Klik untuk tabungan Mia dan Sarah :)

Ahad, 6 Disember 2015

Perginya Putera Berjiwa Rakyat

Baginda adalah Putera keempat Sultan Johor dari 6 org adik beradik.
Tunku Jalil telah mangkat semalam pada jam 7.11 malam selepas waktu maghrib akibat penyakit kanser hati tahap 4 yg dialaminya.
Walaupun dalam keadaan sakit, dia tetap menjalani kehidupan ini seperti biasa. Di khabarkan ketika baginda menjalani rawatan di hospital, baginda tidak lupa untuk menziarahi pesakit2 yg lain. Itulah yg mendekatkan baginda di hati rakyat Johor.

Baginda very humble, kadang2 naik LRT di KL pun org ramai tak perasan itu baginda.

Dan saya... selalu ambil tahu kehidupan baginda di instagram miliknya.

Hujan tengahari selepas waktu azan zohor berkumandang tadi, umpama menangisi sama pemergian baginda.

Tenanglah dirimu di sana. Semoga roh baginda di cucuri rahmat dan bertempat dirimu di kalangan orang -orang yang beriman. Aminn... 

DariNya kita datang, kepadaNya juga kita kembali...

Ketika kita dilahirkan kita menangis, apabila kita meninggalkan, orang lain yg menangis.

Mari kita sama -sama sedekahkan surah Al-Fatihah kepada baginda.

=============

P/s: siapa yg bgtau sy baginda kena kanser tulang tu memang tenuk guling. Tapi tak apa...saya maafkan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan