Klik untuk tabungan Mia dan Sarah :)

Khamis, 6 November 2014

Hasil Kuih & Kayu, Berkat Sabar



Kata orang bukan senang nak jadi senang... bukan senang juga nak jadi orang berjaya. 

Kali ni aku nak post entry tentang seseorang yang telah berjaya. Antara 1000 orang yang kurang berkemampuan, dia adalah salah seorang yang aku pilih untuk dijadikan salah satu blog entry aku kali ini untuk dijadikan contoh kepada anak muda yang lain.
Aku pun tak sangka dia boleh berjaya. Sebab aku kenal mak dia, aku kenal ayah dia.. aku tau hidup mereka macam mana. Aku kenal sedara mara dia, dan aku kenal adik beradik dia. 
Ubah persepsi kita. Tidak semestinya orang kaya sahaja yang mampu berjaya. Orang kurang berada juga mampu berjaya. Hendak seribu daya, tak hendak seribu alasan. 
Dari aku kecil lagi, ibunya hanya seorang peniaga. Berniaga dengan hanya mengayuh basikal setiap hari sehingga hari ni barangkali. Tapi memandangkan aku dah kahwin 4 tahun, aku tak tau masih naik basikal atau tak. Tapi setahu aku memang naik basikal sejak awal 90-an lagi. Aku lihat ibunya tak pernah jemu berniaga. Awal pagi hantar kuih muih ke pasar. Petang atau tengahari baru balik. Tengah sarat mengandung pun masih lagi aktif berniaga. Apa lagi lepas bersalin. Sihat walafiat sentiasa ibu nya berniaga walaupun baru lepas 40 hari. Aku pantang 40 hari pun masih terkial - kial lagi nak melangkah. Ini kan plak naik basikal. Aku melihat pengorbanan seorang ibu untuk anak - anaknya di situ. 
Seringkali kita melihat, keutamaan anak sulong adalah untuk membantu ibu dan ayahnya. Mungkin berhenti sekolah untuk bekerja atau sekolah hanya sampai tingkatan 5 kemudian bekerja. Tetapi tidak bagi mereka. Selagi terdaya, ibu dan ayah ini sanggup menghantar anak untuk melanjutkan pelajaran. Percaya akan takdir boleh mengubah segalanya. Percaya bahawa anak yang dianugerah oleh Allah swt itu bukan hanya sekadar anugerah akan tetapi rezeki buat mereka suami isteri. Itu lah rezeki namanya. Baik didikan, baik lah jadinya. 
Sebagai anak sulong, di rumah dia membantu kedua orang tuanya. Tidak pernah walau sekali aku melihat anak - anak mereka berpeleseran seperti orang lain. 
Ayahnya seorang pekerja kilang kayu, peramah dan bila berbicara low profile. Baik budi bicaranya dan kena pada tempatnya.
Bertahun - tahun ayahnya mengorak langkah berjalan kaki untuk ke tempat kerja. Setiap hari. Tanpa jemu. Pengorbanan seorang ayah yang bertanggungjawab untuk mengalas perut sebuah keluarga. Dari senyuman yang sering terukir di bibir, dalam hati tiada siapa yang tahu. 
Besarnya dugaan Allah swt apabila ibu dan ayahnya dianugerahkan pula seorang anak yang kurang sihat pada satu ketika. Mungkin sebulan sekali pada ketika itu, ibunya membawa adiknya ke hospital untuk jalani ujian. Bertahun - tahun membesarkan si adik dengan tabah. Segala cabaran dan dugaan dapat ditepis dengan waras oleh ayah dan ibunya. Alhamdullilah.... 
Hal ini yang membuatkan aku banyak berfikir tentang kebesaran Allah swt. Jika tiada kesabaran, manakan dapat hasilnya. 
Ini sekaligus mengubah pemikiran aku sendiri. Tidak semestinya aku pandai, suami aku juga dari golongan yang pandai, aku patut membiarkan anak - anak aku belajar sendiri kerana percaya pandai itu keturunan. 
Oh tidak! Lihatlah keluarga ini. 
Ini adalah hasil dari didikan yang baik. Pada penglihatan aku, anak - anak mereka tidak bergaul seperti anak muda lain. Itu yang membezakannya.
Sekarang, ibu bapa ini boleh menarik nafas lega walaupun ada lagi anak - anak lain yang masih dalam tanggungan. Selagi mata belum terpejam, selagi itu akan diusahakan sehabis baik. Menjana rezeki, mengasuh dan mendidik. 
Berterima kasih lah pada ibu dan bapa. Tanpa mereka, kita tak akan ke mana - mana. 
Insyaallah.. doa dan usaha, sinar cahaya sudah kelihatan. Itu..sedang menanti di hadapan. Bakal mengubah hidup kedua orang tua ini. 

Kredit picture to Ramzy






Tiada ulasan:

Catat Ulasan