Klik untuk tabungan Mia dan Sarah :)

Ahad, 14 September 2014

Kembali Aktif :)

Setelah membuat pujuk rayu berkali - kali dengan Mr. Perfect, akhirnya dia mengizinkan saya kembali berniaga online seperti dulu - dulu dengan syarat supplier yang tak elok dan susah nak berurusan perlu dibuang terus dari senarai.
Maka, yang tinggal kini adalah senarai supplier yang saya cari sendiri dari kalangan Cina dan Melayu. Cari tu macam mana? Sourcing & meet them.. Bukan malas - malas asal ada je.. Berniaga ni tak menjadi kalau duduk senang lenang.. sedangkan orang jual cekodok tepi jalan pun nampak senang kerjanya tapi siapa tau susah dia kena hujan panas duduk tepi jalan. Jadi, bersyukur la apa yang Allah dah bagi pengetahuan yang luas pada kita. Alhamdulillah..

Berniaga memang penuh dugaan.. tapi hati kuat juga nak berniaga sebab dah minat sangat. Ingat lagi masa saya mula - mula nak sambung belajar. Bila dapat tau saya ambil jurusan perniagaan, mereka kata kalau ambil course perniagaan nanti nak berniaga apa? Saya diam je... pada masa tu saya sendiri pun tak tau hala tujunya ke mana.. akhirnya ni la yang saya dapat. Allah betul - betul bagi saya peluang berniaga sendiri. Bukan setakat tu je..banyak sangat idea yang dirancang utk diniaga. Tapi, memandangkan saya ada petua sendiri dalam perniagaan, saya tak tamak untuk menjual semua benda di dunia ini. Tak kemana la saya akhirnya kalau masa dihabiskan untuk bertanding dengan orang lain. Jiran sebelah buka spa saya pun nak buka spa..org tu nak jual kereta kita pun sama nak jual kereta. Tau nak untung tapi ilmunya tak ada. Di sini lah kita akan putus asa dalam berniaga sebab tiada kemahiran dan minat yang mendalam. Jadinya biar la kita mahir dan dikenali dalam satu perniagaan dulu sebelum melompat ke perniagaan lain.. rezeki tu tak akan ke mana. Yang penting usaha dan belajar.. chaiyookk.. :)

Sila like page perniagaan online saya yang tak seberapa di Qwen Filigree yg baru mencecah 130 orang :P


Saya juga adalah... 


Okay... 

Terima kasih.. happy shopping ladies!!!! 






Tiada ulasan:

Catat Ulasan