Klik untuk tabungan Mia dan Sarah :)

Khamis, 26 Februari 2015

Daeng Nasi Kukus & Nasi Kerabu - CS Market, Kulaijaya


Nasi Kukus bungkus bawa balik. lol.


Dah lama sangat tak makan nasi kerabu yang asal dari Pantai Timur ni... pertama kali merasa masa pergi Kelantan dengan K. Jea classmate politeknik beberapa tahun yang lepas. Sedap sangat. Kalau boleh nak makan tiap hari. Breakfast pagi plak ayahanda k.jea belikan nasi berlauk. Yang best kat nasi tu ada rasa macam bergetah dan lauk ikan yang sangat sweet. Aumm...

Tapi kali ni dapat makan nasi kerabu kat Johor. Aku memang tak reti bab masak2 makanan berat macam ni... leceh 1 hal pastu nanti aku kena perabis sorang. Mana tak badan kian meletop. Dah lama skodeng nak pergi. Masalahnya husband plak busy je memanjang. Kalau ajak makan kat luar pun dia ajak makan kat Nasi Lemak Wak Kentut yang dah biasa sangat kami pergi. Kali ni nak test tempat lain plak.

Pada sesiapa orang luar yang ingin merasai kelainan di Daeng Nasi Kukus & Nasi Kerabu ni, korang boleh la datang masuk ikut tol Kulai dan terus jalan ke depan hingga nampak sebuah kompleks di sebelah kiri jalan. Kompleks ni dulunya adalah milik IOI Mart kini dibuka semula dengan nama CS Market. CS Market ni plak berada berdekatan dengan kawasan TESCO Kulai. Senang je cari....




Story sikit pasal CS Market (formely know as IOI Mart).
Kat sini ada tempat main air. Ala - ala sunway lagoon gitu tapi tak la besar sangat. Aku tak pernah masuk lagi because husband tak minat bawa anak kecik expose kat tempat ramai orang. Tapi dengar story kat situ adalah sebuah waterpark dan drypark yang korang boleh masuk pada kadar harga bermula RM8 ke atas. Pricing tiket ikut umur dan ikut hari apa.. Tempat ni baru sahaja dibuka kepada orang ramai sejak 20hb June 2014 tahun lepas.

So kat sini la Daeng Nasi Kukus dan Nasi Kerabu ni beroperasi... kedai makan ni adalah sebuah booth berada di kawasan tempat parking kereta dulunya dan dibuka waktu malam dari jam 6 hingga 12 malam. Tu pun kalau ada stok lagi sebab nasi sangat laku. Suasananya bersih. Akan tetapi, masa aku datang sini masa cina masih beraya lagi. So kena la hadap karaoke cina. Tak kan lagu raya aidilfitri kita plak ek. hahaha...

Dipendekkan ceritanya... aku pun bawa la laki aku makan kat sini dengan dak kecik tu sekali. Dak kecik tu dah kenyang, kat rumah aku dah siap2 bagi makan bubur. So bila makan kat luar aku boleh la makan benda - benda pedas.

Rezeki aku la malam tu nasi kerabu ada lagi untuk seorang makan. So laki aku kena la order nasi kukus. Aku tak bawa hp, nak pinjam telefon dia amik gambar konfem nanti dia bising. Sikit - sikit nak amik gambar katanya pastu post kat FB. Tu yg buat aku segan nak plesing dengan makanan kecuali dia izinkan.

Makan kat sini cuma makan je... yang order air plak mamak yang tiba2 muncul entah dari mana. Haiyaaa... betul ke tak betul mamak tak tau la.. kot2 mamak cuma amik order je kot. Yang buat airnya melayu. Laki aku tak suka mamak. Kalau order pun terpaksa. Adoiii...spoil la.. next time mesti dia tak nak datang dah...

Order dah siap.. jeng jeng... nasi serupa macam dalam gambar. Tak ada kurang tak ada lebih. Macam mana mereka plesing gambar buat marketing kat FB macam tu la nasi tu datang tepat kt muka kita. Wow... feveret aku kat nasi kerabu ni sebenarnya nasi yang warna biru tu dengan kerabu yang pedas dan makan pun krup krup je bunyinya. Cik akak kalau boleh tambah cili sumbat kak... hahah..

Bila sampai je nasi kukus suami, lagi special dia punya. Huhu... ada nasi dengan lauk ayam goreng berempah + rendang daging + sambal belacan + ulam timun + sup! RM6 beb! Aku nyendeng sikit lauk dia.. heheh.

Puas hati makan sepinggan RM6! Dah la RM6, banyak plak tu. Laki aku tak habis makan tak pasal2 bungkus bawa balik. Haha... sedap punya pasal kan tu la sanggup bungkus. kihkihkih... tak elok membazir tau. Aku punya nasi kerabu tok sah cerita la..memang habis dah dikerjakan sebab dah lama mengidam :3

Tak lupa juga hokay... akak dengan abang owner Daeng ni sangat ramah orangnya... aku yang ramah ni pun jadi blur kejap fikir apa la aku nak cakap kat akak ni.. kikikiki..
Then, mereka juga ada buat COD kat kawasan Senai, Kulai dan kawasan - kawasan sekitar tanpa cas tambahan.

Okay... aku belanja gambar sikit amik dari FB page mereka. Hehe...









Kredit picture to Daeng Nasi Kukus & Nasi Kerabu



Isnin, 23 Februari 2015

Aiskrim dibaluti coklat ala - ala magnum gitu...



Nak buat aiskrim magnum sendiri kt rumah?

Sediakan aiskrim yg sudah beku. 
Beberapa batang kayu aiskrim yg ada jual kat DIY.

Coklat untuk coated korang punya aiskrim tu:

1 bungkus coklat chips
setengah cawan minyak sayuran / olive oil / minyak kelapa pun tak apa yg penting bukan minyak kereta walaupun harga minyak dah turun. lol

Hiasan :
Badam
Gajus
Kacang tanah also can...

* mix both coklat dgn minyak guna kaedah double boiler pastu sejukkan pada suhu bilik.

*dah sejuk boleh la celup aiskrim korang laju2 pastu tabur la apa2 hiasan. sejukkan dalam peti ais semula.

Selamat mencuba.

Sabtu, 21 Februari 2015

Minat kat gelang Pandora?

Dulu gelang ni aku jeling - jeling je.. jeling bukan apa sebab mahal sangat.. cara beli nya pun special tak mcm gelang lain. Harga ikut pada beads berapa banyak beads ada kat setiap gelang tu.. pening nak memilih satu hal. Lagi satu semua beads lawa - lawa dan cantik. Boleh sampai cecah RM400 kalau yang original punya.
Aku tak berapa nak arif sangat bab Pandora ni sebab dulu tak minat jadi tak amik tau sangat. Tapi sejak dua menjak ni aku makin minat plak. Tukar angin sesekali tiba - tiba kan... Kadang - kadang aku teringin juga lepak - lepak kat Pandora original nak tau cara jual beli mereka dan nak tau cara mengenal yang original dan fake. Tapi risau plak orang ingat kita ni orang kaya, datang macam nak beli tapi tak beli - beli. Hahaha... Tak pasal - pasal je nanti menyusahkan salesgirl kat situ.

Selalunya aku ni lambat sangat la nak minat pada sesuatu benda baru. Orang dah 5 tahun lepas suka, aku baru sekarang terhegeh - hegeh tetiba tertanam suka dalam hati. Tudung Fareeda pun gitu juga. Lama dah orang pakai jenis helmet, aku baru sekarang nak try pakai. Hahaha.... Tau - tau Fareeda dah ada keluaran baru yang macam shawl tu kan. kihkihkih...

Sini nak show off sikit gelang Pandora sadur dengan silver. Kalis air tapi tak boleh kena perfume dan losyen. Sayang plak kan nanti tak tahan lama. Harga nya berbeza - beza. Uols pun tau kan, tokey gelang ni pun dah cakap awal - awal kat aku, harga ikut jenis beads. Ada lebih 400 jenis beads tokey ni kena khatam harga. Owh.. pening di situ. Makanya tokey gelang ni pun bantu aku kira dan letak pricing terus. So aku pun ikut pricing tokey. Hehe...

Sekarang aku baru berjinak - jinak nak mengenali Pandora ni... kalau minat kena la study betul tak?


RM35


RM42


KANAK - KANAK RM32


RM37


RM50


RM90


RM106


RM81


RM111


RM135


RM109


RM119


RM62


RM100


SINGLE LEATHER RM45


SINGLE LEATHER RM68


DOUBLE LEATHER RM58


BANGLE RM67


BANGLE RM96

Sekiranya berminat untuk order, rajin - rajin la whatsapp 0197407113 (Redha)
Harga tidak termasuk poslaju.
Poslaju RM7 (SM) & RM10 (SS)




Kek Coklat Moist Lembut dan Gebu


Gigih malam tadi siapkan kek coklat moist.. Sarah dah umur 3 tahun lebih. First time buat kek ni masa umur dia 1 tahun sempena sambut birthday Sarah yang pertama. Masa tu dia demam.. kesian tak dapat ibu bagi dia makan banyak kek coklat sebab termanis plak buat masa tu. Ayah baca doa selamat dan makan sikit je... birthday adik Mia je belum pernah lagi ibu nak buat. Kesian both anak ibu kan.. 
Ni kali kedua aku buat kek coklat moist ni... nasib baik masih ingat lagi step2 nak buat. Tu pun pelan - pelan rilek - rilek je buat jam 10 malam mula adun. 
Buat ni pun sebab ada tempahan dari kawan. So praktis dulu, nanti baru buat lebih banyak. Bukan setakat bahan je ada depan mata, pen dan buku pun harus ada sebab nak bina bahan dan sambil menulis bahan serta sukatan. Yang terkurang dan terlebih tu kena la edit semula. 

Post kat FB ramai plak yang bertanya bahan. So sini kita share la resepi nya.. 


Kek coklat moist leleh meletop kebabomm... (nama kek) lol

Bahan2 A:
Susu segar 400ml
Serbuk coklat 1 cawan
Minyak masak 1 cawan
Gula 1/2 cawan
Susu pekat manis 1/2 tin (saya kurangkan sikit lebih kurang 1 senduk nasi)

*gaul bahan di atas dgn api perlahan hingga mendidih lebih kurang 20 minit. Jangan kelam kabut ye puan - puan, buat sambil berlenggang pun tak pe...

Bahan B:
3 biji telur (dipukul di bekas lain) + esen vanilla

*mix semua bahan A dan B di atas dlm 1 bekas.

Bahan C:
Tepung gandum 1¹/² cawan + baking powder + soda bikarbonat (campur dan ayak)

*masukkan tepung sikit demi sikit dlm adunan dan gaul rata.
*kukus dalam loyang / dlm bekas aluminium foil. Tutup bekas jangan bagi wap air masuk.

Bahan topping:

300gm coklat masakan
1 sudu besar susu pekat
¹/² cawan susu cair
2 sudu besar butter
Sedikit air panas.

*gaul bahan topping dgn kaedah double boiler.

Curah atas kek dan tabur coklat rice. Simpan dlm peti sejuk.

# tunggu husband pergi kerja baru korang makan. Lol.

Untuk Tempahan hanya di JB, Kulaijaya dan Sedenak sahaja.
RM10 (400gm) 
Whatsapp 0197407113 (Redha)

Rabu, 18 Februari 2015

Bagaimana merancang masa depan?



Aku bukan pakar motivasi nak merencanakan masa depan orang lain.. masa depan kita sendiri pun belum tentu lagi bagaimana. Ye tak..
Secara ringkasnya, kejayaan masa depan kita bergantung kepada apa usaha kita pada hari ni... tahun depan kita nak dapat pangkat datok kah atau datin kah kalau sekarang kita tak berusaha mana mungkin akan dapat pangkat tersebut. Betul tak... erm.. yelah. Korang ni tau angguk je apa aku cakap kan.

Masa depan kita bagaimana sikap kita sekarang..

Bagi orang Islam masa depan yg cemerlang gemilang dan berjaya bergantung kepada doa dan usaha yang istigomah. Selain itu juga kita orang Islam suka bersedekah. Maka, majulah kita setapak lagi.
Bagaimana pula orang Islam yg tidak amalkan apa yang di atas? Jawabnya, kita tidak akan berkembang. Kerja dan usaha 24 jam pun tetap duit dan harta kita begitu sahaja. Baki akaun sentiasa tidak banyak. Apa la yang tak kena ni? Last - last bank yg disalahkan sebab amik duit kita tak bagitahu... plak dah..

Kesilapan kita dalam mencari harta dan rezeki adalah tersangat banyak. Dan selalunya kita akan menuding jari menyalahkan orang lain sekiranya rezeki tersebut tidak dapat dalam genggaman kita. Umpama pergi menjala udang. Jala kita bocor, jala orang lain tak.. lepas tu nak salahkan jala orang lain plak. Siapa suruh tak baiki jala sendiri. Nampak tak bengongnya kat situ?

Begitu juga hal nya kita dalam mencari rezeki dengan Allah swt...

Terlebih dahulu, sudah pasti kita mesti menjaga silaturahim kita sesama manusia terutamanya ayah dan ibu kita. Bila kita lupa mereka, maka Allah akan lupakan rezeki utk datang kepada kita.

Begitu juga bangun pagi. Orang tua - tua pesan jangan bangun lambat. Matahari dah naik kita baru nak bangkit. Burung pun awal berkicau sebab nak cari makan. Ni kan plak kita... malas nauzubillah...
Ni la punca rezeki kita sempit sesangat...

Begitu juga bila dah menjelang petang. Lepas asar mata jadi mengantuk. Suka sangat tidur berjam - jam. Kadang - kadang tidur siang mengalahkan tidur malam. Apa nak jadi tak tau la... lemau badan. Tak bermaya dan otak jadi tumpul. Tu yang tulang pun reput sekali. Malas nak kerja.

Basuh pinggan pun begitu. Lepas makan, pinggan tak cuci. Biarkan je kering dalam sinki. Orang tua dah ajarkan... jangan jadi malas, tu pasal la mereka bising2 dengan kita. Kita plak buat tak reti. Membiarkan pinggan tak berbasuh juga mengundang kepada papa kedana.

Kesian la kepada diri sendiri. Mencari kaya tu bila - bila Allah boleh bagi di mana saja tempat kita berada. Apa yang penting asas dalam kehidupan mesti la kita pegang. Allah swt tu nombor satu. Solat 5 waktu full. Kalau rajin buat solat dhuha. Masyaallah... hanya orang yang pernah buat pernah merasai nikmat kesenangan akibat dhuha.

Jangan la kita meratapi malang dalam hidup kita. Siapa yang tak pernah bernasib malang? Hanya orang yg kuat dan terpilih sahaja yang Allah swt bagi. Bila kita tiada masalah, umpama kita ditinggalkan Allah swt...Dia nak bagi kita lalai, dia nak bagi kita sedap. Setiap masalah tu ada rahmatnya kan.. Jadi bersyukur lah sebab ada masalah.

Bagaimana merancang masa depan kita?

Menjaga hubungan sesama manusia kawan dan ibu bapa.
Pandai berkomunikasi.
Pandai mengembangkan silaturahim.
Tidak ada perasaan iri hati.
Tidak melakukan perkara maksiat.
Tidak membantu dalam hal - hal maksiat.
Saling membantu, bukan menjahanamkan.
Paling penting, hubungan dengan ibu bapa dan link kepada Allah swt iaitu solat 5 waktu.

Apa sangat lah dunia ini yang sementara. Tapi sementara itu, untuk meneruskan hidup kita mestilah berusaha. Berusaha mencari rezeki dan berusaha menolak apa yang dilarang.

Carilah rezeki yang berkat.
Rezeki yang tidak berkat umpama minum air laut. Semakin banyak diminum semakin haus.


Jumaat, 13 Februari 2015

Pemergian Dalam Husnul Khotimah


Throwback malam tadi pada hari Khamis 12 Februari 2015, saya dan beberapa sahabat dalam group whatsapp Usrah Kasih Sayang telah mendapat berita yang memilukan. Memandangkan kebanyakkan sahabat adalah dari kalangan wanita pantai timur, jadi berita agak cepat tersebar. Kata salah seorang sahabat, anak buah allahyarham bergegas pulang ke rumah kerana TGNA sudah tenat dan doktor menyuruh anak2nya bawa pulang ke rumah. Pada mulanya mereka di sana merancang untuk membuat solat hajat malangnya tak kesampaian kerana Allahyarham telah pergi dijemput illahi di sisi anak - anaknya.

Beberapa orang sahabat dalam group di tengah malam sanggup bertolak ke Kelantan untuk menziarahi allahyarham buat kali terakhir. Bahang kehilangan amat terasa buat mereka di sana membuktikan TGNA bukanlah calang - calang manusia yang pernah wujud di muka bumi ini. Beliau adalah hamba Allah yang perginya dalam keadaan husnul khotimah. 

Sabda Rasululullah SAW yg bermaksud :

“Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Subhanallah... Allah swt tak akan tanya apa -apa. Tenanglah beliau di sana. Allahuakbar..





Jika belum mengenali siapa Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang sebenarnya, bolehlah ambil masa untuk membaca kisah dan biodata beliau yang agak menarik ini. Semoga menjadi manfaat buat kita semua.


Biodata YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat

Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Tarikh Lahir: 1931
Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan.

Pengajian :
1-Pondok Tuan Guru Hj Abbas, Besut
2-Universiti Deoband India
3-Universiti Lahore Pakistan
4-Universiti Al Azhar
5-Sarjana Muda bahasa Arab
6-Sarjana Perundangan Islam

Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931.

Bapanya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Raja Mamat merupakan keturunan Raja Jembal. Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama. Beliau terkenal di Kelantan dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat.

Di situlah Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal bersama ratusan pelajar Islam dari segenap ceruk rantau Asia Tenggara. Sejak kecil beliau mempelajari dan mendalami kitab-kitab agama yang muktabar dari Almarhum ayahandanya serta belajar menulis daripada ibunya Hajah Aminah Majid.

Sewaktu usia 9 tahun, Nik Abdul Aziz dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu. Tuan Guru menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika.

Pada masa ini juga, Tuan Guru berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dengan Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Dato’ Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti Kelantan) dalam pelajaran Fekah. Setelah perang tamat Tuan Guru menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah.

Walaupun usia Tuan Guru masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab Asmuni (sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid yang lebih tua.

Pada tahun 1945 beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga 1952. Beliau menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoban, India, mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur’an, Hadis dan lain-lain.

Ketika di India beliau juga telah berguru dengan Sheik al-Hadith dan guru Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani dengan mendapat ijazah. Maulana Mohamad seorang pejuang kemerdekaan India yang pertama dan pernah di penjara semasa penjajahan Inggeris.

Pada 1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir. Pada 1958 menyambung pelajaran di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan pengajian bahasa Arab kemudian menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama 2 tahun. Kemudian beliau mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanahair Februari 1962.

Perkhidmatan :
Pada 1962 beliau membuka sekolah dengan menggunakan tanah wakaf yang diberi oleh ibu saudara Hajah Kalthom iaitu Sekolah Menengah Ugama Darul Ulum, Pulau Melaka di sebelah petang dan sebelah pagi beliau berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Tarbiatul Mardhiyah, Panchor, Kemumin. Pada sebelah malam beliau menjadi guru dan penyelia di sekolah dewasa selama 2 tahun.

Pada 1 Januari 1964 beliau meletakkan jawatan dan berkhidmat di Ma’had Muhammadi, Jalan Merbau, Kota Bharu.

Bidang Politik :
Beliau menjadi ahli PAS sejak 1967. Pada Julai 1967 hingga 1986 beliau menjadi calon PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Kelantan Hilir (sekarang Pengkalan Chepa). Pada tahun 1986 beliau berpindah untuk bertanding di kerusi kawasan Parlimen Bachok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Semut Api hingga sekarang.

Pada 1971 beliau dilantik menjadi Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat hingga 1995. Kemudian dilantik Mursyidul Am PAS mengambil alih tempat yang ditinggalkan oleh Tuan Haji Yusuf Rawa.

Pada 1978 Tuan Guru dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan kemudian Menteri Besar Kelantan pada Oktober 1990. Dari sinilah bermulanya satu era kepimpinan ulama dan peranan serta tanggungjawab beliau bukan satu tugas yang kecil.

Beliau telah menulis beberapa buah buku antaranya ‘Mengapa Saya Tidak Masuk Kristian’ dan beberapa buah buku telah diterbitkan mengandungi siri-siri kuliah dan ceramah.

Pendakwah :
Dengan pengalaman yang ada, beliau telah membimbing pelajar Ma’had Muhammadi dengan menanam kesedaran dan akhirnya timbul satu ‘Halaqat pengajian yang sekarang disebut usrah. Selepas itu wujud sebuah surau yang masih ada di Ma’had Muhammadi Al-Banat, Jalan Merbau, Kota Bharu di mana surau itu dijadikan tempat latihan sembahyang jemaah dan dakwah.

Seorang Petah Bercakap.
Tuan Guru lebih dikenali sebagai ulama kerana petah berpidato. Beliau telah diasuh oleh bapanya setiap hari Jumaat di masjid sejak dahulu lagi.

Ucapan beliau terang berserta dengan perumpamaan yang jelas dan memudahkan para pendengar memahaminya. Inilah cara beliau mendapat tempat di hati penyokongnya. Ilmu yang disampaikan merupakan khazanah dan kasetnya tersiar di seluruh negara hingga ke Selatan Thailand dan mendapat sambutan dari setiap peringkat sehingga menjadi bahan rujukan di pusat pengajian tinggi.

Keistemewaan :
Satu perkara yang luar biasa Nik Abdul Aziz, mengendalikan pondok bergerak sejak 1962 hingga sekarang. Beliau tidak pernah berhenti keluar rumah siang dan malam memberi kuliah dan berceramah kepada orang kampung.

Walaupun beliau telah menjadi Menteri Besar, bidang pendidikan tidak pernah ditinggalkan. Setiap malam Jumaat dan Khamis beliau mengajar dan setiap pagi Jumaat mengadakan kuliah kerana bagi beliau mengajar adalah kerja yang paling mulia sebab ia merupakan pekerjaan para Anbia’.

Penghargaan :
Beliau mendapat penghargaan:
1. Jaksa Pendamai (JP) pada 10 Julai 1968 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Yahya Putra Ibnu Almarhum Sultan Ibrahim.
2. Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
3. Dikurniakan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia peringkat pertama (Al-Isma’illi) SJMK yang membawa gelaran Dato’ pada 30 Mac 1995.

Perkahwinan :
Pada usia 34, beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Tuan Sabariah bin Tuan Ishak bin Raja Awang, berasal dari Kampung Kemumin, Kota Bharu iaitu tahun 1962. Hasil perkahwinan selama 30 tahun itu dikurniakan 10 cahaya mata lima perempuan dan lima lelaki.

Mereka adalah Nik Aini, Nik Umar, Nik Adli, Nik Abdul Rahim, Nik Abduh, Nik Adilah, Nik Muhamad Asri, Nik Amani, Nik Amalina dan Nik Asma’ Salsabila.

Kehidupan beliau sederhana tinggal di sebuah rumah kayu binaan kampung. Ruang tamunya tidak dihiasi dengan set sebagaimana yang menjadi kebiasaan di rumah pembesar negeri. Apa yang ada sebuah almari yang penuh dengan kitab agama.

Beliau juga tidak membenarkan isterinya memakai sebarang perhiasan begitu juga dengan anaknya. Ternyata apa yang ditarbiyahkan ke atas keluarga dilakukan sendiri oleh beliau. Baju Melayu teluk belanga, kain sarung pelikat dan serban sudah menjadi pakaian rasmi beliau.

Ahli Parlimen yang komited :
Sebelum terpilih menjadi ADUN Semut Api dalam pilihanraya umum 1986 dan kemudiannya terpilih menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah terpilih menjadi Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Pengkalan Chepa selama tiga penggal berturut-turut.

Selama menjadi Ahli Parlimen, beliau telah menyumbangkan pelbagai idea, saranan dan kritikan melalui ucapan-ucapan yang disampaikannya di Dewan Rakyat.

Kerajaan contoh :
Selaku Menteri Besar negeri Kelantan yang ada pada suatu masa dahulu pernah digelar Serambi Mekah itu, sudah pastilah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz akan berusaha untuk menghidupkan semula sebutan dan fungsi gelaran yang pernah diberikan kepada negeri Kelantan itu.

Satu hal yang menarik ialah di samping kesibukannya menjadi ketua pentadbiran bagi sebuah kerajaan negeri yang secara kebetulan menjadi tumpuan pelbagai pihak dalam dan luar negeri, Tuan Guru Haji Abdul Aziz masih mampu meneruskan ceramah mingguannya pada setiap pagi Jumaat bertempat di Dewan Zulkifli Muhammad Bangunan PAS yang terletak di tengah-tengah pusat bandar Kota Bharu, ibu negeri Serambi Mekah itu.

Di sinilah di Dewan Zulkifli Muhammad inilah, ribuan umat Islam akan berkumpul beramai-ramai pada setiap pagi Jumaat untuk mengikuti ceramah mingguan YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang dikasihi dan dihormati itu.

_ _ _ _ _ _

Al Fatihah..



p/s: Allah swt tak tanya kita calit parti mana kat kubur nanti, tapi Allah akan tanya apa tanggungjawab kita sebagai orang Islam di muka bumi ini. Tugas TGNA sudah langsai, menegur mana yang salah..mengajar mana yang wajib hingga akhir hayatnya. Kita pula bagaimana? 

Ahad, 8 Februari 2015

Predator - Rekaan & Realiti


Kita sudah pun sedia maklum yang kat muka bumi ni ada benda lain juga yang wujud selain dari manusia iaitu hantu dalam bahasa melayu kita tapi dalam bahasa Islam digelar syaitan dan iblis.
Selalunya makhluk ni hidup di dalam hutan belantara selain duduk di rumah tinggal yang sudah lama tidak diduduki.
Aku tak berapa nak expert bab hantu. Jadi jangan cari aku untuk halau hantu bagai eh. Yang kita tau adalah mahkluk tu ada kat bumi ni atas izin Allah cuma pergerakkan mereka sukar nampak di mata kasar.
Kali ni aku nak story mory pasal sejenis iblis yang pernah membintangi filem2 seram hollywood yang digelar Predator.
Korang pun pernah tengok cerita predator ni kan... duduk dalam hutan, tak nampak pastu kalo kena tembak darah hijau. Muka huduh plak macam ulat gendon, korang pernah tengok muka ulat gendon dalam pokok sagu tu? Pastu kat lengan plak ada suis untuk bunuh diri sendiri, ada plak suis untuk tembak2.
Baiklah.. aku tak tau dari mana mat salleh ada idea hantu macam ni. Tiba - tiba difilemkan dan digelar plak predator.
Dulu aku kecik2 selalu bermalam kat rumah arwah atok. Ada rancangan predator rambo bunuh dalam hutan. Arwah atok kata, " pandai orang putih buat cerita hantu ni, orang kita kata hantu pelita"
Aku gelak. Aku ingatkan arwah atok cuma bergurau.
Disebabkan keluarga sebelah apak aku adalah pemburu, mereka memang sangat arif bab survive dalam hutan. Sekali sekala aku tadah telinga dengar pengalaman masing - masing bercerita masa sedang berburu dalam hutan. Aku tak suka menyampuk bualan orang tua. Aku simpan cerita tu dan tiba masa umur dah pun okay untuk berbual dengan sesama orang tua, aku pun join sekali sembang.

Story pertama kisah pada tahun 1950.

Arwah atok dan kawan - kawannya pergi berburu dalam hutan cari rusa. Ada sesetengah pemburu memburu bawa anjing sekali. Kali ni mereka hanya berbekal senapang sahaja memandangkan ada sorang dua kawan tu takut dengan anjing. Masa sedang berjalan dalam hutan senyap - senyap, tiba - tiba terdengar seekor anjing menyalak. Masing - masing saling memandang. Be positif. Mungkin ada team lain yang memburu juga. Jadi hati - hati takut terkena peluru sesat. Anjing tu menyalak lagi tapi kat tempat lain. Kemudian menyalak lagi berada di tempat lain pula. Salakan anjing tersebut beralih dari satu tempat ke satu tempat. Agak pelik kat situ sebab anjing berlari tidak lah selaju itu. Mereka berjalan perlahan - lahan. Arwah atok kata kalau jumpa selut kita masuk dalam selut. Tak kira la tempat tu tempat babi berkubang. Balik nanti samak. Mereka masuk dalam satu kawasan berselut dan duduk diam - diam dalam selut. Anjing yang menyalak tadi muncul di depan mereka di tebing selut sambil menyalak. Arwah atok kata tu bukan anjing biasa. Tu anjing 'dia'. Ada tuannya sendiri. Seorang kawan atok rasa teramat takut lalu panjat pokok yg berdekatan sebab tak nak kena gigit dengan anjing. Arwah atok kata jangan panjat dia tetapi tetap juga berkeras panjat pokok. Atok pesan jangan panjat sebab arwah atok tahu benda tu memang tempatnya atas pokok. Matanya jadi gelap bila kita masuk dalam selut lumpur.
Lama tunggu akhirnya anjing tu beredar dari situ. Sebab ketakutan tu tadi mereka pun balik dengan tangan kosong. Malangnya, dalam perjalanan pulang ke rumah...dalam perahu kawan arwah atok yang panjat pokok tu tadi muntah darah dalam perahu. Sampai rumah terus pergi mengadap illahi. Atas apa sebab dia meninggal mungkin dah ajalnya, dia ada penyakit atau ada sebab lain. Wallahualam...

Story kedua tahun 1980an.

Apak dan arwah atok pergi memburu waktu malam. Kekonon dua beranak nak halau rusa sorang dari sana, sorang dari sini. So, dalam hutan mereka dua beranak berpecah. Dalam kegelapan malam, apak ternampak ada lampu menyuluh terang. Kemudian hilang. Suluh lagi kemudian hilang. Kemudian tiba - tiba ada lampu menyala mula - mula sekecil api rokok lama - lama semakin mengembang nyalaannya. Apak dah tak sedap hati. Apak duduk diam dan pacak parang atas tanah. Petua yang diajar oleh atok kepada apak (moyang saya) yang juga pemburu rusa. Lampu masih berjalan, kemudian apak nampak lampu suluh arwah atok berkedip - kedip. Dah agak dah. Both of them masing - masing tau ada benda lain bersama mereka. Supaya masing - masing tidak sesat dikerjakan oleh benda tu, mereka beam lampu suluh masing - masing sebab benda tu tak pandai beam lampu. Bila lampu 'benda' tu dah hilang, apak dan arwah atok pun sambung semula pemburuan.

Story ketiga. Zaman sekarang.

Pak uda dan Wak both adik beradik apak pergi berburu waktu siang. Macam biasa mereka berpecah. Wak kata nanti dia bagi signal bunyikan trompet. (zaman dah moden, mereka ganti tepuk tangan dengan trompet)
Wak dah jauh masuk ke dalam hutan. Pak uda juga sama menghala ke arah lain. Tiba - tiba pak uda terdengar suara wak panggil. Pak uda hairan kenapa wak jerit panggil dia padahal masing - masing tahu pantang larang. Pak uda beranikan diri follow suara tersebut. Wak jerit lagi... Pak uda pergi kat seberang tu plak. Dia lihat ada seekor burung sedang bertenggek kat situ. Dia dah mula hairan. Kenapa burung tu tak lari andai wak panggil dia dari seberang parit tersebut? Benda lain la ni kacau. Pak uda patah balik dan sambung kerja mencari port nak letak jerat.

Story keempat. Zaman sekarang.

Apak ada bina sebuah rumah di kebun kami yang terletak 1 km dari seberang sungai. Setiap hujung minggu mak dan apak akan habiskan masa berkebun dan bermalam di sana. Jadi tak penat ulang alik kalau nak jenguk kebun. Malam jam 7.30 usai sahaja makan malam apak berehat - rehat di beranda sambil menghisap rokok. Tiba - tiba ada lampu berwarna merah seakan puntung rokok berada di atas sebatang pokok yang telah mati. Apak tak tegur. Dia tau kalau ditegur benda tu akan cepat mengembang. Apak bagitau kat mak, "awal pergi berburu, baru pukul berapa" katanya. Selesai basuh pinggan mak duduk kat bendul. Mak tak paham apa apak cuba sampaikan. Dia pun mencelah, "mungkin hep (Pak Uda) dan Abu (pak tam) pergi memburu nak cari landak"
Jom la masuk kata apak. Apak ajak mak masuk dalam. Tutup pintu dan terus masuk dalam kelambu dan duduk diam - diam. Lampu tersebut menyuluh ke rumah hingga menerangi dalam rumah kebun kami. Apak bisik pada mak. "dia tu la saya cakap pergi berburu"
Dalam 15 minit benda tersebut menyuluh - nyuluh kawasan kebun dengan cahaya terang berwarna putih kemudian hilang.

Kalau mat salleh tau ni konfem kata UFO. Lol.

Aku banyak spent masa di kampung dan di hutan. Banyak spent masa bersama arwah atok dan apak. Aku juga banyak join sembang - sembang dengan pakcik2 yang pergi memburu. Jadi tak hairan la aku dapat semua story ni dari mereka.
Aku percaya ada syaitan dan iblis. Mereka menetap di hutan dan laut seperti yang termaktub dalam Al-Quran. Aku juga percaya akan pantang larang. Pantang larang ni umpama undang - undang dan sikap tolak ansur di atas jalan raya.
Sekiranya kita bersikap kurang ajar di tempat orang padah yang berlaku. Begitu juga kalau kita tak hormat tempat mahkluk yang tak nampak. Kita bukan disuruh memuja mereka agar mereka tidak menggangu. Itu sudah syirik. Cukup lah sekadar jangan ambil peduli dan jangan tegur apa - apa yang pelik. Itu sahaja.

Yang pasti, hantu hutan ni hanya main lampu sahaja. Kalau ditegur lampu dia makin mengembang dan membesar. Merata dia suluh macam spotlight. Nasib baik tak ada keluar gambar batman.
Muka dan badan sampai sekarang tak pasti lagi macam mana. Macam predator kah? Wallahualam..