Klik untuk tabungan Mia dan Sarah :)

Khamis, 15 Oktober 2015

Projek di Kilang Bateri

Ingat lagi tak dulu sy pernah post tentang melawat tapak ke kilang bateri? So hari ni la kerjanya. En. asben dah biasa mereka sebuah perabot pasang siap. Bukan jenis siap dan terus hantar. Tapi siapkan dan pasang di tempat customer. Ini semua sbb transport kami terhad. Ada kereta je... kereta tu la berjasa jd lori dan juga kereta jalan2. Kesian kan...

Haa... ni la hasilnya.. ada lagi yg belum siap. Next week sambung lagi. Minggu ni en.asben agak bz nyawit kt kampung.

Pada sesiapa nak cari stok kayu pine sekitar johor ni...boleh lah hubungi asben sy di talian 0137867974. Whatsap2 lambat reply ye sbb dia jenis fokus kerja laju mcm lipas kudung. Yang dia tau rehat hisap rokok dgn minum nes je. Mana tau kan kalau yg tak faham ni silap2 kena maki sbb reply whatsapp lambat2.

Khamis, 1 Oktober 2015

Lawat Tapak ke Kilang Bateri - Tampoi JB



Siapa dah pernah pergi tempat membeli belah yang vintage yang baru sahaja di buka di Tampoi ni? Haa.. ni la dia tempatnya. Kilang Bateri. 
Satu masa dulu en. husband cakap kilang ni memang kilang bateri pun. Kilang bateri Eveready yang lama. 
Kalau bukan sebab nak jumpa customer, kami tak jejak kaki ke kilang ni.. tau je la my husband bukan minat sangat nak merayap mana - mana. 
Ini pintu masuk ke Kilang Bateri. Sebelah tu restoran CUPCHAI.



Kami parking atas sikit.. kat sini penuh pada hari Khamis - Sabtu. Hari lain penuh juga tapi kurang. Kurang tu pun boleh tahan juga sebenarnya penuh. Huhu.. Jadi kami jumpa customer pada malam Rabu. Sampai je.. ramai la juga orangnya datang untuk window shopping termasuk la saya dan Mia. Hahaha... 



Masuk dalam ibu dan Mia duduk di kerusi kayu pallet pine sementara tunggu husband dan kawannya jumpa customer. Aku nak bincang sekaki tak boleh sebab Mia berlari sana sini umpama kilang bateri ni ayah dia yang punya. 
Siapa suka tudung Nealofa ada jual kat sini. 




Selfie sikit... telefon ibu dah pecah screen depan Mia jatuhkan :( 



Kat kilang bateri ni ada tempat makan2 dan lepak2. Interior Design dalam kilang ni menjurus kepada trend terkini iaitu Vintage Style. Kebanyakkan booth menggunakan material kayu pine. Maka, en.husband la yang bakal menukang salah satu booth kat sini nanti. 



Salah satu booth di dalam kilang. Sarong Closet. Apa yang butik online jual di IG kebanyakkan ada di jual di sini.. 
Kalau rasa penat dan kering tekak boleh la ke hujung kilang untuk minum dan makan2. 





Dah penat berlari - lari dia duduk.. kita duduk sebelah dia, dia lari duduk sebelah sini.. 



Tengok tu gelagat dia amik gambar... 

Ok dah.. next time datang lagi.. 

Malam tadi...

Petang lepas maghrib en.husband ajak ke JB amik barang.. aku on je sebab itu la kesukaan aku. kikiki... 
Balik dari JB en.husband tanya aku dah makan nasi ke? Aku kata belum... maklum la kalau seharian dia kerja kat luar sampai ke petang aku pun kesukaan juga kat rumah tak masak utk diri sendiri, tinggal masak bubur nasi utk dak kecik Mia ni je.. jadi bila suap dia aku suap diri aku juga dalam masa yang sama. Pastu nak masak benda berat2 dah jadi malas. 
Oh! Jangan pelik la kalau aku masih bg dak Mia ni makan bubur nasi. Bubur nasi yang sedikit keras. Kenyang di makan dan senang ditelan. Kalau makan nasi tahap dewa ni bercinta kita tunggu dia kunyah. 


Aku orderkan dia milo ais.. sekarang dah tak boleh nak kongsi. Satu gelas milo tu dia sorang je yang minum. Aku tinggal kunyah ais batu je.. 




Makan biasanya kami husband & wife akan order makanan yang sama. Nasi Ayam Penyet.. Dia suka aku pun suka. Nasi ayam penyet ni dalam satu pinggan tu serba serbi ada. Kiranya sambal belacan ada. Ulam ada. Sup kosong dan nasi kosong. Sambil suap diri sendiri, dalam masa sama suap untuk budak kecik juga. Sambal belacan biasanya aku makan pedas sikit je.. malam tadi punya cerita sambal belacan nya pedas sampai dalam perut. Aiyooo... kalau ikutkan hati nak je makan habis sambal tu tapi ulam dah habis. 


Malam tadi order air laici je... Kali ni aku elak dari pengambilan milo sebab badan cepat gebu. Order milo utk dak kecik je... badan dia gebu tak apa. 


Malam tadi aku suruh dia amik gambar elok2 jangan nak gonyah2... 


Kami makan kat sini.. warung Barakah tepi jalan yang berdepan dengan Taman Cantik dan bersebelahan dengan Petronas. Jalan Kulai - Kota.