Klik untuk tabungan Mia dan Sarah :)

Isnin, 20 April 2015

Farah the Archery - CERPEN - Tema Fiksyen Dongeng



Usai sahaja aktiviti memanah, Farah terus ke tempat parking dan menyimpan alatan memanahnya ke dalam booth kereta Myvinya. Kemudian dia masuk ke dalam kereta lantas memecut laju meninggalkan perkarangan kem memanah tersebut.
Farah berhenti di sebuah cafe berdekatan untuk menghilangkan dahaga. Ah, macam pelik je minum sorang - sorang kat sini, bisik Farah dalam hati.
Farah memang suka menyendiri sejak dulu lagi. Dia tiada kawan rapat sepertimana gadis - gadis lain di luar sana. Baginya, sendirian itu lebih seronok. Ada kawan ramai - ramai pun bila mereka keluar bersama dia tetap diam dan hanya memerhati gelagat kawan - kawannya yang suka ketawa mengilai apabila setiap kali berjumpa. Walaubagaimanapun, hilaian tawa mereka itu tetap menghiburkan hatinya walaupun dia agak tidak selesa. Tapi, sendirian itu lebih seronok dan mengasyikkan. Dia lebih banyak berfikir, berahsia dan memerhati keadaan sekeliling.

" Hai," tiba - tiba datang seorang jejaka Melayu. Wajahnya persis korea. Bermata sepet tetapi bulat, dengan rambut disikat melawan arus, berkemeja T dengan gambar COC dan berseluar pendek paras lutut.

"Waalaikumussalam," jawab Farah ringkas. Sambil mengacau air coconut shake yang diordernya sebentar tadi.

Wajah pemuda tersebut berubah. Mungkin dia terasa diperli sebab menyapa dengan sebutan 'hai' sedangkan dia tahu gadis di depannya itu terang - terangan seorang muslimah memakai tudung.

"Minta maaf, boleh saya duduk?" pinta pemuda tersebut. Farah hanya mengangguk.

" Saya selalu nampak awak datang ke sini, nama saya Mikail," pemuda tersebut memperkenalkan dirinya sambil menghulurkan tangan. Lagi sekali dia tersipu malu kerana salamnya tidak berbalas. Farah hanya tersenyum. " Nama saya Farah," kata Farah sambil tersenyum menampakkan sebaris giginya yang agak ke dalam dan kelihatan lesung pipit yang comel di sebelah kiri pipinya.

" Boleh saya bantu awak?" soal Farah memulakan perbualan.
" Saya nak kenal je sebab saya perhatikan awak selalu datang ke sini sorang - sorang, " jawab Mikail terus terang.
" Saya baru balik dari kem memanah, sebab tu selalu ke mari. Cafe ni je paling dekat dengan kem nak hilangkan dahaga," kata Farah ramah.

Farah cepat mesra dengan orang. Akan tetapi dia selalu berhati - hati dalam meramaikan kenalan. Step pertama untuk mengelak dari masuk ke kandang harimau.

" Owh, awak archery rupanya, " kata Mikail ringkas. Farah ketawa. Mentang - mentang la pakai baju COC, aku pun kau nak samakan dengan archery? Bisik hati kecil Farah.

" Hobi saya, kalau ada kelapangan saya akan ke mari. Expert ke tak expert tu hentam je la... lagipun lama - lama memanah ni kita akan jadi lebih fokus, " terang Farah panjang lebar. Mikail hanya mengangguk tanda setuju.
"Aih, kagum sangat dia dengan aku," bisik hati Farah lagi.

" Saya nak balik dah ni, lama sangat dah kat sini, " kata Farah. Dia mengeluarkan note RM10 dari purse. Mikail melarangnya. " Tak pe, saya belanja awak kali ni, " kata Mikail.

Farah berjalan menuju ke kereta Myvinya. Sebelum bertolak dia sempat mengucapkan terima kasih kepada Mikail.

Farah melabuhkan punggungnya di birai katil. Dia mengurut - urut lengannya kerana sakit lenguh disebabkan aktiviti memanah tadi siang. Tiba - tiba wajah Mikail menjelma dalam kotak fikirannya. Astaghfirullah... Risau timbulnya zina hati, Farah mengucap panjang.

******************************************************************************

Ada sesuatu sedang menyusup laju di sebalik semak. Farah tercengang. Eh, apa benda tu? Farah bermonolog.
Zupp.. zass.. zuppp.. zasss.. mahkluk berwarna hijau tersebut berlari mengelilinginya pantas. Sukar untuk dilihat. Farah lantas mencapai anak panahnya. Panahnya dituju ke arah mahkluk tersebut. Biarpun mahkluk tersebut bergerak pantas, Farah fokus! Panah sedia untuk dilepaskan. Zapp! Farah berlari masuk ke semak di mana dia merasakan sasarannya mengena. Farah berjalan perlahan sambil meninjau kawasan sekeliling. Ada semak sedang bergerak - gerak. Ada suara mendengus. Farah dengan berani mendekatkan diri ke arah lokasi. Kelihatan darah hijau merecik di daun - daun. Sasaran mengena! Bisiknya lagi. Tiba - tiba dia terlihat sekujur tubuh yang mungil berwarna hijau dengan perut memboyot buncit sambil mengerang kesakitan menahan sakit.
"Apa ni?" jerit Farah. Penglihatan Farah lantas menjadi kelam.

********************************************************************************

Farah terdengar bisikan halus di telinganya. Suara itu agak aneh dan jarang didengari. Perlahan - lahan Farah membuka matanya. Dilihatnya sekeliling. Dia berada di dalam sebuah khemah. Khemah yang tidak pernah dia terfikir akan tidur di dalamnya. Serta merta Farah terkejut. Kejutannya telah mengejutkan seorang wanita yang rambutnya berwarna magenta.

"Eh, aku kat mana ni? " soal Farah. Farah pantas mencapai alat memanahnya untuk memanah wanita tersebut.
" Awak selamat, jangan risau. Kami telah selamatkan awak, " kata wanita tersebut. Farah melonggarkan pegangan panahnya. "Kami? Ramainya yang baik hati sangat korang ni," kata Farah yang masih dalam kebingungan.
"Nasib baik aku baik hati boleh dirunding lagi," Farah bermonolog sendirian. " Saya di mana?" Farah tidak puas hati. Soalannya dari tadi tidak berjawab.

Datang seorang lelaki setinggi lebih kurang 9 kaki dengan bentuk badan yang sangat sasa. Rambut berwarna kuning keemasan begitu juga dengan misainya yang tebal dan melengkung hingga ke mulut menyerlahkan lagi kebengisannya. Kelihatan six pax di bahagian abdomennya. Dia tidak mengenakan sebarang pakaian tetapi mengenakan kilt berwarna coklat sebagai seluar. Hanya sekadar menutup apa yang tak boleh dilihat. Farah memerhatikan sahaja dua manusia yang pelik ini. Dia pernah bertemu mereka tapi Farah tak pasti di mana.

"Hei kamu...  kamu telah mencederakan Goblin Ten dengan anak panah kamu, " kata lelaki sasa tersebut.
" Siapa Goblin Ten? Jangan main - main boleh tak?" Farah menyoal kembali.
" Sebenarnya saya tak faham saya berada di mana sekarang," Farah memperlahankan suaranya. Dia perlu bertenang kerana keadaan sangat pelik. Untuk memahami keadaan tersebut amat sukar. Jadi dia harus menenangkan dirinya sendiri.

" Minum ubat ni dulu, mungkin awak ada terhantuk di mana - mana menyebabkan awak pengsan. Ubat ni disediakan oleh Healers, dia seorang tabib di sini, " wanita berambut magenta memberikan sebiji cawan berkaki kepada Farah. Farah melihat isi cawan tersebut. Cuma air kosong. Kerana sangat dahaga, Farah terus meminum air tersebut. Rasanya payau. Dia seperti pernah meminum air tersebut sebelum ini.

" Air zamzam ni elok untuk kesihatan, " kata wanita berambut magenta kepada Farah. Farah ketawa mengekek. Situasi tersebut membuatkan dia rasa gelihati. Wanita berambut perang kehairanan.

" Kenapa?" wanita tersebut pula menyoal.
" Air zam zam, memang elok pun diminum. Tapi kenapa dunia saya jadi macam pelik sekarang ni?"
" Mari kita keluar saya tunjukkan awak tempat ni, " kata wanita berambut magenta.

Lelaki sasa dan wanita berambut magenta mengiringi Farah keluar dari khemah tersebut. Farah tercengang. Tempat tersebut seperti pernah dilihatnya tapi dia lupa di mana.

" Kamu sekarang berada di alam maya ciptaan kamu sendiri, COC atau dikenali Clash of Clans," kata lelaki bertubuh sasa. " Tidakkah kamu ingat saya? Barbarian, " jelasnya lagi.

" Saya Archer, " kata wanita berambut magenta.

Farah tercengang. Dia melihat sekeliling. Ada canon dan archer tower, ada gold mine, gold storage dan elixir storage. Ada barrack tempat di mana Barbarian & kawan - kawannya diwujudkan!

OMG! Macam mana saya nak keluar dari tempat ini? Jerit hatinya. Farah keseorangan. Rasa takut lantas menerjah ke sanubarinya. Air matanya mengalir keluar. Barbarian dan Archer saling berpandangan. Mereka kehairanan kerana melihat ada air keluar dari mata Farah. Hidung Farah menjadi kemerahan. Begitu juga matanya yang airmatanya kian laju membasahi pipi. Farah mengesat airmatanya. Dia menangis tersedu - sedu. Farah berlari masuk ke dalam khemah semula.

Archer mendapatkan Farah di dalam khemah. Dia merapati Farah yang sedang menangis tersedu - sedan.

" Awak kenapa?" tanya Archer sambil memegang bahu Farah.

" Saya bingung dan sedih kenapa saya boleh berada dalam kawasan ini. Saya seorang diri. Saya tiada kawan. Apa yang saya tahu, COC ni adalah games di dunia nyata kami. Ini cuma permainan. Tapi entah kenapa saya boleh masuk ke sini, saya rasakan bahaya 24 jam menanti kita di sini, kita akan musnah. Kalau awak semua musnah, awak semua boleh dibangkitkan semula. Kalau saya musnah bagaimana?" Kata Farah panjang lebar. Archer terkebil - kebil. Dia cuba memahami apa yang ingin disampaikan oleh Farah.

" Kubu pertahanan kami kuat, awak jangan risau. Kami di sini ramai army yang kuat dan terlatih, " kata Archer. Archer cuba memujuk menenangkan hati Farah.
Farah berhenti menangis. Dia menangis banyak pun tak berguna. Tiada magik yang membantu dia untuk kembali ke dunia nyata.

*******************************************************************

Sudah seminggu Farah di kem tersebut. Walaupun sudah lama tidak menjamah nasi, Farah masih rasa segar dan sihat dengan hanya minum air zam zam dan buah - buahan yang rasanya sangat pelik. Semakin hari Farah semakin boleh menyesuaikan diri di alam maya. Tapi dalam masa sama, dalam setiap sujudnya dia tidak putus - putus berdoa agar dia dapat kembali ke dunia nyata kembali. Dia rindukan adik - adik, rindukan pejabat, rindu kem memanah dan rindu mummy dan daddy.

Farah dikejutkan dengan teriakan Archer dari archer tower. Farah segera mencapai busur dan panahnya dan berlari ke luar. Kelihatan The Goblin dari clan musuh dengan pantas memusnahkan sistem pertahanan kem mereka.

Wizards dan Archer sedaya upaya mempertahankan kem. Barbarian dan Giants mempertahankan bahagian storage mereka. Walaupun kem mereka musnah 60 peratus, tetapi clan dari pihak musuh mengalah kerana tidak tahan akan serangan bertubi - tubi dari Pekka.

Bagi Farah. walaupun keadaan itu nampak mengarut padanya kerana terjebak di dalam games alam maya, tetapi Farah tetap membantu mereka mempertahankan clan itu daripada musnah.

Wall Breaker menghampiri Farah. Di bahu Wall Breaker ada seorang lelaki yang tidak sedarkan diri. Barbarian menghampiri dan mengarahkan pemuda tersebut di letak di dalam penjara sementara menanti pemuda tersebut sedar.

" Siapa lelaki itu? " tanya Farah.
" Dia dari clan pihak musuh, " jawab Barbarian.

Sedang Wall Breaker mengangkut musuh tersebut ke penjara, lelaki itu tiba - tiba tersedar lalu menghunuskan pedangnya pada Wall Breaker. Wall Breaker musnah. Bertempiaran tulang temulang di atas rumput. Barbarian mengeluarkan pedangnya dan berlawan dengan lelaki tersebut. Farah berlari mendapatkan mereka lalu menghalakan anah panahnya ke kepala lelaki itu.

" Hentikan perbalahan ini, kalau tak nak otak kau berterabur kat sini! " arah Farah tegas. Lelaki tersebut mengangkat tangannya tanda berundur dan menjatuhkan pedangnya. Perlahan - lahan dia memalingkan muka memandang Farah. Farah kaget dan hampir pitam. Mikail!?

*************************************************************




1 ulasan:

  1. Salam, Redha. Akak datang balas kunjungan dari FAMF Tower

    Nanti datang sini lagi nak baca cerpen :)

    BalasPadam