Klik untuk tabungan Mia dan Sarah :)

Khamis, 5 Februari 2015

Minyak turun, harga turun?


Singgah Petronas kekonon nak beli minyak mahal. Cepat plak habis sebab minyak mahal dah murah. Hehe.. aku kata kat laki aku, kadang - kadang teringin juga nak merasa makanan taraf 5 bintang. lol. Ayat perli. 


Aku malas nak cakap apa pasal benda2 yang melibatkan ramai orang macam ni.. mulut aku pun bukan masin sangat nak jatuhkan harga orang. Anyway, harga supplier baju aku buat masa ni tak ada yg naik. Yang aku bising pasal GST tu pun pasal supplier untuk job offline. Bukan makanan, bukan baju bunga2 yg aku jual online tu tapi harga bahan lain. Baju utk printing skrg naik dalam RM2 - RM5. Harga besi2 dan barang2 utk buat job singboard, signage pun naik juga. Harga sticker pun sama naik juga. Semuanya bukan sebab minyak, tapi sebab GST kata mereka. Iklan kat TV kabo kata pengeluar dan pembekal ni tak patut naikkan harga barang. Nak buat macam mana kan.. mereka naikkan, terpaksa la kami akur. Tulis cheque sign dah. Rezeki kau. Rezeki aku mungkin ada yg lain. Walaubagaimanapun, aku belum demand sangat nak minta kat customer aku tambah price secara mendadak. Agak - agak la pun... lagipun, harga minyak kan dah turun. Aku dengan supplier pun kalau mereka naikkan harga, aku sedaya upaya minta less sebanyak mana yang boleh. Tak bagi less aku jotos juga dahi. Tapi laki aku lagi bijak dalam main harga ni. Kepala otak terminator dia laju bab kira - kira. So, sebagai pembantu kerja aku cuma ingatkan je begitu dan begini.
Dulu masa minyak naik mendadak, aku dengan suami aku pergi jumpa supplier seminggu sekali. Kami terpaksa cari alternatif dengan mengumpul semua order dan buat sekali harung. Slow talk dengan customer, harga kami memang tak naik puluh ringgit sebab tak nak bebankan customer. Jadi, kami mohon customer tidak bebankan kami dengan order yang nak cepat sahaja. Bila harga minyak dah turun ni kami masih kekalkan cara kerja yang sama. Jadi kat situ kami masih boleh untung lagi dan selesa walaupun harga minyak naik atau turun benda tu tak mengganggu harga perkhidmatan kami.

Apa yang aku suka di Semenanjung ni, orang - orangnya berani. Berani pertahankan hak dan berani sampai masuk berita. Hehe.. Macam - macam hal sekarang bercakap nak kena tapis semua. Sampai nak boikot2 cina lagi. Waduh.. gawat la begitu. Dah la kita ni kalah pada duit. Ada duit sikit beli barang sendiri didahulukan. Tahun baru cina pun kita terkial - kial, ni kan plak nak boikot mereka terus. Naik harga barang orang akan bising. Masuk berita, masuk media dan viralkan. Kalau bertuah, orang support. Kalau tak bertuah, terpampang la muka kat berita jam 8 malam.
Tapi, oleh kerana mereka berani meluahkan pendapat ni la, harga barang di kawasan Semenanjung adalah yang terbaik dan aku pun selesa tinggal kat sini. Aku nak melantak sayur banyak mana pun aku punya suka. Tapi mungkin sebab kilang semua berada di Semenanjung Malaysia yang menyebabkan harga barang sentiasa pada paras yang logik akal? Entah la susah juga aku nak kabo.
Aku tak la lama mana pun duduk kat tanah semenanjung ni. Aku mula merantau tahun 2004. Study di Politeknik Tanjung Malim. Masa ni aku belum faham lagi erti harga barang. Student lagi kan, cari duit tak pandai. Makan pun catu seminggu hanya 3 kali makan nasi. Nasi putih lauk selalu aku amik sayur. RM3. Kalau ada ikan keli faveret aku tu, tambah plak masa tu awal bulan duit ada lebih aku makan la RM5. Malam makan lauk yg sama sebab aku simpan nasi aku tu makan separuh utk malam juga. Dalam masa seminggu aku cuma makan 3 kali. Hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Hari Sabtu dan Ahad makan jajan je. Kalau ada kawan yg parents mereka datang bawa bekal, mereka akan kongsi sama dengan aku. Orang Perak bab makan memang tak kedekut dengan kawan sebilik.
Harga makanan kat dewan masa tu ramai yang kata mahal. Pada aku pun memang mahal juga kalau tiap hari makan. Ramai juga la student yang mengelat, amik lauk dulu pastu lauk timbun dengan nasi. Hehe... Yang ada pakwe makwe lagi untung makan kongsi2. Aku mana ada pakwe masa tu.. sentiasa single ke hulu dan ke hilir.
Duit belanja bulan - bulan aku pun kena jimat. Banyak buku kena fotostat. Fotostat pun boleh cecah RM30 1 buku. Bayar kat situ dah tinggal RM20 duit poket aku. Memang kena banyak catu makan. Lagipun masa tu aku tak reti nak bersosial dengan orang. Kalau aku reti, aku buat kawan je pekerja2 kat poli tu pastu hutang. Wakaka... tak ada nya. Aku dulu senyap berat mulut nak bercakap dan berkenalan. Yang aku tau senyum je. Tu yang bengap nak belajar sebab susah nak tanya. Masa aku duduk rumah sewa, aku cuma tau beli lauk untuk buat tomyam. Hari - hari makan tomyam. Maggi yang aku beli pun maggi tomyam. Tambang bas dari Behrang ke Politeknik RM1.70 kalau tak silap. Sewa rumah plak aku dah bayar lonsome utk 1 sem jadi tak payah fikir sewa. Bil letrik dan air kongsi sama rata.
Habis study aku kerja kat Subang Jaya. Breakfast pagi aku beli nasi harga RM6 sebungkus dengan sorang makcik yang berasal dari Bintulu. Aku kenal dia pun dari housemate aku yang selalu bawa makcik ni nak berurut. Speaking boleh tahan makcik tu dgn pelajar kolej. Tau2 je la..area Subang ni kolej ramai budak nigeria. Nasi sebungkus RM6 isi nya adalah nasi dan pedal masak kicap. Tiap hari aku makan benda sama. Balik kerja macam biasa aku makan jajan. Lama - lama muka pun dah serupa macam pedal ayam yang hitam tu dan jajan...
Kat sini aku belajar mengatur keperluan hidup. Tapi paling sakit jiwa bila tiba hari raya. Aku plak masa tu tak dapat nak balik raya. Cuti sekejap je. Dah la cuti sekejap, kedai makan melayu hampir sebulan tak buka. Kedai runcit pun sama sibuk beraya. Mashaallah.. mana lagi tempat nak makan. Jawabnya kat KFC je la...  mengalir laju duit aku masa ni sbb makan kat KFC hari - hari. Memandangkan masa tu aku cuma seorang pekerja, tahun baru cina tak la terasa sangat kedai hardware tutup sebab bukan masuk dalam keperluan aku. Kedai Melayu tutup baru la terasa sangat kehilanganya.
Tahun 2009 aku balik Bintulu. Janggalnya terasa. Tak ada LRT, tak ada monorail..tu maknanya tak merasa la lagi tambang RM1.20. Menangis aku... nak bawa kereta sendiri ketar lutut. Terpaksa naik benda yang bersewa sahaja.
Gaji minimum aku dapat masa tu RM850. Tak termasuk topup dan elaun tambang sebab aku ulang alik dari Sebauh ke Bintulu. Tu pun boss pesan gaji tu jangan kabo kat kawan - kawan lain. Rupanya yang lain - lain boss bagi gaji RM500 je. Sedara mara memang ramai kat Bintulu ni, tapi pada aku..aku lebih suka duduk dengan mak pak sendiri dari duduk dengan orang.
Perjalanan dari kampung ke bandar Bintulu menaiki van sewa adalah RM20 sehari (ulang alik punya tambang) yang ambil masa perjalanan selama sejam. Dalam masa sebulan aku dah buang RM400 utk tambang sahaja. Memandangkan aku masa tu bujang lagi, duit selebihnya tu aku bagi kat mak aku buat beli apa patut dan bayar apa patut. Untuk diri sendiri memang zero. Aku bukan budak ijazah lagipun nak demand gaji beribu sebulan. Jadi, redha je la apa pun. Pergi pasar hujung minggu, aku teman mak beli barang dapur. Mak tanya, tak beli apa - apa ke? Aku kata tak ada duit nak beli apa - apa. Mak hulur RM50 utk beli apa aku nak. Aku dapat balik duit gaji aku tu. Hehe.. mak kan kesian kat anak kerja tak dapat beli apa2. Masa ni aku belajar tengok mak beli barang dapur. Sayur sawi seikat RM1 dua batang. Aku rasa kalau timbang sayur tu, jarum penimbang pun macam segan nak naik. lol. Beli ikan plak selalunya harga RM12. Beli ikan kecik2 je... lama sikit makan. Kalau ada tenggiri atau tongkol masa tu sekilo RM8 - RM12. Ikan bawal jangan tanya la harga berapa. Ayam hidup RM12 sekilo. Tapi jarang mak beli ayam hidup. Dia suka beli kepak ayam yang dah sejuk beku. Murah sikit. Beli barang tu je kalau ke pekan Sebauh ni bawa note RM50 tak payah nak sakan sangat shopping. Konpem 1 - 2 barang je boleh beli.
Apak masa tu masih kerja lagi di SK Labang. Di bahagian pedalaman.. ulang alik seminggu sekali. Jadi, duit gaji bapak habis untuk minyak enjin motorboat. Sebulan RM600 - RM800 utk spent pada enjin sangkut. Selebihnya bagi kat mak untuk beli barang keperluan dan bayar apa yg patut. Nasib baik apak ada buat kerja sampingan. Hari Sabtu dan ahad apak amik upah buat sampan dan upah baiki enjin. Ada la juga buat tambah pendapatan. Itu pun apak tak berkira dengan customer dia. Bila tak berkira tu la jadi orang pijak kepala. Maklum saja... orang sana skema. Kalau kita kata bayar je la berapa pun. Orang pun bagi la RM5. Kata mereka buat belanja rokok. Putih mata la juga orang buat kita macam tu..
Aku suka balik kampung. Yang aku tak suka, orang - orang kat sana sangat tunduk pada apa yang berlaku di sekeliling mereka. Tak berani bercakap secara terang. Harga barang naik bising, tapi bising tu tak sampai ke tempat yang sepatutnya. Kalau sampai pun orang atas mana nak layan. Orang buang dalam sampah je kita punya komen. Sebab tu, harga barang dan perkhidmatan kat Sarawak tak dapat nak mohon diturunkan sebab rakyat sendiri yang meng'iya' kan perkara tersebut. Maknanya tak ada bunyi. Naik pun auk.. turun pun auk. Semuanya auk saja. Cukup 5 tahun, pergi turun calit apa yang nak dicalit (paham - paham sudah la ek)
So, salah siapa? Salah kita la tak komplen dengan bersungguh - sungguh. Takut orang gelar kita jadi kaki komplen, pijak kepala la jawabnya harga barang kat pasar.. Pastu nak bising - bising lagi, "alahai... kecik nya la seikat sayur ni RM2. Besar lagi lengan anak aku"
Kalau bab komplen jual sayur kat kaki lima boleh tahan. Siap bawa lori lagi rampas sayur - sayur orang yang datang dari hulu. Sayur - sayur yang boleh dapat murah, yang fresh dari ladang. Tempat kita kecik je, biji mata kita kalau kumpul letak dalam periuk pun tak penuh la periuk tu. Itu pun tak boleh nak timbang rasa dengan orang susah datang dari pedalaman bawa sayur berat - berat jual plak murah - murah. Kesian orang nak berniaga.

Bulan lepas aku cuti sebulan kt kampung aku di Sebauh. Memang terasa sangat nilai duit makin kecik. Anak plak ada 2 orang. Pampers, susu utk note RM100. Jimat, aku beli pampers murah. Seberk je muka anak aku bila pakai pampers tu. Kakak plak aku praktis poo- poo jamban. Aku bagitau kat laki aku, balik lambat sikit nak ajar disiplinkan kakak. So, jimat lagi kakak no need pampers waktu siang. Makanan plak.. aku tau dan sedar aku ni dah kahwin. Ada anak nak bagi makan, nak beli baju... ada mak apak pula yang sepatutnya tak layak bagi aku makan. Kita sedar sendiri.... turn kita sebagai anak plak bagi mereka makan. Mashaallah... nasib baik mak dan apak ada kebun. Nak ikan pergi mancing, nak sayur pergi kebun. Duit pencen apak cukup bayar bil dan beli beras je tiap bulan. Kalau orang malas, lama dah mati kebulur.

Apa yang aku suka kat negeri tercinta aku Sarawak ni, rakyatnya sentiasa redha apa saja orang lakukan pada mereka. Ada tanah untuk diusahakan sebagai makan untuk diri sendiri. Macam mak dan apak, tanam buah banyak - banyak, 1 kampung boleh merasa. Macam aku kabo tadi la... orang kampung tak ramai mana. Semuanya plak bersaudara. Tak ada sedara blah apak aku, ada plak sangkut blah mak aku. Jadi siapa kita nak menidakkan pemberian? Harus la bagi sama rata. Bukan dijual tapi amik la free dijadikan sedekah.
Kadang - kadang ada juga yang dijual.. Tu pun jual tak kira untung pun. Yang penting dapat duit. Lelah menanam dan angkut dari kebun hilang macam tu je tanpa minta bayaran lebih bila mereka laki bini jual hasil tanaman. Mak dan apak tau.. apa la ada pada orang kampung kita nak cekik lebih - lebih. Orang kampung yang rasa diri ada banyak duit tu pergi la cari pilihan sendiri nak beli dari mereka berdua kah atau nak beli kat tempat beraircond kah?
Yang duduk di pedalaman jauh dari air paip pun begitu juga. Masih lagi setia membasuh baju di tepi sungai. Masih lagi setia berteman lampu generator duduk di rumah di waktu malam.. Sungguh tak nak follow anak - anak ke bandar untuk merasai kehidupan yang kekonon dikatakan senang.

Sekarang tengah bising pasal minyak turun nak kena turunkan harga barang plak.. kalau study ekonomi ni maunya lekuk penawaran dan permintaan berlekuk - lekuk. lol. Semuanya kena tempias. Masing - masing terkepit dalam satu situasi yang tak dapat nak disebut kalau cerita bab ekonomi.. Lagi satu kalau sebut saja ekonomi ni orang mesti nak jaga nilai matawang. Kalau duit terlebih jadi la deflasi. Kalau duit kurang jadi la inflasi. Yang kat kampung aku sekarang ni boleh dikatakan terjadinya inflasi lah. Harga barang dan perkhidmatan naik dan kuasa membeli rakyat di sana semakin menciput.

Oleh itu kerajaan pun bagi la kadar gaji kepada para majikan untuk bagi gaji pekerja minimum sebanyak RM900 - RM950 sebulan. Ni utk pekerja swasta kelulusan SPM, yg kerja opis2. Yang kerja kat kedai aku tak tau berapa. Di Subang gaji minimum RM1100 sebulan dulu. Sekarang mungkin RM1300 tengok kita kerja company apa.
Naik harga barang, naik juga la kot gaji mereka. Yang kerja kat butik - butik mewah plak ada gaji tambahan lagi iaitu komisen. Yang kerja jadi delivery pizza tu plak ada duit millage, duit OT. Kerja kilang pun begitu juga. Semuanya ada timbal balik. Untung sama rata.
Untuk peniaga plak, kerajaan suruh turunkan harga jualan. Harap turun la harga barang - barang supplier kami. Jangan la GST tu dijadikan alasan. Untung tetap sama. Dulu 1 sen, sekarang pun tetap 1 sen. Hehe.
Apa pun, semua kena ada yang memantau dan memberitahu. Jangan buat senyap je.. nanti kita plak yang sengsara. Macam orang lapar. Bila ajak makan tak nak. Tapi perut lapar nak makan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan