Klik untuk tabungan Mia dan Sarah :)

Rabu, 30 September 2015

Bukan blogger glemer..bukan peniaga kaya :)


Sebenarnya menubuhkan sebuah kilang menerima tempahan membuat perabot ni tak pernah sekali aku fikirkan buat bersama suami. Kalau ada pun dulu cita - cita tu aku nak buat di Sarawak je memandangkan ayah aku tukang kayu yg masih lagi menggunakan alat tradisional. Tapi dah kahwin ni aku boleh plak terjebak dalam bisnes ikut dia.. aku pun fikir kan la bisnes yang mampu aku buat jual baju je.. Tapi jauh sangat tersasar dari nak buka butik jadi buat pengiklanan dan the latest ni plak perabot. Memang penat. Penat fikirkan dia yang penat. Kita sebagai orang pompuan ni segan juga. Sebab dah biasa kerja makan gaji, bila tak makan gaji ni terasa membebankan dia plak cari duit bagi kita makan. Padahal tu tanggungjawab suami, tapi terasa kat kita. Agaknya sebab aku dah biasa makan gaji, tu yang mcm pelik sikit bila tak kerja. Apa boleh buat, en. husband kata kalau kerja duit gaji habis bagi kat pengasuh. so aku pun decide no need la kerja. Tapi aku bukan reti diam pun. Nak juga posting baju2 jual kat Facebook dan instagram. Tapi sekarang aku dah slow sikit jual baju kt FB. Jarang dapat jumpa supplier yang betul2 jujur. Kalau ada pun satu dua supplier je aku masih simpan untuk kegunaan masa akan datang dan aku sayang mereka ketat2. 
Hasil dari perabot ni dapat la dia kumpul duit beli mesin compressor. Suka sangat la dia macam budak2 dapat mainan. Lepas ni aku dah tau apa nak beli utk dia kalau tiba birthday dia.. belikan aje mesin. Mesti suka... 

Sekarang aku kumpul duit, nak belikan dia mesin plotter dengan mesin heatpress. Bila agaknya duit aku simpan tu nak menimbun ek.. hehe. Bulan 12 ni birthday dia dah...  


Minggu lepas dia sibuk siapkan kabinet dapur customer dari Bandar Tenggara ni... pecah rekod pestime buat perabot ni dari bidang komputer ke CCTV ke design ke bidang advertising ke bidang perabot. Dia suka belajar sesuatu yang baru... itu yang aku tau sejak 5 tahun aku kenal dia.. walaupun dia tak pandai dia nak pandai jugak. Sebab 5 tahun dulu aku pernah tanya kat dia, "kenapa abang tak ajar saya buat design? Kalau abang ajar, ayang boleh tolong buat design", Dia jawab, itu belajar terpaksa. Kalau terpaksa tak jadi apa. Kena minat yang pertama. Dari situ boleh belajar sikit2. Lepas dia kata mcm tu, aku terus tak minta ajarkan apa2. Betul la apa dia cakap, kalau tak minat memang benda tu tak jadi. Tak pandai TAPI kalau minat dah tentu kita buat sungguh - sungguh , jadi ke tak jadi tu lain cerita. Sebab tu dia tak pernah buat perabot, tapi perabot tetap jadi. Walau banyak kali buka pasang tapi dia usaha juga jadikan. Itu pun sebab aku banyak komplen. Tapi aku tak komplen banyak sangat.. sikit - sikit je. Bukan takut dia kecik hati, tapi jaga hati dia yang baru saja nak belajar. Benda baru tak kan terus pandai kot. Bagi chance ada silap dan salah. Lastly jadi la table-top, kabinet dapur dan kabinet sinki seperti di atas. Terima kasih customer kerana mempercayai kami. Langkah pertama QD VENTURE dalam bidang menerima tempahan membuat perabot dari kayu pallet dan fresh pine.  
Perniagaan perabot ini adalah hasil usahasama dengan syarikat KABS CREATIVE. Di sini QD VENTURE bergerak sebagai kilang dan pengeluar sahaja. 


Gambar di atas adalah gambar kepala katil. Tanjat jugak orang datang ke rumah tengok eh besor nya kepala katil. Ni berapa orang tidur? Sebenarnya kepala katil ni standard la 2 orang yang tidur. Tapi owner request panjang lebih sikit sebab nak letak meja kiri dan kanan kepala katil. Ruang tengah plak utk katil divan. Apa - apa je la.. en. husband layan kan aje.. selagi dia mampu nak buat dia terima. 
Benda tak siap lagi.. nanti dah siap, hantar pada customer aku akan amikkan gambar. 


Biasanya aku la yang rajin amikkan gambar dia tengah buat kerja. Aku buat kek lapis sarawak tak ada plak dia sibuk nak amik gambar aku. Tau - tau kek dah siap kan.. jadi aku nak show off kehebatan aku buat kek lapis tak dapat. Tapi tak apa la... aku pandai buat kek pun, nanti berniaga aku susahkan dia juga. Lesen kereta tak ada... nak beli barang itu ini dah konpem la kena tunggu dia ada masa. Sekarang aku goyang kaki je...mengadap fail kira apa yang patut. Tak bosan mana pun..aku suka kerja mcm ni.. seronok plak rasanya. Yang tak best tu kedai tak dapat - dapat lagi. Aku ada duit kedai tak ada. Aku tak ada duit berlambak kedai nak bagi murah - murah sewa. Dugaan sungguh. Sabar je la... 


Andai orang kata tak takut kena komplen ke buat perabot kt rumah taman? Sebelum orang komplen sebenarnya aku dah membebel dulu. Aku ni pompuan, bini plak tu.. bini mana yang tak komplen. Nak hias rumah cecantik tak dapat. Doa - doakan la dapat kedai cepat2. Dapat kedai insyaallah... customer nak letak order beribu - ribu pun boleh sebab aku yakin aku berani amik pekerja dah sebab ruang yang cukup luas. Sekarang ruang terhad, aku nak amik pekerja pun fikir banyak kali. Ingat hati ni sedap bini duk dalam rumah pastu ada pekerja lelaki kat luar rumah? Pastu en.husband kita plak kena running ke luar untuk setel kerja advertising. Hurm... tak tau la kot pompuan lain kan. Kalau aku ni spesis ada DARAH MALU lagi. Jadi, sebab tu aku belum sedia nak amik pekerja.



Aku gelar dia superman.. dia wat kerja senyap je.. dia tak ajak orang kerja. Kalau kerja dgn dia, dia senyap tak bercakap itu perkara biasa. Kalau korang sembang dengan dia pun tu makna korang sembang dengan tiang. Aku senang je... dia tak sembang aku masuk bilik, aku tidur. haha... 


Kabinet sinki. Aku suka corak pada kayu pine. Memang dah lama sangat aku mengidam nak buat Interior Design (psssttt RP utk buka vendor perabot dah 2 tahun aku siapkan tersimpan elok lagi dalam fail) tapi.. berbalik semula ke asal. Aku tak boleh gerak mana - mana. Tapi kalau nak tanyakan pendapat aku tentang ID aku boleh syorkan serba sedikit. 


Sebelum hantar kayu pine ni ke rumah customer.. aku sempat gunakan untuk amik gambar baju baby anak aku sebagai latar. 


Kan... sekarang dah jadi trend plak amik gambar produk berlatar belakangkan kayu pine. Sebab kayu pine ni nampak klasik dan semua produk akan terlihat jelas. 


Di rumah ni, kami bukan sahaja buat perabot malah menerima tempahan silkscreen dan juga papantanda. Eh banyak nya... semua nak buat habis orang lain makan apa? Jangan risau tentang rezeki. Rezeki aku dapat en.husband yang miskin tapi SUPERMAN. Rezeki en.husband plak dapat otak yang Allah kurniakan jenis cepat belajar. Ada rezeki orang pandai bercakap je dah boleh buat duit. Ada orang rezeki berlakon. Macam - macam kan.. jadi jangan ada dengki dan ada timbul kata tamak dan fitnah orang semua benda engkau nak grab. Bukan grab, ini adalah oppurtunity.. selagi dia minat, selagi tu kami usaha buat. Kalau tak minat, dia tak akan amik tau semua ni seperti mana dia tak amik tau cita - cita aku nak buka butik. hahaha... 

Sekian celoteh aku kali ni... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan