Klik untuk tabungan Mia dan Sarah :)

Rabu, 31 Disember 2014

Bun Gebu






RESEPI BUAT BUN :

500 gram tepung roti / tepung high protein (nak pakai tepung gandum biasa pun boleh)
1 biji telur
3/4 cawan gula kastor 
1 sudu besar tepung susu (sy guna susu adik / Lactogen - muehehe)
2 sudu besar susu pekat manis
marjerine ADELA 4 sudu makan
vegetable shortening 2 sudu makan
yis mauripan 1 peket / 11gram

Hiasan : Bijan / gula / cheese parut 

Inti :
Sambal ikan bilis / coklat / apa - apa yg munasabah!

Bahan utk sapuan di atas bun :
1 kuning telur + susu cair (sy bancuh susu adik lagi sekali) kikiki

Cara buat :

Mula - mula, bancuh yis + susu manis + telur + air jadikan 300ml bancuh bahan ini dan ketepikan.. 
Di adunan lain plak...masukkan tepung, susu tepung, marjerine, shortening dan gula gaul guna tangan. Pastu masukkan adunan 300ml tadi dan uols boleh mula menguli sehingga doh jadi elastik. Biarkan sejam dua gitu. 


Setengah jam...


2 jam dah naik lagi.. cepat naik kan sebab ada gula.. kalau nak buat doh pizza no need gula banyak. Next time kita buat pizza plak kalau ada rezeki... 

Bila dah kembang semangkuk mcm ni boleh la uols ingat muka org yg rasa mcm nak tumbuk, uols tumbuk2 la kat doh ni tadi ye... tumbuk - tumbuk bagi angin dia keluar. 
Then bulat - bulatkan doh kalau nak buat bun 'najwa latip' iaitu bun kosong.
Kalau nak pelbagaikan bentuk pun boleh juga. Ikut suka la nak buat apa pun. 

Gambar bawah ni amik masa ajar mak buat bun di kampung saya tu hari di Sarawak.




Sapu loyang dgn marjerin terlebih dahulu then simpan doh dalam loyang tu yer...
Siapa nak masukkan inti masa ni la boleh sumbat inti. 
Biarkan kembang sekali lagi dalam loyang tu dalam masa sejam. Makesure jarakkan sikit doh tu jgn bagi rapat2 dulu. 
Dah kembang sapu lah bahan sapuan tadi di atas doh dan hias dengan bijan atau gula atau cheese. 
Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama setengah jam. Depend on masing - masing punya oven ye.. 

Cara buat doh macam ulat gendon. LOL :


Leperkan doh di atas papan, potong guna pisau bahagian atas (jgn potong habis), bahagian bawah biarkan. Bahagian bawah boleh letak apa2 bahan. Pastu gulung. Jadi la mcm ulat gendon!


Okay..selamat mencuba!!!