Klik untuk tabungan Mia dan Sarah :)

Ahad, 8 Februari 2015

Predator - Rekaan & Realiti


Kita sudah pun sedia maklum yang kat muka bumi ni ada benda lain juga yang wujud selain dari manusia iaitu hantu dalam bahasa melayu kita tapi dalam bahasa Islam digelar syaitan dan iblis.
Selalunya makhluk ni hidup di dalam hutan belantara selain duduk di rumah tinggal yang sudah lama tidak diduduki.
Aku tak berapa nak expert bab hantu. Jadi jangan cari aku untuk halau hantu bagai eh. Yang kita tau adalah mahkluk tu ada kat bumi ni atas izin Allah cuma pergerakkan mereka sukar nampak di mata kasar.
Kali ni aku nak story mory pasal sejenis iblis yang pernah membintangi filem2 seram hollywood yang digelar Predator.
Korang pun pernah tengok cerita predator ni kan... duduk dalam hutan, tak nampak pastu kalo kena tembak darah hijau. Muka huduh plak macam ulat gendon, korang pernah tengok muka ulat gendon dalam pokok sagu tu? Pastu kat lengan plak ada suis untuk bunuh diri sendiri, ada plak suis untuk tembak2.
Baiklah.. aku tak tau dari mana mat salleh ada idea hantu macam ni. Tiba - tiba difilemkan dan digelar plak predator.
Dulu aku kecik2 selalu bermalam kat rumah arwah atok. Ada rancangan predator rambo bunuh dalam hutan. Arwah atok kata, " pandai orang putih buat cerita hantu ni, orang kita kata hantu pelita"
Aku gelak. Aku ingatkan arwah atok cuma bergurau.
Disebabkan keluarga sebelah apak aku adalah pemburu, mereka memang sangat arif bab survive dalam hutan. Sekali sekala aku tadah telinga dengar pengalaman masing - masing bercerita masa sedang berburu dalam hutan. Aku tak suka menyampuk bualan orang tua. Aku simpan cerita tu dan tiba masa umur dah pun okay untuk berbual dengan sesama orang tua, aku pun join sekali sembang.

Story pertama kisah pada tahun 1950.

Arwah atok dan kawan - kawannya pergi berburu dalam hutan cari rusa. Ada sesetengah pemburu memburu bawa anjing sekali. Kali ni mereka hanya berbekal senapang sahaja memandangkan ada sorang dua kawan tu takut dengan anjing. Masa sedang berjalan dalam hutan senyap - senyap, tiba - tiba terdengar seekor anjing menyalak. Masing - masing saling memandang. Be positif. Mungkin ada team lain yang memburu juga. Jadi hati - hati takut terkena peluru sesat. Anjing tu menyalak lagi tapi kat tempat lain. Kemudian menyalak lagi berada di tempat lain pula. Salakan anjing tersebut beralih dari satu tempat ke satu tempat. Agak pelik kat situ sebab anjing berlari tidak lah selaju itu. Mereka berjalan perlahan - lahan. Arwah atok kata kalau jumpa selut kita masuk dalam selut. Tak kira la tempat tu tempat babi berkubang. Balik nanti samak. Mereka masuk dalam satu kawasan berselut dan duduk diam - diam dalam selut. Anjing yang menyalak tadi muncul di depan mereka di tebing selut sambil menyalak. Arwah atok kata tu bukan anjing biasa. Tu anjing 'dia'. Ada tuannya sendiri. Seorang kawan atok rasa teramat takut lalu panjat pokok yg berdekatan sebab tak nak kena gigit dengan anjing. Arwah atok kata jangan panjat dia tetapi tetap juga berkeras panjat pokok. Atok pesan jangan panjat sebab arwah atok tahu benda tu memang tempatnya atas pokok. Matanya jadi gelap bila kita masuk dalam selut lumpur.
Lama tunggu akhirnya anjing tu beredar dari situ. Sebab ketakutan tu tadi mereka pun balik dengan tangan kosong. Malangnya, dalam perjalanan pulang ke rumah...dalam perahu kawan arwah atok yang panjat pokok tu tadi muntah darah dalam perahu. Sampai rumah terus pergi mengadap illahi. Atas apa sebab dia meninggal mungkin dah ajalnya, dia ada penyakit atau ada sebab lain. Wallahualam...

Story kedua tahun 1980an.

Apak dan arwah atok pergi memburu waktu malam. Kekonon dua beranak nak halau rusa sorang dari sana, sorang dari sini. So, dalam hutan mereka dua beranak berpecah. Dalam kegelapan malam, apak ternampak ada lampu menyuluh terang. Kemudian hilang. Suluh lagi kemudian hilang. Kemudian tiba - tiba ada lampu menyala mula - mula sekecil api rokok lama - lama semakin mengembang nyalaannya. Apak dah tak sedap hati. Apak duduk diam dan pacak parang atas tanah. Petua yang diajar oleh atok kepada apak (moyang saya) yang juga pemburu rusa. Lampu masih berjalan, kemudian apak nampak lampu suluh arwah atok berkedip - kedip. Dah agak dah. Both of them masing - masing tau ada benda lain bersama mereka. Supaya masing - masing tidak sesat dikerjakan oleh benda tu, mereka beam lampu suluh masing - masing sebab benda tu tak pandai beam lampu. Bila lampu 'benda' tu dah hilang, apak dan arwah atok pun sambung semula pemburuan.

Story ketiga. Zaman sekarang.

Pak uda dan Wak both adik beradik apak pergi berburu waktu siang. Macam biasa mereka berpecah. Wak kata nanti dia bagi signal bunyikan trompet. (zaman dah moden, mereka ganti tepuk tangan dengan trompet)
Wak dah jauh masuk ke dalam hutan. Pak uda juga sama menghala ke arah lain. Tiba - tiba pak uda terdengar suara wak panggil. Pak uda hairan kenapa wak jerit panggil dia padahal masing - masing tahu pantang larang. Pak uda beranikan diri follow suara tersebut. Wak jerit lagi... Pak uda pergi kat seberang tu plak. Dia lihat ada seekor burung sedang bertenggek kat situ. Dia dah mula hairan. Kenapa burung tu tak lari andai wak panggil dia dari seberang parit tersebut? Benda lain la ni kacau. Pak uda patah balik dan sambung kerja mencari port nak letak jerat.

Story keempat. Zaman sekarang.

Apak ada bina sebuah rumah di kebun kami yang terletak 1 km dari seberang sungai. Setiap hujung minggu mak dan apak akan habiskan masa berkebun dan bermalam di sana. Jadi tak penat ulang alik kalau nak jenguk kebun. Malam jam 7.30 usai sahaja makan malam apak berehat - rehat di beranda sambil menghisap rokok. Tiba - tiba ada lampu berwarna merah seakan puntung rokok berada di atas sebatang pokok yang telah mati. Apak tak tegur. Dia tau kalau ditegur benda tu akan cepat mengembang. Apak bagitau kat mak, "awal pergi berburu, baru pukul berapa" katanya. Selesai basuh pinggan mak duduk kat bendul. Mak tak paham apa apak cuba sampaikan. Dia pun mencelah, "mungkin hep (Pak Uda) dan Abu (pak tam) pergi memburu nak cari landak"
Jom la masuk kata apak. Apak ajak mak masuk dalam. Tutup pintu dan terus masuk dalam kelambu dan duduk diam - diam. Lampu tersebut menyuluh ke rumah hingga menerangi dalam rumah kebun kami. Apak bisik pada mak. "dia tu la saya cakap pergi berburu"
Dalam 15 minit benda tersebut menyuluh - nyuluh kawasan kebun dengan cahaya terang berwarna putih kemudian hilang.

Kalau mat salleh tau ni konfem kata UFO. Lol.

Aku banyak spent masa di kampung dan di hutan. Banyak spent masa bersama arwah atok dan apak. Aku juga banyak join sembang - sembang dengan pakcik2 yang pergi memburu. Jadi tak hairan la aku dapat semua story ni dari mereka.
Aku percaya ada syaitan dan iblis. Mereka menetap di hutan dan laut seperti yang termaktub dalam Al-Quran. Aku juga percaya akan pantang larang. Pantang larang ni umpama undang - undang dan sikap tolak ansur di atas jalan raya.
Sekiranya kita bersikap kurang ajar di tempat orang padah yang berlaku. Begitu juga kalau kita tak hormat tempat mahkluk yang tak nampak. Kita bukan disuruh memuja mereka agar mereka tidak menggangu. Itu sudah syirik. Cukup lah sekadar jangan ambil peduli dan jangan tegur apa - apa yang pelik. Itu sahaja.

Yang pasti, hantu hutan ni hanya main lampu sahaja. Kalau ditegur lampu dia makin mengembang dan membesar. Merata dia suluh macam spotlight. Nasib baik tak ada keluar gambar batman.
Muka dan badan sampai sekarang tak pasti lagi macam mana. Macam predator kah? Wallahualam..






2 ulasan: