Klik untuk tabungan Mia dan Sarah :)

Khamis, 1 Oktober 2015

Malam tadi...

Petang lepas maghrib en.husband ajak ke JB amik barang.. aku on je sebab itu la kesukaan aku. kikiki... 
Balik dari JB en.husband tanya aku dah makan nasi ke? Aku kata belum... maklum la kalau seharian dia kerja kat luar sampai ke petang aku pun kesukaan juga kat rumah tak masak utk diri sendiri, tinggal masak bubur nasi utk dak kecik Mia ni je.. jadi bila suap dia aku suap diri aku juga dalam masa yang sama. Pastu nak masak benda berat2 dah jadi malas. 
Oh! Jangan pelik la kalau aku masih bg dak Mia ni makan bubur nasi. Bubur nasi yang sedikit keras. Kenyang di makan dan senang ditelan. Kalau makan nasi tahap dewa ni bercinta kita tunggu dia kunyah. 


Aku orderkan dia milo ais.. sekarang dah tak boleh nak kongsi. Satu gelas milo tu dia sorang je yang minum. Aku tinggal kunyah ais batu je.. 




Makan biasanya kami husband & wife akan order makanan yang sama. Nasi Ayam Penyet.. Dia suka aku pun suka. Nasi ayam penyet ni dalam satu pinggan tu serba serbi ada. Kiranya sambal belacan ada. Ulam ada. Sup kosong dan nasi kosong. Sambil suap diri sendiri, dalam masa sama suap untuk budak kecik juga. Sambal belacan biasanya aku makan pedas sikit je.. malam tadi punya cerita sambal belacan nya pedas sampai dalam perut. Aiyooo... kalau ikutkan hati nak je makan habis sambal tu tapi ulam dah habis. 


Malam tadi order air laici je... Kali ni aku elak dari pengambilan milo sebab badan cepat gebu. Order milo utk dak kecik je... badan dia gebu tak apa. 


Malam tadi aku suruh dia amik gambar elok2 jangan nak gonyah2... 


Kami makan kat sini.. warung Barakah tepi jalan yang berdepan dengan Taman Cantik dan bersebelahan dengan Petronas. Jalan Kulai - Kota. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan