Klik untuk tabungan Mia dan Sarah :)

Rabu, 29 Oktober 2014

Magnet Facebook

Mulai semalam lagi aku dah uninstall aplikasi Facebook dari handphone aku...makin hari aku makin menyampah sebab nampak gaya makin 'kotor' dengan mcm2 jenis pengaruh yg ada dalam Facebook. Lebih baik jadi manusia 'sombong' dari jadi orang peramah. Semakin kita kenal ramai manusia, semakin itu la pengaruh semakin menular. Yang baik2 sikit je... yg tak baik tu ramai. Pengaruh buruk umpama kanser. Laju je menular dalam diri tambah plak diri tak install antivirus yang kebal. Mudah sangat tercemar dengan Trojan.

Kalau dulu aku cuba nak boikot Facebook ni. Pastu aku teringat kat orang2 kat Palestine. Apa cerita la org2 kat sana? Rupanya aku masih perlukan Facebook utk ketahui berita luar. Aku terjebak semula.
Tak boleh jadi ni... sikap membaca buku dah hilang ke mana. Blogger pun hampir ditinggalkan kembali sebab kembali aktif mengarut kat Facebook. Kemudian, aku amik keputusan untuk 'berpuasa' je dari Facebook. Tu la jalan sebaiknya agar tidak kembali terjebak ke kancah facebookers.
Facebook ni bukan la haramjadah. Tapi byk sgt buat kita lalai. Macam aku cakap tadi la...tak install antivirus dalam diri habis la kita rosak. Korang tak la rosak kan... yg rosak dan hampir kondem ni aku! Haha....
Tiap hari komputer on utk YouTube. Ada masa aku jenguk la Facebook. Tu pun sekejap je sebab YouTube lebih menarik berbanding Facebook. Waktu siang lebih mencabar. Lagi2 waktu pagi pegang handphone mesti nak klik kat Facebook. Tu yg kena uninstall. Ringan sikit beban. Skrg cuma tinggalkan instagram je. Dalam IG yg buat aku leka tu sbb aku ramai follow artis dgn online seller. Boleh cuci mata window shopping dan tgk apa yg baru. Tak rugi sgt la tinggalkan Facebook walaupun tarikan kuat macam magnet.
Nampak gaya mcm ni la cara hilangkan ketagihan Facebook.
Nanti ketagih IG plak apa citer? Owh... IG ni x mungkin akan ketagih sbb follower tak busybody. Mereka rajin love2 kan je picture kita.
Anyway... hanya diri sendiri saja boleh merubah diri sendiri. Kalau dulu ramai nya org alim jadi sahabat kita. Bila dh ramai yg add kita, yg alim2 tu hilang entah ke mana. Ada yg buat FB baru dan tak add kita pun. Tu makna, Allah nak uji kita sama ada kita ni berubah sbb Allah ke atau sebab ada kawan alim macam mereka.
Keputusan ada di tangan sendiri. Kita bukan nak jauhkan diri dari kawan yg baik2. Tapi nak jauhkan diri dari sesuatu yg melalaikan. Benda addicted ni x elok utk jiwa.
Tadi petang sempat jenguk Facebook. Banyaknya inbox tak buka orang order barang. He he... sorry for late reply. Nanti tak pasal2 org kata aku bawa lari duit. Kikiki...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan