Klik untuk tabungan Mia dan Sarah :)

Selasa, 9 September 2014

Resepi Home Made Aiskrim :)

Satu tin susu cair / boleh juga guna susu lembu segar sebanyak 500ml
5 sudu besar susu manis
40 gram ovelet cap kijang (halal)
serbuk vanilla 1 sudu teh
gula aising 5 sudu makan pun dah cukup..

Putar semua bahan di atas dalam mixer pada kelajuan paling tinggi. Kemudian masukkan pewarna kalau suka atau perisa kalau suka. Nak blend biskut oreo ke... nak tambah milo ke..eh, milo kena boikot..arr kita tukar VICO. Nak blend blueberry kem strawberry ikut suka korang la ye.. kalau nak tambah perisa nescafe hati - hati. Sedikit serbuk nescafe tu campurkan dgn susu manis dulu. Lagi satu jangan bubuh banyak sampai satu sudu makan. 1 sudu teh dah cukup. Kang tak pasal2 aiskrim rasa pahit mcm makan peria. Hahaha....


Untuk proses sejuk beku pula... gunakan temperature yg paling freeze kalau nak aiskrim cepat beku dalam masa 3 - 5 jam... kalau tak freeze nanti besok baru boleh makan... :) 

Ok...selamat mencuba ye...

p/s : Boleh la suggest Mr. Perfect belikan lori aiskrim pas ni... kita jual aiskrim plak.. hahaha...