Dan tengah malam ni juga jangan ada sapa - sapa masuk dalam jamban. Dikhuatiri akan keluar pada tahun hadapan. Sedikit cerita lucu yang sering di 'sms' setiap kali menjelang hujung tahun.
Apa yang paling seronok tahun ni, rezeki saya dapat balik ke kampung untuk berjumpa anak saya Qaisarah Dahiyah yg semakin bijak, pandai dan cantik... penat layan sebab dia dah banyak bercakap. Macam ibu dia juga. Nanti dah besar boleh jadi DJ radio, bak kata neneknya dulu pada saya sebab saya banyak sangat bercakap. Ada saja yang menerjah masuk ke dalam kepala. Ada saja isu yang selagi boleh kupas, selagi tu la bercakap. Kecuali isu yang saya tak tau, saya pun confem ler juga buat bodoh.
Macam biasa.. konon hari ni nak buat entry blog pasal roti yang dibuat semalam. Tapi delay dulu. Entry kali ni adalah tentang PENGHAPUSAN blog2 lama. Blog2? Banyaknyerr... ya memang banyak. Bila baca balik, memang rasa malu sendiri baca penulisan macam budak2...hahhaha.
Yang sedihnya...terpaksa tutup semua blog2 tu atas sebab ada seekor langau yang datang mengacau. Sebab dia, semua blog umpama kena VIRUS! Tak kuasa betul aku dengan spesis langau ni.. haish...
Dulu rajin sangat blogwalking. Walaupun tak sefemes blogger lain follower aku dapat la cecah 144 SAHAJA. LOL. Sekarang, terpaksa cuba untuk naik semula untuk menjadi blogger seperti dahulu. Dikenali itu tak, tapi rasa dihargai oleh blogger lain sbb mereka akan cari kalau saya tak hadir ke blog mereka dalam seminggu.
Berblogging kali ni bukan mengejar ramai follower, bukan juga nak banyak untung, tapi kali ni buat blog sebab saja nak share story memandangkan tangan saya suka menaip dan mengarang. ANYTHING! Semua org pun tahu blogger ni macam mana.. menaip dan terus menaip..
Antara blogger yang pernah hadir ke blog saya satu masa dulu.. nanti saya blogwalking anda semua ye.. dah lama sangat tak singgah.
Walaupun jarang sekali orang meninggalkan komen, ada komen yg dipadam sebab komen mengarut punya la happy bila entry kita ramai yg datang baca... pon boleh...
144 followers.. ok la tu. kahkahkah
Kalau tak silap kat sini la sy kenal blogger yg bernama Ashraf pelajar dari Moscow. Dari dia study sampai dia balik Malaysia layan blog dia.
1766 views dari pembaca paling ramai... suka sangat entry ni walaupun macam budak2 punya entry.
Blog Mrs. FaizalRiza
Blog Purnama Merindu
2 blog yang paling top top la sangat
Semua blog di atas di delete secara rasminya hari ni 31/12/2014 blog dari tahun 2010 hingga 2013.
Kita buka lembaran baru di tahun baru... :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan