Klik untuk tabungan Mia dan Sarah :)

Memaparkan catatan dengan label kulaijaya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kulaijaya. Papar semua catatan

Jumaat, 29 Mei 2015

Kek Lapis Coklat - Cheese kukus




Resepi : 

Serbuk koko 1 cawan + susu cair 400ml + minyak jagung 1 cawan (jgn penuh sangat tau, agak2 je mcm tuang air teh ) masukkan bahan ni dalam periuk panaskan sampai mendidih pastu + gula kastor 1/2 cawan.
di bekas lain pukul 3 biji telur ayam sampai kembang + esen vanilla sikit. 
Adunan coklat tadi tu kalau dah rasa agak suam, masukkan ke dalam bekas adun telur tadi. Kacau2 rata.. pastu + susu manis dalam 1/2 cawan. Kalau nak lagi manis boleh masukkan setin susu :D
Dah kacau2 tu + plak tepung gandum. Mula2 masukkan 1 cawan pastu tambah lagi 1/2 cawan. Ayak tau! 
Gaul2 rata2.. pastu + plak baking soda + serbuk penaik dalam 1 sudu teh je.. ayak kan juga biar elok sebati. Kadang2 baking poder ni kalau tak ayak nanti bila kek tu dah jadi ada benda mcm putih2 kat kek sebab baking poder tak hancur. 
Okay...siap adunan coklat ni.. alaskan loyang bulat atau loyang bersegi. Make sure air kukus dah dipanaskan siang2 lagi ye... 
Masukkan separuh adunan coklat ni dalam loyang. Tutup guna aluminum foil dan kukus. Sambil2 menunggu tu.. amik machine mixer kesayangan korang. Mix kan 250gm cream cheese + gula kastor 50gm + susu segar 1 senduk + telur gred A 1 biji. Kalau gred lain letak 2 biji dan + tepung gandum 1 sudu besar. Sudu makan tu..mix rata2 gebu2 ye... 

Kukus tadi dah sampai 20 minit - 30 minit kan, haaa keluarkan cepat2.. lama sangat nanti tak nak melekat cheese korang. 
Masukkan plak adunan cheese semua ke dalam loyang. Pastu tutup semula guna aluminium foil. Kukus. 
Check selalu ye.. agak2 keras tu masukkan plak adunan coklat yg last sekali. Kalau terlebih rajin buat la berlapis - lapis banyak kali. Kalau terkurang rajin masukkan adunan coklat dulu sampai habis pastu masuk adunan cheese plak sampai habis. Pun lawa juga hasilnya. Okay...selamat mencuba ye.. 

Siapa tak pandai buat, tak ada masa nak buat, tak suka bermain dengan kukus.. boleh beli dari saya. Harga RM30 self -pickup di Taman Anjaria, Felda Taib Andak. RM35 COD sekitar Kulaijaya dan JB sy hantar sampai pintu rumah. Singaporean COD di Tesco Tebrau. Manakala Simpang Renggam, Pontian dan Benut minimum order 2 buku. 

Berat / Weight : >700gm


Hehe.. 



Sabtu, 18 April 2015

Sekarang dah busy ~

Dah lebih sebulan tak menulis blog. Asyik tiada kesempatan. Padahal on komputer tinggal nak taip je kot. Banyaknya idea nak menulis ketika itu tapi sempat tulis kat diari je.. suka duka semua tulis dalam diari. Jadi, apa yg nak ditaipkan lagi di blog? hehe... nak aku meroyan dalam blog ke? Owh tidak... kalau boleh ditahankan saje lah sikap tak matang tu... kat FB pun aku dah jarang nak meroyan. Mula - mula memang tak biasa. Asyik nak update status je... aku bawa main - main, bawa nonton2 TV. Cerita berulang kat astro pun aku layan je... lama2 benda tu jadi biasa. So sekarang memang aku ada online FB tapi nak update status gila meroyan tu aku dah fed-up. Alhamdulillah... kalau meroyan pun aku meroyan dalam diari je..aku sorang boleh baca. Kalau kantoi pun aku pasti orang yg membacanya pasti akan menyesal. Wakakak...

Actually, selama berbulan tu aku sibuk jadi manager. Haa la manager. Al - maklum bisnes dah register kt SSM. Sekarang tengah usaha nak dapatkan Kementerian Kewangan plak... walaupun aku ni bukan dari keluarga berniaga, tapi aku paksa juga diri aku nak berniaga walaupun tak ada tuah dalam berniaga. Aku percaya pada rezeki Allah bagi. Aku bukan jenis baca horoscope atau percaya benda - benda takdir ikut pada tarikh lahir, nama dan sebagainya tu. Astaghfirullah... sesiapa yg percaya tu mohon baca kalimah syahadah semula. Rezeki tu Allah dah bahagi - bahagikan.. yg tak kerja pun boleh makan, apa lagi kalau kita usaha lebih. Yang penting kena ingat halal. Jangan yg haram pun kita halalkan. Rezeki masyuk tapi tak berkat.

Dulu kami bermula dengan perniagaan cyber cafe. Aku plak berniaga kek lapis Sarawak. Opkos, sampai sekarang customer masih boleh order lagi kalau ada sesiapa nak kek lapis. Rate price dari RM30 - RM38. Tengok jenis kek.. dulu aku buat sendiri. Sekarang aku dah dapat supplier directly from Kuching, Sarawak.. Kurang sikit penat sebab no need to bancuh2 dah. Tinggal buat marketing je... sedap pun sedap.

Lepas tu aku berjinak - jinak plak dengan perniagaan dropship baju. Macam - macam jenis customer aku jumpa dan macam - macam supplier aku kenal. Banyak rugi dari untung sebab nak jadi peniaga jujur. Sampai aku pulangkan balik duit customer sebab aku sendiri tak puas hati dengan pakaian yg customer dapat. Aku plak yg sentap lebih. hehe... ye lah. Tu lah aku kalau orang nak kenal. Kalau ada silap sikit mula la aku membebel tak sudah. Aduhai....everything nak kena perfect. Sometimes laki aku pun bising dengan sikap nak perfect je... hehe.

Tapi sekarang aku perlahankan sikit dropship ni. Kalau aku beli pun aku beli untuk pakai sendiri je.. kalau ada yg tanya aku akan suggest mana yang mampu. Anyway, promot tetap promot. Aku promot mana yg belum ada kat pasaran. Kalau dah berlambak kat pasaran, maknanya gambar yg supplier kirim melalui whatsapp tu aku padam je..senang.

On the same time sekarang amik tempahan utk produk advertising macam signboard, signage, banting, banner dan sebagainya.. buat kecik2 dulu.

*****************************************************************************

Alhamdulillah... klien pertama yg kami dapat dari Hospital Kulaijaya. Hospital minta kami drawingkan semula pelan hospital. Projek pertama ni telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya dengan bantuan kakak ipar. hehe...

Kemudian diiringi dengan job seterusnya...signage dan signboard untuk sekolah2 sekitar Johor.





Belanja 2 gambar je la eh... 

Kami juga menerima tempahan printing baju silkscreen dengan harga yg sangat berpatutan bermula serendah RM10 dengan minimum order 7 helai. 

Kepada sesiapa yang nak buat tempahan boleh la datang ke rumah kami di Taman Anjaria, Kulaijaya. Whatsapp 0197407113 (Redha) / 0137867974 (Faizal) atau email kami di qdventure15@gmail.com. Buat masa ni kami hanya buat dari rumah sahaja!

Thanks to Allah because bagi job ni walaupun kecik. Tak kisah pun yg penting quot price kena ikut term Islam.

Apa yang kita minat kena teruskan no matter what happen. Pahit telan, kelat pun telan apa lagi yang manis - manis. Be a strong women!



Khamis, 26 Februari 2015

Daeng Nasi Kukus & Nasi Kerabu - CS Market, Kulaijaya


Nasi Kukus bungkus bawa balik. lol.


Dah lama sangat tak makan nasi kerabu yang asal dari Pantai Timur ni... pertama kali merasa masa pergi Kelantan dengan K. Jea classmate politeknik beberapa tahun yang lepas. Sedap sangat. Kalau boleh nak makan tiap hari. Breakfast pagi plak ayahanda k.jea belikan nasi berlauk. Yang best kat nasi tu ada rasa macam bergetah dan lauk ikan yang sangat sweet. Aumm...

Tapi kali ni dapat makan nasi kerabu kat Johor. Aku memang tak reti bab masak2 makanan berat macam ni... leceh 1 hal pastu nanti aku kena perabis sorang. Mana tak badan kian meletop. Dah lama skodeng nak pergi. Masalahnya husband plak busy je memanjang. Kalau ajak makan kat luar pun dia ajak makan kat Nasi Lemak Wak Kentut yang dah biasa sangat kami pergi. Kali ni nak test tempat lain plak.

Pada sesiapa orang luar yang ingin merasai kelainan di Daeng Nasi Kukus & Nasi Kerabu ni, korang boleh la datang masuk ikut tol Kulai dan terus jalan ke depan hingga nampak sebuah kompleks di sebelah kiri jalan. Kompleks ni dulunya adalah milik IOI Mart kini dibuka semula dengan nama CS Market. CS Market ni plak berada berdekatan dengan kawasan TESCO Kulai. Senang je cari....




Story sikit pasal CS Market (formely know as IOI Mart).
Kat sini ada tempat main air. Ala - ala sunway lagoon gitu tapi tak la besar sangat. Aku tak pernah masuk lagi because husband tak minat bawa anak kecik expose kat tempat ramai orang. Tapi dengar story kat situ adalah sebuah waterpark dan drypark yang korang boleh masuk pada kadar harga bermula RM8 ke atas. Pricing tiket ikut umur dan ikut hari apa.. Tempat ni baru sahaja dibuka kepada orang ramai sejak 20hb June 2014 tahun lepas.

So kat sini la Daeng Nasi Kukus dan Nasi Kerabu ni beroperasi... kedai makan ni adalah sebuah booth berada di kawasan tempat parking kereta dulunya dan dibuka waktu malam dari jam 6 hingga 12 malam. Tu pun kalau ada stok lagi sebab nasi sangat laku. Suasananya bersih. Akan tetapi, masa aku datang sini masa cina masih beraya lagi. So kena la hadap karaoke cina. Tak kan lagu raya aidilfitri kita plak ek. hahaha...

Dipendekkan ceritanya... aku pun bawa la laki aku makan kat sini dengan dak kecik tu sekali. Dak kecik tu dah kenyang, kat rumah aku dah siap2 bagi makan bubur. So bila makan kat luar aku boleh la makan benda - benda pedas.

Rezeki aku la malam tu nasi kerabu ada lagi untuk seorang makan. So laki aku kena la order nasi kukus. Aku tak bawa hp, nak pinjam telefon dia amik gambar konfem nanti dia bising. Sikit - sikit nak amik gambar katanya pastu post kat FB. Tu yg buat aku segan nak plesing dengan makanan kecuali dia izinkan.

Makan kat sini cuma makan je... yang order air plak mamak yang tiba2 muncul entah dari mana. Haiyaaa... betul ke tak betul mamak tak tau la.. kot2 mamak cuma amik order je kot. Yang buat airnya melayu. Laki aku tak suka mamak. Kalau order pun terpaksa. Adoiii...spoil la.. next time mesti dia tak nak datang dah...

Order dah siap.. jeng jeng... nasi serupa macam dalam gambar. Tak ada kurang tak ada lebih. Macam mana mereka plesing gambar buat marketing kat FB macam tu la nasi tu datang tepat kt muka kita. Wow... feveret aku kat nasi kerabu ni sebenarnya nasi yang warna biru tu dengan kerabu yang pedas dan makan pun krup krup je bunyinya. Cik akak kalau boleh tambah cili sumbat kak... hahah..

Bila sampai je nasi kukus suami, lagi special dia punya. Huhu... ada nasi dengan lauk ayam goreng berempah + rendang daging + sambal belacan + ulam timun + sup! RM6 beb! Aku nyendeng sikit lauk dia.. heheh.

Puas hati makan sepinggan RM6! Dah la RM6, banyak plak tu. Laki aku tak habis makan tak pasal2 bungkus bawa balik. Haha... sedap punya pasal kan tu la sanggup bungkus. kihkihkih... tak elok membazir tau. Aku punya nasi kerabu tok sah cerita la..memang habis dah dikerjakan sebab dah lama mengidam :3

Tak lupa juga hokay... akak dengan abang owner Daeng ni sangat ramah orangnya... aku yang ramah ni pun jadi blur kejap fikir apa la aku nak cakap kat akak ni.. kikikiki..
Then, mereka juga ada buat COD kat kawasan Senai, Kulai dan kawasan - kawasan sekitar tanpa cas tambahan.

Okay... aku belanja gambar sikit amik dari FB page mereka. Hehe...









Kredit picture to Daeng Nasi Kukus & Nasi Kerabu



Isnin, 19 Januari 2015

Cowboy - Pasaraya Idaman Kaum Hawa

Memang lama sangat nak masuk tempat yang bernama Cowboy kat tengah - tengah bandar / pekan / daerah Kulaijaya ni.. sebenarnya aku pon tak tau nak cakap apa, Kulai ni dah jadi bandar ke belum ek? Maklum la orang duduk menumpang.
Selalunya aku dan dia memilih untuk ke Mydin sahaja setiap kali shopping barang dapur. Kali ni, husband nak ke Cowboy katanya. Itupun sebab dia nak cari spring untuk buat tempat print baju silkscreen. Aku apa lagi...memang dah lama ajak, dia tak pernah nak bersetuju. Kali ni cepat je aku cakap "Jom!" Mia pun sambung. " Let's Go!"

Usai saja shopping barang dapur di Mydin, kami pun menuju ke Cowboy yang jauhnya hanya 5 minit sahaja dari Pasaraya Mydin Kulaijaya. Tolak trafik jam dan parking bagai ada la dlm 15 minit. Boleh plak gitu ek..

Bangunan Cowboy berwarna merah hitam. Di belakang bangunan adalah stesen keretapi Kulai, (depan) pula dekat dengan balai polis kulai, bersebelahan pejabat pos kulai dan deretan kedai. Tidak jauh juga dari RTC Kulaijaya. Jalan agak sempit dan perlu berhati - hati. Pemandu area sini memang rock2 semua. Tidak dinafikan. Huhu...

Dari tepi jalan aku dah berangan nak pergi ke tingkat 3 mall Cowboy ni.. dulu firstime masuk, tempat ni memang sempit sangat. Jadi sangat bosan. Kali ni mereka luaskan sedikit space. Konpem tak bosan.

Tingkat pertama barang biasa - biasa je.. ada periuk, kuali, belanga dan macam - macam lagi.. Siapa yang baru mendirikan rumah tangga tu memang elok sangat la beli barang keperluan rumah kat sini. Dijamin semua barang cukup. Bukan tu saja, barangan nak buat majlis kahwin2 pun ado juga...

Aku naik dari satu tingkat ke satu tingkat.. tempat yang memang dah lama sangat aku 'aim'. Hehe... giler kan..orang pompuan kan pantang tengok benda cantik. Sambil - sambil tu sebenarnya nak tengok harga. Dapat la nanti aku menabung semata - mata nak membeli hobi. Hahahha...


Orang lelaki paling takut masuk tempat - tempat macam ni... takut duit kena rompak alias kena kopak dengan bini.. kan. hahahah... berjalan pun nak laju je. 


Haaa.. ni lama sangat aku perhatikan.. hehe.. vantage dgn english style memang jadi idaman. Listed! Warna putih plak tu...awwww!



Alas berbunga - bunga lagi... kikikiki..


Kali ni aku follow je.. next time aku jalan sorang - sorang. Hahahah... 


Jam besar ni aku lupa harga berapa.. kalau beli nanti aku tak tau nak letak bahagian mana kat dalam rumah yg kecik dan sempit ni..


Tempat kunci.. Harganya ikut saiz.... RM18 - RM25. Listed! 

Next time insyaallah aku ajak dia cuci mata kat sini lagi. Pasu bunga, bunga - bunga, beg kertas dan macam - macam lagi tak sempat nak terjah. Dia pun mesti ada nak beli barang2 lelaki juga kan terutama barangan hardware.. Hikhik... bagi racun sikit :P

Ni baru kita jalan - jalan cowboy. Ada masa nanti kita ke JB plak untuk ke pasaraya yang memang jual barangan Vantage. Standby panadol supaya husband tak demam. 




Ahad, 26 Oktober 2014

Aeon Jusco utk kedua kali.

Lepas makan tengahari sepatutnya Mr. Perfect kena pasang signboard kat Klinik Kulai Besar. Tunggu org incharge makan tengahari punya lama...last2 amik keputusan jalan2 ke Aeon Jusco Kulai utk kedua kalinya pada tahun ini. Nak cari kedai Mr. DIY tapi x jumpa.
Layan budak kecik nak cari tempat sejuk.
Amik gambar kepala mesti nak senget. Hikhik...

Rabu, 17 September 2014

Cuti Hari Malaysia... Nasi Lemak Wak Kentut

Cuti hari Malaysia kami mcm biasa malam baru keluar.. dah jadi mcm musang je asyik keluar malam je kan. Jarang sekali nak keluar waktu siang - siang. Lagipun bila dah dapat cuti ni Mr. Perfect tu dah tentu waktu pagi dia adalah pada jam 12 tengahari.. orang lain punya pagi tu jam 6 pagi. Lambat sikit la sebab duduk kat 'oversea' (mata ke atas, tangan ke bahu)..

Malam kami keluar plan ke Mall cik Mydin dulu beli keperluan dapur. Sambil - sambil tu saya mcm biasa tengok - tengok kuntum bunga dan daun - daun yg dijual pada harga berpatutan. Terkejut tengok gabus hijau. Tu hari beli kt kedai bunga RM5 kat Mydin baru RM1.70. Huhu... dulu ramai orang kat Mydin, jadi tak sempat nak cari barang bunga. Kali ni sempat la pergi usha2.. nyesal mak jemah tau... hehe.

Lepas ke Mydin kami menuju ke kawasan IOI nak hantar dokumen. Kerja suami la apa lagi... jumpa klien. Pastu singgah Giant sebab nak cari ovelet cap kijang. Haa... nak cap kijang jugak kan..

Lepas cari 'kijang' tu tadi mana lagi kami anak beranak nak melepak kalau dah duduk kat Kulaijaya ni kalau tak kat warung nasi lemak Wak Kentut. Warung Nasi Lemak Wak Kentut di Kulaijaya ni saja dah ada 2 cawangan. Satu bersebelahan dengan pejabat pos dekat dengan Stesen Keretapi. Lagi satu kat depan Jalan Besar Kulai. Kat sini lah kami selalu lepaking. Punya la ramai orang datang... kami sampai je ayam dah habis. Jawabnya kena la tunggu...

Okay tak pe.. kami tunggu.. orang lain pun mcm tu jugak.. sanggup tunggu. Yang best kat sini sebab ayamnya siap potong2. Jadi nak makan tu tak ada la nak terpelanting bagai sudu garfu kan... Menu kat sini tak ada lain.. nasi lemak je..
Customer yang datang dari bangsa Cina, India dan dah tentu la Melayu pun ada juga dan saya Melanau :P

Sejak dah lama makan dan lepak sini je... kami laki bini dah tau sangat peraturan order. Antaranya, jangan la sesekali minta sambal lebih masa tengah order kat kaunter tu. Mereka tak akan bagi lebih melainkan korang dah makan habis pastu bawa piring tu ke kaunter pastu minta lagi baru la mereka tambah. Ni sebab permintaan utk nasi lemak ni banyak. Takut2 nanti sambal cepat habis. Lagi satu, bila minta sambal lebih kang nanti tak habis rugi kan... mcm la korang punya sambal yang lebih tu boleh bagi kat customer lain.. bagi sisa la maknanya tu.

Malam ni nasi lemak yang kami order tak ada kacang. Dah tentu konpem la kacang habis.. yang ada timun je sebagai hiasan nasi lemak. Hehe..

Warung Wak Kentut ni dah tak mcm dulu2. Dulu pelayan datang tanya order. Sekarang kita sendiri ke kaunter utk order. Dah mcm kat KFC...

Kat warung ni tak ada awek yang kerja. Semuanya lelaki.. kalau ada sorang pompuan tu pun bukan pekerja. Tu bini tokey. Peramah orang nya..cot cet cot cet dengan pekerja dia.

Ramai yang tanya apa sedap ke sampai ramai sangat orang? Haa... korang pergi la sendiri rasa.. Saya tak suka bab komplen2 barang yang saya tak reti masak. Pada saya sedap je..

Sambil - sambil tunggu Mr. Perfect amik order.. saya dan Mia selfie dulu.. hikhik..







Ni je gambar sempat amik.. gambar nasi lemak berselfie tak amik sebab ramai customer keliling kami. Selfie berdua dengan Mia tadi pun dah cukup orang perhati je.. hehe.