Klik untuk tabungan Mia dan Sarah :)

Sabtu, 23 Ogos 2014

Gadjet - Dari pelajaran kepada kelaziman. Adakah perlu di awal usia?


Video pertama 


Video kedua


Pada zaman yg serba canggih ini... banyak gadjet telah dikeluarkan oleh syarikat -syarikat telekomunikasi di seluruh dunia. Sehingga negara seperti China sanggup meniru gadjet - gadjet yang sedia ada. Begitu juga Malaysia tidak ketinggalan untuk membuat penjenamaan semula gadjet tertentu terutamanya telefon canggih. Hal ini telah meningkatkan kemampuan pengguna untuk membeli gadjet yang mampu milik tambah pula mendapat sokongan dari pihak kerajaan dengan memberi diskaun harga hingga 50% kepada pengguna yang berusia tidak lebih 30 tahun beberapa tahun yg lalu.
Persoalannya kini sejauh manakah gadjet ini sihat untuk generasi kita?
Sebagai ibu bapa, menjadi tanggungjawab kita untuk mendidik anak - anak. Bagaimana cara mendidik? Mendidik pula terbahagi kepada dua. Mendidik dengan pelajaran, membaca, mengira, menulis, bijak IT dan mendidik adat dan tatasusila. Ini bukanlah tugas guru. Tugas guru cuma lah menyambung tugasan ibu dan bapa dari rumah yg belum mencukupi kerana itulah dijadikan guru untuk mengajar yg selebihnya.
Lihat pengaruh gadjet untuk anak berusia dua tahun. Ini adalah cahaya mata kami yg kedua. Dibesarkan dlm persekitaran pandai IT. Setiap hari terdedah dgn IT berbanding kakaknya Sarah yg lebih terdedah kepada dunia explore mcm Dora The Explorer. Baru berusia 1 tahun 10 bulan. Dia sudah bijak menggunakan telefon canggih dan pandai komputer. Bukan nak menunjuk tapi sebagai peringatan kepada semua keburukan gadjet sekiranya tidak dibendung segera.

1. Telefon canggih adalah busuk kedua selepas bantal busuk.
2. flash card tak berguna kepada dia utk sy mengajar subject tertentu.
3. tidur lewat kerana melayan youtube di komputer. Bila tutup komputer, handphone pula jadi sasaran.

Cara atasi:
1. sembunyikan.
2. lalaikan.
3. bila dah tidur ambil segera telefon yg ada di tangan dia. bateri telefon sgt bahaya utk kanak2 malah juga utk dewasa.
4. jgn jadi pak turut. jegil mata sekali sekala.
5. alih pandangan dia utk lakukan perkara lain selain telefon.
6. layan dan bermain dgn dia.

IT adalah salah satu perkara penting utk dipelajari. Tetapi tidak sesuai dipelajari seawal usia kanak - kanak 1 hingga 3 tahun. Belajar apabila sekiranya perlu. Jangan belajar hingga mengakibatkan seseorang itu addicted maksud saya addict terhadap gadjet. Ini dianggap belajar sambil berhibur yang disalahgunapakai. Ini boleh menyebabkan seseorang kanak - kanak itu kurang bersenam dan boleh akibatkan obersiti di masa akan datang kerana kurang melakukan senaman.
Akan tetapi tidak salah belajar menggunakan gadjet yang penting tidak melampaui batas. Melentur buluh biar dari rebungnya.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan