Klik untuk tabungan Mia dan Sarah :)

Khamis, 25 September 2014

Crochet / knitting box tissue

Pon - pon...sebuah van kedengaran berhenti kat depan rumah. Lupa plak ada order barang. Kelam kabut cari kain labuh dengan tudung. hahah... 
Crochet ni classmate yang buat. Berbangsa iban. Mereka memang suka buat benda - benda seni mcm ni.. Aku yg malas nak belajar benda mcm ni kita order jer la senang kan.. Comel je dia buat. Kita suka sebab ada unsur2 vintage gitu. Warna tak garang. Sweet2 comel2 je... nanti nak gayakan kat mana la kt rumah ni pun tak tau.. gaya vintage belum ada satu pun dlm rumah ni.. Mr. Perfect saya tu dari tu hari suh belikan cat putih tak beli - beli lagi. Kiranya semua perabot terpakai dalam rumah ni I nak cat putih semuanya. Hahaha... Oh sweetnyer.. tak sabar nak mengecat bagai. 

Harga tisu crochet box (apa - apa je la)  ni murah je.. RM30 + postage RM9 dari Sarawak ke Johor = RM39 semuanya. 
Next plak I tengah kumpul duit nak beli alas plak. Alas mahal sikit la kot.. ikut saiz. Maklum la handmade ni lama nak buat tu... sakit pinggang nak buat. Saya tengok mak saya sendiri buat pun sampai kebas - kebas jari dgn kaki. Lagikan saya nak buat? Huhi... kirim salam je la.. 

Sapa nak order handmade crochet ni boleh la pergi ke fesbuk dia kat Ment. Nama sebenar dia Elizabeth. Kat facebook dia lagi banyak pilihan design apa nak buat... 


Nah.. belanja satu gambar.. nanti I selfie dgn kotak tisu sekali ye.. hahah



Selasa, 23 September 2014

Ketagih buat video - We will not go down ( Song for Gaza)

Sejak berapa hari ni saya dah mula minat main edit2 video. Tak la mahir mana pun. Amik gambar je pastu buat video bergambar. Terlebih rajin tu hari, Mr. Perfect dengan Mia kat depan..saya plak kat dapur sambil buat lempeng sambil amik video. Huhu... Tu pun video tak berapa nak cantik sebab guna handphone tak canggih. Lepas tu kecik je video nya.. tak jadi pun. Bila upload kt Youtube terputus - putus pastu gelap dan kecik bila tengok dari skrin komputer. Memang la tak puas hati... habis tu nak wat macam mana, dah tu je yang ada. Haha...

Yang the latest punya video tak dapat nak upload sebab gambar jadi melintang. Nampak tak. Belum berapa nak mahir lagi bab2 amik video. Kat telefon tengok elok je.. bila tengok dari screen komputer apesal la plak boleh jadi melintang. Last2 upload video bergambar yang saya edit pagi2 buta. Tak boleh tido punya pasal, Mia tu dalam buai kejap2 nanti dia gerak - gerak. Maknya mana la nak lena. Alang - alang bangun je sambil - sambil edit video. Jadi la satu video lagi seperti yang dibawah.. hehe.. Boleh la ek... cinta Palestine punya pasal kan.. :)



Lagu latar utk video ini adalah hasil dari seorang penyanyi yang berasal dari Syria (both parent dia Syrian) yang membesar di negara Eropah dan Amerika.. Nama penyanyi ini ialah Micheal Heart. Seorang penyanyi dan penulis lagu, gitaris dan audio engineer based in LA. Kebanyakkan lagu yang dia nyanyi dan hasilkan adalah lagu yang berunsurkan keamanan.

Antara lagu yang dia hasilkan adalah :

Living in Sin
Life Goes On
Damaged World
What about Us (Song for Syria)

Dengan hanya melihat tajuk lagu dia pun kita dah boleh tahu apa yang terbuku dalam hati dia kan.. nampakya dia tak lupa akan asal usul dia walaupun lama berpindah ke LA.

Lagu ini dah lama pun femes dari tahun 2009 tapi baru semalam saya dapat dengar. Itu pun hasil carian tak sengaja dari 4shared.com. Kira tertinggal ketapi juga la mak jemah ni kan.. hahah..

Hope you enjoy it ya..

Gambar kredit buat Aman Palestine
Gambar kredit buat Mr. Google
Lagu kredit utk Micheal Heart..

I love your song.. <3


Sabtu, 20 September 2014

Apa kita buat dan apa kita akan dapat di akhirat nanti?

BALASAN DI AKHIRAT

1. Orang yang suka MENGUMPAT.
AZAB : Kumpulan manusia mencakar-cakar muka dan dada dengan kuku yang tajam.

2. SUAMI yang BERZINA sedangkan dia mempunyai isteri yang sah.
AZAB : Makan daging busuk sedangkan disekelilingnya ada daging baik

3. Wanita yang suka MENGGODA dan MENGGHAIRAHKAN LELAKI.
AZAB : Mukanya hitam dan memamah isi perutnya sendiri.

4. Orang yang MEMBANGGA DIRI dan TAKABUR kepada orang ramai.
AZAB : Ditarik kemaluannya ke depan dan ke belakang serta dilontar mukanya ke api neraka. Kemudian ditarik dan dipukul hingga keluar api dari badannya.

5. Orang yang membuat FITNAH, MENGEJEK dan MENCACI orang lain.
AZAB : Dimasukkan besi pembakar daging dari duburnya, keluar hingga ke mulutnya.

6. Wanita yang makan ubat untuk MEMBUNUH JANIN.
AZAB : Wanita tergantung rambutnya di pohon Zakkum, api neraka membakarnya lalu kering kecut dagingnya terbakar.

7. Wanita yang menjadi PENYANYI tidak sempat bertaubat.
AZAB : Wanita dibelenggu dengan api neraka, mulutnya terbuka luas, keluar api dari perutnya.

8. Orang yang MAKAN HARTA ANAK YATIM.
AZAB : Dimasuk api ke dalam perut dari duburnya lalu keluar dari mulut.

9. Orang yang SUKA BERGADUH sesama manusia.
AZAB : Kepalanya terbenam dalam api, dituang pula air panas ke badannya lalu melecur seluruh tubuhnya.

10. Orang yang berat melakukan SOLAT FARDHU.
AZAB : Menghempap kepala masing-masing dengan batu berulangkali.

11. Orang yang tidak suka menDERMA, berSEDEKAH dan tidak mengeluarkan ZAKAT.
AZAB : Bertelanjang memakan rumput berduri, buah zakkum yang sangat pahit dan makan bara api Jahannam.

12. ORANG YANG SUKA BERCAKAP TETAPI TIDAK MENGAMALKANNYA.
AZAB : Mengguntingkan lidah tidak berhenti-henti.

13. Orang yang MAKAN RIBA.
AZAB : Tenggelam timbul dalam lautan darah dan dilemparkan dengan batu.




Rabu, 17 September 2014

Cuti Hari Malaysia... Nasi Lemak Wak Kentut

Cuti hari Malaysia kami mcm biasa malam baru keluar.. dah jadi mcm musang je asyik keluar malam je kan. Jarang sekali nak keluar waktu siang - siang. Lagipun bila dah dapat cuti ni Mr. Perfect tu dah tentu waktu pagi dia adalah pada jam 12 tengahari.. orang lain punya pagi tu jam 6 pagi. Lambat sikit la sebab duduk kat 'oversea' (mata ke atas, tangan ke bahu)..

Malam kami keluar plan ke Mall cik Mydin dulu beli keperluan dapur. Sambil - sambil tu saya mcm biasa tengok - tengok kuntum bunga dan daun - daun yg dijual pada harga berpatutan. Terkejut tengok gabus hijau. Tu hari beli kt kedai bunga RM5 kat Mydin baru RM1.70. Huhu... dulu ramai orang kat Mydin, jadi tak sempat nak cari barang bunga. Kali ni sempat la pergi usha2.. nyesal mak jemah tau... hehe.

Lepas ke Mydin kami menuju ke kawasan IOI nak hantar dokumen. Kerja suami la apa lagi... jumpa klien. Pastu singgah Giant sebab nak cari ovelet cap kijang. Haa... nak cap kijang jugak kan..

Lepas cari 'kijang' tu tadi mana lagi kami anak beranak nak melepak kalau dah duduk kat Kulaijaya ni kalau tak kat warung nasi lemak Wak Kentut. Warung Nasi Lemak Wak Kentut di Kulaijaya ni saja dah ada 2 cawangan. Satu bersebelahan dengan pejabat pos dekat dengan Stesen Keretapi. Lagi satu kat depan Jalan Besar Kulai. Kat sini lah kami selalu lepaking. Punya la ramai orang datang... kami sampai je ayam dah habis. Jawabnya kena la tunggu...

Okay tak pe.. kami tunggu.. orang lain pun mcm tu jugak.. sanggup tunggu. Yang best kat sini sebab ayamnya siap potong2. Jadi nak makan tu tak ada la nak terpelanting bagai sudu garfu kan... Menu kat sini tak ada lain.. nasi lemak je..
Customer yang datang dari bangsa Cina, India dan dah tentu la Melayu pun ada juga dan saya Melanau :P

Sejak dah lama makan dan lepak sini je... kami laki bini dah tau sangat peraturan order. Antaranya, jangan la sesekali minta sambal lebih masa tengah order kat kaunter tu. Mereka tak akan bagi lebih melainkan korang dah makan habis pastu bawa piring tu ke kaunter pastu minta lagi baru la mereka tambah. Ni sebab permintaan utk nasi lemak ni banyak. Takut2 nanti sambal cepat habis. Lagi satu, bila minta sambal lebih kang nanti tak habis rugi kan... mcm la korang punya sambal yang lebih tu boleh bagi kat customer lain.. bagi sisa la maknanya tu.

Malam ni nasi lemak yang kami order tak ada kacang. Dah tentu konpem la kacang habis.. yang ada timun je sebagai hiasan nasi lemak. Hehe..

Warung Wak Kentut ni dah tak mcm dulu2. Dulu pelayan datang tanya order. Sekarang kita sendiri ke kaunter utk order. Dah mcm kat KFC...

Kat warung ni tak ada awek yang kerja. Semuanya lelaki.. kalau ada sorang pompuan tu pun bukan pekerja. Tu bini tokey. Peramah orang nya..cot cet cot cet dengan pekerja dia.

Ramai yang tanya apa sedap ke sampai ramai sangat orang? Haa... korang pergi la sendiri rasa.. Saya tak suka bab komplen2 barang yang saya tak reti masak. Pada saya sedap je..

Sambil - sambil tunggu Mr. Perfect amik order.. saya dan Mia selfie dulu.. hikhik..







Ni je gambar sempat amik.. gambar nasi lemak berselfie tak amik sebab ramai customer keliling kami. Selfie berdua dengan Mia tadi pun dah cukup orang perhati je.. hehe. 

Aiskrim Mama Mia... aiskrim tanpa lemak!

Hari ni saya dan Mia buat aiskrim lagi... tapi kali ni kami buat aiskrim kurang lemak. Selalunya saya guna susu IDEAL kali ni saya guna susu Dutch Lady Low Fat. Rasanya benar - benar berbeza oleh kerana dah tak ada lemak!
Aiskrim ini lebih cepat beku dan teksturnya lebih kasar berbanding aiskrim high fat. Ini kerana kuantiti air dalam susu low fat ini lebih banyak berbanding lemak
Jadi sesiapa yang rasa tak nak gemuk lebih cepat tapi suka sangat makan aiskrim boleh la cuba ye..

Untuk perisa saya tambah serbuk coklat. Terlebih dulu serbuk coklat kena la campur dgn air suam dan biar sejuk. Ini sebab nak elak kita dari kena sakit perut memandangkan proses aiskrim ni tak melibatkan masak - masak.
Kalau tak nak susah - susah, kita tukar serbuk coklat dengan Milo. Boikot Milo kita guna VICO.
Perisa lain plak saya tambah serbuk santan. Masukkan santan hanya 1 sudu makan dah cukup..
Lain - lain, kalau rasa nak colorful buat la colourful.. kalau tak nak tak apa. Ikut suka.


sediakan bahan - bahan...gula aising lupa nak amik gambar :)



susu dutch lady low fat 500ml



Ovelet cap kijang.. cap kijang je saya percaya buat masa ni... 



gula aising 



satukan semua bahan dalam mixer dan putar pada kelajuan high speed hingga kembang



kali ni saya guna loyang.. 



freeze dalam sejuk beku dalam masa 2 jam dah boleh makan.. 
Lihat, teksturnya lebih kasar. Macam aiskrim mat kool.



yang ni perisa santan + coklat



selamat mencuba... :)




















Isnin, 15 September 2014

Mereka kembali bersekolah..

Semalam 14 September 2014 kelihatan pelajar sekolah di sebuah sekolah di Gaza kini kembali bersekolah setelah tamat perang yang berlangsung selama 51 hari di sana. Tak ada kata yang dapat diucapkan... hanya air mata yg jatuh berlinangan apabila mengenang kembali nasib mereka di sana. Apa rasa andai kita berada di tempat mereka? Entah hidup lagi ke tidak kita pada masa itu? Entah sempat ke tak kita masuk kelas? Ya Allah... teguhnya hati mereka.

Andai ada rezeki, teringin juga kaki ini melangkah ke sana utk membantu menghilangkan trauma mereka akibat kekejaman zionis israel si laknatullah.. akan tetapi, bukan hanya rezeki sahaja yg tak cukup.. malah imanku juga tidak setebal iman mereka. Betapa teguhnya jiwa mereka tidak seperti kita.

Ya Allah...jadikanlah aku seperti mereka. Iman yang teguh, prinsip yang kukuh, bibir yang tidak lekang dengan zikrullah.

Kredit buat Aman Palestine - Eye of Palestine


Tiga remaja Palestine yang kembali ke sekolah... andai sebelum ini mereka mungkin berlima, kini hanya tinggal bertiga saja...


Sabar wahai anak - anak semua... kami dari Malaysia dan negara lain akan membantu mu... biar punah berapa banyak kali pun kami akan tetap membantu tanpa rasa serik.


Selalunya keadaan mcm ni kita tengok dalam filem - filem thriller. Tetapi ini bukan dalam filem. Ini realiti yang ditempuhi oleh mereka di sana..


Keadaan dalam kelas dengan papan hitam yang bocor...  dinding yang berlubang akibat dari peluru. Di sebalik tu pula kelihatan tiga orang pemuda mungkin cikgu yang sedang mengemas kelas.


Ini sahaja yang tinggal dalam salah satu kelas.. sebelum ini mungkin satu kelas seramai 30 orang tetapi kini?


Dalam kelas lagi satu pula... hanya Allah saja yang tahu apa perasaan mereka...


Lihat.. mereka tidak sesenang kita di sini..


Apakah maknanya? Semua nya hanya tinggal kenangan....


Dua orang guru sedang menyusun meja.. tabahnya guru - guru di sana.


Seorang pelajar sedang menunjukkan sesuatu kepada rakan - rakannya..


Belajar dalam keadaan masih dibelenggu walaupun genjatan senjata yang tak macam genjatan senjata.


Hasil kekejaman zionis si laknatullah...


Mungkin seorang guru atau seorang pelajar yang sedang melihat keadaan sekolahnya dari koridor kelas..

Hargailah kemerdekaan negara kita.. jangan la sesekali mencabulinya.. bukan senang kita nak kecapi merdeka... kepandaian kita pada masa ini belum tentu lagi dapat memerdekakan negara. Andai rasa kita cukup pandai, bantulah negara mereka yang belum merdeka untuk capai kemerdekaan. Cuba rasai perjuangan yang pernah dihadapi oleh orang - orang dahulu.

Resepi Nasi Lemon Mamak.. saya suka!

Kuantiti Bahan:

300 gm Beras Basmathi
Secukupnya Air
2 gm Serbuk Kunyit
5 gm Serbuk Santan
10 gm Susu Cair
2 gm Daun Kari
2 gm Biji Sawi
15 gm Cili Hijau
30 gm Minyak sapi
100 gm(1biji) Lemon
50 gm Badam

Cara Penyediaan:
Beras dicuci bersih. Masak beras dengan serbuk kunyit dan air secukupnya hingga kering.
Panaskan minyak sapi dalam kuali. Tumiskan daun kari, biji sawi, cili hijau dan badam hingga naik bau wangi.
Tuangkan bahan tumisan, santan dan jus lemon atas nasi. Kacau rata dan masak lagi dengan api kecil hingga kering selama 5 minit.



Nak buat next time sebab saya suka makan makanan mamak tapi masalahnya Mr. Perfect ni ajak ke kedai mamak dia tak nak :( 

Nasi ni nak makan dengan apa ek? Satu hal lagi nak cari lauk mamak.. hehe. Cepat share resepi kat saya.. 

Ahad, 14 September 2014

Kembali Aktif :)

Setelah membuat pujuk rayu berkali - kali dengan Mr. Perfect, akhirnya dia mengizinkan saya kembali berniaga online seperti dulu - dulu dengan syarat supplier yang tak elok dan susah nak berurusan perlu dibuang terus dari senarai.
Maka, yang tinggal kini adalah senarai supplier yang saya cari sendiri dari kalangan Cina dan Melayu. Cari tu macam mana? Sourcing & meet them.. Bukan malas - malas asal ada je.. Berniaga ni tak menjadi kalau duduk senang lenang.. sedangkan orang jual cekodok tepi jalan pun nampak senang kerjanya tapi siapa tau susah dia kena hujan panas duduk tepi jalan. Jadi, bersyukur la apa yang Allah dah bagi pengetahuan yang luas pada kita. Alhamdulillah..

Berniaga memang penuh dugaan.. tapi hati kuat juga nak berniaga sebab dah minat sangat. Ingat lagi masa saya mula - mula nak sambung belajar. Bila dapat tau saya ambil jurusan perniagaan, mereka kata kalau ambil course perniagaan nanti nak berniaga apa? Saya diam je... pada masa tu saya sendiri pun tak tau hala tujunya ke mana.. akhirnya ni la yang saya dapat. Allah betul - betul bagi saya peluang berniaga sendiri. Bukan setakat tu je..banyak sangat idea yang dirancang utk diniaga. Tapi, memandangkan saya ada petua sendiri dalam perniagaan, saya tak tamak untuk menjual semua benda di dunia ini. Tak kemana la saya akhirnya kalau masa dihabiskan untuk bertanding dengan orang lain. Jiran sebelah buka spa saya pun nak buka spa..org tu nak jual kereta kita pun sama nak jual kereta. Tau nak untung tapi ilmunya tak ada. Di sini lah kita akan putus asa dalam berniaga sebab tiada kemahiran dan minat yang mendalam. Jadinya biar la kita mahir dan dikenali dalam satu perniagaan dulu sebelum melompat ke perniagaan lain.. rezeki tu tak akan ke mana. Yang penting usaha dan belajar.. chaiyookk.. :)

Sila like page perniagaan online saya yang tak seberapa di Qwen Filigree yg baru mencecah 130 orang :P


Saya juga adalah... 


Okay... 

Terima kasih.. happy shopping ladies!!!! 






Jumaat, 12 September 2014

Bathroom...

Ada banyak - banyak bathroom kat sini mana paling cantik? Haa...soalan je bg kat pembaca sebab dah tak ada idea nak cakap apa kan...


Mandi dalam qanan :P


Siap sedia mesin basuh lagi..dipertimbangkan utk dekorasi mcm ni coming soon. 


Suka yang ni... warna dan sekeliling yg tak nampak kosong. Mandi pun tak takut. Aku ni penakut dalam bilik air :P


Bilik air ni dah sebesar rumah sewa saya.. lol


Boleh la kot... 


Tangga tu menarik perhatian. Saya mulai berfikir mcm mana bentuk rumah ni..


Pinkies sangat... huhu..tab mandi pun boleh 2 orang sekali masuk.


Comelnye bathroom untuk kids ni.. :)


Bathroom Mr. Bean :P


Bathroom ala korea.. banyak sangat space. Nak mandi pun takut. Macam ada hantu je.. hehe




Cerita bilik tidur plak... :)

Jom...kali ni nak cerita - cerita bilik tidur plak...
Bilik tidur yang selesa dijamin membuatkan kita sayang nak tinggalkan bilik kan... hehe. Eh, lain mcm je bunyi nya tu.. 
Kalau boleh nak jaga bilik tidur tu umpama malam pertama lagi. Ada wangian pandan yang bertahan bertahun - tahun lamanya... 
Akan tetapi saya sebenarnya fail dalam memilih wangian bilik tidur.. seriusly saya tau haruman pandan je.. yang lain saya tak tau... anyway bau baby masih ke hari ini lagi tetap ada sebab bau minyak angin anak lepas mandi. Hehe... 

Cuci mata jom... hei, tak habis - habis cuci mata saja... 


Sesuai sangat la untuk Mia dan Sarah :)


Romantiknya.. warna hijau lumut dgn deko almari ala English :)


Katil bertiang ni... dulu kini dan selamanya aku mengidam. Apa la yg best sangat tak tau la.. 


Lampu kat dinding tu menarik perhatian saya.. 

Sebenarnya saya tak berapa ariff sangat bab - bab hiasan bilik tidur ni. Tapi kena juga saya belajar ubah dan suai, bermain dengan warna dan sebagainya. Kan konon nak buka kedai decoration kan coming soon... hehe. Makanya kena la belajar semua.. 

Khamis, 11 September 2014

Kerusi Rotan :)

Kerusi rotan..hehe... opkos la untuk decoration rumah ala- ala english style kan. Hiik.. Mana nak cari ek? Taste saya taste yg kat kedai second je sebab lagi banyak pilihan kot.. tapi tu la, Mr. Perfect tu nak ke kerusi rotan ni? Mesti dia kata nanti sakit bontot kalau duduk... Ala, orang pompuan ni lebih pada susun atur dan cantik je kot... tak ada nya tempat nak duduk2 kan.. haa.. kan membazir dah kat situ. Hehe.. tapi nak jugak kerusi rotan :P Sweet sangat lagi2 kalau tacap warna putih.. weeheee... Oh.. English la sangat kan... hahaha...

Jom cuci mata... cuci mata lagi? Haah la...cuci mata la dulu... :) Ni semua inspirasi.. simpan dulu dalam lubuk hati.. :P


Sejuk mata memandangkan... mesti seronok duduk dengan mak dan anak - anak kt luar ni.


Perabot terpakai selalunya akan diiklankan di Mudah. Rajin - rajin la tengok. Selalunya yang kat Johor ni cepat sangat laku lagi yang baru sampai dari Singapore. 


Almari kecik yang comel...  :)


Salah satu ruang yang saya dapat dari google.. Dapat ruang yang cantik macam ni tak tau la berapa kali kita akan selfie dalam masa sehari. Lol.