Klik untuk tabungan Mia dan Sarah :)

Isnin, 2 November 2015

Minyak Kelapa Dara Wangi MRS FREE



Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah swt kerana tiba - tiba dapat FREE MRS hari ni sebagai LIKERS bertuah! Huhi...
Apa MRS ni? MRS adalah nama singkatan bagi Miracle Refreshing Serum. It's meant ada keajaiban yang bakal berlaku bila kita menggunakannya. Insyaallah dgn izin Allah. Kita hanya berusaha. Kan...

Mula - mula rasa mcm tak percaya je sebab page mereka tak ada mention pun nak bagi FREEGIFT kat siapa - siapa yang like. Wink wink.. toink toink. Loncat2 jap...
Actually tak ramai lagi yang tahu tentang kehebatan MINYAK KELAPA DARA kan... well, meh sini story sikit sebab saya memang penggemar minyak kelapa dari kecil lagi.

Kelebihan minyak kelapa dara.

Ramai sedia maklum minyak kelapa ni banyak khasiatnya. Biasanya minyak kelapa saya buat sendiri di rumah dengan menggunakan kelapa yang diparut sendiri. Lebih lemak, lebih minyaknya dan wangi. Biasanya saya buat 3kg santan bersamaan dengan 30ml minyak. Tak banyak kan? Sebab tu tak hairan la bila sebotol minyak orang boleh jual hingga mencecah RM80 - RM90 sebotol original minyak kelapa. Jangan tertipu dengan penjual yang menjual minyak di kedai - kedai pada harga RM8 sebotol. Untuk elak di tipu, hidu minyak. Minyak itu asli sekiranya bau minyak kelapa naik.. Sekiranya berbau tengik itu bukan asli kerana di campur bersama minyak masak.
Minyak kelapa biasanya digunakan sebagai minyak urut dicampurkan bersama minyak angin sedikit ketika membuat pijatan. Selain itu, saya juga meminumnya pada usia kandungan 6 bulan ke atas 1 sudu setiap pagi agar nanti mudahkan saya bersalin. Apa yang paling mengagumkan adalah, rambut saya tidak tembus pewarna kerana terlalu hitam. Sudah banyak kali saya masuk ke kedai - kedai saloon, pelanggan lain mewarnakan rambut sejam atau 2 jam sahaja. Rambut saya kena tunggu 3 jam, itu pun tidak berhasil. Dan apa yang paling saya suka, bila saya memotong rambut, ramai yang kagum melihat kehitaman rambut saya yang asli.
Di zaman ini, teknologi yang semakin canggih telah mewujudkan satu lagi produk yang berasaskan daripada kelapa iaitu minyak kelapa dara. Kebaikkannya sudah tentu lebih baik kerana minyak kelapa dara kurang berlemak berbanding minyak kelapa asli.

Sistem Pencernaan

Membantu dalam proses pencernaan yang akan membolehkan tubuh anda menghadam segala khasiat dari makanan dan membuang toksin dari badan dengan lebih baik. Ini akan membuang semua masalah yang berpunca akibat pengumpulan toksin dalam tubuh.

Sistem Imunisasi dan Kekebalan Tubuh

Tubuh anda akan lebih kebal dari penyakit kerana Minyak Kelapa Dara mempunyai sifat antivirus dan antibakteria yang kuat.

Masalah Jantung

Jantung anda akan lebih sihat dan kuat kerana kandungan asid laurik yang terkandung di dalamnya membantu mencegah masalah jantung dengan cara menurunkan kadar kolesterol dan tekanan darah tinggi. Ia juga mengurangkan kecederaan arteri dan mencegah aterosklerosis.

Kencing Manis dan Diabetes

Kandungan gula dalam darah anda akan lebih terkawal dan penghasilan insulin tubuh anda juga akan lebih bersesuaian. Ini akan mencegah dan mengubati kencing manis dan diabetes.

Resdung

Masalah resdung anda akan lebih terkawal dan sembuh kerana sifat antivirus, antibakteria, antikulat dan antiprotozoa yang akan membasmi kuman penyebab resdung.

Tiroid

Masalah hipertiroidisme dan hipotiroidisme akan dipulihkan kerana Minyak Kelapa Dara merangsang fungsi tiroid dan mempunyai pelbagai sifat antiseptik.

Mencegah Masalah Hati

Bebanan tugas pada hati anda akan berkurangan kerana ia mencegak pengumpulan lemak dan Minyak Kelapa Dara adalah zat tenaga yang mudah diubah.

Berat Badan

Kadar metabolisme tubuh anda akan meningkat dan ini akan secara tidak langsung menurunkan berat badan anda pada tahap yang bersesuaian.

Untuk Tulang

Tubuh anda akan mempunyai kebolehan menyerap kalsium dan magnesium dengan lebih baik.

Untuk Gigi

Gigi akan menjadi lebih sihat dan kuat.

Untuk Kesihatan Keseluruhan

Anda akan lebih sihat dan mampu sembuh dari pelbagai penyakit kerana Minyak Kelapa Dara memberi kebaikan dan kesembuhan dalaman dan luaran. Jadi dengan pengamalan Minyak Kelapa Dara secara berterusan, kesihatan tubuh anda anda akan berada pada tahap terbaik (optimum).

Ingin tahu lebih lanjut tentang Miracle Refreshing Serum yang berasaskan minyak kelapa dara ini? Bolehlah ke page Minyak Kelapa Dara Wangi  di Facebook. 

Here we go antara testimoni yang saya boleh share di sini... 


 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan