Klik untuk tabungan Mia dan Sarah :)

Rabu, 10 September 2014

Cottage Style!!! I fall in love :)

Jom cuci mata!!!!


Rumah 2 tingkat penat nak jaga.. mcm rumah mak dan ayah kat Sarawak


Macam tak ada kaitan dgn cottage style kan..tapi sebenarnya suka dengan design tingkap tu.. 


Rumah sekali dengan parking kereta.. akan difikirkan.


Rumah mcm ni jimat kat atap. Tak payah nak potong atap banyak sangat. 


Macam rumah kat bayou je... rumah yg berdekatan dgn sarang buaya. Haha... 


Aiyarrkk...tinggi nya :P


Ini cantik tapi kena banyak potong atap satu hal.. tambah RM lagi kalau nak pasang atap batu. Batu eh? 


Ni senang dan comel.. akan difikirkan utk memurahkan kos nya :) 


Besarnya la rumah ni... takut nak duduk :3

Okay... bye. 

Hukuman Gantung - Pernah kah kita fikirkannya sebelum melakukan mana2 kesilapan?




Kita selalu mendengar tentang hukuman gantung sampai mati di corong-corong radio dan di kaca televisyen. Hukuman ini dijatuhkan kepada pesalah-pesalah yang telah melakukan jenayah berat seperti mengedar dadah, membunuh dan sebagainya. Bayangkan jika kita sendiri yang menerima hukuman tersebut, pasti kecut perut dan kering darah merasai ketakutan membayangkan leher kita bakal dijerut dan dibiarkan tergantung sampai mati. Harap-harap dijauhkan, amin…

Semoga artikel di bawah ini akan menyedarkan dan menginsafkan kita tentang akibat jika kita terlibat dalam jenayah besar dan juga kecil, kerana dari yang kecil akan membawa kepada yang lebih besar.

Tali gantung yang diimport diperbuat dari jenis jut yang paling bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan kulit banduan yang akan digantung.

Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000. Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekal akan diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90 kilo selama 72 jam.

Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia diklasifikasikan sebagai senjata dan ianya disimpan di dalam peti besi.

Setiap tali gantung yang diterima ada perkiraannya. Ada cara-cara yang kita kena ikut. Tidak boleh ambil dan terus pasang. Ada empat jenis tali dan tali tersebut dipilih mengikut berat banduan.

Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang berfungsi untuk mematahkan tengkuk banduan.

APABILA RAYUAN DITOLAK

Di Penjara Kajang, banduan yang dijatuhi hukuman gantung dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi sehingga hukuman dilaksanakan.

Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka dan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang bertugas.

Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri.

Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman dimana di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara 5.30 pagi hingga 6.30 pagi.

Waktu untuk laksanakan hukuman adalah satu jam . Untuk banduan beragama Islam biasanya hukuman gantung akan dijalankan pada hari Jumaat, selepas solat Subuh. Bagi yang bukan Islam pula, waktunya lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza.

Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak.

Biasanya banduan akhir ini akan tahu dia akan digantung bila mana dia dibawa keluar dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat.

Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganya yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu di luar penjara untuk ‘perjumpaan terakhir.’

Lazimnya suasana dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan terakhir ini.

Banduan juga diberi pilihan untuk ‘hidangan terakhir’ bernilai RM7.50.

HARI PENGGANTUNGAN

Kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman gantung dangan rela setelah menunggu begitu lama untuk hukuman dilaksanakan.

Mereka yang rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dengan tenang dan sudah bersedia. Ada beberapa orang sahaja yang menjadi agresif sehingga ke saat-saat terakhir.

Menurut seorang petugas penjara yang bernama Samuel, ‘Ada sesetengah banduan puas hati dan beritahu saya nasib mereka lebih baik dari saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati. Bila kita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang salam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka dah tak tahan lagi menunggu,’ katanya.

Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir.

‘Jangan ikut tabiat buruk ayah’. Itu antara kata-kata terakhir seorang banduan untuk anak-anaknya, yang masih Samuel ingat.

Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada hari hukuman.

‘Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai kemeja T dan seluar sembahyangnya. Ada yang memilih kot dan tali leher. Ada yang pakai kasut berharga RM300. Mati penuh gaya . Banduan itu kata dengan jenaka,’ cerita Samuel.

Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk pengarah dan doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari hukuman akan dilaksanakan.

BILA PINTU PERANGKAP RENGGANG

Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan secara automatik renggang sepenuhnya bila ‘gear’ ditarik.

Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian 5.18 meter.

Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian suasana penjara.

Menurut Samuel, proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyarat kepada tukang gantung untuk menarik ‘gear’ yang akan antaranya membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira-kira 15 saat.

Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut Samuel, kematian berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit dan banduan akan diturunkan dan diletak di atas troli selepas setengah jam dibiar tergantung.

‘Saya sering mengingatkan pembantu-pembantu saya supaya menghormati jenazah kerana dia sudah menjalani hukuman. Kalau kita hormat pada dia, semuanya tak ada masalah.

‘Bagi saya pula, kebiasaannya saya akan pandang muka jenazah ini dan letakkan tangan saya di atas dadanya. Ini petua yang diberi oleh bos-bos saya dulu,’ kata Samuel.

Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak keinsafan kepada Samuel. Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memupuk nilai-nilai murni kepada anak-anak mereka untuk mengelak mereka terjerumus melakukan jenayah.

‘Segala-galanya bermula dari keluarga. Kalau keluarga tak kawal, lingkup. Dadah, umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadi penagih, satu keluarga akan terjejas,’ katanya sambil menjelaskan bahawa kebanyakan kes hukuman gantung adalah berkaitan dengan dadah.

Selasa, 9 September 2014

Resepi Home Made Aiskrim :)

Satu tin susu cair / boleh juga guna susu lembu segar sebanyak 500ml
5 sudu besar susu manis
40 gram ovelet cap kijang (halal)
serbuk vanilla 1 sudu teh
gula aising 5 sudu makan pun dah cukup..

Putar semua bahan di atas dalam mixer pada kelajuan paling tinggi. Kemudian masukkan pewarna kalau suka atau perisa kalau suka. Nak blend biskut oreo ke... nak tambah milo ke..eh, milo kena boikot..arr kita tukar VICO. Nak blend blueberry kem strawberry ikut suka korang la ye.. kalau nak tambah perisa nescafe hati - hati. Sedikit serbuk nescafe tu campurkan dgn susu manis dulu. Lagi satu jangan bubuh banyak sampai satu sudu makan. 1 sudu teh dah cukup. Kang tak pasal2 aiskrim rasa pahit mcm makan peria. Hahaha....


Untuk proses sejuk beku pula... gunakan temperature yg paling freeze kalau nak aiskrim cepat beku dalam masa 3 - 5 jam... kalau tak freeze nanti besok baru boleh makan... :) 

Ok...selamat mencuba ye...

p/s : Boleh la suggest Mr. Perfect belikan lori aiskrim pas ni... kita jual aiskrim plak.. hahaha...

Isnin, 8 September 2014

Homemade aiskrim

Kali ni nak bagitau yang saya tengah makan aiskrim :)
Sabar je menanti nak tunggu keras dan sedap di makan mcm makan aiskrim yg jual kat kedai2 tu... nak betul2 freeze punya aisbox baru la keras. Pada mulanya saya tak ubah pun nombor kt peti ais beku tu... kejap2 pergi check dah beku ke tak...konon target setengah jam. Sebab nak wat ais batu setengah jam dah beku walaupun setakat nombor satu je. Lupa plak yg ni jenis berkrim. Yg ais batu cuma lah nak bekukan air. Dah tentu la lagi cepat keras. Adehhhh... last2 saya tukar nombor ke nombor 5. Kira paling freeze la ni. Nak keraskan homemade aiskrim punya pasal. Kih kih kih...
Amik masa juga la nak keras di tahap paling sedap dimakan. Lebih kurang 10 jam. Haaa.. kalo ada peti ais beku dah tentu sekejap je kot dalam 2 ke 3 jam.
Masa Mr. Perfect balik makan tengahari tunjuk kat dia... ayang buat aiskrim!!! Excited betul kan show off. Haha..
Semalam ajak dia ke Giant beli bahan. Pelik je dia bila kita cakap nk buat aiskrim. Dia diam je...
Malam ni tunjuk lagi kat dia...aiskrim dah siap!
Opsss... ayang kenapa manis sangat? Huhu... terlebih kot.
Lain kali kurangkan sikit manis... katanya. Suka lettew..

Ahad, 7 September 2014

Angsana- kedai buku BADAN

Macam biasa setiap kali pergi mana2 mall tak missed singgah di kedai buku. Hari ni my Mr.Perfect bawa berjalan ke Angsana. Kat sini yg familiar dah tentu kedai buku BADAN. Hak milik seratus peratus bumiputera Melayu. Sampai kakitangan kat situ pun kenal husband. Sebab beberapa tahun yg lalu husband pernah pasang cctv kt kedai buku ni. Ya...zaman di mana kami belum kenal lagi.
Saya jarang beli buku masak - masak sebab resepi senang dpt kat internet. Tambah pula kami sekeluarga jarang nk masak aneka pilihan. Bab2 masak ni sy minta suami yg suggest nak masak apa...nanti pandai la dia cari bahan kat kedai. Ikut budget berapa dia mampu. Lebih budget dia, sy kena la cari masakan lebih advance dari google.
Novel pun jarang saya beli kat kedai buku. Selalunya sy akan beli bahan2 ilmiah. Poyo je kan...sebenarnya memang ya. Pilihan sy bahan ilmiah saja.. contohnya, kali ni sy beli buku mengenai Palestine.
Buku ini ditulis oleh penulis dari Indonesia dan telah dialih bahasa ke bahasa melayu kita di Malaysia agar mudah difahami. Harga dlm RM10 sahaja. Murahkan. Membeli sambil menderma ke tabung Palestine. Semoga dipermudahkan.

Khamis, 4 September 2014

Bloggerati Malaysia...

Weehee...

Tahniah pada 54 orang bloggerati!!!



Apa benda la bloggerati ni ek? Entah la..haha... tapi setahu saya bloggerati2 ni semua punya bakat dan karisma yang tersendiri.. mereka umpama model iklan secara langsung. Jadi tak payah nak pergi kelas berlakon bagai kan sebab ada nya insan seperti mereka yang berani tampil bercerita. Yeay!!! (angkat tangan masing2 mcm iklan rexona)  wah saya plak lebih teruja kan..

Saya overdose teruja sebab... jeng jeng jeng...

Antara 54 bloggerati tu hanya 3 orang saja yang saya kenali.. Pertama Si Hanis Zalikha aka Keknis sebab blog dia adalah blog pertama yang saya suka baca dulu.. pastu blog dia masuk majalah apa ntah dah lupa lama sangat.. suka dengan celoteh yg dia taipkan kat blog dia.. dulu blog dia comel2 gitu...sekarang dah nampak women dan artistik sebab dah jadi artis haa.. gitu. Hehe... Dari model, blogger, pengacara dan pelakon!!! weee hee... over plak kita.
Pastu tak sangka plak tahun ni dia beraya kt kampung dia di Benut. Oh! Boleh plak gitu.. maklum la Mr. Perfect saya kan asal Benut. So dengan poyonya la tempias sikit. Ahaks.. Gurau je..tak adanya tempias sedara, cuma satu kampung je..

Lagi sorang Kathy Jem. Saya kenal dia sebab dia pernah jual mesin basuh dia kat saya RM150. Hahah... nak tau tak..blogger ni la paling sempoi... muka cantik tapi angkat mesin basuh dari apartment sebelah ke apartment sebelah tak ada pun rasa malu dan budget lawa. Mesin basuh manual plak tu... hey.. aku yg tak lawa ni pun budget2 lawa tau... dia tak ada nya kisah tu semua. Memang spesis sempoi...muka dia manis, yang menarik tu suara dia serak2 gitu. Sebab tu saya tak pernah lupakan dia, sebab suara okay.. hahaha...

Bloggerati yg ketiga yg saya kenal adalah kak Ira aka Ceeranoh. Dulu glamor dengan panggilan ceeramoon.
Ceeranoh dan Kathy ni dulu satu ofis..dan ofis mereka sebelah ofis saya juga.. tak apa kalau tak ingat, yang penting sy ingat sebab sy memang susah nak lupakan orang. Hahaha... Akak Ira ni saya suka dengan gigi dia.. wah! pelik2 je test aku minat kt orang kan.. ekek... pastu lagi satu dia suka wat muncung comel.. hahah...sesuai sangat sebab dia memang comel manja2 gitu.. haa.. gitu.

Korang search la ek nama2 blogger cantik ni... senang je nak search kt google. Pasti tak sesat punya sebab blogger otai. Nama mereka pasti naik tempat paling atas dalam carian.

Ok la.. tu je celoteh Qwen hari ni :)


Buruknya perangai kita...

Kesilapan kita ibu bapa....

Hari ni tak nak cakap panjang - panjang...

- budak sekolah rendah / anak buat facebook dgn menipu tarikh lahir mereka kt Facebook. Mesti ada sebab kenapa Mark Zukerberg yg kita benci sangat sbb dia Yahudi tidak izinkan budak kecik tak cukup umur ada FB kan...
- ada kes ibu bapa yg kejam, cucuh rokok dan seterika kt badan budak tak kurang hebatnya yg buang anak..tak kurang hebatnya juga yg tinggalkan anak dalam rumah tak makan sampai 3 bulan.. kita kata mereka kejam.. tapi sedar ke tak kita juga kejam terhadap anak sendiri sekiranya kita membiarkan mereka mendedahkan aurat di FB? Membiarkan mereka menonton keganasan di smartphone, menonton porno dan sebagainya yang menjurus kepada perkara yg tidak elok.
- sebagai ibu bapa kita telah direct hantar anak kita ke NERAKA.
- bagi hadiah kat anak konon umpan nak suruh rajin belajar... jadinya anak tu biasa sangat nak habuan. Skor A dalam UPSR nak Smartphone. Skor A dlm PMR / PT3 nak laptop. Skor A dalam SPM nak motor. Skor A dalam STPM nak kereta. Last2 jaga kita dah tua nanti dia nak tanah plak... tak bagi tanah / harta tak nak jaga. Semua kena bergaji. Padahal basuh berak makan pakai mereka dari kecik tak ada pun kita minta balasan.
- kalau tak up to date kita dikata kolot... tak modern. Nak juga follow jiran sebelah. Tak nak kalah tu salah satu penyakit yg kita ada kan..


Baru saya sedar buruknya la perangai kita bangga sangat bila anak pandai guna smartphone dan teknologi. Sapa kata tak boleh guna smartphone. Nak beli, beli je la... duit banyak berkepuk kan.. tapi beringatlah..