Klik untuk tabungan Mia dan Sarah :)

Ahad, 26 Oktober 2014

Resepi Kerabu sambal mangga menangis versi anak Vaee

Kerabu mangga menangis pasti menangis pada sesiapa yg merasainya...

Mula2 kita wat sambal dulu.

Sediakan:
Bawang merah kecil 1 bj
Gula 2 sudu
Cili padi or whatever cili beberapa tangkai. Saya tahan sampai 6 tangkai je.
Belacan Bintulu 1 kiub
Ikan bilis secukupnya
Kicap kalau suka
Mangga muda

Mula2 racik dulu mangga muda kita dgn pisau atau nak senang parut dgn parut lubang besar tu. Ketepikan.
Bahan2 atas tu kecuali kicap tumbuk semua dlm lesung batu.
Gaul bahan bersama mangga yg telah diracik tadi.
Campur dgn kicap. Ikut citarasa masing2. Simpan dlm peti ais pun boleh, makan terus pun boleh.
Di makan bersama nasi. Kalau suami sy dia suka makan bersama TV. Lol.

Layan gambar kerabu sambal menangis...