Klik untuk tabungan Mia dan Sarah :)

Isnin, 5 Januari 2015

Kisah Ular dan Gergaji

Pernah dengar kisah ular dan gergaji?

Mari saya ceritakan...semoga kita sama - sama menjadi orang yang berfikir...

Satu hari bengkel apak tempat di mana apak saya bertukang kayu dimasuki oleh seekor ular. Ular tersebut sudah pun mati di atas mata gergaji. Apak kehairanan. Lalu dia berfikir...

Allahuakbar...

Ular itu mati akibat perutnya luka akibat tusukan dari mata gergaji tersebut. Kelihatan juga mulut ular tersebut juga luka. Mungkin ular tersebut marah lalu mematuk dan menyerang gergaji tersebut berkali - kali. Apabila terasa perutnya tidak juga kurang sakitnya, lalu ular itu membelit gergaji tersebut hingga ular itu sendiri mati dibunuh oleh dirinya sendiri yang menyangka gergaji melawan dia.

Itu lah dia...

Pengajaran kepada kita yang suka marah - marah. Di saat kita marah, kita selalunya rasa berdendam. Ingin membalasnya semula. Kita juga rasa ingin melukai orang yang menyakiti kita. Tapi sedarlah bahawa perbuatan itu sebenarnya adalah sia - sia sahaja. Tanpa disedari yang dilukai adalah diri kita sendiri. Sepertimana perbuatan si ular yang marah pada si gergaji.

Perbuatan marah adalah perbuatan yang bakal kita sesali dikemudian hari. Jadilah orang yang hebat, iaitu orang yang dapat mengalahkan dirinya sendiri dan bukannya mengalahkan orang lain.

Rasulullah Shalallahu'alaihi Wasallam bersabda : Barang siapa meredam amarah padahal dia mampu melampiaskannya (kerana mampu/berkuasa), maka ALLAH memanggilnya dihadapan para makhluk di hari kiamat, Dia menyuruhnya memilih dari pada bidadari apa yg dia kehendaki..(HR Abu Daud)

******************************

Bukanlah orang yang kuat itu orang yang menang bertumbuk, tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal diri daripada sifat marah. (HR. Bukhari & Muslim) 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan