Klik untuk tabungan Mia dan Sarah :)

Rabu, 18 Februari 2015

Bagaimana merancang masa depan?



Aku bukan pakar motivasi nak merencanakan masa depan orang lain.. masa depan kita sendiri pun belum tentu lagi bagaimana. Ye tak..
Secara ringkasnya, kejayaan masa depan kita bergantung kepada apa usaha kita pada hari ni... tahun depan kita nak dapat pangkat datok kah atau datin kah kalau sekarang kita tak berusaha mana mungkin akan dapat pangkat tersebut. Betul tak... erm.. yelah. Korang ni tau angguk je apa aku cakap kan.

Masa depan kita bagaimana sikap kita sekarang..

Bagi orang Islam masa depan yg cemerlang gemilang dan berjaya bergantung kepada doa dan usaha yang istigomah. Selain itu juga kita orang Islam suka bersedekah. Maka, majulah kita setapak lagi.
Bagaimana pula orang Islam yg tidak amalkan apa yang di atas? Jawabnya, kita tidak akan berkembang. Kerja dan usaha 24 jam pun tetap duit dan harta kita begitu sahaja. Baki akaun sentiasa tidak banyak. Apa la yang tak kena ni? Last - last bank yg disalahkan sebab amik duit kita tak bagitahu... plak dah..

Kesilapan kita dalam mencari harta dan rezeki adalah tersangat banyak. Dan selalunya kita akan menuding jari menyalahkan orang lain sekiranya rezeki tersebut tidak dapat dalam genggaman kita. Umpama pergi menjala udang. Jala kita bocor, jala orang lain tak.. lepas tu nak salahkan jala orang lain plak. Siapa suruh tak baiki jala sendiri. Nampak tak bengongnya kat situ?

Begitu juga hal nya kita dalam mencari rezeki dengan Allah swt...

Terlebih dahulu, sudah pasti kita mesti menjaga silaturahim kita sesama manusia terutamanya ayah dan ibu kita. Bila kita lupa mereka, maka Allah akan lupakan rezeki utk datang kepada kita.

Begitu juga bangun pagi. Orang tua - tua pesan jangan bangun lambat. Matahari dah naik kita baru nak bangkit. Burung pun awal berkicau sebab nak cari makan. Ni kan plak kita... malas nauzubillah...
Ni la punca rezeki kita sempit sesangat...

Begitu juga bila dah menjelang petang. Lepas asar mata jadi mengantuk. Suka sangat tidur berjam - jam. Kadang - kadang tidur siang mengalahkan tidur malam. Apa nak jadi tak tau la... lemau badan. Tak bermaya dan otak jadi tumpul. Tu yang tulang pun reput sekali. Malas nak kerja.

Basuh pinggan pun begitu. Lepas makan, pinggan tak cuci. Biarkan je kering dalam sinki. Orang tua dah ajarkan... jangan jadi malas, tu pasal la mereka bising2 dengan kita. Kita plak buat tak reti. Membiarkan pinggan tak berbasuh juga mengundang kepada papa kedana.

Kesian la kepada diri sendiri. Mencari kaya tu bila - bila Allah boleh bagi di mana saja tempat kita berada. Apa yang penting asas dalam kehidupan mesti la kita pegang. Allah swt tu nombor satu. Solat 5 waktu full. Kalau rajin buat solat dhuha. Masyaallah... hanya orang yang pernah buat pernah merasai nikmat kesenangan akibat dhuha.

Jangan la kita meratapi malang dalam hidup kita. Siapa yang tak pernah bernasib malang? Hanya orang yg kuat dan terpilih sahaja yang Allah swt bagi. Bila kita tiada masalah, umpama kita ditinggalkan Allah swt...Dia nak bagi kita lalai, dia nak bagi kita sedap. Setiap masalah tu ada rahmatnya kan.. Jadi bersyukur lah sebab ada masalah.

Bagaimana merancang masa depan kita?

Menjaga hubungan sesama manusia kawan dan ibu bapa.
Pandai berkomunikasi.
Pandai mengembangkan silaturahim.
Tidak ada perasaan iri hati.
Tidak melakukan perkara maksiat.
Tidak membantu dalam hal - hal maksiat.
Saling membantu, bukan menjahanamkan.
Paling penting, hubungan dengan ibu bapa dan link kepada Allah swt iaitu solat 5 waktu.

Apa sangat lah dunia ini yang sementara. Tapi sementara itu, untuk meneruskan hidup kita mestilah berusaha. Berusaha mencari rezeki dan berusaha menolak apa yang dilarang.

Carilah rezeki yang berkat.
Rezeki yang tidak berkat umpama minum air laut. Semakin banyak diminum semakin haus.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan