Klik untuk tabungan Mia dan Sarah :)

Isnin, 17 November 2014

Pintu - Pintu Neraka

Rasulullah pernah ditanya tentang orang Munafik dan orang Mukmin.

Orang Mukmin.
- mengerjakan solat dan puasa.
- sibuk bersedekah
- sibuk meminta ampun
- tidak mengharap selain berharap dalam hidup ini untuk Allah
- mengorbankan sesuatu untuk agama
- aman dari segala sesuatu selain Allah
- selalu buat baik dan selalu menangis mohon ampun
- suka sendiri dan menyepi
- berdakwah demi kebaikkan agama
- memerintahkan makruf, melarang perkara mungkar.

Orang Munafik.
- makan dan minum seperti binatang
- meninggalkan solat dan ibadah
- terlena dengan kerakusan dan angan - angan
- mengorbankan agama untuk harta
- takut kepada sesuatu selain Allah
- selalu buat jahat dan ketawa suka
- suka bergaul ramai - ramai tanpa tujuan
- berdakwah demi keuntungan dan merosakkan agama.
- memerintahkan kemungkaran dan melarang yang makruf

Tersebut dalam hadis : Orang munafik itu bagaikan kibas di antara dua kumpulan kambing. Sesekali dia mengumpulkan potongan itu. Dan sesekali dia akan mengumpulkan potongan yang lain. Tidak pernah menatap dalam satu di antara dua kelompok. Ini kerana dia memang asing daripada kedua - duanya.
- maksudnya, begitulah sikap orang munafik. Tidak akan bersama kaum muslimin. Tak pula bersama orang kafir.

Sesungguhnya Allah menciptakan neraka berpintu tujuh.

(Al- Hijr : 44)

Pintu di neraka terdiri daripada besi yang penuh laknat. Bahagian luar dilapisi tembaga dan di bahagian dalam berisikan timah. Di bahagian bawah terdapat azab. Di bahagian atas pula terdapat murka. Lantainya terdiri dari timah, tembaga, besi dan kaca. Di mana api datang dari atas, bawah, kanan dan kiri mereka. Ia bertingkat - tingkat. Dan tingkat paling bawah adalah untuk orang - orang munafik.

Rasulullah SAW pernah bertanya pada Jibril tentang neraka. Lalu Jibril menceritakannya.
" Sesungguhnya Allah menciptakan neraka dan Dia menyalakan seribu tahun sehingga merah. Lalu dinyalakan lagi seribu tahun menjadi putih dan dinyalakan lagi seribu tahun hingga menjadi hitam pekat dan gelap"

Terang Jibril kepada Rasulullah SAW.
- seandainya sehelai pakaian neraka dilemparkan ke bumi, mati lah penduduk bumi ini.
- seandainya setimba minuman di neraka ditumpahkan ke air di bumi, matilah semua yang meminumnya.
- seandainya sepotong rantai neraka di letak di atas gunung di bumi, hancurlah bumi ini.
- sekiranya seorang dimasukkan neraka lalu dikeluarkan semula ke dunia, dah tentu tak tahan penduduk dunia ini akan bau busuknya.

Pintu - Pintu Neraka.

Jibril menjelaskan kepada Rasulullah tentang pintu neraka bahawa pintu neraka mengambil masa perjalanan selama 70 tahun untuk dari pintu ke pintu.
Setiap pintu pula lebih panas dari pintu yang sebelahnya.
Pintu paling bawah sekali ditempatkan untuk orang - orang yang munafik yang digelar Hawiyah.
Pintu kedua untuk orang musyrik yang digelar Jahim.
Pintu ketiga untuk As - Shabi'un iaitu orang - orang yang menukar agama yang digelar Saqar.
Pintu keempat untuk iblis dan pengikutnya golongan Marjusi digelar Ladha.
Pintu kelima tempat orang Yahudi namanya Huthamah.
Pintu keenam tempat orang Nasrani yang digelar Sair.

Jibril tak lalu untuk menyebut pintu yang ketujuh akan tetapi oleh kerana desakan Rasulullah.. lantas Jibril memberitahu...

" Di situlah tempat orang - orang sombong dari umatmu (Muhammad) yang MATI SEBELUM BERTAUBAT"

Wahai orang tua!
Wahai orang muda!
Wahai wanita!!!!
Betapa banyak kita dipanggil ke neraka..
Wajah menajadi hitam..
Tubuh menjadi remuk tidak terkata...
Yang tua tidak dihormati...
Yang muda tidak disayangi...
Dan wanita tak cukup pakaian...

Ya Allah.. jauhkan lah kami dari neraka dan seksanya serta segala perbuatan yang mendekatkan kami kepadanya. Masukkanlah kami ke SYURGA bersama orang - orang yang beruntung mendapat rahmatMu. Amin..

Sabtu, 15 November 2014

SOMBONG - Budget good - good jer...



Allah SWT layak sombong. Kerana hebatnya Dia menciptakan kita.

Allah SWT berfirman dalam Hadis Qudsi: “Sombong itu selendang-Ku dan keagungan adalah sarung-Ku. Barangsiapa merampas salah satu darinya, Aku lemparkan dia ke Neraka Jahannam.” (Riwayat Abu Daud)

Melayu lama panggil sombong dan angkuh. 
Arab sebut kibir.
Melayu modern sebut ego. 
Melayu modern genarasi Y menyebut "budget good - good jer" 

Siapakah yang mula - mula sekali sombong sebelum manusia? 

Syaitan dan iblis dulu yang sombong. Tak nak tunduk kepada Nabi Adam a.s kerana setan dibuat dari api manakala Nabi Adam a.s dari segumpah tanah. Setan rasa diri dia lebih HEBAT. 
Siapa rasa hebat banyak - banyak istighfar supaya penyakit sombong tak menular. 

Sombong adalah kepala segala jenis penyakit hati. Sikap ini tergolong di dalam sikap mazmumah yang paling top dan paling keji. 
Disebabkan sikap ini akan lahirlah sikap lain seperti kasar, keras, mengangkat-angkat diri, mengumpat dan menghina orang, menganiaya, penindasan, diskriminasi, penzaliman dan pembunuhan. Sebab itu sombong sangat dimurkai Allah SWT. Kesan daripada sifat sombong ini tercetus kerosakan dalam kehidupan masyarakat seperti hilang kasih sayang, berpecah -belah, saling berdendam, suka menghina, mengata dan lebih dasyat boleh akibatkan berbunuhan. 

Rasulullah SAW juga ada mengingatkan dalam Hadis baginda tentang bahayanya sifat sombong. “Tidak akan masuk Syurga orang yang di dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi dari kesombongan.”(Riwayat Muslim)

Sifat sombong sukar untuk dikikis. Sama ada sedikit, sikit - sikit jer, atau terlebih banyak. 

Dibawah adalah list sifat - sifat sombong. Jangan kata tak ada pada diri sendiri. Kalau ada 30 list, 30 tu la ada dalam diri kita. Tipu la kalau tak ada. Astaghfirullah... sama - sama la kita bertaubat kepada Allah SWT. 

1. Payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang itu lebih baik daripadanya. Apatah lagi kalau pandangan itu datang daripada orang yang lebih rendah daripadanya sama ada rendah umur, pangkat atau lain-lain lagi.

2. Mudah marah atau emosional. Bila berlaku perbincangan dua hala, cepat tersinggung atau cepat naik darah kalau ada orang tersilap atau tersalah.

3. Memilih-milih kawan. Suka berkawan hanya dengan orang yang satu ‘level’ atau sama taraf dengannya. Manakala dengan orang bawahan atau lebih rendah kedudukannya, dia tidak suka bergaul atau bermesra, takut jatuh status atau darjat dirinya. Bahkan dengan orang yang sama level dengannya pun masih dipilih-pilih lagi. Yakni dia suka dengan orang yang mahu mendengar dan mentaati kata-katanya. Mereka inilah saja yang dia boleh bermesra, duduk sama atau semajlis dengannya.

4. Memandang hina pada golongan bawahan.

5. Dalam perbahasan atau perbincangan, selalunya dia suka meninggikan suara atau menguatkan suara lebih daripada yang diperlukan.

6. Dalam pergaulan dia suka kata-katanya didengari, diambil perhatian dan diikuti. Sebaliknya di pihaknya sendiri, susah untuk mendengar cakap atau nasihat orang lain serta tidak prihatin dengan cakap orang. Apatah lagi untuk mengikut cakap orang lain.

7. Dalam pergaulannya, dia saja yang memborong untuk bercakap dan tidak suka memberi peluang kepada orang lain bercakap. Kalau ada orang lain bercakap, dia suka memotong percakapan orang itu.

8. Kalau dia jadi pemimpin, dia memimpin dengan kasar dan keras terhadap pengikut-pengikutnya atau orang bawahannya. Ia membuat arahan tanpa timbang rasa dan tidak ada perikemanusiaan. Kalau dia menjadi pengikut, susah pula untuk taat dan patuh pada pemimpinnya.

9. Susah hendak memberi kemaafan kepada orang yang tersilap dengannya. Bahkan ditengking-tengking, diherdik, dikata-kata atau dihina-hina. Di belakangnya diumpat-umpat.

10. Kalau dia yang bersalah, susah dan berat hendak minta maaf. Rasa jatuh wibawa bila merendah diri meminta maaf. Bahkan dia tidak mengaku bersalah.

11. Dia suka dihormati. Tersinggung kalau tidak dihormati. Tetapi dia sendiri susah atau berat untuk menghormati orang lain.

12. Mudah berdendam dengan orang lain terutamanya bila orang itu tersilap.

13. Suka menzalimi orang sama ada secara kasar atau secara halus.

14. Kurang bermesra dengan orang kecuali terpaksa kerana perlukan orang itu atau kerana takutkan orang itu.

15. Suka memperkatakan keburukan orang seperti mengumpat, memfitnah serta membenci orang.

16. Kurang menghormati pemberian orang atau tidak menghargai pemberian orang lain.

17. Suka mengangkat-angkat diri atau menceritakan kelebihan diri.

18. Suka menghina dan menjatuhkan air muka orang di hadapan orang lain.

19. Kurang menghormati nikmat-nikmat Allah. Kalau ada makanan, berlaku pembaziran atau membuang makanan yang berlebihan. Kalau ada pakaian walaupun masih elok dipakai tetapi suka berganti dengan yang baru. Pakaian yang lama dibuang. Kalau ada duit lebih, suka beli barang yang tidak diperlukan. Semua itu lebih digemari daripada memberi nikmat yang berlebihan itu kepada orang lain.

20. Kalau berdiri, lebih suka bercekak pinggang (kerana membesarkan diri). Kalau bercakap, menepuk-nepuk meja dan suka mencemik. Kalau berjalan suka bergaya, menghentak-hentak kaki atau berjalan membusung dada.

21. Kurang memberi simpati atau kurang menolong orang lain melainkan ada tujuan-tujuan dunia atau kerana takut dengan orang itu.

22. Kurang minat menerima tetamu atau tidak suka jadi tetamu orang.

23. Tidak suka menyebut kelebihan-kelebihan orang lain kerana takut mencabar dirinya.

24. Kesalahan-kesalahan orang lain dibesar-besarkan sedangkan kesalahan sendiri didiamkan, disorokkan, buat-buat tidak tahu atau cuba mempertahankan diri supaya orang menganggap dia tidak bersalah.

25. Sangat tidak senang dengan kejayaan atau kebolehan orang lain.

26. Dia sangat tersinggung kalau ada orang memuji-muji atau menyebut kelebihan-kelebihan orang lain di hadapannya. Tetapi kalau dia dipuji, terserlah pada air mukanya rasa bangga dan senang hati.

Nasib baik ada 26 list je.. suku list ada pada diri sendiri. Astaghfirullah... 

Penyebab sifat sombong. 

- mempunyai kuasa besar seperti bos2, ketua2, raja, perdana menteri, pendek kata bos2 je la senang cerita.
- mempunyai ilmu pengetahuan duniawi atau akhirat. 
- orang kaya yang berharta, rasa diri dah cukup sempurna mendidik anak hingga berjaya, berjaya mengumpul harta yang banyak dan sebagainya. 
- Gagah dan mempunyai kekuatan fizikal.
- keturunan bangsawan, keturunan ada - ada. 
- wajah yang tampan, cantik, tinggi, body cutting lawa
- orang miskin pun tak boleh lari dari sikap sombong juga.

Ubat penyakit sombong.

- Disebabkan kita tak dapat melihat penyakit sombong yang ada dalam diri sendiri, maka kita perlukan orang lain untuk menyuluh kita. Tanggungjawab kita pula adalah menyuluh orang lain. Dan kita janganlah saling berkecil hati apabila ditegur. Tegur pula secara diam. Jika tegur di khalayak, itu maknanya menghina. Selalu terjadi di FB. Tegur di komen, tak berani ke nak inbox? 

- Berfikir selalu tentang manusia. Hebat bagaimanapun kita, aku bukan dijadikan dari emas, kau pula bukan dijadikan dari tembaga. Kita sama - sama asal dari tanah juga asal dari air mani yang jijik. 

- Lihat sikap orang lain terhadap kita. Sekiranya kita sombong, orang benci pada kita. Kerja kita jarang sekali orang bantu. Jiran dengan kita meluat. Renggang hubungan dengan kawan - kawan dan saudara mara. 

- Ambil iktibar dari pengalaman hidup. Lihat orang disekeliling kita akibat dari sikap sombong. Dan sekiranya kita pernah sombong, apa yang terjadi pada diri kita? Tak perlu saling mengumpat untuk kata si anu tu sombong. Sendiri punya mata sendiri lihat dan sendiri fikir. 

- Sentiasa ingat azab yang Allah bakal turunkan kepada kita sekiranya kita sombong. 

Mudah - mudahan Allah SWT memimpin kita menjadi orang yang sentiasa merendah diri. Istighfar banyak - banyak dan jangan malu untuk memohon kemaafan sesama kita.  



Jumaat, 14 November 2014

Layan Filem Melayu Lama - SETINGGAN





Layan filem melayu 70-an. Kesimpulannya...



- ada hantu

- guna bomoh nak halau, asap2 kemenyan

- hantu jepun paling rare

- pergi kerja naik basikal

- awek kerja kilang, laki org kerja guard

- penduduk kampung aktif rukuntetangga

- air paip, tempat mandi dan bilik poo poo kongsi ramai2

- duduk rumah setinggan

- yg couple2 selalunya kena aum dgn jantan2 yg konon tak nak bertanggungjawab

- kena hadir kenduri sekiranya dpt jemputan, mcm tu juga bila ada meeting kampung

- kt dinding para selalunya ada barang2 kosmestik mcm bedak dsb

- jiran2 dan suri rumah bertanding beli perabot



Apa lagi pengajaran yang dapat kita simpulkan dalam filem ini?

Khamis, 13 November 2014

Mengumpat Yang Dibolehkan


6 hal yang dibolehkan mengumpat...

1. Kes Aniaya
- memberitahu kepada pihak berkuasa bahawa diri telah dianiaya.

An-Nisa ayat 148: “Allah tidak menyukai ucapan buruk (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (QS. An-Nisa’: 148).

Dari Aisyah r.a, katanya: Hindon Binti Ubah, isteri Abu Sufyan masuk menemui Rasulullah SAW.lalu bertanya: "Ya Rasulullah, sesungguhnya Abu Sufyan adalah lelaki yang sanqat kedekut (bakhil), dia tidak memberi nafkah yang cukup untukku dan untuk anak-anakku, kecuali jika aku ambil saja hartanya (duitnya) tanpa pengetahuannya. Adakah aku berdosa kerana berbuat demikian?" Maka jawab baginda Rasul SAW: "Ambillah hartanya (duitnya) itu dengan baik yang boleh mencukupi keperluanmu dan keperluan anak anakmu."

(HR : Bukhari & Muslim)
2. Mohon bantuan cegah kemungkaran
- beritahu kepada pihak berkuasa si anu buat maksiat. Tetapi mengumpat yg berdosa sekiranya bagitahu jika bukan niat mencegah kemungkaran.

3. Minta Fatwa
- minta kepada mufti atau orang yang pandai ilmu agama mengenai fatwa. Contohnya, si anu begini begitu.. apa hukumnya? Atau lebih baik dengan cara sindiran tak perlu sebut nama.

4. Mengajak muslimin agar berhati - hati
- selalunya ini khas untuk hadis nabi dan kisah - kisah nabi untuk jadi peringatan kepada kita.

5. Melakukan maksiat dan bid'ah secara terang
- Si polan minum arak, so bomoh tu buat kerja syirik, si ustaz tu buat ajaran sesat, si anu tipu duit (yg benar bukan fitnah suka hati) supaya org ramai berwaspada.

6. Sebagai tanda pengenalan
- contohnya nama seseorang tu dipanggil dengan nama "mamat parang tumpul" , dibolehkan kecuali jangan panggil dgn niat untuk merendah - rendahkan dia.
Contoh ayat, " aku baru balik dari rumah mamat parang tumpul tadi, amik ubi keledek"

# jauhi mengumpat yang sia - sia
# mengumpat boleh untuk elak perkara dan untuk menyedarkan orang ramai.

“Wahai Rasulullah, apa sebenarnya Ghibah itu?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Iaitu berkata sesuatu tentang saudaramu yang dia tidak suka”, ditanya lagi “Bagaimana kalau ianya benar?”
Rasulullah s.a.w. menjawab “Sekiranya apa yang kau katakan itu benar engkau telah melakukan ghibah dan sekiranya tidak engkau telah melakukan fitnah”


Hak Sebagai Tetangga - Jiran


Salah satu sabda Rasulullah SAW tentang tetangga :

" Jika engkau memukul anjing tetanggamu, maka engkau telah menyakitkan tetanggamu"

Hak tetangga.

- tidak menyakiti dan disakiti
- sabar jika disakiti
- penuh kasih sayang dan memberi kebaikan terutama ada tetangga yang miskin
- memberi salam apabila berjumpa
- saling menyapa
- tidak terlalu banyak berkata - kata dan banyak menyoal soalan
- menziarahi ketika sakit
- ambil tahu sekiranya kena musibah
- ucap selamat atas kebahagiaanya
- memaafkan kesalahan
- jangan membuka aib
- jangan menyempitkan dalam meletakkan pagar
- jangan membuang air ke dalam longkangnya atau tempatnya
- jangan buang sampah ke tempat sampahnya
- jangan menyempitkan jalan ke rumahnya
- jangan meneliti apa yang dibawanya atau dibelinya yang dibawa pulang ke rumah
- jangan membuka rahsianya
- jangan lupa untuk awasi rumahnya sekiranya jiran tiada
- jangan ucap hal yang menyakitkannya
- jangan melihat isterinya
- jangan lama - lama memandang orang gajinya
- sayang kepada anaknya

Abu Dzar berkata, "Telah berwasiat kepadaku kekasihku ( Rasulullah ) SAW, baginda bersabda,
" Jika kau masak, perbanyakkanlah kuahnya kemudian berikan sebahagian kepada tetanggamu "

Selasa, 11 November 2014

Qanaah - kekasihku


Jadi miskin tu seronok, berlapang dada dan gembira.
Akan tetapi, miskin tu akan jadi rasa tak seronok bila miskin itu tidak dikecapi dan diharungi bersama - sama..
Hal seperti itu boleh membuatkan kita selingkuh pada Qanaah yg kita cintai..
Rasa tercabar bila orang melebihkan yang kaya - kaya...
Rasa tercabar bila orang melebihkan yang cantik - cantik..
Rasa tercabar bila orang melebihkan rumah batu berlantai mozek...
Rasa tercabar bila orang melebihkan kulit putih selepuk..
Sedangkan diri sendiri miskin papa kedana..
Sedangkan diri sendiri entah mampu nak membela yang kaya - raya..
Entah kenapa?
Orang lebih suka pada kekayaan yg 'ready' dan 'standby'
Orang lebih suka pada kekayaan yg 'masuk rumah cuci kaki'
Sedarlah wahai diriku...
Aku tak punya kekayaan duniawi..
Agar tertahan dirinya untuk bersamaku..
Aku dikurniakan diri yang serba serbi kurang..
Maafkan aku sekiranya engkau malu..
Kini ku sedari...
Tempat ku berpaut hanya padaMu...
Hidup dan matiku hanya untukMu..
Ikhlas aku kini hanya untukMu...
Yang sebelum ini hanya kerana manusia..
Aku usaha menutup aurat agar rambut tidak dibakar
Aku usaha solat agar tidak dibenam dalam alam barzakh..
Aku usaha berdakwah agar Allah berikan aku upah di akhirat nanti..
Aku lakukan segalanya hanya untukMu..
Ya Allah...
Jadikan Qanaah itu kekasihku di dunia ini...
Cukupi jiwaku dengan kecintaanMu...



Kelebihan Membaca Ayat Kursi



Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.”

1-Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”

2-Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.”

3-Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.”

4-Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.”

5-Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.”

6-Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.”

7-Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.”

8-Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.”

9-Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.”

10-Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.”

11-Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur, perbuatan-perbuatan orang yang benar, pahala Nabi-nabi, juga Allah melimpahkan padanya rahmat.”

12-Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.”

13-Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wa jalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.”

14-Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.”

Isnin, 10 November 2014

Merasa Cukup ~ Qanaah



Sudah semestinya seorang fakir harus bersifat menerima saja. Tidak perlu mengharapkan harta yang tidak ada di tangannya. Tidak pula rakus memburunya membabi buta. Namun tidak mungkin dapat demikian kecuali dia harus menerima sahaja dengan sekadar keperluan terhadap hidupnya. Dia merasa cukup dengan yang sedikit. Dia membatasi angan - angan pada hari atau bulannya saja. Hatinya tidak disibukkan oleh bagaimana bulan hadapan. Jika hatinya ingin yang banyak, panjang pula angan - angannya. Maka hilanglah qanaahnya dan berganti pula dengan rasa tamak dan rakus lalu berperangai buruk dan melakukan kemungkaran - kemungkaran yang dapat menghilangkan harga diri.

Hidup adalah pergeseran masa dan putaran hari.
Terimalah kehidupan kita ini dan relakan.
Hentikan keinginan kita dan kita akan merasa lapang dan merdekanya hidup ini.

Telah berkata Ibnu Mas'ud, "Setiap hari malaikat memanggil manusia, " Hai manusia, mencukupi yang sedikit itu lebih baik daripada banyak tetapi membuatmu jadi kedekut."

Sampai bila aku terikat dan terjerat...
Terus berusaha pulang dan berangkat..
Jauh rumah, jauh keluarga..
Tidak tahu pula hak ku bagaimana?
Mengembara di dunia dari timur dan barat...
Kerakusanku tidak peduli maut menunggu..
Kalau saja aku terima, rezeki datang padaku..
Menerima itu kaya, bukan kerana banyaknya harta.

Rasulullah SAW pernah bersabda, " Kalau manusia ada dua jurang yang berisikan emas, tentulah ia inginkan yang ketiga. Tidak akan penuh perut manusia melainkan dengan tanah. Allah menerima taubat orang yang mahu bertaubat."

Hidup lawannya Kembali


Kehidupan ini untuk akhirat..
Bukan sekolah sekolah sekolah 
Habis sekolah dapat pangkat
Cukup sampai di situ... End Of Story.
NO! NO! NO!
9 bulan kita dalam kandungan...
Dibawa ke hulu ke hilir..
Kalau rezeki, hidup la kita..
Kalau Allah swt nak amik semula.. kita redha
Tapi Allah kekalkan...
Lahirlah kita melihat dunia..
Dapat parents yg penyayang
Disayang ditimangnya.. 
Dapat parents yg pembuang..
Dimakan semut di tepi jalan..
Tapi takdir dapat parents penyayang
Dari 4 kepada 2 kaki
Happynya hidup.. tau nak main je.. ada masa merajuk..
Comelnye bila merajuk..
Tiba masa sekolah
Cukup umur baligh
Cukup umur kahwin
Cukup masa lahir pula generasi baru
Cukup masa tua..
Cukup masa sakit..
Kadang - kadang tak sampai tua..
Balik kepada Maha Pencipta... 
Eh, sekejapnya kita hidup?
Eh, baru tau ke?
Jadilah orang - orang yang berfikir.. 
Hidup di dunia ni memang sakit.. 
Senang ke susah tetap sakit... 
Jadi baik sakit, jadi jahat lagi la sakit..
Jadilah orang yang beringat...
Sentiasa bersyukur
Berlapang dada bila ditegur
Tidak sombong bila rasa diri ada..
Tidak sombong bila rasa diri kurang..
Ketawa dan senyum dengan ikhlas..
Elak dari topup menopup pahala orang..
Kita punya, sendiri punya lah! 
Kita tanam di dunia, kita yang tuai di akhirat!
Jadi... 
AKU! Elak memfitnah
KAU! Jauhi diri dari ditabur fitnah
KAU! Jangan timbulkan fitnah

Sabtu, 8 November 2014

Kisah Si Besen


Rumah dah lama... dah uzur dan usang. Atap nipah perlu diganti baru. Entah siapa yang nak tolong gantikan. Kudrat si tua pun dah tak mampu nak memanjat bagai. Tak apa... biarlah. Kalau hujan turun, air yang menitik boleh tadahkan si besen. Kat mana kita duduk, kat situ kita tadah. Banyak besen lain...
Besen mandi bayi ada.. besen mak buat kuih bahulu pun ada, besen nasi pun ada. Tapi kita guna besen lama je... besen lain sayang plak nak guna. Baru lagi tu... kita guna yang lama sudah...
Apa la nasib si besen. Setiap kali hujan tadah dia je... kalau musim kenduri, tadah dia juga untuk letak ayam dan daging. Banyak kegunaan si besen yang satu ni... banyak - banyak besen, dia la yang pertama akan ditadah. Besen bahulu mak tak boleh buat tadah ayam daging dan ikan. Nanti bau. Letak tepi je... khas untuk bahulu. Besen bayi pun gitu juga. Mana boleh buat letak ayam daging ikan. Dah memang job dia jadi besen bayi buat mandikan cucu. Untuk tadah air hujan, mana mungkin. Nanti kena marah si menantu plak kalau - kalau menantu nampak besen mandi anak dia buat tadah air hujan. Besen lama juga la kena tadah wat tadah air hujan. Banyaknya pengorbanan si besen lama... Sebanyak - banyak besen kat rumah, dia juga yang kena korbankan diri. Kalau ada 10 lubang, hanya 1 lubang tu yang dia tadah. Air hujan yang paling ligat menitik. Padahal lagi 9 lubang boleh juga tadah dengan besen nasi. Tak nak guna.. simpan je besen nasi tu takut kotor nanti geli plak menantu nak makan dengan besen serbaguna. Wat bubuh nasi, juga buat tadah air hujan yang mengalir dari atap nipah. Entah atas atap tu ada taik burung ke.. taik kelawar ke..taik cicak ke.. siapa yang tau.. last - last, besen lama tu juga buat tadah.
Satu hari, besen lama dah berkarat. Dah tak boleh pakai.. Si tua yang uzur jalan terbongkok - bongkok buang besen lama ke belakang. Masih boleh guna lagi besen lama tu. Buat tanam kunyit, tanam serai ke.. Job terbaru besen lama.
Hujan turun lagi. Kena tadah air semula ni.. Mak ambil besen bahulu untuk tadah air hujan. Lebat sangat hujan. Entah berapa kali kena buang air hujan ke luar.
Esok cuaca dah okay, mak ke pasar.. mak beli besen baru untuk buat kuih bahulu. Besen kuih bahulu yang asal dah tempat untuk tadah air hujan.
Begitu la kisah si besen. Yang bergelar besen memang job nya banyak. Salah satunya untuk buat kerja tadah menadah.

# mak dan ayah saya di Sarawak, besen mereka cuma ada 2 sahaja. Agaknya besen mana yang akan menadah rumah mereka nanti kalau dah bocor? Besen pertama kat Johor Bahru, besen kedua kat Kulaijaya. Ke kena sewa besen? Atau pinjam besen jiran sebelah? Untung orang lain banyak besen simpan dalam gobok. 

Makanan yang bermanfaat utk menambah kadar platelet dalam darah

Darah mamalia (kita pun mamalia) terdapat 3 jenis iaitu:

- sel darah merah
- sel darah putih
- platelet

Ketiga - tiganya mempunyai fungsi yang tersendiri.
Kali ni nak story tentang yang ketiga iaitu platelet.

Platelet.

Platelet, atau Trombosit adalah serpihan sel kecil, tidak sekata jernih. Platelet merupakan sumber semulajadi faktor pertumbuhan. Ia mengalir dalam darah mamalia dan terbabit dalam hemostasis, mendorong kepada pembentukan darah beku. Platelet membebaskan fiber seperti bebenang bagi membentuk darah beku ini.
Sekiranya bilangan platelet terlalu rendah, pendarahan melampau mungkin berlaku.
Bagaimanapun, sekiranya bilangan platelet terlampau tinggi, darah beku mungkin membentuk (thrombosis) yang mungkin menghalang aliran darah dan menyebabkan kejadian seperti angin ahmar, myocardial infarction, pulmonary embolisme atau menyekat saluran darah pada bahagian lain badan, seperti kaki dan tangan. 

Satu kelainan atau penyakit platelet dipanggil thrombocytopathy, yang boleh sama ada bilangan platelet yang rendah (thrombocytopenia), penurunan dalam fungsi platelet (thrombasthenia), atau peningkatan dalam bilangan platelet (thrombocytosis). Terdapat gangguan yang mengurangkan bilangan platelet, seperti heparin disebabkan thrombocytopenia (HIT) atau trombotik Thrombocytopenic Purpura (TTP) yang biasanya menyebabkan thromboses, atau pembekuan, bukannya pendarahan.

Info dari rujukan buku dan google. 

Selalunya platelet ini berkurangan disebabkan seseorang itu dijangkiti demam denggi berdarah. Jangan lupa bersihkan rumah dan kediaman anda. 

Makanan yang bermanfaat untuk darah agar kita sihat sejahtera. Insyaallah... 

1. Kurma
2. Strawberry
3. Buah delima
4. Buah tomato
5. Kiwi
6. Limau dan buah yg mengandungi vitamin C
7. Jus jambu merah
8. Sayur brokoli
9. Air perahan daun betik 
10. Rumpai laut
11. kekacang
12. makanan kaya omega seperti telur dan ikan utk menguatkan sistem imun. 
13. Jus lidah buaya

# saya bukan pakar, untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan doktor masing - masing. 

Puisi paling puitis kot ~


Pura - pura BAIK
Pura - pura HaHaHaHa bersama SAYA
SAYA tau itu SANDIWARA...
Tak payah HaHaHaHa bersama saya sangat lah!
10 tahun mahupun 20 tahun akan datang saya akan ingat apa yang berlaku pada tahun ini...
Apalagi yang berlaku 10 tahun yg telah LALU... mahupun 15 tahun dahulu..
Bahkan 25 tahun dahulu...
Sampai bila - bila akan saya ingat baik orang pada saya...cuma tak mampu nak balas..
Sampai bila - bila akan saya ingat buruk orang pada saya...cuma malas nak balas...
Benda baik tak dapat janji nak balas...
Benda jahat tak boleh plak main balas - balas..
Tapi saya akan tunggu tiba masanya...
Yang baik akan dibalas dalam cara lain barangkali..
Dan saya tak akan ketawakan...sengih dalam hati je kot..
Yang jahat - jahat..
Syukur...
kepuasan itu akan saya nikmati...
Tak perlu saya tolong ungkit
Tak perlu saya tolong cerita
Tak perlu saya tolong ingatkan
Sebab sendiri yang melihat
Sendiri yang menunggu
Sendiri juga yang sengih sorang diri..
Masanya akan tiba..
Sekiranya si kancil terlupa mana letaknya jerat baru...
Hal yang demikian...
Lebih baik saya dibenci kerana diri saya yang sebenar...
Berbanding menjadi MUNAFIK untuk disukai ramai manusia...

Jumaat, 7 November 2014

Hukum Membaca Al-Quran Seorang Diri - Kenal huruf, tapi buta tajwid

Apakah hukum membaca Quran seorang diri sedangkan saya kenal huruf tetapi buta tajwid?

Jawapannya :

Biasanya kalau buta tajwid maknanya kita tak tahu bacaan macam mana kita patut baca. Jadi maknanya salah. Tapi tak ada masalah kalau masa tu kita sedang belajar. Yang jadi masalahnya kita malas nak pergi belajar dan kita nak baca juga sembarangan dan suka hati sebut sehingga salah.
Kita wajib belajar dan berguru kalau tak tahu. Balik rumah study semula. Tak boleh kalau membaca tapi tak berguru. Huruf kenal, bunyinya macam tak patut. Salah di situ.
Tapi kalau belajar dan berguru, kita baca tapi masih salah juga dimaaf pada syarak. Yang penting adalah belajar. Allah swt tak tanya kita pandai ke tak, tapi Allah swt akan tanya kita ada belajar ke tak.
Dan tidak ada halangan untuk membaca Al - Quran seorang diri kalau dah teror. Yang tak boleh apabila belajar seorang diri tanpa GURU.

"orang yang belajar tanpa guru, iblis dan syaitan adalah gurunya"

Hal Kecik Tapi Haram.. perkara kita tak sedar!

Tahukah korang???
Tak tahu. Aku pun baru tau..

Benda yang macam remeh, tapi bila kita buat jadi haram dan berdosa. Antaranya ialah :

1. Membunuh nyamuk yang hinggap di badan atau di mana - mana di dalam masjid. Sedangkan masa tu kita berada di dalam masjid / surau. Papp! Mati nyamuk tu kita tampar. Plop! Jatuh atas lantai masjid / surau. Wajib kita buang bangkai tersebut. Kalau tak buang berdosa. Melainkan kalau bangkai serangga tu memang mati sendiri dan bukan kita buat. Sama juga kalau kita bunuh lalat dalam masjid / surau. Wajib lempar ke luar masjid takut orang pijak.
Selagi mana bangkai tu terbiar, selagi tu la kita berdosa. Balik semula ke tempat tu dan buang ke luar. Bangkai tu nampak kecik, macam benda remeh tapi sebenarnya najis.

2. Berdosa buang sesuatu yang nampak remeh kat rumah orang. Walaupun kecik macam lalat, kerengga, taik ugik, sisa gigi apalagi kalau taik hidung korek - korek tonyoh kat bawah meja atau sofa orang. Haram. Berdosa. Harta orang kena jaga. Jangan jadi pengotor! Wajib buang kt luar.

3. Berdosa juga kalau air parit kita yang busuk tu, kita alirkan ke rumah jiran. 30 tahun mengalir kat tanah orang, 30 tahun kita tanggung dosa.

Tanda kita ikut jejak Yahudi & Nasrani.

Macam hal kecik..tapi...

Salah satu contoh :

Sambut harijadi, tak beli kek tak sah. Tak ada lilin tak sah. Lepas tu nak juga menyanyi bagai.

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka". (Q.S. Al Baqarah : 120)
Apa lagi hal yang macam remeh tapi berdosa?


Entry Jumaat...


Siapakah Kita?



Ustaz Pahrol Mohd Juoi

Beliau adalah Pengarah dan Penyelidikan Modul merangkap Pengurus besar Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. sebuah syarikat perunding dan latihan yang terlibat dalam program latihan bagi agensi-agensi kerajaan, badan-badan korporat dan syarikat-syarikat swasta. Pengalamannya menjelajah negara-negara ASEAN, Uzbekistan, Pakistan, Turki, Jepun, China, Jordan dan Mesir menambah kematangannya dalam bidang penulisan dan latihan.

Hingga kini beliau telah menulis beberapa buah buku dari pelbagai genre penulisan. Antaranya: Melawan Arus (antologi cerpen), Jendela Hati (antologi Sajak), Turki: Iktibar Sebuah Empayar (kembara), Ideologi Kamal Ataturk dan kesannya terhadap Turki (politik), Tentang Cinta (remaja), Dua hati Satu Rasa, Untukmu yang Tersayang, Dilema Melayu-Islam: Kurang Fikir atau Kurang Zikir. Terkini, beliau juga adalah ketua editor majalah SOLUSI keluaran Telaga Biru Sdn. Bhd.

Baca selanjutnya di... Genta Rasa

Khamis, 6 November 2014

Hasil Kuih & Kayu, Berkat Sabar



Kata orang bukan senang nak jadi senang... bukan senang juga nak jadi orang berjaya. 

Kali ni aku nak post entry tentang seseorang yang telah berjaya. Antara 1000 orang yang kurang berkemampuan, dia adalah salah seorang yang aku pilih untuk dijadikan salah satu blog entry aku kali ini untuk dijadikan contoh kepada anak muda yang lain.
Aku pun tak sangka dia boleh berjaya. Sebab aku kenal mak dia, aku kenal ayah dia.. aku tau hidup mereka macam mana. Aku kenal sedara mara dia, dan aku kenal adik beradik dia. 
Ubah persepsi kita. Tidak semestinya orang kaya sahaja yang mampu berjaya. Orang kurang berada juga mampu berjaya. Hendak seribu daya, tak hendak seribu alasan. 
Dari aku kecil lagi, ibunya hanya seorang peniaga. Berniaga dengan hanya mengayuh basikal setiap hari sehingga hari ni barangkali. Tapi memandangkan aku dah kahwin 4 tahun, aku tak tau masih naik basikal atau tak. Tapi setahu aku memang naik basikal sejak awal 90-an lagi. Aku lihat ibunya tak pernah jemu berniaga. Awal pagi hantar kuih muih ke pasar. Petang atau tengahari baru balik. Tengah sarat mengandung pun masih lagi aktif berniaga. Apa lagi lepas bersalin. Sihat walafiat sentiasa ibu nya berniaga walaupun baru lepas 40 hari. Aku pantang 40 hari pun masih terkial - kial lagi nak melangkah. Ini kan plak naik basikal. Aku melihat pengorbanan seorang ibu untuk anak - anaknya di situ. 
Seringkali kita melihat, keutamaan anak sulong adalah untuk membantu ibu dan ayahnya. Mungkin berhenti sekolah untuk bekerja atau sekolah hanya sampai tingkatan 5 kemudian bekerja. Tetapi tidak bagi mereka. Selagi terdaya, ibu dan ayah ini sanggup menghantar anak untuk melanjutkan pelajaran. Percaya akan takdir boleh mengubah segalanya. Percaya bahawa anak yang dianugerah oleh Allah swt itu bukan hanya sekadar anugerah akan tetapi rezeki buat mereka suami isteri. Itu lah rezeki namanya. Baik didikan, baik lah jadinya. 
Sebagai anak sulong, di rumah dia membantu kedua orang tuanya. Tidak pernah walau sekali aku melihat anak - anak mereka berpeleseran seperti orang lain. 
Ayahnya seorang pekerja kilang kayu, peramah dan bila berbicara low profile. Baik budi bicaranya dan kena pada tempatnya.
Bertahun - tahun ayahnya mengorak langkah berjalan kaki untuk ke tempat kerja. Setiap hari. Tanpa jemu. Pengorbanan seorang ayah yang bertanggungjawab untuk mengalas perut sebuah keluarga. Dari senyuman yang sering terukir di bibir, dalam hati tiada siapa yang tahu. 
Besarnya dugaan Allah swt apabila ibu dan ayahnya dianugerahkan pula seorang anak yang kurang sihat pada satu ketika. Mungkin sebulan sekali pada ketika itu, ibunya membawa adiknya ke hospital untuk jalani ujian. Bertahun - tahun membesarkan si adik dengan tabah. Segala cabaran dan dugaan dapat ditepis dengan waras oleh ayah dan ibunya. Alhamdullilah.... 
Hal ini yang membuatkan aku banyak berfikir tentang kebesaran Allah swt. Jika tiada kesabaran, manakan dapat hasilnya. 
Ini sekaligus mengubah pemikiran aku sendiri. Tidak semestinya aku pandai, suami aku juga dari golongan yang pandai, aku patut membiarkan anak - anak aku belajar sendiri kerana percaya pandai itu keturunan. 
Oh tidak! Lihatlah keluarga ini. 
Ini adalah hasil dari didikan yang baik. Pada penglihatan aku, anak - anak mereka tidak bergaul seperti anak muda lain. Itu yang membezakannya.
Sekarang, ibu bapa ini boleh menarik nafas lega walaupun ada lagi anak - anak lain yang masih dalam tanggungan. Selagi mata belum terpejam, selagi itu akan diusahakan sehabis baik. Menjana rezeki, mengasuh dan mendidik. 
Berterima kasih lah pada ibu dan bapa. Tanpa mereka, kita tak akan ke mana - mana. 
Insyaallah.. doa dan usaha, sinar cahaya sudah kelihatan. Itu..sedang menanti di hadapan. Bakal mengubah hidup kedua orang tua ini. 

Kredit picture to Ramzy






Isnin, 3 November 2014

LilaRosa ~ Menepati Citarasa Wanita

Sangat penting bagi setiap wanita menjaga aset paling penting dalam hidup mereka ini. Tanpa aset ini, mana mungkin terjadi proses reproduksi. Ia umpama kilang yang dianugerahkan secara semulajadi dan tiada galang gantinya sekiranya terdapat kerosakkan
Area Miss V adalah kawasan yang amat sensitif dengan kelembapan. Kelembapan yang tidak normal boleh mengakibatkan jangkitan kuman dan bakteria. Inilah yang akan mengakibatkan serangan keputihan dan paling membahayakan adalah serangan kanser. 
Oleh itu mari saya perkenalkan dengan produk feminine wash terbaru iaitu LilaRosa yang bakal menyelamatkan wanita yang sangat mementingkan penjagaan bahagian intim. 


LilaRosa adalah produk terbaru dalam bentuk Feminine Wash pada abad ini yang halal dan dijamin suci.
Feminine Wash LilaRosa ini bukan sahaja bertujuan untuk memanjakan diri sendiri, tetapi juga menjadikan vagina tetap dalam keadaan bersih dan sihat, mencegah keputihan, gatal-gatal dan bau tak sedap. Selain itu, manfaatnya juga yang paling penting adalah untuk membahagiakan pasangan anda.

LilaRosa Feminine Wash menggunakan ramuan tradisional Jepun (seaweed) yang kaya dengan kolagen yang dapat membantu menganjalkan kulit. Selain itu, seaweed adalah antioksidan untuk mengelakkan dari serangan radikal bebas yang menyebabkan kanser dan juga membantu mempercepatkan penyembuhan luka.
Ramuan dari tradisi Melayu iaitu Oak Gall atau dikenali sebagai manjakani tidak ketinggalan juga turut ditambah ke dalam feminine wash ini.
Semua wanita juga sedia maklum benefit yang kita boleh dapat dalam penggunaan manjakani ini adalah untuk menyembuhkan alahan di bahagian Miss V wanita. Manjakani berkesan untuk menghilangkan keputihan, menyembuhkan tisu di bahagian Miss V, menganjalkan, mengetatkan bahagian tersebut dan juga yang paling penting keberkesanan manjakani dalam menyembuhkan prolaps rahim (peranakan yang jatuh).
Penambahan tea tree oil turut membantu untuk mengelakkan jangkitan kulat juga sebagai antiseptik. Bahan alami di dalam tea tree oil ini dapat membunuh bakteria, kulat atau fungus dan juga mengurangkan reaksi alergik pada kulit.
Ternyata produk pencuci khas untuk wanita ini sangat sesuai digunakan oleh semua golongan wanita yang mementingkan kesihatan diri terutama di bahagian Miss V, aset wanita yang wajib dijaga rapi dan sangat berharga.

Semua wanita inginkan sesuatu yang sempurna di dalam hidup masing - masing. Untuk menjadi wanita yang sempurna alangkah baiknya sekiranya kita semua sebagai wanita memiliki sesuatu yang dapat menaikkan penampilan diri terlebih dahulu.

Jadi, apa tunggu lagi? Dapatkan LilaRosa Feminine Wash 200ml ini hanya pada harga RM19.90 sebotol. Saya pasti anda akan berpuas hati apabila memilikinya. Berbanggalah dengan aset simpanan anda yang dijaga rapi :)



Untuk mendapatkan produk ini atau maklumat lanjut sila klik like di page LilaRosa.







Kredit picture to Cik Moza 

Sabtu, 1 November 2014

Dugaan Pemanis Hidup

Allah swt bagi 4 dugaan...

Dugaan sihat - jangan salah guna
Dugaan sakit - ingat Allah
Dugaan kaya - syukur
Dugaan miskin - sabar

Ketahuilah bahawa dunia ini adalah penjara bagi orang yang beriman. Sebab tu bila kita jadi orang yang jujur kat dunia ni, kita rasa teraniaya sebab ada orang dengki, ada orang sakit hati..
Kita selalu dengar orang mengeluh, " nak jadi baik pun susah.." Itu la maksudnya penjara. Hidup rasa terkepong sentiasa. Semua tu dugaan yang kita harus tempuhi kat dunia ini. Jangan putus asa. Selagi mata belum terpejam selagi itu kita minta dan usaha. Tak salah kita berdoa pada Allah setiap hari minta jadi kaya raya. Yang salah bila kita sombong pada Allah langsung tak minta apa pun.

Bila sihat kita lupa Allah..jangan kan singgah masjid, solat kt rumah pun pandai skip.
Bila sakit baru ingat Allah..baru rasa menyesal sebab lupa pada Allah.
Bila kaya kita ingat nak shopping. Nak penuhi nafsu dalam jiwa. Sebab lama dah mengidam nak beli itu nak beli ini... lupa nak sedekah. Riak plak tu, tak solat pun kaya katanya. Tak sedar ke Allah bagi riak + istidraj 1 pakej.
Bila miskin kita kutuk orang kaya sebab kedekut sangat tak bagi sesen pun kat kita. Padahal kita yang miskin ni bandingkan diri dengan orang kaya. Kenapa tak bandingkan dengan org yg lebih miskin agar kita sentiasa jadi org yg bersyukur?

Syukuri la nikmat yg kita dapat kat dunia ini..
Bukan sahaja syukur dapat kawan baik - baik.
Bukan sahaja syukur dapat duit..
Bukan sahaja syukur sebab sihat..
Bukan sahaja syukur sebab dapat keluarga yang disegani..
Malah...
Nikmat yang paling besar yang jarang kita syukuri adalah nikmat menjadi orang ISLAM. Menjadi orang yang BERIMAN.

Allahuakbar..