Klik untuk tabungan Mia dan Sarah :)

Memaparkan catatan dengan label team blogger area. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label team blogger area. Papar semua catatan

Rabu, 2 Disember 2015

JAPANESE COTTON SEJUK... CORAK TALI TAPE

Baru balik dari rumah tailor... 😁😁😁😁
Kadang2 aku pun gatey jugak tukar2 pesen.. hihi. Tailor okay je sbb dh jd regular customer.. mcm sy la jugak dgn customer sy sendiri pun mesti okay2 je.. yg penting kita pandai senyum selalu... yg tak reti senyum dgn org je payah sikit.  Org tgk kita pun keras kejung juga la jawabnya. 

********
Sementara sembang2 tu tadi main2 dgn tailor punya kucing Allahu... temok2 kucing2 dia. Hehe.. sampai duduk atas meja mesin jahit!

Pendek ceritanya, sekali sy keluarkan kain JAPANESE COTTON corak TALI TAPE!
Yg pertama baru je hantar JAPANESE COTTON juga corak petak2 hitam putih. Sedikit rare sbb petak kan.. yg latest lagi rare. 😂😂😂😂

Ya Allah lawanya Bai.. mana ko beli kain ni Bai? Jarang akak tgk...

Haaa kaw... feedbacknya mcm tu sekali.
Well... terpromot diri sendiri. Muehehe... ni sy jual kak. Ni namanya kain Japanese Cotton. Beza sgt dgn cotton ehem.

Tailor pegang2 sampai letak kt muka. Hehe... sbb sejuk katanya. Pastu customer dia yg ada kt situ pun sama pegang2 puji sejuk. Pastu tailor tunjuk baju yg first saya hantar. Dia terpromot la plak. Katanya, adik ni suka baju kain cotton. Dah byk kali hantar sini corak kain jarang jumpa KEDAI BIASA mcm ni haaa.. katanya sambil tunjuk kain hitam putih tu plak.

Makcik2, puan2, adik2, kakak2...
Sebenarnya yg menyebabkan kain tu cantik adalah sebab materialnya yg bermutu. Ada lebih 200 pilihan di dalam album kain saya di FB NORBAIZURA REDHA SPIEI. Pilih mana berkenan. Bijak pilih, cantik digaya.

****************
TAPI TAPI TAPI...
Tadi tercakap harganya RM89.
Masalahnya kain yg sy bawa tu td 2 meter je... huhu. Lupa nak sebut RM89 tu 4 meter. Mesti akak tu kata mahal sangat 2 meter RM89 😂😂😂

Tak apa.. esok pergi amik baju gosip lagi pasal kain. 😁😁😁
Zaman dulu promot tupperware, promot avon, promot beethoven guna katalog. Katalog kita sampai berjalan sendiri tanpa tuan. Tau2 kt rumah jiran seberang sana.
Zaman ni katalog swipe2 je... untung yg ada whatsapp atau telegram. Send je kaedahnya.

#TEAMBLOGGERAREA #CELOTEHQWENREDHA #SAUDAGARKAIN

Orang yg berilmu share ilmu, yang tak dapat terima ilmu adalah orang rugi

Tak pakai tudung hati janji putih
Tak guna pakai tudung kalau hati hitam... 
Tak sembahyang yang penting jujur... 
Tak guna sembahyang kalau hati busuk... 

Yang bercakap lagi tak guna... 

Benda mcm ni susah nak explain. Tau kenapa? Sebab org yg berilmu MALAS nak bertekak dengan orang kurang ilmu. Baik diam - diam je.. doa aje la dalam hati lama2 manusia ni akan insaf. Kadang - kadang akan terkena pada satu - satu masa. Tiba - tiba otak kena brainwash dgn diri sendiri. Tu makna hidayah la tu... jangan wat tak tau je.. 

Kalau tak tau jangan cakap macam ni... tak elok.. sebab manusia ni lebih suka tertarik pada sesuatu yang tidak bagus. Nanti hati akan automatik menidakkan. Walaupun otak tu berada dalam kepala masing - masing, biasanya otak ni akan kalah dari hati. Maka hati akan berkata.... 

Tak payah la pakai tudung, lagipun kita baik hati.. 
Dah la aku ni jahat, tak payah la pakai tudung nanti orang mengata plak... 
Tak payah la solat, tak solat pun kita jujur, amanah, fatonah. Tak pernah makan duit orang lagi... dengan semua customer aku jujur. 
Dah la aku ni pencuri, bercakap asyik menipu je.. kalau solat pun buat apa sia - sia je kot.. entah Allah tu terima ke tak kita yang banyak dosa ni... buat penat aje. 


Jangan putus asa dari rahmat Allah... Allah swt tau siapa yg hatinya suci. Usaha untuk menjadi manusia yang complete. Sehingga akhir nafas kita... berusahalah mengubah diri.. jangan dengki kat orang kata orang tu budget alim. Yang kita sendiri entah sampai bila nak budget kafir. 

Kita jahat, kita baik... dakwah tetap mesti berjalan. Untuk masuk syurga kita tak perlukan undi manusia... manusia tak dapat bagi jaminan syurga. Manusia hanya mampu berdoa, uruskan dan baca Al-Fatihah bila kita pergi satu masa nanti. Jangan munafik. Allah benci golongan munafik.. orang benci kita kat dunia ni tak apa.... ada bisnes orang benci, papa kedana pun orang benci, makan mewah orang benci, makan maggi pun orang benci... benci2 ni pekerjaaan orang dengki. Abaikan je walau rasa sakit dalam hati. Apa yang penting jangan sampai Allah yg benci kita.. tak selamat akhirat kita kalau Allah sudah benci.  





Siapa kata Ustazah tak bergaya?



Semalam pergi sekolah agama, cuti sekolah sempat la tengok gaya Ustazah2..

Saya tenung aje kain baju yg mereka pakai.. kenapa sy tenung? Saya jakun kah? Tak pernah nampak orang kah? Mata jahat kah? Tak... sebenarnya saya tengok kain yg mereka pakai. Taste2 orang yg bergelar ustazah suka pakai yg macam mana supaya saya boleh cari kain yg serupa. Haaa... ni kes macam tak boleh tengok jiran beli sofa baru la ni.. mesti nak ikut juga. Well... benda elok kot tak salah nak tiru utk improve diri kita.

Badan ustazah tu memang jenis besar. Kain baju dia pakai tu memang tak melekap. Dan saya YAKIN harganya pun sangat CANTIK!

Bila saya renung lama2 kainnya dari material denim yg bukan dari denim cotton lycra (lembut, bergetah/memeri, melekap)

Ketebalan denim adalah sedikit, dan tidak terlalu keras. Manakala twill pada denim nampak jelas. Twill tu apa? twill tu maksudnya yg garis2 kat seluar jeans uols tu haa cepat pergi tengok.

Saudagar kain kena expert sikit2 bab kain. hehe...

==================

Pastu sebelum balik sempat berkenalan dengan seorang lagi ustazah kecik aje orangnya... jubahnya biasa2 sahaja. Sebab ustazah tu peramah sy pun peramah juga la.. tanya itu ini sampai la kami sembang bab kain..

=================

Kesimpulannya, menutup aurat ni tak semestinya kita memakai pakaian jenis yang tebal2 sahaja. Boleh je pakai yg sedikit tebal, tapi kat blah dalam jangan la pakai ehem je. Tebal ke tak tebal kain tu bergantung kepada si pemakai. Kalau faham erti aurat, tebal atau nipis tidak menjadi masalah. Yang penting loose dan blah dalam kena pakai pakaian lain. Makesure bayang tak nampak.

Jawapan ustazah hampir sama dgn pelajar pondok berpurdah yg saya jumpa di airport KLIA2 beberapa bulan lepas.