Allah SWT layak sombong. Kerana hebatnya Dia menciptakan kita.
Allah SWT berfirman dalam Hadis Qudsi: “Sombong itu selendang-Ku dan keagungan adalah sarung-Ku. Barangsiapa merampas salah satu darinya, Aku lemparkan dia ke Neraka Jahannam.” (Riwayat Abu Daud)
Melayu lama panggil sombong dan angkuh.
Arab sebut kibir.
Melayu modern sebut ego.
Melayu modern genarasi Y menyebut "budget good - good jer"
Siapakah yang mula - mula sekali sombong sebelum manusia?
Syaitan dan iblis dulu yang sombong. Tak nak tunduk kepada Nabi Adam a.s kerana setan dibuat dari api manakala Nabi Adam a.s dari segumpah tanah. Setan rasa diri dia lebih HEBAT.
Siapa rasa hebat banyak - banyak istighfar supaya penyakit sombong tak menular.
Sombong adalah kepala segala jenis penyakit hati. Sikap ini tergolong di dalam sikap mazmumah yang paling top dan paling keji.
Disebabkan sikap ini akan lahirlah sikap lain seperti kasar, keras, mengangkat-angkat diri, mengumpat dan menghina orang, menganiaya, penindasan, diskriminasi, penzaliman dan pembunuhan. Sebab itu sombong sangat dimurkai Allah SWT. Kesan daripada sifat sombong ini tercetus kerosakan dalam kehidupan masyarakat seperti hilang kasih sayang, berpecah -belah, saling berdendam, suka menghina, mengata dan lebih dasyat boleh akibatkan berbunuhan.
Sifat sombong sukar untuk dikikis. Sama ada sedikit, sikit - sikit jer, atau terlebih banyak.
Dibawah adalah list sifat - sifat sombong. Jangan kata tak ada pada diri sendiri. Kalau ada 30 list, 30 tu la ada dalam diri kita. Tipu la kalau tak ada. Astaghfirullah... sama - sama la kita bertaubat kepada Allah SWT.
2. Mudah marah atau emosional. Bila berlaku perbincangan dua hala, cepat tersinggung atau cepat naik darah kalau ada orang tersilap atau tersalah.
3. Memilih-milih kawan. Suka berkawan hanya dengan orang yang satu ‘level’ atau sama taraf dengannya. Manakala dengan orang bawahan atau lebih rendah kedudukannya, dia tidak suka bergaul atau bermesra, takut jatuh status atau darjat dirinya. Bahkan dengan orang yang sama level dengannya pun masih dipilih-pilih lagi. Yakni dia suka dengan orang yang mahu mendengar dan mentaati kata-katanya. Mereka inilah saja yang dia boleh bermesra, duduk sama atau semajlis dengannya.
4. Memandang hina pada golongan bawahan.
5. Dalam perbahasan atau perbincangan, selalunya dia suka meninggikan suara atau menguatkan suara lebih daripada yang diperlukan.
6. Dalam pergaulan dia suka kata-katanya didengari, diambil perhatian dan diikuti. Sebaliknya di pihaknya sendiri, susah untuk mendengar cakap atau nasihat orang lain serta tidak prihatin dengan cakap orang. Apatah lagi untuk mengikut cakap orang lain.
7. Dalam pergaulannya, dia saja yang memborong untuk bercakap dan tidak suka memberi peluang kepada orang lain bercakap. Kalau ada orang lain bercakap, dia suka memotong percakapan orang itu.
8. Kalau dia jadi pemimpin, dia memimpin dengan kasar dan keras terhadap pengikut-pengikutnya atau orang bawahannya. Ia membuat arahan tanpa timbang rasa dan tidak ada perikemanusiaan. Kalau dia menjadi pengikut, susah pula untuk taat dan patuh pada pemimpinnya.
9. Susah hendak memberi kemaafan kepada orang yang tersilap dengannya. Bahkan ditengking-tengking, diherdik, dikata-kata atau dihina-hina. Di belakangnya diumpat-umpat.
10. Kalau dia yang bersalah, susah dan berat hendak minta maaf. Rasa jatuh wibawa bila merendah diri meminta maaf. Bahkan dia tidak mengaku bersalah.
11. Dia suka dihormati. Tersinggung kalau tidak dihormati. Tetapi dia sendiri susah atau berat untuk menghormati orang lain.
12. Mudah berdendam dengan orang lain terutamanya bila orang itu tersilap.
13. Suka menzalimi orang sama ada secara kasar atau secara halus.
14. Kurang bermesra dengan orang kecuali terpaksa kerana perlukan orang itu atau kerana takutkan orang itu.
15. Suka memperkatakan keburukan orang seperti mengumpat, memfitnah serta membenci orang.
16. Kurang menghormati pemberian orang atau tidak menghargai pemberian orang lain.
17. Suka mengangkat-angkat diri atau menceritakan kelebihan diri.
18. Suka menghina dan menjatuhkan air muka orang di hadapan orang lain.
19. Kurang menghormati nikmat-nikmat Allah. Kalau ada makanan, berlaku pembaziran atau membuang makanan yang berlebihan. Kalau ada pakaian walaupun masih elok dipakai tetapi suka berganti dengan yang baru. Pakaian yang lama dibuang. Kalau ada duit lebih, suka beli barang yang tidak diperlukan. Semua itu lebih digemari daripada memberi nikmat yang berlebihan itu kepada orang lain.
20. Kalau berdiri, lebih suka bercekak pinggang (kerana membesarkan diri). Kalau bercakap, menepuk-nepuk meja dan suka mencemik. Kalau berjalan suka bergaya, menghentak-hentak kaki atau berjalan membusung dada.
21. Kurang memberi simpati atau kurang menolong orang lain melainkan ada tujuan-tujuan dunia atau kerana takut dengan orang itu.
22. Kurang minat menerima tetamu atau tidak suka jadi tetamu orang.
23. Tidak suka menyebut kelebihan-kelebihan orang lain kerana takut mencabar dirinya.
24. Kesalahan-kesalahan orang lain dibesar-besarkan sedangkan kesalahan sendiri didiamkan, disorokkan, buat-buat tidak tahu atau cuba mempertahankan diri supaya orang menganggap dia tidak bersalah.
25. Sangat tidak senang dengan kejayaan atau kebolehan orang lain.
26. Dia sangat tersinggung kalau ada orang memuji-muji atau menyebut kelebihan-kelebihan orang lain di hadapannya. Tetapi kalau dia dipuji, terserlah pada air mukanya rasa bangga dan senang hati.
Nasib baik ada 26 list je.. suku list ada pada diri sendiri. Astaghfirullah...
Penyebab sifat sombong.
- mempunyai kuasa besar seperti bos2, ketua2, raja, perdana menteri, pendek kata bos2 je la senang cerita.
- mempunyai ilmu pengetahuan duniawi atau akhirat.
- orang kaya yang berharta, rasa diri dah cukup sempurna mendidik anak hingga berjaya, berjaya mengumpul harta yang banyak dan sebagainya.
- Gagah dan mempunyai kekuatan fizikal.
- keturunan bangsawan, keturunan ada - ada.
- wajah yang tampan, cantik, tinggi, body cutting lawa
- orang miskin pun tak boleh lari dari sikap sombong juga.
Ubat penyakit sombong.
- Disebabkan kita tak dapat melihat penyakit sombong yang ada dalam diri sendiri, maka kita perlukan orang lain untuk menyuluh kita. Tanggungjawab kita pula adalah menyuluh orang lain. Dan kita janganlah saling berkecil hati apabila ditegur. Tegur pula secara diam. Jika tegur di khalayak, itu maknanya menghina. Selalu terjadi di FB. Tegur di komen, tak berani ke nak inbox?
- Berfikir selalu tentang manusia. Hebat bagaimanapun kita, aku bukan dijadikan dari emas, kau pula bukan dijadikan dari tembaga. Kita sama - sama asal dari tanah juga asal dari air mani yang jijik.
- Lihat sikap orang lain terhadap kita. Sekiranya kita sombong, orang benci pada kita. Kerja kita jarang sekali orang bantu. Jiran dengan kita meluat. Renggang hubungan dengan kawan - kawan dan saudara mara.
- Ambil iktibar dari pengalaman hidup. Lihat orang disekeliling kita akibat dari sikap sombong. Dan sekiranya kita pernah sombong, apa yang terjadi pada diri kita? Tak perlu saling mengumpat untuk kata si anu tu sombong. Sendiri punya mata sendiri lihat dan sendiri fikir.
- Sentiasa ingat azab yang Allah bakal turunkan kepada kita sekiranya kita sombong.
Mudah - mudahan Allah SWT memimpin kita menjadi orang yang sentiasa merendah diri. Istighfar banyak - banyak dan jangan malu untuk memohon kemaafan sesama kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan