Anjing tak dapat nak plesing atas dasar menjaga sensitiviti masyarakat. Ada 3 ekor semuanya apak kurung dalam sangkar. Untuk jaga rumah. Dulu kecik - kecik memang apak lepaskan bagi freedom. Lama - lama bila masing - masing dah pandai merayap jauh, apak masuk dalam sangkar tiga - tiga. Menyalak la dalam tu tegur orang yang tak dikenali datang. Mak kata, kalau lepaskan nanti mereka bertiga 'shopping'. Entah apa - apa benda je bawa balik tanam kat kawasan rumah. Tu yang kena kurung.
Bela monyet plak sebab mata monyet ni terang tak kira siang atau malam. Ular atau buaya datang dia akan tegur dulu. Bela ni semua ada kepentingannya. Bukan saja - saja nak buat main atau manja - manja.
Sejak pencen ni la kerja apak untuk tambah gaji pencen bulan - bulan. Kutip kayu balak yang hanyut kat sungai. Kalau elok boleh jual kat kilang yang masih aktif operasi. Spesis orang bekerja... kalau dah gian kerja tu tetap kerja juga. Cuma sekarang kerjanya tak perlu ikut arahan orang dah. Merdeka!!!
Adik Mia nangis nak join atok masuk dalam perahu.
Kakak pujuk adik.. "adikkk...luk menget"
Translate : Adik jangan la nangis...
Atok dah pujuk senyap la dia...
Saya tengok cara apak layan budak macam mana.. masa tu baru la kita tahu, rupanya macam ni kena layan budak - budak. Ajak sembang - sembang. Bukan tau nak beranak je... cukup umur sekolahkan.
Apa yang penting, bila tegur anak - anak tak ada orang tua yg jadi 'payung'. Bila saya marah mereka, nenek dan atok diam tak ada la nak kecik hati tengok cucu kena marah. Bila nenek dan atok tegur, kita sebagai parent plak diam. Jangan kecik hati nenek dan atok tegur anak kita. Itu la petuanya...
Serupa juga bila anak - anak dah sekolah. Cikgu marah anak kita, kita sebagai parents jangan lah pergi serang cikgu. Memang tak ke mana la jawabnya..
Dah besar nanti kakak dengan adik tau la apa mereka buat kat atok.. ni buktinya! Habis muka atok kena pijat. Atok pun suka melayan karenah cucu.
Kakak dah pandai mewarna...tapi pandai mengeluh kata penat. Sikit - sikit minum air. Macam la wat kerja angkat kotak. huhu...
Bahagianya muka...
Pergi pekan naik boat je.. boleh tengok anak buaya santai - santai..
Lama dah dia mengidam 'kobe' ni.. dia nampak kat kedai tapi tak minta dan tak merengek itu jam. Nanti dah sampai rumah dia tanya boleh tak nak beli kobe? huhu... kesian tengok muka dia, aku belikan satu. Sekarang mainan dia dah cukup. Lori pasir ada, lori simen ada, truck dan last jengkaut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan