Klik untuk tabungan Mia dan Sarah :)

Khamis, 30 Oktober 2014

Ex aku dah mati !!!

Sejak Ex dah mati, ibu teman Mia duduk hadap youtube sama - sama kat komputer...
Sebulan dua pakai ok lagi masa tu dak kecik tu tak mencari sangat... bila dah biasa dia plak over lebih dari ibu pakai gadget. Sudahnya sehari dua tiga kali juga kena charge telefon sebab cepat habis bateri. Aku cakap habis la telefon mesti kondem jap lagi... masin juga mulut aku.
Mula - mula tanda telefon tu nak kondem telefon tu pandai sesat memori. Tengah charge dia pandai amik gambar sendiri klik klik. Pastu pandai on wifi sendiri, pandai on data roaming sendiri. Macam ada masuk virus. Dah banyak kali Mr. Perfect reset semula. Bila dah ok aku mula la masukkan semula macam2 aplikasi. Pastu nanti dia mereng balik. Hihi...

Baru 6 bulan guna. Harga asal RM900 tapi masa beli tu harga diskaun la konon jadi RM400. Aku apa lagi rembat je la sementara kumpul duit nak beli laptop acer touch screen. Masa tu ada 2 warna. Merah saga dan putih. Aku pilih yang putih. Brand ExMobile. Hebat la konon sebab besar sikit dari telefon Mr. Perfect yang jenama Ninetology. hahaha...

Sejak adik Mia dah pandai touch screen ni dia pun ikut suka la juga nak main. Aku mana la nak larang yang penting jangan kacau ibu buat kerja. Bila ibu hadap komputer, dia hadap telefon. Bila ibu hadap telefon dia hadap komputer. Sekarang komputer juga yang dihadap memandangkan dua - dua tak boleh main telefon. Hahaha...

Dua minggu yang lepas, skrin telefon tu retak. Retaknya dah macam sungai sarawak plak aku tengok garisannya. Tapi masih boleh touch lagi. Adik Mia punya kerja la main game Toms emosi sangat kot.. wakak..
Mula - mula aku buat tak tau je.. dia plak senyap je main macam biasa. Sekali petang tu aku nak check telefon, sekali tengok skrin dah retak.. hurm.. nak marah pun silap sendiri sapa suruh izinkan anak buat main. Hahaha...

Malam semalam plak aku uninstall FB dari telefon tu. Konon nak puasa dari berfacebook. Sekali dia suruh puasa semua sekali. Sebab aku update blog, jenguk Instagram guna telefon. So now, berpuasa la kesemua sekali termasuk Call, SMS dan Whatsapp. Amik kau... kihkihkih...

Sebelum mati tadi malam, jatuh atas lantai 3 kali. Tengah malam tadi baru la aku merasa nak pegang telefon sebab dak kecik tu dah tido. Bila nak edit video bateri dah nak kong. Aku try cas. Tak boleh. Dah agak ada yg tak kena. Bateri dah low sgt aku padam je terus. Konon nak cas dalam keadaan off la kan. Bila cas, icon bateri tak muncul - muncul. Try cas telefon Mr. Perfect boleh plak.. Maknanya aku punya telefon la tu problem. Cuba hidupkan semula, langsung ler tak hidup. Terus mampus. Tinggal nak kebumi je lagi. lol.

Sekarang semua harap komputer. Komputer yang mcm transformers ni juga la yang ditimang - timang kembali. Yang orang zaman sekarang tak berkenan konon nak yg lebih hebat kan... hikhik.

Dah guna komputer ni adik Mia nak main kasar mcm mana pun, kasar la... main game tunggang terbalik pun no hal. Tekan keyboard guna kaki pun tak apa. Dah memang komputer lama jenis tahan lasak.

Kesimpulannya.... jangan biar anak main gadjet. Biasakan anak dengan buku buku buku....

Kepada semua kawan - kawan, supplier, dealer dan pelanggan, whatsapp aku tak aktif buat masa ni sampai aku cari yang lain buat ganti. Tadi dah call mak bagitau awal - awal telefon dah rosak. Sedara mara kalau nak contact FB atau call Faizal je.. Sekarang aku tengah godek - godek stor semula cari handphone untuk buat ganti sementara ni.


Kesian.. dah mati ExMobile aku ni.. 
Ada sorang member ni tanya aku pakai telefon brand apa? Sebab brand kat cover belakang telefon dah tercabut. Aku kata ExMobile. Tanjat dia sebab tak pernah dengar jenama ExMobile. Hahaha... aku pun :3 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan