Klik untuk tabungan Mia dan Sarah :)

Selasa, 23 September 2014

Ketagih buat video - We will not go down ( Song for Gaza)

Sejak berapa hari ni saya dah mula minat main edit2 video. Tak la mahir mana pun. Amik gambar je pastu buat video bergambar. Terlebih rajin tu hari, Mr. Perfect dengan Mia kat depan..saya plak kat dapur sambil buat lempeng sambil amik video. Huhu... Tu pun video tak berapa nak cantik sebab guna handphone tak canggih. Lepas tu kecik je video nya.. tak jadi pun. Bila upload kt Youtube terputus - putus pastu gelap dan kecik bila tengok dari skrin komputer. Memang la tak puas hati... habis tu nak wat macam mana, dah tu je yang ada. Haha...

Yang the latest punya video tak dapat nak upload sebab gambar jadi melintang. Nampak tak. Belum berapa nak mahir lagi bab2 amik video. Kat telefon tengok elok je.. bila tengok dari screen komputer apesal la plak boleh jadi melintang. Last2 upload video bergambar yang saya edit pagi2 buta. Tak boleh tido punya pasal, Mia tu dalam buai kejap2 nanti dia gerak - gerak. Maknya mana la nak lena. Alang - alang bangun je sambil - sambil edit video. Jadi la satu video lagi seperti yang dibawah.. hehe.. Boleh la ek... cinta Palestine punya pasal kan.. :)



Lagu latar utk video ini adalah hasil dari seorang penyanyi yang berasal dari Syria (both parent dia Syrian) yang membesar di negara Eropah dan Amerika.. Nama penyanyi ini ialah Micheal Heart. Seorang penyanyi dan penulis lagu, gitaris dan audio engineer based in LA. Kebanyakkan lagu yang dia nyanyi dan hasilkan adalah lagu yang berunsurkan keamanan.

Antara lagu yang dia hasilkan adalah :

Living in Sin
Life Goes On
Damaged World
What about Us (Song for Syria)

Dengan hanya melihat tajuk lagu dia pun kita dah boleh tahu apa yang terbuku dalam hati dia kan.. nampakya dia tak lupa akan asal usul dia walaupun lama berpindah ke LA.

Lagu ini dah lama pun femes dari tahun 2009 tapi baru semalam saya dapat dengar. Itu pun hasil carian tak sengaja dari 4shared.com. Kira tertinggal ketapi juga la mak jemah ni kan.. hahah..

Hope you enjoy it ya..

Gambar kredit buat Aman Palestine
Gambar kredit buat Mr. Google
Lagu kredit utk Micheal Heart..

I love your song.. <3