Ya.. ini bukan kali pertama saya menjadi penulis blog... bezanya dulu matang 40% saja... so blog yg tak matang akan di ban serta merta :) Opss... matang la sangat kan.... muehehee....
Kini saya kembali berblogging dengan jiwa yg lebih tenang, insyaallah.. yg baik datangnya dari Allah... yg jahat datangnya dari diri sendiri kan.
Saya kini sedang dalam proses untuk memboikot FB selain McD. Sebenarnya saya boikot semua. Ya.. kadang2 dalam FB ramai yg kita lihat orang komen dalam ruangan komen, "McD je ke? Rokok tak boikot? Rokok haram"
Cuma sy nak kabo kt sesiapa yg suka cakap mcm tu, perlu ke tak kita khabar kt orang kalau kita ni orang yg suka bersedekah? Contohnya, kita taip kat status FB kita, "Hari ni saya bayar zakat, korang dah ke?" Perlu ke kita nak cerita? Rasanya tak perlu la ye tak... macam tu juga boikot. Rasanya tak perlu mereka yg boikot tu nak khabarkan semua apa yg mereka boikot.
***********************************************
FB buatkan saya jadi addict. Lupa nak buat kerja rumah dan lalai... terus terang sy katakan lebih - lebih lagi di saat ada orang yg rajin melayan karenah kita semula... pada asalnya nak jadi orang baik2...lepas tu nanti kita mudah lupa. Kadang2 masa solat kita ingat pada komen2 orang kat FB. Lain kisah yg berniaga... bila ramai sgt customer nasi, ikan kat dapur pun boleh jadi hangit. Melayan customer punya pasal. Kadang2 lupa nak masak... kadang2 anak lupa nak bg makan. Semuanya sebab lalai. Bukan sebab FB.
Tambah pula FB ada plak org cakap ada kait dgn Isrealiat. Begitu juga Whatsapp, begitu juga Telegram. Senang cakap semua kemodenan yg kita terima hari ini ada kaitan dgn Israeliat. Ya... mereka juga seperti kita...ada perubahan dan boleh berubah. Dulu kita berselendang, mandi di sungai, menutup kepala dgn kain batik..kini kita lebih modern. Tudung labuh dan berbaju labuh atas sebab kedatangan Islam di Nusantara.
Andai dulu mereka (Israeliat) hanya bergantung pada mukjizat Nabi Musa, kini mereka bergantung pada US. US la yg naikkan mereka. US pula gunakan mereka. Masing2 punya kepentingan.
Secara ringkas.. hasil yg di dapat pada US ni akan di 'sedekah' plak pada Israeliat untuk beli senjata bom dan sebagainya. Yang dibunuh siapa? Yang jadi mangsa siapa? ISLAM.
Kalau Islam yg di bunuh, kita tak sentap? Kalau tak sentap apa sebabnya? Sebab mereka bukan Melayu? Owh... begitu... kalau mereka Melayu baru lah kita nak sentap ye tak... betul juga kan...
Tapi hakikatnya saya sangat sentap... bukan sebab saya orang Arab. Bukan sebab saya orang Palestine. Tapi saya ISLAM.
Di akhirat nanti Allah swt tak akan tanya kita ni Melayu, Melanau, Cina, India. Allah akan tanya tanggungjawab kita sebagai Islam. Jadi boikot la mana yg mampu... yg mana tak ada pilihan lain baru la tak payah nak boikot. Sebagai contohnya, dari lahir kita ni makan maggi sampai la ke tua bangka makan maggi. Makanan lain tak boleh makan walaupun tukar kepada mee jenama cap mangkuk hayun. Nak juga makan mee maggi. Kalau macam tu, tak mengapa lah... makan je la maggi tu terus... tak perlu nak boikot bagai.
Lepas ni jangan plak ada yang tanya saya...google ni tak nak boikot ke? Kita boikot apa mampu...
Banyak produk Israel yg kita mampu boikot...itu pun dah boleh buat mereka panas bontot. Macam kita juga ... hantar SMS dari CELCOM ke MAXIS pun dah merungut mcm apa... padahal baru berapa sen jatuh kredit. Haa.. betul tak...kikiki.
********************************************
Dibawah adalah antara barangan Israel yang diboikot... dan memang terkejut sebab kebanyakkan barangan mereka dah puluhan tahun kita makan dan gunapakai. Apa boleh buat... jangan salahkan diri sendiri... sebab kita sendiri pun mangsa. Bezanya kita jadi mangsa ni tak mati selama kita makan dan guna barang mereka. Yang matinya cuma hati kita...
Coca - cola, setiap kali raya mesti banyak kita minum dan hidang terutama di Sarawak. Dari satu rumah ke satu rumah air gas saja.... (Orang Sarawak biasanya sebut air gas, orang Malaya sebut air bikarbonat)
Maggi, jadi idaman untuk sarapan pagi dan ketika belajar. Saya ingatkan maggi ni produk Malaysia sebab tak ada langsung ciri - ciri orang putih pada tulisan MAGGI tersebut.
Johnson & Johnson, jarang beli sebab sy bukan jenis yg berduit, sama juga brand Tommy Hilfiger, dan timberland.
Kotex, lagi la tak beli...
Carefour pun sama... pernah dulu kerja kat Carefour Subang Jaya. 3 hari je larat. Sebab kerja kena pantas. Mereka kata, mcm tu la kalau kerja dengan Singapore. Kena pantas. Rupanya bukan Singapore punya.
McD, suami rajin order tu pun bila kami balik Sarawak.Setahun hanya sekali di LCCT. Sama la mcm KFC, makan kat LCCT atau di TBS. Lepas ni, konfem tak beli melainkan terdesak sangat.
Fanta, saya ingat ni produk dari Indonesia atau Thailand.
Sprite, Pepsi, kitkat, Nestle...ingatkan ni produk Malaysia sebab iklannya pun artis2 dari Malaysia.
Dan lain - lain.... kebanyakkan saya tak beli sebab jenis tak mampu nak beli...
20th Century Fox, selama ni sy beli yang cetak rompak punya. So tak ada hal la kot... huhu...
*************************************
Setiap persoalan ada jawapan. Setiap dugaan ada hikmahnya... Berbaik sangka lah kita kepada yang Maha Menciptakan kita. Jangan lah kita banyak persoalan kenapa...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan