Klik untuk tabungan Mia dan Sarah :)

Rabu, 10 September 2014

Kitchen Island

Kenapa panggil kitchen island? Haaa... sebab pulau ni satu2 nya ada kat dapur. Hahaha...
Lama dah mengidam nak pulau sendiri kat dapur. Tapi tu la.. rumah sewa ni pun dapur kecik. Aiyarrkkk... nak masak pun tak senang bila Mia tolong ibu masak sekali kat dapur. Lagi rumah yang tak boleh renovate kan.. maklum la rumah sewa. Masih kumpul duit lagi nak beli rumah sendiri. Agak - agak dapat tak rumah Pr1ma tu nanti? Hehe...
Okay...jom cuci mata lagi... tengok gambar je dulu :) Island2 kemudian la kan.. insyaallah ada rezeki. Kalau tak, rumah kat Sarawak tu renovate buatkan Island. Ayah I kan tukang kayu... :)


Ke main lagi corner lot :P


Comel...menepati citarasa saya yang suka vintage2 :P


Hurm... island ni agak compicated sikit. Masuk rancangan masak2 boleh la kot.. 


Kalau buat guna kapur tahan tak? :P 


Ini puas hati.. hehe. Terbeliak mata Mr. Perfect kalau saya suruh buat sebesar ni... 


Tak pe.. macam ni pun jadi la ek.. kemas juga. 


Kalau buat dapur dgn banyak ruang terbuka mcm tu... alamatnya hari2 kena bersihkan. Cicak kat rumah ni berselirat. Tak kuasa I.. 


Ini comel... akan diusahakan :)

kbai...