Klik untuk tabungan Mia dan Sarah :)

Khamis, 1 Oktober 2015

Lawat Tapak ke Kilang Bateri - Tampoi JB



Siapa dah pernah pergi tempat membeli belah yang vintage yang baru sahaja di buka di Tampoi ni? Haa.. ni la dia tempatnya. Kilang Bateri. 
Satu masa dulu en. husband cakap kilang ni memang kilang bateri pun. Kilang bateri Eveready yang lama. 
Kalau bukan sebab nak jumpa customer, kami tak jejak kaki ke kilang ni.. tau je la my husband bukan minat sangat nak merayap mana - mana. 
Ini pintu masuk ke Kilang Bateri. Sebelah tu restoran CUPCHAI.



Kami parking atas sikit.. kat sini penuh pada hari Khamis - Sabtu. Hari lain penuh juga tapi kurang. Kurang tu pun boleh tahan juga sebenarnya penuh. Huhu.. Jadi kami jumpa customer pada malam Rabu. Sampai je.. ramai la juga orangnya datang untuk window shopping termasuk la saya dan Mia. Hahaha... 



Masuk dalam ibu dan Mia duduk di kerusi kayu pallet pine sementara tunggu husband dan kawannya jumpa customer. Aku nak bincang sekaki tak boleh sebab Mia berlari sana sini umpama kilang bateri ni ayah dia yang punya. 
Siapa suka tudung Nealofa ada jual kat sini. 




Selfie sikit... telefon ibu dah pecah screen depan Mia jatuhkan :( 



Kat kilang bateri ni ada tempat makan2 dan lepak2. Interior Design dalam kilang ni menjurus kepada trend terkini iaitu Vintage Style. Kebanyakkan booth menggunakan material kayu pine. Maka, en.husband la yang bakal menukang salah satu booth kat sini nanti. 



Salah satu booth di dalam kilang. Sarong Closet. Apa yang butik online jual di IG kebanyakkan ada di jual di sini.. 
Kalau rasa penat dan kering tekak boleh la ke hujung kilang untuk minum dan makan2. 





Dah penat berlari - lari dia duduk.. kita duduk sebelah dia, dia lari duduk sebelah sini.. 



Tengok tu gelagat dia amik gambar... 

Ok dah.. next time datang lagi.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan