Klik untuk tabungan Mia dan Sarah :)

Ahad, 6 Disember 2015

Pemergian 4 hambaNya yang Allah kasihi..

Maut adalah perkara yang sangat hampir kepada kita... apakah kita tidak berfikir?

Beberapa hari ini kita dikejutkan dengan banyak berita kematian..
Kebiasaanya apabila ada berita kematian, beberapa hari sebelum itu jiwa kita akan ada rasa feeling not good. Itu yang saya alami...

Selama beberapa minggu saya dengar lagu Patahnya Sayap Malam berulang kali dendangan arwah brader zul dari kumpulan rock kapak Kumpulan Massa. Masa saya banyak diisi dgn menonton videonya berulangkali dan mentafsir isi tersirat lirik lagu tersebut serta membaca blog.
Fikiran saya ligat memikirkan hikmah disebalik semua kejadian. Begitulah cara saya muhasabah diri sendiri.

Minggu lepas kita dikejutkan dgn pemergian arwah Yus Jambu atau dikenali sebagai Pak Yus. Beberapa hari sebelum itu, saya sempat menonton youtube arwah dalam rancangan Ketuk-Ketuk Ramadan yg dihoskan oleh Sheila Rosly. Saya senyum seorang diri bila arwah sebut nama Sheila Rosly jadi Julia Rosly. 😂😂😂
Sheila Rosly juga tidak ketinggalan bertanyakan ada awek ke tak...katanya ada. Orang Johor. Mungkin arwah cuma bergurau barangkali kerana arwah seorang artis yang bersih dari gosip cinta.

Beberapa hari kemudian, tiba2 viral di media yg beliau sudahpun pergi mengadap illahi pada jam 12.30 pagi. Pada malam tersebut arwah sempat membuat konsert di Shah Alam kalau x silap. Mungkin akibat penat, arwah sesak nafas ketika dalam perjalanan ke hospital selayang.

Walaupun arwah tidak dikenali.. tetapi sejak pemergiannya, ramai yg dapat merasai kekosongan tersebut sehingga ramai peminat arwah di instagram seolah -olah 'histeria'.  Antara komen di instagram arwah adalah, "pakyus kenapa tak reply komen saya?" (Tolong jgn buat mcm ni uols.. redha la dia dah pergi)
Arwah mempunyai peminat yg tersendiri oleh kerana sikapnya yg humble, yg suka melayan peminat di instagram.

Jep Sepah dan Tauke Jambu juga mungkin bercuti lama dari pentas lawak atau mungkin terus meninggalkan pentas tersebut sebagai menghormati rakan mereka ini.

Beberapa hari sebelum pergi, arwah sempat pesan di instagram untuk undi kumpulan arwah yg diganding bersama Misha Omar dan Taukey. Malah arwah juga berpesan, kalau tiada duit untuk undi, doapun cukup.

Setelah pemergiannya, satu persatu kebaikkan arwah yg orang ceritakan. Saya sendiri juga dapat rasa apa yg orang ceritakan pun itu adalah benar.

Semoga tenang arwah PakYus di sana dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Sehari kemudian, pergi pula seorang seniwati negara iaitu kakak kepada arwahyarhamah Puan Sri Saloma iaitu Mariani Ismail.
Arwahyarhamah Mariani adalah ibu kepada pelakon Melissa Saila. Pemergiannya diketahui melalui instagram milik anaknya itu.

Esoknya pula saya dapat tau yang rakan sekolah saya juga kembali ke rahmatullah. Tidak disangka, dulu masa sekolah saya sendiri tak jangka seorang Kristian ini akan memeluk Islam. Hinggalah datang akan kematiannya. Kematiannya pula adalah kematian yg memang dijamin masuk syurga. Arwahyarhamah meninggal akibat komplikasi jantung selepas 4 hari melahirkan zuriatnya yang pertama. Allahurabbi.... berita ini benar -benar meruntun jiwa saya. Dan sesiapa yang mendengarnya pasti berasa cemburu.

Malam tadi pula kita dikejutkan dengan pemergian seorang Putera yang Berjiwa Rakyat iaitu Tunku Jalil.

=================

Allah swt sampaikan sesuatu kepada kita melalui pelbagai cara agar kita insaf dan segera bertaubat. Sekiranya kita berfikir dan muhasabah, kita akan tahu apa yang Allah swt ingin sampaikan.

1. Kebaikkan tidak perlu dikhabarkan. Baik diam-diam, sedekah pun diam-diam, susah pun diam2. Allah saja yg tahu itu sudah cukup.

2. Penamat usia itu rahsia Allah.. tua muda tak kira.

3. Tiada yang mustahil bagi Allah swt apabila Dia memilih seseorang yang masuk ke syurga.

4. Redha atas ketentuan Allah swt, setiap apa yg menimpa itu ada hikmah disebaliknya. Allah sentiasa duga semua orang tak kira miskin atau kaya. Itulah cara Allah swt memilih hambanya yang masuk ke syurga.

Mari sama -sama kita sedekah surah Al-Fatihah kepada mereka semua...

Semoga tenang di alam sana dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Aminn...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan