Klik untuk tabungan Mia dan Sarah :)

Rabu, 2 Disember 2015

Siapa kata Ustazah tak bergaya?



Semalam pergi sekolah agama, cuti sekolah sempat la tengok gaya Ustazah2..

Saya tenung aje kain baju yg mereka pakai.. kenapa sy tenung? Saya jakun kah? Tak pernah nampak orang kah? Mata jahat kah? Tak... sebenarnya saya tengok kain yg mereka pakai. Taste2 orang yg bergelar ustazah suka pakai yg macam mana supaya saya boleh cari kain yg serupa. Haaa... ni kes macam tak boleh tengok jiran beli sofa baru la ni.. mesti nak ikut juga. Well... benda elok kot tak salah nak tiru utk improve diri kita.

Badan ustazah tu memang jenis besar. Kain baju dia pakai tu memang tak melekap. Dan saya YAKIN harganya pun sangat CANTIK!

Bila saya renung lama2 kainnya dari material denim yg bukan dari denim cotton lycra (lembut, bergetah/memeri, melekap)

Ketebalan denim adalah sedikit, dan tidak terlalu keras. Manakala twill pada denim nampak jelas. Twill tu apa? twill tu maksudnya yg garis2 kat seluar jeans uols tu haa cepat pergi tengok.

Saudagar kain kena expert sikit2 bab kain. hehe...

==================

Pastu sebelum balik sempat berkenalan dengan seorang lagi ustazah kecik aje orangnya... jubahnya biasa2 sahaja. Sebab ustazah tu peramah sy pun peramah juga la.. tanya itu ini sampai la kami sembang bab kain..

=================

Kesimpulannya, menutup aurat ni tak semestinya kita memakai pakaian jenis yang tebal2 sahaja. Boleh je pakai yg sedikit tebal, tapi kat blah dalam jangan la pakai ehem je. Tebal ke tak tebal kain tu bergantung kepada si pemakai. Kalau faham erti aurat, tebal atau nipis tidak menjadi masalah. Yang penting loose dan blah dalam kena pakai pakaian lain. Makesure bayang tak nampak.

Jawapan ustazah hampir sama dgn pelajar pondok berpurdah yg saya jumpa di airport KLIA2 beberapa bulan lepas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan