Klik untuk tabungan Mia dan Sarah :)

Sabtu, 23 Ogos 2014

Adakah mereka pengganas?




Adakah mereka pengganas?

Tuan Haji Mat Hassan bin Penglima Munas adalah seorang ulama dan tokoh perjuangan rakyat dalam menentang penjajahan British.

Beliau dikenali sebagai Tok Janggut kerana beliau menyimpan janggutnya sehingga ke paras dada. Tok Janggut telah dilahirkan di Kampung Jeram, Pasir Puteh, Kelantan pada tahun 1853 dan telah mendapat pendidikan pondok di Kelantan, Pattani Darussalam dan juga di Mekkah.


Bersama ribuan pengikutnya di Kelantan terutamanya di Pasir Putih, beliau menyahut seruan kerajaan Turki Uthmaniyah yang menyeru umat Islam berjihad menentang penjajah Barat British.

Tok Janggut juga berhubung rapat dengan pejuang Melayu Pahang yang menentang penjajahan British seperti Tok Gajah, Mat Kilau dan Datuk Bahaman.

British mengambil keputusan membunuh Tok Janggut kerana sedar peranan tokoh ini yang mempengaruhi rakyat menentang British.

Mereka juga melancarkan perang saraf memburukkan Tok Janggut dan pengikutnya, dengan harapan generasi mendatang menganggap lelaki itu dan kumpulannya penderhaka dan pengkhianat bangsa dan juga negara.

Tok Janggut akhirnya syahid dalam pertembungan dengan tentera Inggeris dan mayatnya kemudian diarak sekitar Pasir Puteh sebelum dibawa ke Kota Bharu dan digantung dengan kaki ke atas, kepala ke bawah di Padang Merdeka sebelum dikebumikan di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan.

Soalan pertama :

Adakah Tok Janggut pengganas kerana menentang penjajahan British?

Soalan ke-2 :

Adakah para pejuang al-Qassam dan Hamas yang berjuang untuk memerdekakan Gaza, al-Quds dan bumi Palestin daripada penjajahan rejim Zionis dikira sebagai pengganas atau teroris ?

Dipetik dari FB Dr. Zainur Rashid Zainuddin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan