. Ramai kot dah patient pompuan dia p check tak kan la nak terliur lagi. Tapi segan la pasal kita pompuan bini org. Kesian laki aku. 

Well, check balik cyst kt scan. Alhamdulillah doktor tu kata cyst biasa dan bukan jenis yg merbahaya sampai nak kena czer bagai. Syukur sangat2. Doktor tu kabo cyst ni byk jenis. Yang cyst sy ni mmg dah ada di ovari. Tak membesar dan x juga kecut. akan sentiasa 2cm je. Doktor kata x payah risau tapi kena follow up la juga sebulan sekali. Kalau besar dalam 5cm gitu baru la cyst kena czer dan dalam masa sama dia mungkin bg ubat makan. 

Tapi, walaupun doktor kabo yg biasa2, saya tetap jaga makan. Elakkan ayam, haruan dan ikan keli..supplement berkolegen, air berkafein dan sebagainya. Bukan apa... badan x boleh  nak terima hari2 makanan mcm tu sbb akibatkan jd lesu. Sekarang sy byk amalkan buah, sayur hijau dan air kosong. Nak jaga bahagian rahim supaya x sakit2. 


Pilihan di tangan kita okay.... sama ada kita nak jadi KOREA atau JEPUN. Nak cantik ikut Korea la. Nak panjang umur, ikut JEPUN. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan