Klik untuk tabungan Mia dan Sarah :)

Memaparkan catatan dengan label cotton. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cotton. Papar semua catatan

Rabu, 2 Disember 2015

JAPANESE COTTON SEJUK... CORAK TALI TAPE

Baru balik dari rumah tailor... 😁😁😁😁
Kadang2 aku pun gatey jugak tukar2 pesen.. hihi. Tailor okay je sbb dh jd regular customer.. mcm sy la jugak dgn customer sy sendiri pun mesti okay2 je.. yg penting kita pandai senyum selalu... yg tak reti senyum dgn org je payah sikit.  Org tgk kita pun keras kejung juga la jawabnya. 

********
Sementara sembang2 tu tadi main2 dgn tailor punya kucing Allahu... temok2 kucing2 dia. Hehe.. sampai duduk atas meja mesin jahit!

Pendek ceritanya, sekali sy keluarkan kain JAPANESE COTTON corak TALI TAPE!
Yg pertama baru je hantar JAPANESE COTTON juga corak petak2 hitam putih. Sedikit rare sbb petak kan.. yg latest lagi rare. 😂😂😂😂

Ya Allah lawanya Bai.. mana ko beli kain ni Bai? Jarang akak tgk...

Haaa kaw... feedbacknya mcm tu sekali.
Well... terpromot diri sendiri. Muehehe... ni sy jual kak. Ni namanya kain Japanese Cotton. Beza sgt dgn cotton ehem.

Tailor pegang2 sampai letak kt muka. Hehe... sbb sejuk katanya. Pastu customer dia yg ada kt situ pun sama pegang2 puji sejuk. Pastu tailor tunjuk baju yg first saya hantar. Dia terpromot la plak. Katanya, adik ni suka baju kain cotton. Dah byk kali hantar sini corak kain jarang jumpa KEDAI BIASA mcm ni haaa.. katanya sambil tunjuk kain hitam putih tu plak.

Makcik2, puan2, adik2, kakak2...
Sebenarnya yg menyebabkan kain tu cantik adalah sebab materialnya yg bermutu. Ada lebih 200 pilihan di dalam album kain saya di FB NORBAIZURA REDHA SPIEI. Pilih mana berkenan. Bijak pilih, cantik digaya.

****************
TAPI TAPI TAPI...
Tadi tercakap harganya RM89.
Masalahnya kain yg sy bawa tu td 2 meter je... huhu. Lupa nak sebut RM89 tu 4 meter. Mesti akak tu kata mahal sangat 2 meter RM89 😂😂😂

Tak apa.. esok pergi amik baju gosip lagi pasal kain. 😁😁😁
Zaman dulu promot tupperware, promot avon, promot beethoven guna katalog. Katalog kita sampai berjalan sendiri tanpa tuan. Tau2 kt rumah jiran seberang sana.
Zaman ni katalog swipe2 je... untung yg ada whatsapp atau telegram. Send je kaedahnya.

#TEAMBLOGGERAREA #CELOTEHQWENREDHA #SAUDAGARKAIN

Siapa kata Ustazah tak bergaya?



Semalam pergi sekolah agama, cuti sekolah sempat la tengok gaya Ustazah2..

Saya tenung aje kain baju yg mereka pakai.. kenapa sy tenung? Saya jakun kah? Tak pernah nampak orang kah? Mata jahat kah? Tak... sebenarnya saya tengok kain yg mereka pakai. Taste2 orang yg bergelar ustazah suka pakai yg macam mana supaya saya boleh cari kain yg serupa. Haaa... ni kes macam tak boleh tengok jiran beli sofa baru la ni.. mesti nak ikut juga. Well... benda elok kot tak salah nak tiru utk improve diri kita.

Badan ustazah tu memang jenis besar. Kain baju dia pakai tu memang tak melekap. Dan saya YAKIN harganya pun sangat CANTIK!

Bila saya renung lama2 kainnya dari material denim yg bukan dari denim cotton lycra (lembut, bergetah/memeri, melekap)

Ketebalan denim adalah sedikit, dan tidak terlalu keras. Manakala twill pada denim nampak jelas. Twill tu apa? twill tu maksudnya yg garis2 kat seluar jeans uols tu haa cepat pergi tengok.

Saudagar kain kena expert sikit2 bab kain. hehe...

==================

Pastu sebelum balik sempat berkenalan dengan seorang lagi ustazah kecik aje orangnya... jubahnya biasa2 sahaja. Sebab ustazah tu peramah sy pun peramah juga la.. tanya itu ini sampai la kami sembang bab kain..

=================

Kesimpulannya, menutup aurat ni tak semestinya kita memakai pakaian jenis yang tebal2 sahaja. Boleh je pakai yg sedikit tebal, tapi kat blah dalam jangan la pakai ehem je. Tebal ke tak tebal kain tu bergantung kepada si pemakai. Kalau faham erti aurat, tebal atau nipis tidak menjadi masalah. Yang penting loose dan blah dalam kena pakai pakaian lain. Makesure bayang tak nampak.

Jawapan ustazah hampir sama dgn pelajar pondok berpurdah yg saya jumpa di airport KLIA2 beberapa bulan lepas.

Selasa, 3 November 2015

Jadi Bijak pun susah...

Kalau kita rasa kita bijak, ada yg lagi lebih bijak....
Jgn rasa kita cukup bijak sampai kita tak nak dengar cakap org lain yg bijak....
Jangan menipu diri sendiri. Bodoh tetapi buat2 bijak.
Jangan malu jadi tak bijak kalau sememangnya kita bukan asal bijak...
Jangan mengaku pandai kalau memang tak pandai...

Manusia ni pelik sikit perangai...
merendah diri bila mula kalah...
meninggi diri bila terasa berjaya..