Aiskrim ini lebih cepat beku dan teksturnya lebih kasar berbanding aiskrim high fat. Ini kerana kuantiti air dalam susu low fat ini lebih banyak berbanding lemak
Jadi sesiapa yang rasa tak nak gemuk lebih cepat tapi suka sangat makan aiskrim boleh la cuba ye..
Untuk perisa saya tambah serbuk coklat. Terlebih dulu serbuk coklat kena la campur dgn air suam dan biar sejuk. Ini sebab nak elak kita dari kena sakit perut memandangkan proses aiskrim ni tak melibatkan masak - masak.
Kalau tak nak susah - susah, kita tukar serbuk coklat dengan Milo. Boikot Milo kita guna VICO.
Perisa lain plak saya tambah serbuk santan. Masukkan santan hanya 1 sudu makan dah cukup..
Lain - lain, kalau rasa nak colorful buat la colourful.. kalau tak nak tak apa. Ikut suka.
sediakan bahan - bahan...gula aising lupa nak amik gambar :)
susu dutch lady low fat 500ml
Ovelet cap kijang.. cap kijang je saya percaya buat masa ni...
gula aising
satukan semua bahan dalam mixer dan putar pada kelajuan high speed hingga kembang
kali ni saya guna loyang..
freeze dalam sejuk beku dalam masa 2 jam dah boleh makan..
Lihat, teksturnya lebih kasar. Macam aiskrim mat kool.
yang ni perisa santan + coklat
selamat mencuba... :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan