Klik untuk tabungan Mia dan Sarah :)

Rabu, 1 Julai 2015

Makeup Giffarine

Malam tadi member datang bawak makeup brand Giffarine. Cot cet cot cet kawan tu sembang sampai mak jemah tgk je muka dia. Nak berbual asyik kena potong je last2 mak jemah diam tgk mulut kawan tu sembang. Alahai...

Kawan tu tinggalkan produk Giffarine tu kat rumah so try apply hari ni...memang dia letak tester untuk apply2 kt muka. Mak jemah pakai lah.. rasanya dah 4 lapis pakai dh ni..

Mula2 apply doctorcos (yg dh berkurun mak jemah pakai) pastu tepek foundation giffarine. pastu pakai plak foundation stick giffarine tepek2 pastu pakai bedak giffarine. Wah2... halus betul makeup ni. duk rumah boleh la pakai.. kalau keluar dgn dia mana dpt makeup tebal2 mcm ni... cantik makeup ni. ringan dan tak bertepek. So I Try la offer kt kenalan2 kt Felda Taib Andak ni, rupanya rata2 pakai makeup giffarine. Mak andam pun guna giffarine juga utk makeup penanten. patut la muka halus lain mcm. Mak jemah je la ek ketinggalan. Anyway... TQ show me this brand. Kalau beli nanti mak kita yg pakai. kwang kwang kwang... mak sy lagi muda sbb dia rajin makeup2. skrg sy nak makeup2 bagai dah x ada kesempatan. mana ada pompuan pasang sticker pakai makeup tebal2 macam buka spa!  









Tangkapan dari kamera hp cap ExMobile






Tangkapan dari kamera hp cap Ninetology. 

Selalunya kalau mak jemah pakai makeup mesti jadi kaler kelabu. Yang ni okay.. boleh masuk kt kulit muka. Nampak natural je.. tak ada la nampak sgt muka ni plastik!

Tudung Bawal chiffon crepe warna merah sponsor oleh kawan yg bawak produk Giffarine. Dia ada jual tudung juga. 

Okay.. lepas makeup2 selfie2 bagai, mak jemah pun cuci muka. Makeup ni senang tanggal. Tak perlu kelam kabut nak apply lotion penanggal makeup kalau tiba waktu nak amik wudhuk. Cuci je dengan pembersih muka dah. 

Kalau nak beli produk ni boleh hubungi saya di 0197407113. Original Giffarine. Nak masuk ahli Giffarine kawan tu kata semalam RM30 ke RM35 mcm tu la lebih kurang. 
Dah jadi ahli boleh la dapat diskaun yang melampau! Siapa tak nak kan... boleh berniaga, boleh guna. 


Ahad, 21 Jun 2015

Petua Selepas Bersalin

1. Segarkan badan
- semasa dalam pantang ambil beberapa helai daun sireh dan daun pandan kemudian rebus bersama sedikit halba, bunga cengkih dan garam kasar. Mandi dgn menggunakan air rebusan setiap hari hingga habis pantang 40 - 100 hari.

2. Naikkan seri wajah
- Bersihkan beberapa ranting daun inai kemudian rebus guna api sederhana hingga mendidih. Biarkan suam2 dan minum air tiap pagi. dan malam. Amalkan selang sehari dalam masa seminggu.

3. Kecutkan rahim.
- Ambil segenggam daun pegaga dan rebus bersama akarnya. Masukkan bersama pucuk pokok sepagi berdiri. Minum air rebusan tadi selama tiga hari berturut - turut.



Pokok / Rumput Sepagi 
Nama lain : rumput tahi babi / bunga sawi langit
Gambar ihsan dari..

Pokok di atas ni juga sebenarnya femes dikalangan org cina. Mereka amalkan herba pokok sepagi ni sebagai penyembuh demam denggi. 

Caranya : kisar pokok ni bersama gula perang, tapis dan minum air. 


4. Rawatan dalaman.
- Tumbuk kunyit hidup dan daun inai hingga lumat. Kemudian perah dan ambil patinya lalu diminum pada waktu pagi. Lakukan selama tiga hari seminggu sepanjang waktu berpantang. Hasilnya luka akan cepat sembuh dan wajah akan berseri.

5. Tambah susu badan.
- Daun kucai dan ikan bilis direbus bersama. Makan dengan nasi panas.



6. Sembuhkan luka bersalin.
- Makan sup ikan haruan / makan ikan haruan bakar. Kecuali pada pesakit wanita yg ada cyst.

Rabu, 10 Jun 2015

Ekspo di Persada Johor Convention Centre - Mesyuarat Pegawai Kanan (SOC)

9hb June 2015 sy diajak oleh seorang sahabat utk menemani dia join satu ekspo di Nusajaya. Ekspo ni sy sendiri pun tak boleh agak apa bendanya sebab tidak di war - war kan di media sosial. Bila di tanya pada sahabat sy itu dia cuma kata 'event'. Ketika perjalanan ke sana pun sy masih blur lagi.. dah sampai sana baru la sy tau penganjur dari pihak JKR mengadakan satu mesyuarat utk pegawai kanan JKR Malaysia. Jadi dalam masa sama, mereka juga menyediakan tempat kepada peniaga untuk join ekspo menjual apa - apa produk. Ekspo ini bertujuan agar pelawat yang datang dari pelusuk negeri tidak merasa bosan apabila menghadiri mesyuarat dan event yang di buat di sini. Jadi, sambil - sambil bekerja, boleh juga mereka mencuci mata. 
Bila dan di mana mereka buat 'call' utk peniaga sy tak tau... yg sy tau sampai je di sana sy turunkan barang dan susun. Pada penglihatan sy mungkin ada 20 - 25 booth kot yang dibuka. Yang sy pasti sahabat sy book dua booth utk product kecantikkan dan lain - lain product sebagai back up. Main product yang dijual adalah product Nouvelle Visages (NV)  iaitu antara product yang paling legend dalam industri kecantikkan di Malaysia. 





Nasib baik la bunting / banting ni betul - betul berada di booth kami. Baru lah persoalan sy selama sebulan terjawab. 



Tudung Yuhanis - paling laris. 


Kepada sesiapa yang masih setia menggunakan product NV boleh la dapatkan yang asli di Diaries Saloon di Plentong. Di sana juga sahabat saya menyediakan perkhidmatan facial & treatment wajah pada kadar yang sangat murah dan dia juga menyediakan perkhidmatan potong rambut untuk kaum muslimah. Berminat boleh hubungi sahabat sy di 013-745 5272 (Nora)


Liptint & K- Colly yang juga sangat laris.


Trial set NV boleh didapati pada harga RM124.90



Baju kurung moden lace prada dengan butiran manik pada harga RM190. 


Antara pelanggan dari kalangan penjawat awam khusyuk mendengar penjelasan dari Beauty Consultant kami.



Rasanya sejak kahwin dah lama sy tak join exspo - exspo macam ni... alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik dan lancar. Walaupun pada mulanya sy agak blur, tapi bila dah nampak banting kat belakang tu - Mesyuarat Pegawai Kanan, sy dah boleh agak apa yang mereka usahakan. 
Okay la..tudung mak jemah pun dah kembang2. Makeup mak jemah yang mak jemah tahan dari pagi tu pun dah luluh.. mak jemah pun kemas - kemas barang nak balik.. kepada booth yg lain, mak jemah tak sempat nak jengah sebab sibuk layan customer 'Yuhanis'.


Sebelum balik saya sempat singgah di booth sebelah beli kerepek ubi kayu. Sedap, rangup dan lemak. Tak lama lagi nak raya kan... i suggest uols beli kerepek ni memang sangat sedap. 


Malay people say what? Sagat yer? Memang sangat nipis di sagat. Sagat ke? Erm.. hiris la senang. hehe... 




Exora (ikan paus) depan bawa stok. Hehe... 



Sy dan sahabat bawa stok baju - kami naik ikan bilis je.. Kelisa. Comel apa kelisa. Macam saya. Hahaha.... 


Terima kasih kepada Persada Johor Convention Centre kerana membuka & memberi kami peluang untuk berniaga di sana. Okay... goodbye Persada Johor...till we meet again..

Setibanya di rumah sy google Mesyuarat pegawai kanan.. dan jawapannya seperti di bawah.. 

***************************

PELAWAAN MENYERTAI ANUGERAH JKR MALAYSIA 
SEMPENA MESYUARAT PEGAWAI KANAN (SOC) JKR  MALAYSIA 2015

Sukacita dimaklumkan, bersempena dengan Mesyuarat Pegawai Kanan (SOC) JKR Malaysia 2015 yang dijadualkan berlangsung di Negeri Johor Darul Takzim pada 8-10 Jun 2015 (Isnin-Rabu), pihak Urus Setia Anugerah JKR Malaysia mempelawa YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk menyertai Anugerah JKR Malaysia seperti yang berikut :

1)Anugerah Pengurusan JKR Daerah Terbaik 2015
2)Anugerah Pengurusan Pejabat Terbaik 2015
3)Anugerah Pengurusan Projek Terbaik 2015
4)Anugerah Kontraktor Cemerlang 2015

Sehubungan itu, semua JKR Cawangan/Negeri/Unit Khas dengan segala hormatnya dipelawa untuk menyertai anugerah-anugerah ini dengan mengemukakan Borang Penyertaan dan Laporan Ringkas seperti yang dinyatakan dalam Garis Panduan yang dilampirkan kepada pihak Urus Setia selewat-lewatnya pada 28 Januari 2015 (Rabu).

Ringkasan keperluan penyertaan bagi anugerah yang dipertandingkan ini adalah seperti di Lampiran 1. Sila rujuk Garis Panduan Anugerah 2015 yang dilampirkan untuk maklumat lanjut.

    
 Anugerah Yang Dipertandingkan  
 
Muat Turun
Garis Panduan 
 
 1. 

Anugerah Pengurusan JKR Daerah Terbaik 2015

  Lampiran A

 2.

Anugerah Pengurusan Pejabat Terbaik 2015

  Lampiran B

 3.

Anugerah Pengurusan Projek Terbaik 2015

  Lampuran C

 4.

Anugerah Kontraktor Cemerlang 2015
 
  Lampiran D

Sekian, terima kasih. 


Unit Anugerah
Bahagian Pengurusan Kualiti
Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat

******************************

Saya peroleh di portal rasmi JKR 







Jumaat, 29 Mei 2015

Kek Lapis Coklat - Cheese kukus




Resepi : 

Serbuk koko 1 cawan + susu cair 400ml + minyak jagung 1 cawan (jgn penuh sangat tau, agak2 je mcm tuang air teh ) masukkan bahan ni dalam periuk panaskan sampai mendidih pastu + gula kastor 1/2 cawan.
di bekas lain pukul 3 biji telur ayam sampai kembang + esen vanilla sikit. 
Adunan coklat tadi tu kalau dah rasa agak suam, masukkan ke dalam bekas adun telur tadi. Kacau2 rata.. pastu + susu manis dalam 1/2 cawan. Kalau nak lagi manis boleh masukkan setin susu :D
Dah kacau2 tu + plak tepung gandum. Mula2 masukkan 1 cawan pastu tambah lagi 1/2 cawan. Ayak tau! 
Gaul2 rata2.. pastu + plak baking soda + serbuk penaik dalam 1 sudu teh je.. ayak kan juga biar elok sebati. Kadang2 baking poder ni kalau tak ayak nanti bila kek tu dah jadi ada benda mcm putih2 kat kek sebab baking poder tak hancur. 
Okay...siap adunan coklat ni.. alaskan loyang bulat atau loyang bersegi. Make sure air kukus dah dipanaskan siang2 lagi ye... 
Masukkan separuh adunan coklat ni dalam loyang. Tutup guna aluminum foil dan kukus. Sambil2 menunggu tu.. amik machine mixer kesayangan korang. Mix kan 250gm cream cheese + gula kastor 50gm + susu segar 1 senduk + telur gred A 1 biji. Kalau gred lain letak 2 biji dan + tepung gandum 1 sudu besar. Sudu makan tu..mix rata2 gebu2 ye... 

Kukus tadi dah sampai 20 minit - 30 minit kan, haaa keluarkan cepat2.. lama sangat nanti tak nak melekat cheese korang. 
Masukkan plak adunan cheese semua ke dalam loyang. Pastu tutup semula guna aluminium foil. Kukus. 
Check selalu ye.. agak2 keras tu masukkan plak adunan coklat yg last sekali. Kalau terlebih rajin buat la berlapis - lapis banyak kali. Kalau terkurang rajin masukkan adunan coklat dulu sampai habis pastu masuk adunan cheese plak sampai habis. Pun lawa juga hasilnya. Okay...selamat mencuba ye.. 

Siapa tak pandai buat, tak ada masa nak buat, tak suka bermain dengan kukus.. boleh beli dari saya. Harga RM30 self -pickup di Taman Anjaria, Felda Taib Andak. RM35 COD sekitar Kulaijaya dan JB sy hantar sampai pintu rumah. Singaporean COD di Tesco Tebrau. Manakala Simpang Renggam, Pontian dan Benut minimum order 2 buku. 

Berat / Weight : >700gm


Hehe.. 



Isnin, 20 April 2015

Farah the Archery - CERPEN - Tema Fiksyen Dongeng



Usai sahaja aktiviti memanah, Farah terus ke tempat parking dan menyimpan alatan memanahnya ke dalam booth kereta Myvinya. Kemudian dia masuk ke dalam kereta lantas memecut laju meninggalkan perkarangan kem memanah tersebut.
Farah berhenti di sebuah cafe berdekatan untuk menghilangkan dahaga. Ah, macam pelik je minum sorang - sorang kat sini, bisik Farah dalam hati.
Farah memang suka menyendiri sejak dulu lagi. Dia tiada kawan rapat sepertimana gadis - gadis lain di luar sana. Baginya, sendirian itu lebih seronok. Ada kawan ramai - ramai pun bila mereka keluar bersama dia tetap diam dan hanya memerhati gelagat kawan - kawannya yang suka ketawa mengilai apabila setiap kali berjumpa. Walaubagaimanapun, hilaian tawa mereka itu tetap menghiburkan hatinya walaupun dia agak tidak selesa. Tapi, sendirian itu lebih seronok dan mengasyikkan. Dia lebih banyak berfikir, berahsia dan memerhati keadaan sekeliling.

" Hai," tiba - tiba datang seorang jejaka Melayu. Wajahnya persis korea. Bermata sepet tetapi bulat, dengan rambut disikat melawan arus, berkemeja T dengan gambar COC dan berseluar pendek paras lutut.

"Waalaikumussalam," jawab Farah ringkas. Sambil mengacau air coconut shake yang diordernya sebentar tadi.

Wajah pemuda tersebut berubah. Mungkin dia terasa diperli sebab menyapa dengan sebutan 'hai' sedangkan dia tahu gadis di depannya itu terang - terangan seorang muslimah memakai tudung.

"Minta maaf, boleh saya duduk?" pinta pemuda tersebut. Farah hanya mengangguk.

" Saya selalu nampak awak datang ke sini, nama saya Mikail," pemuda tersebut memperkenalkan dirinya sambil menghulurkan tangan. Lagi sekali dia tersipu malu kerana salamnya tidak berbalas. Farah hanya tersenyum. " Nama saya Farah," kata Farah sambil tersenyum menampakkan sebaris giginya yang agak ke dalam dan kelihatan lesung pipit yang comel di sebelah kiri pipinya.

" Boleh saya bantu awak?" soal Farah memulakan perbualan.
" Saya nak kenal je sebab saya perhatikan awak selalu datang ke sini sorang - sorang, " jawab Mikail terus terang.
" Saya baru balik dari kem memanah, sebab tu selalu ke mari. Cafe ni je paling dekat dengan kem nak hilangkan dahaga," kata Farah ramah.

Farah cepat mesra dengan orang. Akan tetapi dia selalu berhati - hati dalam meramaikan kenalan. Step pertama untuk mengelak dari masuk ke kandang harimau.

" Owh, awak archery rupanya, " kata Mikail ringkas. Farah ketawa. Mentang - mentang la pakai baju COC, aku pun kau nak samakan dengan archery? Bisik hati kecil Farah.

" Hobi saya, kalau ada kelapangan saya akan ke mari. Expert ke tak expert tu hentam je la... lagipun lama - lama memanah ni kita akan jadi lebih fokus, " terang Farah panjang lebar. Mikail hanya mengangguk tanda setuju.
"Aih, kagum sangat dia dengan aku," bisik hati Farah lagi.

" Saya nak balik dah ni, lama sangat dah kat sini, " kata Farah. Dia mengeluarkan note RM10 dari purse. Mikail melarangnya. " Tak pe, saya belanja awak kali ni, " kata Mikail.

Farah berjalan menuju ke kereta Myvinya. Sebelum bertolak dia sempat mengucapkan terima kasih kepada Mikail.

Farah melabuhkan punggungnya di birai katil. Dia mengurut - urut lengannya kerana sakit lenguh disebabkan aktiviti memanah tadi siang. Tiba - tiba wajah Mikail menjelma dalam kotak fikirannya. Astaghfirullah... Risau timbulnya zina hati, Farah mengucap panjang.

******************************************************************************

Ada sesuatu sedang menyusup laju di sebalik semak. Farah tercengang. Eh, apa benda tu? Farah bermonolog.
Zupp.. zass.. zuppp.. zasss.. mahkluk berwarna hijau tersebut berlari mengelilinginya pantas. Sukar untuk dilihat. Farah lantas mencapai anak panahnya. Panahnya dituju ke arah mahkluk tersebut. Biarpun mahkluk tersebut bergerak pantas, Farah fokus! Panah sedia untuk dilepaskan. Zapp! Farah berlari masuk ke semak di mana dia merasakan sasarannya mengena. Farah berjalan perlahan sambil meninjau kawasan sekeliling. Ada semak sedang bergerak - gerak. Ada suara mendengus. Farah dengan berani mendekatkan diri ke arah lokasi. Kelihatan darah hijau merecik di daun - daun. Sasaran mengena! Bisiknya lagi. Tiba - tiba dia terlihat sekujur tubuh yang mungil berwarna hijau dengan perut memboyot buncit sambil mengerang kesakitan menahan sakit.
"Apa ni?" jerit Farah. Penglihatan Farah lantas menjadi kelam.

********************************************************************************

Farah terdengar bisikan halus di telinganya. Suara itu agak aneh dan jarang didengari. Perlahan - lahan Farah membuka matanya. Dilihatnya sekeliling. Dia berada di dalam sebuah khemah. Khemah yang tidak pernah dia terfikir akan tidur di dalamnya. Serta merta Farah terkejut. Kejutannya telah mengejutkan seorang wanita yang rambutnya berwarna magenta.

"Eh, aku kat mana ni? " soal Farah. Farah pantas mencapai alat memanahnya untuk memanah wanita tersebut.
" Awak selamat, jangan risau. Kami telah selamatkan awak, " kata wanita tersebut. Farah melonggarkan pegangan panahnya. "Kami? Ramainya yang baik hati sangat korang ni," kata Farah yang masih dalam kebingungan.
"Nasib baik aku baik hati boleh dirunding lagi," Farah bermonolog sendirian. " Saya di mana?" Farah tidak puas hati. Soalannya dari tadi tidak berjawab.

Datang seorang lelaki setinggi lebih kurang 9 kaki dengan bentuk badan yang sangat sasa. Rambut berwarna kuning keemasan begitu juga dengan misainya yang tebal dan melengkung hingga ke mulut menyerlahkan lagi kebengisannya. Kelihatan six pax di bahagian abdomennya. Dia tidak mengenakan sebarang pakaian tetapi mengenakan kilt berwarna coklat sebagai seluar. Hanya sekadar menutup apa yang tak boleh dilihat. Farah memerhatikan sahaja dua manusia yang pelik ini. Dia pernah bertemu mereka tapi Farah tak pasti di mana.

"Hei kamu...  kamu telah mencederakan Goblin Ten dengan anak panah kamu, " kata lelaki sasa tersebut.
" Siapa Goblin Ten? Jangan main - main boleh tak?" Farah menyoal kembali.
" Sebenarnya saya tak faham saya berada di mana sekarang," Farah memperlahankan suaranya. Dia perlu bertenang kerana keadaan sangat pelik. Untuk memahami keadaan tersebut amat sukar. Jadi dia harus menenangkan dirinya sendiri.

" Minum ubat ni dulu, mungkin awak ada terhantuk di mana - mana menyebabkan awak pengsan. Ubat ni disediakan oleh Healers, dia seorang tabib di sini, " wanita berambut magenta memberikan sebiji cawan berkaki kepada Farah. Farah melihat isi cawan tersebut. Cuma air kosong. Kerana sangat dahaga, Farah terus meminum air tersebut. Rasanya payau. Dia seperti pernah meminum air tersebut sebelum ini.

" Air zamzam ni elok untuk kesihatan, " kata wanita berambut magenta kepada Farah. Farah ketawa mengekek. Situasi tersebut membuatkan dia rasa gelihati. Wanita berambut perang kehairanan.

" Kenapa?" wanita tersebut pula menyoal.
" Air zam zam, memang elok pun diminum. Tapi kenapa dunia saya jadi macam pelik sekarang ni?"
" Mari kita keluar saya tunjukkan awak tempat ni, " kata wanita berambut magenta.

Lelaki sasa dan wanita berambut magenta mengiringi Farah keluar dari khemah tersebut. Farah tercengang. Tempat tersebut seperti pernah dilihatnya tapi dia lupa di mana.

" Kamu sekarang berada di alam maya ciptaan kamu sendiri, COC atau dikenali Clash of Clans," kata lelaki bertubuh sasa. " Tidakkah kamu ingat saya? Barbarian, " jelasnya lagi.

" Saya Archer, " kata wanita berambut magenta.

Farah tercengang. Dia melihat sekeliling. Ada canon dan archer tower, ada gold mine, gold storage dan elixir storage. Ada barrack tempat di mana Barbarian & kawan - kawannya diwujudkan!

OMG! Macam mana saya nak keluar dari tempat ini? Jerit hatinya. Farah keseorangan. Rasa takut lantas menerjah ke sanubarinya. Air matanya mengalir keluar. Barbarian dan Archer saling berpandangan. Mereka kehairanan kerana melihat ada air keluar dari mata Farah. Hidung Farah menjadi kemerahan. Begitu juga matanya yang airmatanya kian laju membasahi pipi. Farah mengesat airmatanya. Dia menangis tersedu - sedu. Farah berlari masuk ke dalam khemah semula.

Archer mendapatkan Farah di dalam khemah. Dia merapati Farah yang sedang menangis tersedu - sedan.

" Awak kenapa?" tanya Archer sambil memegang bahu Farah.

" Saya bingung dan sedih kenapa saya boleh berada dalam kawasan ini. Saya seorang diri. Saya tiada kawan. Apa yang saya tahu, COC ni adalah games di dunia nyata kami. Ini cuma permainan. Tapi entah kenapa saya boleh masuk ke sini, saya rasakan bahaya 24 jam menanti kita di sini, kita akan musnah. Kalau awak semua musnah, awak semua boleh dibangkitkan semula. Kalau saya musnah bagaimana?" Kata Farah panjang lebar. Archer terkebil - kebil. Dia cuba memahami apa yang ingin disampaikan oleh Farah.

" Kubu pertahanan kami kuat, awak jangan risau. Kami di sini ramai army yang kuat dan terlatih, " kata Archer. Archer cuba memujuk menenangkan hati Farah.
Farah berhenti menangis. Dia menangis banyak pun tak berguna. Tiada magik yang membantu dia untuk kembali ke dunia nyata.

*******************************************************************

Sudah seminggu Farah di kem tersebut. Walaupun sudah lama tidak menjamah nasi, Farah masih rasa segar dan sihat dengan hanya minum air zam zam dan buah - buahan yang rasanya sangat pelik. Semakin hari Farah semakin boleh menyesuaikan diri di alam maya. Tapi dalam masa sama, dalam setiap sujudnya dia tidak putus - putus berdoa agar dia dapat kembali ke dunia nyata kembali. Dia rindukan adik - adik, rindukan pejabat, rindu kem memanah dan rindu mummy dan daddy.

Farah dikejutkan dengan teriakan Archer dari archer tower. Farah segera mencapai busur dan panahnya dan berlari ke luar. Kelihatan The Goblin dari clan musuh dengan pantas memusnahkan sistem pertahanan kem mereka.

Wizards dan Archer sedaya upaya mempertahankan kem. Barbarian dan Giants mempertahankan bahagian storage mereka. Walaupun kem mereka musnah 60 peratus, tetapi clan dari pihak musuh mengalah kerana tidak tahan akan serangan bertubi - tubi dari Pekka.

Bagi Farah. walaupun keadaan itu nampak mengarut padanya kerana terjebak di dalam games alam maya, tetapi Farah tetap membantu mereka mempertahankan clan itu daripada musnah.

Wall Breaker menghampiri Farah. Di bahu Wall Breaker ada seorang lelaki yang tidak sedarkan diri. Barbarian menghampiri dan mengarahkan pemuda tersebut di letak di dalam penjara sementara menanti pemuda tersebut sedar.

" Siapa lelaki itu? " tanya Farah.
" Dia dari clan pihak musuh, " jawab Barbarian.

Sedang Wall Breaker mengangkut musuh tersebut ke penjara, lelaki itu tiba - tiba tersedar lalu menghunuskan pedangnya pada Wall Breaker. Wall Breaker musnah. Bertempiaran tulang temulang di atas rumput. Barbarian mengeluarkan pedangnya dan berlawan dengan lelaki tersebut. Farah berlari mendapatkan mereka lalu menghalakan anah panahnya ke kepala lelaki itu.

" Hentikan perbalahan ini, kalau tak nak otak kau berterabur kat sini! " arah Farah tegas. Lelaki tersebut mengangkat tangannya tanda berundur dan menjatuhkan pedangnya. Perlahan - lahan dia memalingkan muka memandang Farah. Farah kaget dan hampir pitam. Mikail!?

*************************************************************




Ahad, 19 April 2015

Azura bukan advisor - CERPEN



" Ayang ni mulut tak pandai diam, asyik membebel je... "
Mereka baru sahaja beberapa bulan berkahwin. Berkahwin atas dasar suka sama suka dan bercinta selepas nikah. Azura terdiam apabila suaminya Faizul memarahinya sebentar tadi.
Oh, mungkin dia tak suka aku banyak bercakap, peramah sangat. Mungkin aku kena ubah sikap aku. Getus hatinya sendirian.
Mulai pada saat itu, Azura lebih banyak diam. Apa yang suaminya kata dia iyakan. Tak kira hal tersebut tentang peribadi atau urusan kerja. Apa boleh buat.... mungkin dia agak bodoh. Jadi, better diam dari membebel mengeluarkan idea yang mungkin bakal ditolak mentah - mentah oleh suaminya. Azura terpaksa akur. Bila sudah berkahwin, apa - apa hal kena tunduk pada suami. Akur akan perintahnya. Tiada lagi istilah diploma mahupun PHD dalam rumahtangga walaupun kau sekolah tinggi sekalipun.
Kini sudah masuk 5 tahun mereka berumahtangga. Azura masih mengekalkan sikap diam dan tak banyak membebel. Memang banyak hal yang tidak memuaskan hatinya. Biarpun begitu, Azura akan melupakan apa yang tidak memuaskan hatinya. Hinggakan dia sendiri merajuk, dia sendiri memujuk diri sendiri. Dan dia sendiri juga yang lupa akan hal apakah dia makan hati dengan sikap suaminya.
Selama itu, Azura jarang sekali meluahkan apa - apa yang tak puas hati pada sesiapapun. Rahsianya ditutup. Ia bukan menjadi rahsia lagi apabila dia sendiri pun lupa apakah sebab musabab dia makan hati dengan sikap suaminya yang kuat beta. Jadi untuk apakah Azura meluahkan pada sesiapapun sedangkan dia sendiri telah melupakan sikap kuat beta suaminya itu?

" Kau apa khabar Azura?" kata Nora. Azura menjenguk sahabat karibnya di Johor Jaya pada suatu petang di sebuah cafe.
" Aku sihat, alhamdulillah Nora..kau plak apa cerita sekarang? Bisnes okay?" soal Azura semula.
" Macam tu lah Azura," jawab Nora ringkas sambil mengukir senyuman.

Azura dan Nora berborak agak lama. Berbincang tentang hal bisnes SPAnya hingga la ke hal peribadi. Tiba - tiba Nora menyoal Azura.

" Kalau aku cakap satu benda ni kau jangan kecik hati ye Azura, " kata Nora memulakan perbualan. Azura agak pelik. Dia menanti apa yang Nora ingin sampaikan.

" Minggu lepas Faizul ada datang ke sini jumpa aku, dia cerita pasal kau," sambung Nora lagi. Azura terdiam.
" Korang ada masalah ke?" Soal Nora.
"Tak ada la...kami okay je.. kenapa ye? Dia cerita pasal apa? " soal Azura semula dengan wajah agak kebingungan.
" Dia kata dia nak kahwin lagi satu kalau boleh sebab kau malas. Baju tak berbasuh, rumah bersepah tak berkemas, pampers anak dibiar bertimbun, " kata Nora panjang lebar.
Mata Azura mulai berkaca. Dalam hatinya berkata, sanggup Faizul mengaibkan dirinya di depan orang sedangkan dia sendiri memendam hati tidak pernah diluahkan pada sesiapa selama ini. Hinggakan dia sendiri lupa akan kesilapan suaminya sendiri. Apa silap aku? Kalau aku tahu macam ni, baik dari dulu aku luah keburukan dia pada kawan - kawan. So kami sama seri! Kau malu, aku pun malu. Bisik hati kecik Azura.

" Sebenarnya aku pun lupa kenapa aku jadi macam tu Nora, " jawab Azura ringkas.
" Kau jangan biar dia cari lain, kau ubah penampilan kau. Dulu elok je kau pakai makeup. Sekarang aku tengok muka kau pucat, tak pakai lipstik.. mana tak Faizul bosan" telahan Nora panjang lebar.
Azura tahu sebenarnya itu bukan puncanya.

Dalam hati, hanya Azura sahaja yang tahu. Bukannya dia tak nak bermake-up bagai, tapi Faizul sendiri tak memberinya wang untuk membeli alatan peribadinya. Cukup hanya memberikan makan dan minum sahaja. Azura faham, apa la sangat pendapatan suaminya itu untuk membeli make-up. Membeli pakaian dan bermewah - mewah. Suaminya bukan seperti lelaki lain. Azura tidak mahu membebankan suaminya.

" Biarlah dia nak cakap apa pun, mungkin aku dah mulai malas kot, " kata Azura acuh tak acuh.

Dalam perjalanan pulang ke Kulaijaya, kata - kata sahabatnya tadi masih terngiang - ngiang di telinga. Dia sendiri sedang mencari jawapan akan persoalan yang dicetuskan oleh Nora tadi.
Akhirnya...lagi sekali, Azura melupakannya. Dan hari - hari berikutnya seperti biasa Azura melayan karenah anak - anak dan suami seperti selalu. Senyum, gembira tanpa banyak soal. Bagi dia, cukup makan pakai itu sudah memadai... dia tidak mahu menjadi wanita neraka hanya pandai meminta - minta sedangkan kemampuan tiada.
Satu hari, Azura memintakan suaminya untuk membuat satu design untuk di'print' kan atas baju. Azura tak puas hati lalu memberikan pandangan dan ideanya.
" Abang, design ni letak atas sikit baru cantik, " Azura memberikan pandangan.
Serta merta Faizul memarahinya. " Kalau nak yang cantik buatlah sendiri!" herdik suaminya.
" Tau nak membebel saja," sambung Faizul lagi.

Kecil hati Azura. Sebelum ni aku ada membebel ke? Bisiknya sendirian. Rasanya dah lama aku tak membebel. Aku membebel dengan anak aku ada lah. Bisiknya lagi.

Azura terdiam. Baru dia teringat, Faizul tak suka hasil kerjanya di kritik! Azura menahan marahnya. Dinding batu menjadi mangsa tumbukannya. Hal biasa bagi Azura sekiranya dia dalam keadaan marah. Dia lebih suka lepaskan begitu. Bila hatinya tidak dapat diatasi, Azura menangis sepuasnya. Menangis kerana dia lupa. Menangis kerana Faizul tidak akan pernah berubah! Menangis kerana manusia yang bernama Faizul itu tidak akan pernah menghargainya. Dia cuma seorang isteri yang melahirkan zuriat. Ditugaskan untuk bersalin, ditugaskan untuk memuaskan nafsu, ditugaskan untuk memasak, ditugaskan untuk bangun malam bancuh susu anak, ditugaskan untuk membuat air, ditugaskan untuk cebok bontot anak mereka. Dia bukanlah sesiapa di dalam hati Faizul! Azura bukan advisor. Azura cuma seorang setiausaha. Itulah tugasnya.

Kini, baru dia teringat. Dia jadi malas kerana Faizul sering balik kerja lewat. Pergi kerja jam 10 pagi. Balik kerja jam 3 pagi. Tempat kerja sangat dekat. Jadi Azura tak kisah dan tak mahu membebel. Dia tahu sekiranya dia membebel, Faizul pasti tidak suka. Jadi dia biarkan sahaja. Membebel juga boleh menjadi punca suami cari lain. Kerana itu Azura hanya pendam sunyinya sendirian. Tidak perlu diperbesarkan hal tersebut. Yang penting suaminya pulang. Lama - lama, Azura jadi sunyi dan bosan hingga dia sangat seronok bermalas - malas di rumah. Kerja membasuh terbengkalai. Dia lebih suka mengadap media sosial membaca blog dan melayari Facebook. Masak hanya untuk makan anak - anak. Perut sendiri lupa untuk di isi. Faizul pula bila dah pulang ke rumah, dia akan mandi dan terus tidur. Hanya pada hari Jumaat sahaja Faizul akan makan tengahari di rumah. Itulah yang menyebabkan kehidupan Azura semakin berubah.

Beberapa hari kemudian, Azura melupakan hal tersebut. Tanpa perlu banyak soal, tanpa perlu banyak bicara, tanpa perlu berbincang empat mata. Faizul pula akan tetap dengan sikapnya sampai bila - bila.

p/s : nama dan watak dalam cerpen ini tiada kaitan dengan yg hidup atau yg telah tiada.


Sabtu, 18 April 2015

Sekarang dah busy ~

Dah lebih sebulan tak menulis blog. Asyik tiada kesempatan. Padahal on komputer tinggal nak taip je kot. Banyaknya idea nak menulis ketika itu tapi sempat tulis kat diari je.. suka duka semua tulis dalam diari. Jadi, apa yg nak ditaipkan lagi di blog? hehe... nak aku meroyan dalam blog ke? Owh tidak... kalau boleh ditahankan saje lah sikap tak matang tu... kat FB pun aku dah jarang nak meroyan. Mula - mula memang tak biasa. Asyik nak update status je... aku bawa main - main, bawa nonton2 TV. Cerita berulang kat astro pun aku layan je... lama2 benda tu jadi biasa. So sekarang memang aku ada online FB tapi nak update status gila meroyan tu aku dah fed-up. Alhamdulillah... kalau meroyan pun aku meroyan dalam diari je..aku sorang boleh baca. Kalau kantoi pun aku pasti orang yg membacanya pasti akan menyesal. Wakakak...

Actually, selama berbulan tu aku sibuk jadi manager. Haa la manager. Al - maklum bisnes dah register kt SSM. Sekarang tengah usaha nak dapatkan Kementerian Kewangan plak... walaupun aku ni bukan dari keluarga berniaga, tapi aku paksa juga diri aku nak berniaga walaupun tak ada tuah dalam berniaga. Aku percaya pada rezeki Allah bagi. Aku bukan jenis baca horoscope atau percaya benda - benda takdir ikut pada tarikh lahir, nama dan sebagainya tu. Astaghfirullah... sesiapa yg percaya tu mohon baca kalimah syahadah semula. Rezeki tu Allah dah bahagi - bahagikan.. yg tak kerja pun boleh makan, apa lagi kalau kita usaha lebih. Yang penting kena ingat halal. Jangan yg haram pun kita halalkan. Rezeki masyuk tapi tak berkat.

Dulu kami bermula dengan perniagaan cyber cafe. Aku plak berniaga kek lapis Sarawak. Opkos, sampai sekarang customer masih boleh order lagi kalau ada sesiapa nak kek lapis. Rate price dari RM30 - RM38. Tengok jenis kek.. dulu aku buat sendiri. Sekarang aku dah dapat supplier directly from Kuching, Sarawak.. Kurang sikit penat sebab no need to bancuh2 dah. Tinggal buat marketing je... sedap pun sedap.

Lepas tu aku berjinak - jinak plak dengan perniagaan dropship baju. Macam - macam jenis customer aku jumpa dan macam - macam supplier aku kenal. Banyak rugi dari untung sebab nak jadi peniaga jujur. Sampai aku pulangkan balik duit customer sebab aku sendiri tak puas hati dengan pakaian yg customer dapat. Aku plak yg sentap lebih. hehe... ye lah. Tu lah aku kalau orang nak kenal. Kalau ada silap sikit mula la aku membebel tak sudah. Aduhai....everything nak kena perfect. Sometimes laki aku pun bising dengan sikap nak perfect je... hehe.

Tapi sekarang aku perlahankan sikit dropship ni. Kalau aku beli pun aku beli untuk pakai sendiri je.. kalau ada yg tanya aku akan suggest mana yang mampu. Anyway, promot tetap promot. Aku promot mana yg belum ada kat pasaran. Kalau dah berlambak kat pasaran, maknanya gambar yg supplier kirim melalui whatsapp tu aku padam je..senang.

On the same time sekarang amik tempahan utk produk advertising macam signboard, signage, banting, banner dan sebagainya.. buat kecik2 dulu.

*****************************************************************************

Alhamdulillah... klien pertama yg kami dapat dari Hospital Kulaijaya. Hospital minta kami drawingkan semula pelan hospital. Projek pertama ni telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya dengan bantuan kakak ipar. hehe...

Kemudian diiringi dengan job seterusnya...signage dan signboard untuk sekolah2 sekitar Johor.





Belanja 2 gambar je la eh... 

Kami juga menerima tempahan printing baju silkscreen dengan harga yg sangat berpatutan bermula serendah RM10 dengan minimum order 7 helai. 

Kepada sesiapa yang nak buat tempahan boleh la datang ke rumah kami di Taman Anjaria, Kulaijaya. Whatsapp 0197407113 (Redha) / 0137867974 (Faizal) atau email kami di qdventure15@gmail.com. Buat masa ni kami hanya buat dari rumah sahaja!

Thanks to Allah because bagi job ni walaupun kecik. Tak kisah pun yg penting quot price kena ikut term Islam.

Apa yang kita minat kena teruskan no matter what happen. Pahit telan, kelat pun telan apa lagi yang manis - manis. Be a strong women!