Klik untuk tabungan Mia dan Sarah :)

Sabtu, 21 Februari 2015

Kek Coklat Moist Lembut dan Gebu


Gigih malam tadi siapkan kek coklat moist.. Sarah dah umur 3 tahun lebih. First time buat kek ni masa umur dia 1 tahun sempena sambut birthday Sarah yang pertama. Masa tu dia demam.. kesian tak dapat ibu bagi dia makan banyak kek coklat sebab termanis plak buat masa tu. Ayah baca doa selamat dan makan sikit je... birthday adik Mia je belum pernah lagi ibu nak buat. Kesian both anak ibu kan.. 
Ni kali kedua aku buat kek coklat moist ni... nasib baik masih ingat lagi step2 nak buat. Tu pun pelan - pelan rilek - rilek je buat jam 10 malam mula adun. 
Buat ni pun sebab ada tempahan dari kawan. So praktis dulu, nanti baru buat lebih banyak. Bukan setakat bahan je ada depan mata, pen dan buku pun harus ada sebab nak bina bahan dan sambil menulis bahan serta sukatan. Yang terkurang dan terlebih tu kena la edit semula. 

Post kat FB ramai plak yang bertanya bahan. So sini kita share la resepi nya.. 


Kek coklat moist leleh meletop kebabomm... (nama kek) lol

Bahan2 A:
Susu segar 400ml
Serbuk coklat 1 cawan
Minyak masak 1 cawan
Gula 1/2 cawan
Susu pekat manis 1/2 tin (saya kurangkan sikit lebih kurang 1 senduk nasi)

*gaul bahan di atas dgn api perlahan hingga mendidih lebih kurang 20 minit. Jangan kelam kabut ye puan - puan, buat sambil berlenggang pun tak pe...

Bahan B:
3 biji telur (dipukul di bekas lain) + esen vanilla

*mix semua bahan A dan B di atas dlm 1 bekas.

Bahan C:
Tepung gandum 1¹/² cawan + baking powder + soda bikarbonat (campur dan ayak)

*masukkan tepung sikit demi sikit dlm adunan dan gaul rata.
*kukus dalam loyang / dlm bekas aluminium foil. Tutup bekas jangan bagi wap air masuk.

Bahan topping:

300gm coklat masakan
1 sudu besar susu pekat
¹/² cawan susu cair
2 sudu besar butter
Sedikit air panas.

*gaul bahan topping dgn kaedah double boiler.

Curah atas kek dan tabur coklat rice. Simpan dlm peti sejuk.

# tunggu husband pergi kerja baru korang makan. Lol.

Untuk Tempahan hanya di JB, Kulaijaya dan Sedenak sahaja.
RM10 (400gm) 
Whatsapp 0197407113 (Redha)

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum QR, Wah terliur sokmo saya kalau tgk kek moist ni hehe,.tak kira raya ke tak raya ke kek moist always jadi pilihan saya ,resepi yang di kongsikan ini pun sangat mudah dan tak banyak bahannya,boleh cuba ni QR,terima kasih ya ;)

    BalasPadam
  2. terima kasih...semoga bermanfaat :)

    BalasPadam