Klik untuk tabungan Mia dan Sarah :)

Ahad, 19 April 2015

Azura bukan advisor - CERPEN



" Ayang ni mulut tak pandai diam, asyik membebel je... "
Mereka baru sahaja beberapa bulan berkahwin. Berkahwin atas dasar suka sama suka dan bercinta selepas nikah. Azura terdiam apabila suaminya Faizul memarahinya sebentar tadi.
Oh, mungkin dia tak suka aku banyak bercakap, peramah sangat. Mungkin aku kena ubah sikap aku. Getus hatinya sendirian.
Mulai pada saat itu, Azura lebih banyak diam. Apa yang suaminya kata dia iyakan. Tak kira hal tersebut tentang peribadi atau urusan kerja. Apa boleh buat.... mungkin dia agak bodoh. Jadi, better diam dari membebel mengeluarkan idea yang mungkin bakal ditolak mentah - mentah oleh suaminya. Azura terpaksa akur. Bila sudah berkahwin, apa - apa hal kena tunduk pada suami. Akur akan perintahnya. Tiada lagi istilah diploma mahupun PHD dalam rumahtangga walaupun kau sekolah tinggi sekalipun.
Kini sudah masuk 5 tahun mereka berumahtangga. Azura masih mengekalkan sikap diam dan tak banyak membebel. Memang banyak hal yang tidak memuaskan hatinya. Biarpun begitu, Azura akan melupakan apa yang tidak memuaskan hatinya. Hinggakan dia sendiri merajuk, dia sendiri memujuk diri sendiri. Dan dia sendiri juga yang lupa akan hal apakah dia makan hati dengan sikap suaminya.
Selama itu, Azura jarang sekali meluahkan apa - apa yang tak puas hati pada sesiapapun. Rahsianya ditutup. Ia bukan menjadi rahsia lagi apabila dia sendiri pun lupa apakah sebab musabab dia makan hati dengan sikap suaminya yang kuat beta. Jadi untuk apakah Azura meluahkan pada sesiapapun sedangkan dia sendiri telah melupakan sikap kuat beta suaminya itu?

" Kau apa khabar Azura?" kata Nora. Azura menjenguk sahabat karibnya di Johor Jaya pada suatu petang di sebuah cafe.
" Aku sihat, alhamdulillah Nora..kau plak apa cerita sekarang? Bisnes okay?" soal Azura semula.
" Macam tu lah Azura," jawab Nora ringkas sambil mengukir senyuman.

Azura dan Nora berborak agak lama. Berbincang tentang hal bisnes SPAnya hingga la ke hal peribadi. Tiba - tiba Nora menyoal Azura.

" Kalau aku cakap satu benda ni kau jangan kecik hati ye Azura, " kata Nora memulakan perbualan. Azura agak pelik. Dia menanti apa yang Nora ingin sampaikan.

" Minggu lepas Faizul ada datang ke sini jumpa aku, dia cerita pasal kau," sambung Nora lagi. Azura terdiam.
" Korang ada masalah ke?" Soal Nora.
"Tak ada la...kami okay je.. kenapa ye? Dia cerita pasal apa? " soal Azura semula dengan wajah agak kebingungan.
" Dia kata dia nak kahwin lagi satu kalau boleh sebab kau malas. Baju tak berbasuh, rumah bersepah tak berkemas, pampers anak dibiar bertimbun, " kata Nora panjang lebar.
Mata Azura mulai berkaca. Dalam hatinya berkata, sanggup Faizul mengaibkan dirinya di depan orang sedangkan dia sendiri memendam hati tidak pernah diluahkan pada sesiapa selama ini. Hinggakan dia sendiri lupa akan kesilapan suaminya sendiri. Apa silap aku? Kalau aku tahu macam ni, baik dari dulu aku luah keburukan dia pada kawan - kawan. So kami sama seri! Kau malu, aku pun malu. Bisik hati kecik Azura.

" Sebenarnya aku pun lupa kenapa aku jadi macam tu Nora, " jawab Azura ringkas.
" Kau jangan biar dia cari lain, kau ubah penampilan kau. Dulu elok je kau pakai makeup. Sekarang aku tengok muka kau pucat, tak pakai lipstik.. mana tak Faizul bosan" telahan Nora panjang lebar.
Azura tahu sebenarnya itu bukan puncanya.

Dalam hati, hanya Azura sahaja yang tahu. Bukannya dia tak nak bermake-up bagai, tapi Faizul sendiri tak memberinya wang untuk membeli alatan peribadinya. Cukup hanya memberikan makan dan minum sahaja. Azura faham, apa la sangat pendapatan suaminya itu untuk membeli make-up. Membeli pakaian dan bermewah - mewah. Suaminya bukan seperti lelaki lain. Azura tidak mahu membebankan suaminya.

" Biarlah dia nak cakap apa pun, mungkin aku dah mulai malas kot, " kata Azura acuh tak acuh.

Dalam perjalanan pulang ke Kulaijaya, kata - kata sahabatnya tadi masih terngiang - ngiang di telinga. Dia sendiri sedang mencari jawapan akan persoalan yang dicetuskan oleh Nora tadi.
Akhirnya...lagi sekali, Azura melupakannya. Dan hari - hari berikutnya seperti biasa Azura melayan karenah anak - anak dan suami seperti selalu. Senyum, gembira tanpa banyak soal. Bagi dia, cukup makan pakai itu sudah memadai... dia tidak mahu menjadi wanita neraka hanya pandai meminta - minta sedangkan kemampuan tiada.
Satu hari, Azura memintakan suaminya untuk membuat satu design untuk di'print' kan atas baju. Azura tak puas hati lalu memberikan pandangan dan ideanya.
" Abang, design ni letak atas sikit baru cantik, " Azura memberikan pandangan.
Serta merta Faizul memarahinya. " Kalau nak yang cantik buatlah sendiri!" herdik suaminya.
" Tau nak membebel saja," sambung Faizul lagi.

Kecil hati Azura. Sebelum ni aku ada membebel ke? Bisiknya sendirian. Rasanya dah lama aku tak membebel. Aku membebel dengan anak aku ada lah. Bisiknya lagi.

Azura terdiam. Baru dia teringat, Faizul tak suka hasil kerjanya di kritik! Azura menahan marahnya. Dinding batu menjadi mangsa tumbukannya. Hal biasa bagi Azura sekiranya dia dalam keadaan marah. Dia lebih suka lepaskan begitu. Bila hatinya tidak dapat diatasi, Azura menangis sepuasnya. Menangis kerana dia lupa. Menangis kerana Faizul tidak akan pernah berubah! Menangis kerana manusia yang bernama Faizul itu tidak akan pernah menghargainya. Dia cuma seorang isteri yang melahirkan zuriat. Ditugaskan untuk bersalin, ditugaskan untuk memuaskan nafsu, ditugaskan untuk memasak, ditugaskan untuk bangun malam bancuh susu anak, ditugaskan untuk membuat air, ditugaskan untuk cebok bontot anak mereka. Dia bukanlah sesiapa di dalam hati Faizul! Azura bukan advisor. Azura cuma seorang setiausaha. Itulah tugasnya.

Kini, baru dia teringat. Dia jadi malas kerana Faizul sering balik kerja lewat. Pergi kerja jam 10 pagi. Balik kerja jam 3 pagi. Tempat kerja sangat dekat. Jadi Azura tak kisah dan tak mahu membebel. Dia tahu sekiranya dia membebel, Faizul pasti tidak suka. Jadi dia biarkan sahaja. Membebel juga boleh menjadi punca suami cari lain. Kerana itu Azura hanya pendam sunyinya sendirian. Tidak perlu diperbesarkan hal tersebut. Yang penting suaminya pulang. Lama - lama, Azura jadi sunyi dan bosan hingga dia sangat seronok bermalas - malas di rumah. Kerja membasuh terbengkalai. Dia lebih suka mengadap media sosial membaca blog dan melayari Facebook. Masak hanya untuk makan anak - anak. Perut sendiri lupa untuk di isi. Faizul pula bila dah pulang ke rumah, dia akan mandi dan terus tidur. Hanya pada hari Jumaat sahaja Faizul akan makan tengahari di rumah. Itulah yang menyebabkan kehidupan Azura semakin berubah.

Beberapa hari kemudian, Azura melupakan hal tersebut. Tanpa perlu banyak soal, tanpa perlu banyak bicara, tanpa perlu berbincang empat mata. Faizul pula akan tetap dengan sikapnya sampai bila - bila.

p/s : nama dan watak dalam cerpen ini tiada kaitan dengan yg hidup atau yg telah tiada.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan