Klik untuk tabungan Mia dan Sarah :)

Sabtu, 8 November 2014

Kisah Si Besen


Rumah dah lama... dah uzur dan usang. Atap nipah perlu diganti baru. Entah siapa yang nak tolong gantikan. Kudrat si tua pun dah tak mampu nak memanjat bagai. Tak apa... biarlah. Kalau hujan turun, air yang menitik boleh tadahkan si besen. Kat mana kita duduk, kat situ kita tadah. Banyak besen lain...
Besen mandi bayi ada.. besen mak buat kuih bahulu pun ada, besen nasi pun ada. Tapi kita guna besen lama je... besen lain sayang plak nak guna. Baru lagi tu... kita guna yang lama sudah...
Apa la nasib si besen. Setiap kali hujan tadah dia je... kalau musim kenduri, tadah dia juga untuk letak ayam dan daging. Banyak kegunaan si besen yang satu ni... banyak - banyak besen, dia la yang pertama akan ditadah. Besen bahulu mak tak boleh buat tadah ayam daging dan ikan. Nanti bau. Letak tepi je... khas untuk bahulu. Besen bayi pun gitu juga. Mana boleh buat letak ayam daging ikan. Dah memang job dia jadi besen bayi buat mandikan cucu. Untuk tadah air hujan, mana mungkin. Nanti kena marah si menantu plak kalau - kalau menantu nampak besen mandi anak dia buat tadah air hujan. Besen lama juga la kena tadah wat tadah air hujan. Banyaknya pengorbanan si besen lama... Sebanyak - banyak besen kat rumah, dia juga yang kena korbankan diri. Kalau ada 10 lubang, hanya 1 lubang tu yang dia tadah. Air hujan yang paling ligat menitik. Padahal lagi 9 lubang boleh juga tadah dengan besen nasi. Tak nak guna.. simpan je besen nasi tu takut kotor nanti geli plak menantu nak makan dengan besen serbaguna. Wat bubuh nasi, juga buat tadah air hujan yang mengalir dari atap nipah. Entah atas atap tu ada taik burung ke.. taik kelawar ke..taik cicak ke.. siapa yang tau.. last - last, besen lama tu juga buat tadah.
Satu hari, besen lama dah berkarat. Dah tak boleh pakai.. Si tua yang uzur jalan terbongkok - bongkok buang besen lama ke belakang. Masih boleh guna lagi besen lama tu. Buat tanam kunyit, tanam serai ke.. Job terbaru besen lama.
Hujan turun lagi. Kena tadah air semula ni.. Mak ambil besen bahulu untuk tadah air hujan. Lebat sangat hujan. Entah berapa kali kena buang air hujan ke luar.
Esok cuaca dah okay, mak ke pasar.. mak beli besen baru untuk buat kuih bahulu. Besen kuih bahulu yang asal dah tempat untuk tadah air hujan.
Begitu la kisah si besen. Yang bergelar besen memang job nya banyak. Salah satunya untuk buat kerja tadah menadah.

# mak dan ayah saya di Sarawak, besen mereka cuma ada 2 sahaja. Agaknya besen mana yang akan menadah rumah mereka nanti kalau dah bocor? Besen pertama kat Johor Bahru, besen kedua kat Kulaijaya. Ke kena sewa besen? Atau pinjam besen jiran sebelah? Untung orang lain banyak besen simpan dalam gobok. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan